I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Wednesday, July 27, 2011

Apa?!

Bayu yang tidak berhembus di malam hari
Peluh menitis membasahi pipi
Membawa resah di malam ini
Tiada lena bersulam sepi

Oraknya begitu menyayukan hati
Mencuba sedaya untuk berbakti
Mempertahan keadilan kuasa demokrasi
Susu diberi tuba dibalasi

Teguh berani mereka berdiri
Gagah mereka mengibar panji
Semangat jitu, takut tidak mereka kenali
Bangkit menentang kuasa yang dimanipulasi

"Apa?!" Nyata bongkaknya dilihat dan didengari
Rakyat jelata suaranya tidak dipeduli
Hanya poket kosong menanti diisi
Mungkin terlupa nasibnya di mahsyar nanti

Dunia tua semakin disakiti
Durjana mereka begitu menzalimi
Imbuhan untuk kalian sedang menanti
Janji Allah itu, janjiNya pasti!




~ReM~
26 Julai 2011
10.45 pm


Monday, July 25, 2011

Teknik, Skill, Kemahiran; Multiple ID, Celik IT

Kemahiran saya dalam meneliti/memperbaiki sesuatu kebanyakannya bukanlah hasil tutorial 100% di dalam kelas. Tapi, berbekalkan ilmu yang pernah dipelajari, ditambah dengan minat, itu yang menjadikan saya sedikit berkebolehan dalam membaiki peralatan-peralatan selain atau yang berkaitan komputer.
Sedikit sahaja. Masih banyak lagi yang belum diketahui dan dipelajari.

Bagaimana minat ini boleh timbul? Ianya hasil dari melihat abang yang rajin membaiki atau menggodek (kata orang Perak). Bukan taasub dengan abang, tapi semenjak kecil beliaulah kawan saya, yang juga idola saya. (banyak untuk diceritakan tentangnya). Kebanyakannya saya godek sendiri. Komputer, plug, mesin, dan lain-lain. Sebab minat. Saya seorang yang sukakan sesuatu yang mencabar. Bukan disebabkan belajar subjek Mabadik Kahraba'. =)

Kelakar juga.

Sedikit tentang subjek Mabadik Kahraba'. Apa yang dipelajari tentang subjek ini adalah asas yang sangat-sangat asas mengenai elektrik. Seperti yang dipelajari dalam subjek Kemahiran Hidup. Bukunya juga nipis, masa belajar hanya 30 minit (mengikut guru yang mengajar saya). Peperiksaan cuma 10 minit.

(Jauh lari dari tajuk pulak! =D)


Multiple ID, Celik IT

Pernah satu masa dahulu, semasa menuntut di KIDR, ada senior yang tidak tahu bagaimana memasang pendrive atau setengah orang memanggilnya thumb drive. Bukan memperlekeh, cuma sedikit terkejut. Tak pasal-pasal ustaz (pensyarah) memanggil saya 'technician' kerana mahu menyuruh saya memasang untuk presentation. hehe..

*******************************************************************************************

Mungkin ada yang tak tau macam mana nak pasang Yahoo! Messenger lebih dari satu ID. Sebelum ini ramai juga yang minta untuk berikan perisian multiple ID Yahoo! Messenger untuk diinstall. Tapi, cara ini sudah tidak praktikal lagi kerana tidak dapat dipasang di komputer-komputer mereka yang meminta (tidak tahu sebabnya). Carian demi carian akhirnya saya terjumpa cara-cara untuk membuatnya. (lihat bawah)

Berinisiatifkan ini juga, terdetik untuk saya menulis satu entri mengenai multiple ID ini.

Ok! Ini dia cara-cara untuk memasang atau untuk setting bagi mendapatkan multiple ID Yahoo! Messenger

Anda boleh login dua atau lebih ID dalam satu Yahoo Messenger tanpa perlu perisian tambahan.

Sila ikut langkah-langkah di bawah ini :

1) – Pergi ke “START“,klik “run” dan taip “regedit“.
2) – klik OK
3) – klik HKEY_CURRENT_USER >>> Software >>> Yahoo >>> pager >>> Test
4) – Kemudian klik kanan folder “Test” dan pilih new >>> DWORD value

5) – Namakan fail yang anda buat tadi kepada “Plural
6) – Double klik atas fail “Plural”, pilih Decimal, manakala dalam kotak value data letakkan no 1, lihat gambarajah ini :

Siap!..restart yahoo messenger anda dan login, untuk login ID kedua, klik sahaja icon Yahoo Messenger dan login. Lihat gambar di bawah ini, saya telah login tiga ID Yahoo Messenger dalam satu komputer.

Selamat Mencuba!..:-)


Boleh layari lain-lain maklumat lagi di sini --> SUMBER


disediakan oleh ~ReM~


Thursday, July 21, 2011

Rumah Hangus, al-Quran Masih Elok

TAIPING: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati senaskhah al-Quran yang disimpan dalam rumah masih dalam keadaan elok walaupun rumah kayu itu hangus terbakar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pemilik rumah, Siti Fauziah Abdullah, 44, dan dua anaknya tidak menyedari rumah mereka di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, di sini, terbakar mendadak dipercayai akibat litar pintas.

Siti Fauziah berkata, dia yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati semua perabot, perkakas rumah, pakaian termasuk buku sekolah anaknya musnah dalam kebakaran itu.


Bagaimanapun mereka sekeluarga terkejut apabila menemui naskhah al-Quran terselamat dalam kebakaran itu.

Mungkin ini kebesaran Tuhan. Hanya kulit al-Quran itu saja terbakar manakala helaian kertas di dalamnya masih boleh dibaca,” katanya.


Menurutnya, kejadian kebakaran berlaku ketika dia sedang bekerja di sebuah kilang berhampiran rumahnya manakala anak bongsunya pergi mengaji al-Quran.


“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi adik ipar mengatakan rumah kami duduki sejak 27 tahun lalu, terbakar. Saya sangka ia gurauan sebelum mendapati ia benar-benar berlaku,” katanya.

Dia bersyukur dua anak yang baru balik dari mengaji tiada di rumah sebaliknya ke rumah ibunya berhampiran.


Anak mangsa, Wan Yusriffa Wan Hassan, 23, berkata dia yang baru pulang kerja terkejut mendapati rumahnya dijilat api.

“Saya berlari masuk ke kawasan kebakaran kerana menyangka adik saya masih berada dalam rumah tetapi dihalang dan diberitahu adik selamat,” katanya.


Sementara itu, anak bongsu mangsa, Wan Mohd Izdiham Wan Hassan, 10, berkata dia singgah ke rumah neneknya untuk melihat telefon bimbit baru yang dibeli ibu saudaranya, Norlia Abdullah, 52.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguat Kuasa Bomba, Halid Md Zin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.51 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.


Menurutnya, rumah diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan pantas dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 10 malam.

SUMBER

RaudhatulQalbi (RQ) : Kenapa perlu ada MUNGKIN?? Sudah pasti jawapannya MEMANG BUKTI KEBESARAN ALLAH.. kan? ^_^
SUBHANALLAH...


Kulit Kepala Koyak Diseret Van Sejauh 100 Meter


IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.


Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.


Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.


Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

keadaan mangsa yang cedera parah

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.

Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.


“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.


Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.


“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.


Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.


Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.


Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.


Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.

RQ : adehhh!!! Sangat mengilukan.. huhu..
Mudah-mudahan adik Muhammad Haziq sembuh segera
.


Wednesday, July 20, 2011

Cara Yahudi Mengajar Anak-anak Mereka

“There is no investment in Israel more vital than an investment in the children.” (Israel Children Centre)

Yury Ivanof dalam bukunya yang berjudul “Hati-Hati Zionisme” menulis bahawa ajaran kekejaman, kekerasan dan kebiadaban dalam Talmud sudah diajarkan ke kanak-kanak sejak kecil lagi.

Mereka menanamkan prinsip asas kepada kanak-kanak seperti tindak penindasan, pembunuhan dan terorisme adalah sah dan sangat dianjurkan dalam agama Yahudi. Selain dari orang Yahudi berhak untuk dibunuh, ini adalah perintah suci untuk bangsa Yahudi.

“Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

“Orang-orang non-Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit.” (Orach Chaiim 57, 6a)

kepada seorang anak adalah sebuah doktrin wajib bagi orang tua. Dalam Talmud, pengabaian pendidikan agama (baca: Zionisme) oleh orangtua adalah sebuah tindakan yang tercela.

“Menyangkal pengetahuan agama (sama dengan) merampas anak-anak dari warisan.” (Talmud Sanhedrin 91b)
Maka itu betul kata C. Robb, “When you into the eyes your children, you can see the future of Israel”. Yahudi sedar bahawa pendidikan anak adalah kemestian memerangi orang non-Yahudi dan sebuah ideologi yang akan menghasilkan bibit-bibit baru.

Berdasarkan penelitian Dr. Wail al-Qodhi, bahawa melalui pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Ibrani selalu menggunakan pendekatan ajaran Talmud, iaitu terorisme dan kekerasan. Kanak-kanak Yahudi sejak kecil sudah diajarkan, bahawa seorang Yahudi apabila berkahwin dengan Non Yahudi hukumnya tidak sah. Kerana dalam ajaran Talmud wanita Non Yahudi dianggap sebagai binatang peliharaan.

Dalam bahasa Talmud, maka wanita non Yahudi akan disebut dengan istilah Shiksa. Shiksa sendiri adalah kata turunan dari kata Ibrani “shegitz” yang bermaksud bangkai babi. Oleh sebab itu, tak hairan jika seorang anak kecil Yahudi di Israel pernah ditangkap kamera sedang menendang seorang ibu muslimah sebagai bentuk doktrinasi Talmud dalam otaknya.

Bukti untuk memperkuat penemuan itu adalah sebuah survey yang diadakan Ary Syerabi, bekas tentera dari Persatuan Anti Teror Israel, terhadap 84 kanak-kanak Israel usia sekolah rendah, semasa dia berkerjasama dengan London Institute for Economic Studies. Dari survey ini kelihatan kita akan melihat betapa mereka memang sudah bersiap untuk bertempur melawan kita.

Ketika itu Ary Syerabi ingin mengetahui perasaan apa yang ada di dalam benak kanak-kanak Israel terhadap kanak-kanak Palestin sebaya mereka yang sesungguhnya. Kepada kanak-kanak Israel itu, Ary memberikan sehelai kertas dan pensil, lalu kepada mereka Ary berkata, “Tulislah surat buat kanak-kanak Palestin, surat itu akan kami sampaikan pada mereka.”

Hasilnya sangat menakutkan. Kanak-kanak Israel yang menyangka suratnya benar-benar dikirim kepada kanak-kanak Palestin menulis surat mereka dengan sebenar-benarnya, keluar dari hati mereka. Salah satu surat ditulis oleh seorang anak perempuan Israel berusia 8 tahun. Ia mengaku menulis surat kepada anak perempuan Palestin sebayanya.

Isi suratnya antara lain:

“Sharon (PM. Israel, red.) akan membunuh kalian dan semua penduduk kampung dan membakar jari-jari kalian dengan api. Keluarlah dari dekat rumah kami, wahai monyet betina. Kenapa kalian tidak kembali ke (tempat) dari mana kalian datang? Kenapa kalian mau mencuri tanah dan rumah kami? Saya mempersembahkan untukmu gambar (ini) supaya kamu tahu apa yang akan dilakukan Sharon pada kalian…ha…ha…”.

Dan gambar yang dimaksud anak Israel itu adalah sebuah sosok Ariel Sharon dengan kedua tangannya memegang kepala anak perempuan Palestin yang menitis darah.

Menurut Dr. Wail Al Qadhi setidaknya ada 5 kesimpulan dalam pendidikan yang di ajarkan Yahudi terhadap kanak-kanak, iaitu:

1. Tercapainya keyakinan mutlak pada kanak-kanak bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan dan mempunyai hak yang penuh atas tanah Israel.

2. Mewujudkan generasi yang benci terhadap bangsa Arab dan Islam dengan cara brutal, sadis dan teroris serta memperluas wilayah Israel dengan cara merampas.

3. Memperjelas dan memberikan pemahaman pada kanak-kanak, orang Yahudi akan menjadi musuh bersama non Yahudi, dan tidak akan ada yang menolong Bangsa Yahudi kecuali orang Yahudi itu sendiri.

4. Mewujudkan generasi yang saling menolong dan melindungi hanya untuk sesama Yahudi dan untuk non Yahudi berlaku sebaliknya.

5. Terbentuknya generasi yang bangga sebagai bangsa Yahudi, kaum termulia dari umat lainnya (sya’bu mukhtar), bangsa yang mendapat kehormatan mendapat “tanah yang dijanjikan” (al-ardhu al-mau’udah), dan sebagai bangsa pilihan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan.

Media Barat sering menggembar-gemburkan bagaimana kurikulum sekolah di Palestin kerap mengajarkan kebencian mereka kepada Israel, tanpa mereka melakukan kritik serupa kepada orangtua Israel yang mendoktrinkan kanak-kanaknya yang menyatakan bahawa kanak-kanak Palestin lebih buruk dari najis.

Mereka juga menyalahkan ajaran Jihad sebagai punca kegagalan perdamaian antara Israel dan Palestin, tanpa menunjuk dimana tidak ada ajaran yang lebih biadab dari Zionisme yang menyatakan selain golongannya lebih daripada babi yang sakit.

Inilah yang dilakukan oleh Arlene Khusner, seorang wartawab Israel, yang pernah menulis “Texts of Hate” pada tahun 2008 yang menyerang ajaran kekerasan dalam Al Qur’an sebagai “pihak tertuduh” dibalik kebencian anak Palestin kepada regim Zionis.

VIDEO IBU-IBU DITEMBAK


SUMBER


Tuesday, July 19, 2011

OK!! Dah kena!!

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap

“Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”

“Ok!” kata anak dia.

Si ibu pun undur keretanya.

“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.

“Lagi lagi” kata anak dia.

Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar pokok kat belakang.

Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”


Monday, July 18, 2011

Hilangnya Seorang Serikandi

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.

Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru. -Harakah


Saturday, July 16, 2011

NISFU SYAABAN

15 sya'ban 1432H = 17 julai 2011 = Ahad.
(Malam Nisfu sya'ban: Sabtu, 16 julai 2011, sejak terbenamnya matahari)
Peristiwa: Penukaran arah qiblat 2H

Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. Dari Nabi saw bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana… adakah di sana… ? sehingga terbit fajar”.

Memanfaatkan keistimewaan Sya'ban :

1) “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam NISFU SYA'BAN, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)

2) Daripada Aisyah ra berkata: 'Adalah Rasulullah SAW apabila berpuasa, sehingga kami menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban'.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

p/s : Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu” (Bukhari dan Muslim)

Hal ini adalah pendapat jumhur ulama, jadi masih ada keharusan untuk berpuasa selepas 15 Sya'ban tetapi tidak pada 2 hari syak (sebelum Ramadhan) melainkan mereka yang sudah menjadi adat (kebiasaan).

Gunakanlah peluang Malam Nisfu Sya'ban untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. dan memohon ampun atas segala dosa kita. Kemudian iringkanlah dgn menjaga perwatakan n akhlak kita pada dua minggu seterusnya hingga kita bertemu Ramadhan. Moga-moga dengan demikian, Ramadhan akan menyinari hati kita yang BERSIH...

Dalam kita merebut waktu-waktu yang afdhal beribadat... ada 2 perkara penting yang perlu sentiasa kita ingat..
1) Janganlah kita mengkhususkan satu-satu amalan untuk satu-satu waktu kecuali dengan nas yang boleh diterima dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
2) Janganlah diniatkan semata-mata kerana ganjaran yang ada padanya.. kerana ikhlas itu yang lebih utama...

Jadikan nisfu Sya'ban sebagai langkah permulaan persediaan kita menyambut Ramadhan dengan membersihkan hati kita dengan amalan soleh sebagaimana kita biasanya sibuk di penghujung ramadhan untuk membersihkan rumah dan memperindahkannya kerana ingin meraikan kehadiran Aidilfitri... Ia juga sebagai medan Latihan untuk membiasakan diri dengan kebaikan agar terbawa hingga ke Ramadhan yang Mulia... Nisfu Sya'ban Pintu Gerbang Memasuki Bulan Ramadhan..

Wallahu'alam.

~Selamat Beramal~


LINK UNTUK BACAAN TAMBAHAN:



.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More