BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI....
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam...
Yang memberi serta menghidupkan alam ini...
***************************************************************************************
Saban hari aku kegelisahan. Peperiksaan hampir tiba. Buku tak bukak lagi. Kalau bukak pun tak sempat nak dibaca habis... Macam mane ni??? Aku mengeluh. Terpalit kerisauan di hati. Bimbang dengan persediaan untuk menghadapi
imtihan. Dek kerana kesibukan dengan aktiviti kampus, tidak berkesempatan untuk membelek buku secara serius.
Bermacam-macam program. Program itu, program ini.
***************************
Sibuk dengan program.
Bukan alasan untuk tidak membaca buku, atau tidak sempat membaca buku.
Hanya mahu atau tidak, segala-galanya pasti berlaku. Kalau mahu, pasti akan terselit ruang serta dipermudahkan urusan olehNYA.
Tapi, kali ini aku benar-benar tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pembelajaran atau ulangkaji. Sepanjang
fatrah imtihan selama dua minggu, selama itu juga proses persediaan untuk menganjurkan program.
Satu
madah dah lepas. Lama.... Sebelum cuti
eidul adha lagi. Lega.
Ahad, ada satu
madah. Alhamdulillah, dah lepas.... Hanya menunggu lagi dua
madah untuk minggu ni.
Resah di hati, kerana hanya tinggal dua hari sahaja untuk membuat persiapan menghadapi
imtihan. Hati sudah mula merengek mahu menangis. Dada rasa berdebar menanti hari yang dijanji. Akal berputar mencari jalan untuk terus bertahan sehingga ke larut malam. Ahhh! Aku tewas! Tewas dengan rasa mengantuk yang teramat sangat. Tak tahan.... Lalu aku mengambil keputusan untuk berehat, merehatkan otak, akal, dan jasmani. Hak mereka perlu aku tunaikan.
Hari berlalu lagi... Hanya tinggal esok. Madah
Nahu. Debaran semakin terasa, kerana tajuk masih banyak lagi yang belum dibaca. Memerlukan perhatian serta tumpuan sepenuhnya untuk memahami dengan mendalam. Namun, aku cuba juga untuk membaca meskipun kerunsingan serta ada sedikit tidak faham dalam madah
Nahu ni.
Aku kena baca jugak! Bisik aku dalam hati. Baca, baca... Jangan tak baca!
Alhamdulillah, dapat walaupun. Yang penting aku usaha. Usaha untuk membaca, usaha untuk bersedia menghadapi peperiksaan serta tidak mengharap semata-mata. Sedikit lewat aku tidur kerana
stay-up.
Hari yang dinanti telah tiba.
Menunggu pensyarah di dalam kelas. Sambil-sambil tu membelek buku. Otak dah tak dapat nak terima untuk tambah bahan bacaan. Hanya sekadar melihat-lihat. Tak tahu la... Macam mane ni??? Aku merengus di dalam hati.
Akhir Doktor tiba. Mengedarkan kertas soalan serta kertas untuk ditulis jawapan.
Hmm... Sedikit resah dan gembira.
Resah kerana ada tajuk yang tak dibaca, gembira kerana ada soalan yang akan dapat dijawab.
~Menjawab soalan... Berfikir-fikir sehingga masa untuk menjawab tamat~
Keluar dengan rasa tidak puas hati atas usaha sendiri. Padan muka! Sape suruh tak bace awal-awal?!
**~Ruang dan masa telah diberi... Fikirlah sendiri...~**
Petang tu, selepas kelas akhir, aku ke masjid bersama-sama seorang sahabat. Dia yang beria-ia mengajak untuk
study di sana. Katanya, tak boleh nak
study di rumah.
Aku menurut sahaja, meraikan kehendaknya. Hmm, takpe... Mungkin aku pun boleh nak
study kat sana. Jauh dari faktor-faktor yang membuatkan aku tak
study dengan sengaja.
Alhamdulillah, sampai akhirnya.
Aku memulakan ulangkaji setelah selesai solot Zohor.
Usaha untuk memahami, mengingati, dan menghayati jalan cerita... Syair...
Sebab esok ade
exam madah Andalus. Subjek ni pun kepala jugak. Banyak sangat nak dibaca.
Aku menyelak-nyelak buku sebelum meneruskan pembacaan.
Selesai, aku menyambung semula untuk menghafal syair arab. Hati gusar sebenarnya kerana malam ni ade
meeting akhir untuk program esok dan lusa. Otak dan mata macam serabut... Padahal masih ada masa untuk membaca dan memahamkan teks...
Aku cuba juga untuk membaca, menghafal, tapi tetap tak boleh...
Hampir menangis dibuatnya. Kenapa tak boleh???? Rintih hati kecil ini. Bukan mengeluh, sekadar menimbulkan satu persoalan yang aku sendiri tak boleh jawab.
YA ALLAH! Bantulah aku... Kau berilah aku ruang dan peluang...
Hati sudah tidak tertahan, mendesak supaya mengalirkan air mata.
Tapi akal masih berfikir, masih waras. Memujuk hati supaya bertahan, sabar dan tabah.
Namun... Atas dasar ukhuwwah, mata yang prihatin dan turut merasakan kesakitan si hati, tidak dapat menahan air mata daripada mengalir...~hanya sementara... dilepaskan jua kerana tidak tertahan, dan untuk menghilangkan rasa gundah di hati serta rasa kacau di jiwa~
Alhamdulillah. Lega sedikit. ALLAH memcampakkan ketenangan untuk seketika
(mengapa seketika??? Kerana, selagi mana kita hidup di dunia ini... Selagi itulah kita akan terus diuji..)... Kata orang, menangis adalah salah satu cara untuk kita melepaskan apa yang terpendam dalam hati. Membuatkan kita merasa lega, selain dengan cara kita mengadu kepada ALLAH...
HARI yang dinanti telah TIBA...
Berdebar... Sebelum masuk ke kelas, aku meminta Sakinah untuk menerangkan sedikit tentang apa yang telah dibacanya... Sedikit gambaran umum untuk memudahkan aku menjawab soalan. Akhirnya, tepat jam 10 pagi Doktor masuk ke kelas...
Dr. Faiz Muhasanah! Ingatkan Dr Ali yang masuk...
Hmm... Takpelah... Bukan point penting untuk dibahas.
Yang aku
take note adalah pasal soalan.
Doktor dah keluarkan soalan! Berdebarnya...
Huhh??? Biar betul??!!!! Satu soalan je??? Aku menjerit dalam hati.
Rasa macam tak percaya! Nak kate gembira pun... Ntah la... Hanya Tuhan sahaja yang tahu...
Malah, soalan yang ada itu hanyalah berkaitan dengan syair yang aku dah hafal sebelum minggu peperiksaan! Cuma empat bait sahaja yang aku hafal... SUBHANALLAH!!!
Terkejut aku memandang kertas soalan tersebut. Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Aku melihat sekeliling. Mana tahu kalau-kalau doktor masih belum mengedar soalan kedua. Sah! Satu sahaja!
Ucapan syukurku tak henti-henti kepadaMU... Rasa seperti mahu menangis.
Menangis keharuan, menangis kegembiraan. Inilah perjalanan takdir itu! SYUKUR YA ALLAH!!! SYUKRAN!!
Tidak pernah lagi berlaku begini. Baca sedikit dan yang disoal pun sedikit.
SUBHANALLAH!!!
************************************
Setelah aku meneliti soalan tersebut, aku pun cuba untuk menjawab dengan tenangnya...
Sedang aku nak jawab soalan, Doktor bising-bising. Membuatkan aku sedikit terganggu serta tidak dapat berfikir. Apatah lagi dengan otak yang serabut dan baharu sahaja nak mencapai ketenangan...
Faham-faham je la... Budak-budak arab ni, kalau tak kecoh tak sah!
Dah tu pulak, ade yang meniru! Kena 'tangkap' dengan Doktor Faiz...
Ape lagi mengamuk la... ish ish ish... Satu perangai yang sukar diubah...
***Apa yang ingin disampaikan ini hanyalah sekadar satu perkongsian hati serta pengalaman hidup. Tidak bertujuan lain.
***Serta sebagai satu peringatan dan motivasi terhadap sahabat-sahabat seperjuang, adik beradik, kawan-kawan, family, saudara-mara, pembaca serta sesiapa sahaja.
*** Apa yang ingin dikongsikan dan ditekankan di sini adalah "IN TANSURULLAHA YANSURUKUM......(ila akhir ayat)"
FirmanNYA yang bermaksud,
"JIKA KAMU MENOLONG (AGAMA) ALLAH, NISCAYA DIA AKAN MENOLONGMU" (MUHAMMAD,47 : 7)
Pasakkan kaki, hati serta keyakinan terhadap ALLAH. Serahkan segala-galanya kepadaNYA yang lebih berkuasa atas segala sesuatu.
#TAPI, mestilah dengan usaha, ikhtiar, doa serta diiringi TAWAKKAL ILALLAH sepenuh hati...
InsyaAllah akan mendapat natijah yang baik serta sesuatu yang tidak kita sangka-sangkakan... Selain itu, perlulah kita menjaga ibadah dan hubungan terhadap ALLAH serta sesama manusia.
Sekian untuk kali ini... Moga-moga ada lagi kisah menarik yang boleh dikongsi bersama sebagai peringatan serta pengajaran dan juga sebagai satu motivasi diri.
Maka, wahai sahabat-sahabatku serta adik-beradikku sekalian... Janganlah kalian berputus-asa dalam hidup ini. Janganlah kalian mengeluh dengan kesempitan waktu... serta kesempitan ruang untuk melakukan apa yang orang lain dapat lakukan...
Kerana, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...
Apatah lagi kita yang bergelar pejuang, daie, serta penuntut ilmu... yang sentiasa memerlukan kesabaran serta kekuatan hati untuk terus berjuang...
Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bagi yang memahami serta mengetahui bahawa "AL-WAJIBAT AKTHAR MINAL AUQAT"
Manfaatkanlah masa yang ada ketika kita diberi ruang, serta ketika kita masih diberi peluang untuk bernafas...
~JANGAN BIARKAN HIDUPMU BERLALU SEHARI TANPA MELAKUKAN KERJA-KERJA ISLAM~
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini