I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Wednesday, April 27, 2011

Ayah Menampar Anaknya Kerana Memakai Tudung...

Sadis betul...


Aku mengeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.


Tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Air mata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat-sangat.


Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.


Lepas mandi, aku belek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis-habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain-lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!


Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???


Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.


"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."


Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.


"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".


Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis tersedu-sedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAHKAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


Thursday, April 21, 2011

TENTATIF PROGRAM PRE-ROAD TO BAQ'AH

TENTATIF PROGRAM PRE-ROAD TO BAQ'AH

23/4/2011 ( SABTU ) :

7.30 pagi : Bertolak ( daripada simsimah )

10.00 pagi : Peserta dari seluruh mantiqah berkumpul di Institut Ibnu
Nafees

10.30 pagi : Kemudiannya bertolak ke kem Pelarian Palestin Baq'ah

10.30 pagi : Sampai di kem Pelarian Palestin Baq'ah (kumpulan syabab
dan akhawat diasingkan)

: Melawat Markaz aitam dan klinik awam

12.00 tengah hari : Melawat rumah-rumah fakir miskin (mengikut kumpulan) -
proses pengagihan
sumbangan makanan ke setiap rumah

2.00 petang : Bertolak pulang




NOTE : peserta akan dibahagikan kumpulan.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : syabab - Muhammad Ain (0779078738)
: akhawat - Nur Aqilah
(0776977075)





Temui kami di:

Facebook

Website (blog)

Youtube


UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPMJ 2010/11


Saturday, April 16, 2011

PRE - ROAD TO BAQ'AH

HARAP-HARAP SEMUA SIHAT HENDAKNYA.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PROGRAM ROAD TO BAQ'AH: CARE FOR REFUGEES 2011 (R2B) AKAN DITANGGUHKAN KE SEMESTER AKAN DATANG DISEBABKAN HAL YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.

JUSTERU ITU, PIHAK KAMI, UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPMJ (UZS), AKAN MENGANJURKAN PROGRAM PRE-R2B...

TARIKH: SABTU, 23 APRIL 2011.

TEMPAT: MARKAZ AITAM DI KEM PELARIAN PALESTIN BAQ'AH, AMMAN

PESERTA: TERBUKA KHUSUS KEPADA PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN (bahasa arab, fiqh wa usul, usuluddin)

BAYARAN: MINIMUM 5 JOD (termasuk makanan, pengangkutan, sumbangan) [sumbangan tambahan sangat dialu-alukan]

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah melihat sendiri suasana kem pelarian Palestin, beramah mesra dengan anak-anak yatim pelarian Palestin di kem tersebut, menghulurkan sumbangan, melawat rumah-rumah faqir miskin di sana dan lain-lain in sya Allah.

APA TUNGGU LAGI, DAFTARLAH SEGERA, INILAH PELUANG UNTUK KITA MENGHAYATI SUASANA KEHIDUPAN PELARIAN PALESTIN DI JORDAN INI.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

( QS al Baqarah 261)


PENDAFTARAN:

SILA HUBUNGI : ABDUL RAHIM MOHD ALI [0786954068] (SYABAB)
RAMLAH AMIN ABDULLAH [0779665720] (AKHAWAT)


**MAKLUMAN TAMBAHAN**

PENYERTAAN ADALAH *TERHAD* KEPADA 1 KOSTER SAHAJA (10 SYABAB & 10 AKHAWAT)
*JIKA TIADA* ATAU KURANG PESERTA DARI TAHUN AKHIR, AKAN DIBUKA UNTUK TAHUN 1, 2 & 3... (bagi akhawat, pihak kami akan mendahulukan nama yang telah didaftar oleh mereka yang sebelum ini)


P/S :

* KEPADA PELAJAR YANG TIDAK DAPAT MENYERTAI PROGRAM INI SANGAT DIALU-ALUKAN UNTUK TURUT MENYUMBANG.

* SEGALA SUMBANGAN BERBENTUK WANG TUNAI MAHUPUN BARANGAN (pakaian, hirom, kipas, dan segala-gala yang difikirkan logik serta berguna untuk disedekahkan), BOLEH DISALURKAN JUGA KEPADA PENAMA-PENAMA DI ATAS.

UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPMJ 2010/11

http://www.facebook.com/zakatsedekahjordan

http://zakatdansedekah.blogspot.com/


Monday, April 11, 2011

...buatmu sahabat...

doaku agar diberi kekuatan fizikal, mental, rohani & jasmani...
Semua ini dtg dariNYA..
aku mengadu & menyerah padaNYA..
kerana DIA MAHA KUASA..
lalu aku menjadi tenang..
air mata terhenti sendiri..
lega..
namun
Kekadang..
dek tak tertahan diri dengan ujian & permasalahan..
air mata tumpah berderai-derai..
tiada henti..
bagai sungai mengalir..
sehabis mungkin
sehabis daya
menahan empangan agar tidak terbuka dan dibuka
namun aku hanyalah manusia
punya perasaan suka dan duka
**************
hampir sahaja mataku mendapat penyakit
hampir sahaja nafasku terhenti
kerana terlampau tidak mampu
terlampau tidak tahan
kerana terlampau teresak-esak
kerana terlalu terbeban dengan amanah
...tahu...
bukan amanah itu satu bebanan
tapi aku yang terbeban dengan amanah...
namun aku tetap teguhkan diri
biar semua melihat aku GAGAH
biar diri sebenarnya terlalu PARAH
tidak ada yang memapah
lantas tidak ada yang mengetahui
~kini~
engkau melalui semua ini..
sahabat, aku memahami semua yang tersirat di hati..
aku mendoakan agar dirimu sentiasa tenang
diberi kekuatan zahir, batin, luaran, dalaman,
fizikal, mental, rohani dan jasmani..
jangan terus lemah
jangan terus berputus asa
hati sayu melihat dirimu
aku tidak jemu melihat senyum manismu
senyumlah..
jika tidak mampu
senyumlah sedikit untuk aku...
sahabatmu...



halib hammoudeh
1:38 p.m
monday
4/11/2011


Wednesday, April 6, 2011

ALLAH... FORGIVE ME...

It's such a cold night
And it's so dark
Walking down the streets of memories

I'm here all alone
With no one by my side
It's only me thinking of You
With hands full of sin

Oh.. Allah here I come
Oh.. Allah I'm crying for forgiveness
Although I have betrayed You
So many times in the past
A Lord, it's so fair for You to punish me

I need You to guide me
Protect me don't ever leave me
Strengthen my faith light up my heart
With the light of iman

Oh.. Allah I want to thank you for saving me
Oh.. Allah thank you for giving me hope
I promise You I won't betray You
Any more a Lord

I hope You'd always guide me
And lead me to happiness
With the ones You love
Together in paradise


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More