I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM
Showing posts with label FIKIR-FIKIRKAN. Show all posts
Showing posts with label FIKIR-FIKIRKAN. Show all posts

Monday, December 12, 2011

AKHLAK dan QUDWAH

Bismillah.. Subhanallah.. Alhamdulillah

Masih bernafas, masih boleh beribadah.. Jom sama-sama tingkatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT yang telah menjadikan kita dan meminjamkan segala yang menjadi milik-Nya kepada kita..
Alhamdulillah.

Semakin hari semakin bersyukur. Semakin lama semakin sedar, semakin akur. Kita sebagai hamba tidak terlepas dari sebarang kesilapan dan kesalahan. Nyata, menyedari hakikat kehambaan diri, menjadikan diri ini semakin berfikir untuk terus menjadi matang, untuk sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan diri.

Sudah lama ingin mencoret, alhamdulillah hari ini berpeluang.

Bukan kisah yang terlalu menarik, tapi boleh menjadi qudwah kepada kita. Bukan sekreatif novelis-novelis, mahupun penulis-penulis yang lain, namun tetap mahu menyampaikan.

3 Si Cilik. Juga merupakan anak saudara saya (anak sepupu).

Melihatkan keletah mereka sebenarnya sangat mencuit hati, terutama si bongsu. Banyak mulut, nakal, baik hati. Tapi, apa yang mahu difokuskan bukanlah keletah mereka, tapi sikap dan akhlak yang terhasil / ditonjolkan oleh mereka secara tidak langsung, yang membuatkan saya berfikir sendirian.

Lalu saya cuba mengimbau semula kenangan bersama opah mereka (ibu saudara) sepanjang saya sekeluarga berada dengan beliau, hinggalah ke anak-anak ibu saudara saya. 3 anak saudara saya saling tidak tumpah mengikut sikap opah dan ibu mereka. Sabar.


Situasi 1.
Adik bongsu mengganggu abangnya yang sedang menulis sambil diperhati oleh abang sulung mereka. Berkali-kali diganggu, tapi sedikit pun tidak menimbulkan kemarahan si abang.

Abang sulung bersuara, "Adik, marah Mikael dik. Dia kacau adik"

"Takpe abang, adik tak marah pun... Adik tak marah" jawab adik.

Jawapannya sangat membuatkan saya kagum. Jika saya yang berada di tempatnya, pasti tanpa dipinta saya sudah memarahi orang yang mengganggu saya. Tapi, mereka bersikap sebaliknya. Terfikir-fikir


Situasi 2.
Abang sulung dipukul berkali-kali. Dari penglihatan saya, berdebuk-debuk abang dipukul, semestinya menimbulkan rasa sakit. Tapi, si abang tidak langsung membalas pukulan adik bongsunya. Malah, dia cuma mempertahankan diri, bahkan dia boleh tersenyum dan ketawa.

Subhanallah!
Terus saya teringatkan kisah tentang Rasulullah, yang tidak pernah membalas kejahatan orang. Mampukah untuk saya menjadi seperti itu?
- muhasabah diri -

Benar, membina generasi harus bermula dari diri. Seperti yang kita selalu dengar kisah tokoh-tokoh terkemuka. Bukan sahaja amalan serta tingkah-laku kita, malah pemakanan juga turut menyumbang kepada perkembangan minda dan akhlak generasi pewaris.


Situasi 3.
Ketika menziarahi sebuah rumah (untuk membuat bancian), saya ditemani seorang sahabat dan 4 orang yang lain. Entah di mana 'silap'nya, pak cik (tuan rumah) tiba-tiba 'berkenan' dengan sahabat saya ni. Beriya-iya mahu sahabat saya menjadi menantunya hingga diperkenalkan kepada anaknya -bakal kakak ipar- dan menyuruh memanggilnya ayah.


Saya memandangnya dengan pandangan positif. Mungkin kerana hatinya suci (berdasarkan tingkah laku) hingga menzahirkan pada luarannya, serta menimbulkan daya tarikan orang kepadanya.


**Nampaknya saya masih belum mencapai ke tahap itu. Rasulullah sebaik-baik teladan. Jom contohi Rasulullah**


Friday, August 5, 2011

Bila Ibadat Jadi Adat

Fenomena ramadhan zaman ini

Ramai orang puasa
Tapi ramai orang tak sempurnakan solat fardhu
Padahal perintah puasa hanya 1 kali je dalam Quran
Manakala perintah solat banyak kali

Ramai orang bangun sahur
Tapi ramai jugak orang yang terlepas solat subuh
Kalau nak ikutkan, waktu sahur jaraknya dah hampir dengan subuh kan

Ramai orang solat tarawih(bagus)
Tapi ada jugak tarawih semata2
Isya' tak buat.

Inilah jadinya bila ibadat jadi adat....


RQ: Biasanya masa ni lah ada orang akan kata "Eh, puasa! Mane boleh mengumpat", "Eh, puasa! Jangan cakap bukan2lah.."
p/s: 'Time' Ramadhan je ke kena jaga???


Thursday, July 21, 2011

Rumah Hangus, al-Quran Masih Elok

TAIPING: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati senaskhah al-Quran yang disimpan dalam rumah masih dalam keadaan elok walaupun rumah kayu itu hangus terbakar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pemilik rumah, Siti Fauziah Abdullah, 44, dan dua anaknya tidak menyedari rumah mereka di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, di sini, terbakar mendadak dipercayai akibat litar pintas.

Siti Fauziah berkata, dia yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati semua perabot, perkakas rumah, pakaian termasuk buku sekolah anaknya musnah dalam kebakaran itu.


Bagaimanapun mereka sekeluarga terkejut apabila menemui naskhah al-Quran terselamat dalam kebakaran itu.

Mungkin ini kebesaran Tuhan. Hanya kulit al-Quran itu saja terbakar manakala helaian kertas di dalamnya masih boleh dibaca,” katanya.


Menurutnya, kejadian kebakaran berlaku ketika dia sedang bekerja di sebuah kilang berhampiran rumahnya manakala anak bongsunya pergi mengaji al-Quran.


“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi adik ipar mengatakan rumah kami duduki sejak 27 tahun lalu, terbakar. Saya sangka ia gurauan sebelum mendapati ia benar-benar berlaku,” katanya.

Dia bersyukur dua anak yang baru balik dari mengaji tiada di rumah sebaliknya ke rumah ibunya berhampiran.


Anak mangsa, Wan Yusriffa Wan Hassan, 23, berkata dia yang baru pulang kerja terkejut mendapati rumahnya dijilat api.

“Saya berlari masuk ke kawasan kebakaran kerana menyangka adik saya masih berada dalam rumah tetapi dihalang dan diberitahu adik selamat,” katanya.


Sementara itu, anak bongsu mangsa, Wan Mohd Izdiham Wan Hassan, 10, berkata dia singgah ke rumah neneknya untuk melihat telefon bimbit baru yang dibeli ibu saudaranya, Norlia Abdullah, 52.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguat Kuasa Bomba, Halid Md Zin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.51 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.


Menurutnya, rumah diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan pantas dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 10 malam.

SUMBER

RaudhatulQalbi (RQ) : Kenapa perlu ada MUNGKIN?? Sudah pasti jawapannya MEMANG BUKTI KEBESARAN ALLAH.. kan? ^_^
SUBHANALLAH...


Saturday, July 16, 2011

NISFU SYAABAN

15 sya'ban 1432H = 17 julai 2011 = Ahad.
(Malam Nisfu sya'ban: Sabtu, 16 julai 2011, sejak terbenamnya matahari)
Peristiwa: Penukaran arah qiblat 2H

Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. Dari Nabi saw bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana… adakah di sana… ? sehingga terbit fajar”.

Memanfaatkan keistimewaan Sya'ban :

1) “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam NISFU SYA'BAN, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)

2) Daripada Aisyah ra berkata: 'Adalah Rasulullah SAW apabila berpuasa, sehingga kami menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban'.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

p/s : Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu” (Bukhari dan Muslim)

Hal ini adalah pendapat jumhur ulama, jadi masih ada keharusan untuk berpuasa selepas 15 Sya'ban tetapi tidak pada 2 hari syak (sebelum Ramadhan) melainkan mereka yang sudah menjadi adat (kebiasaan).

Gunakanlah peluang Malam Nisfu Sya'ban untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. dan memohon ampun atas segala dosa kita. Kemudian iringkanlah dgn menjaga perwatakan n akhlak kita pada dua minggu seterusnya hingga kita bertemu Ramadhan. Moga-moga dengan demikian, Ramadhan akan menyinari hati kita yang BERSIH...

Dalam kita merebut waktu-waktu yang afdhal beribadat... ada 2 perkara penting yang perlu sentiasa kita ingat..
1) Janganlah kita mengkhususkan satu-satu amalan untuk satu-satu waktu kecuali dengan nas yang boleh diterima dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
2) Janganlah diniatkan semata-mata kerana ganjaran yang ada padanya.. kerana ikhlas itu yang lebih utama...

Jadikan nisfu Sya'ban sebagai langkah permulaan persediaan kita menyambut Ramadhan dengan membersihkan hati kita dengan amalan soleh sebagaimana kita biasanya sibuk di penghujung ramadhan untuk membersihkan rumah dan memperindahkannya kerana ingin meraikan kehadiran Aidilfitri... Ia juga sebagai medan Latihan untuk membiasakan diri dengan kebaikan agar terbawa hingga ke Ramadhan yang Mulia... Nisfu Sya'ban Pintu Gerbang Memasuki Bulan Ramadhan..

Wallahu'alam.

~Selamat Beramal~


LINK UNTUK BACAAN TAMBAHAN:



Sunday, February 20, 2011

Sibuk...Busy...

Sebuah kisah yang ringkas...

Beberapa hari ini saya sempat menziarahi teman-teman termasuk beberapa orang yang saya anggap murabbi... Berbincang sedikit sebanyak mengenai beberapa permasalahan serta resolusinya... Pengalamannya berada di IPTA di Malaysia, dilantik sebagai pimpinan, apa yang berlaku dan dilakukannya sepanjang tempoh itu saya dengari, hayati dan fikirkan.

Pandangan-pandangan yang bernas membuatkan saya kagum dan membuka fikiran untuk berfikir dengan lebih meluas dan lebih kritis... Sungguh, kemampuan saya masih belum setahap itu.. (Itu kelemahan saya). Bukan malas berfikir, cuma tidak terfikir. Saya acap hanya menjadi pemerhati serta pendengar kelakuan, sikap dan pandangan-pandangan orang. Belajar sebenarnya.. =)

Di akhir perbincangan terselit sedikit perbualan mengenai persatuan, yang kebanyakan orang kata sibuk, tak mampu untuk memegang lebih dari dua atau tiga jawatan dan sebagainya...
Ada teman yang mengatakan, si fulan ini tak mampu nak pegang dua, tiga jawatan. Teman yang lain pula kata fulan ini sibuk, tak sempat nak sekian, sekian... "Ye, semua orang sibuk. Cuma kitalah yang kena pandai manage masa dan kerja kita. Jangan jadikan sibuk tu satu alasan. Alasan yang tak kukuh sebenarnya tu", kata murabbi saya. Saya jadi teringat beberapa minggu yang lepas, ketika bermesyuarat. Antara alasan yang saya berikan adalah "saya sibuk dengan kerja lain". Saya tahu itu adalah alasan yang agak tidak relevan untuk diberikan. Namun, hanya itu dan beberapa alasan lain yang mampu saya berikan... Bukan mahu 'lepas diri'...

*****************************************************

Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Namun, untuk menilai sejauh mana sibuknya kita, kita sendiri yang menentukannya. Semoga kita semua diberi keampunan oleh-Nya atas kelalaian kita. Walau ianya hanya kelalaian yang sedikit, namun mampu membawa kita ke jurang neraka... Nauzubillah... Amanahlah dengan tanggungjawab.

~Allah~ ampuni kami....

Semoga tulisan ini mampu menimbulkan rasa takut pada azab-Nya serta menjadi peringatan bagi saya dan kalian...

Wallahua'lam...


Thursday, February 3, 2011

Di Tengah-tengah Kemelut....

Bukanlah bertujuan untuk menggunakan Facebook atau mana-mana saluran sebagai medium... Tapi, kerana hasrat di hati yang tersimpan selama ini menyebabkan saya menangguh dahulu keinginan saya untuk menyatakan apa yang tersirat... Lama... Setelah berfikir, berfikir dan terus berfikir. Akhirnya tercetus sesuatu yang datang dari lubuk hati. Apa yang dialami, juga dialami oleh seorang sahabat.

Saya tidak tahu sejauh mana mereka menganggap isu ini sebagai sesuatu yang relevan untuk dipersoalkan. Namun bagi saya, isu ini sangat penting lantaran melihatkan keadaan dunia yang kian kelam kerana tangan-tangan kuffar durjana.

Gusar......

Dakwah dan Daie.

Semalam, seorang sahabat merangkap adik (junior) mengadu kepada saya mengenai 'mereka'... Mengadu kerana sedih dengan keadaan abang-abang dan kakak-kakak yang telah 'hilang'... Tidak tahu ke mana mereka... Saya juga cuba menjejaki mereka dengan sebaik-baiknya... Namun, tiada apa yang boleh dikongsikan bersama... Seolah-olah mereka tidak mahu berbicara apa-apa. Semuanya seakan-akan mahu lari dari pertanyaan.

Ada yang tidak memberi respon, ada yang tidak menjawab persoalan, ada yang tidak menghubungi, melaporkan keadaan semasa tanah air. Saya tahu. Saya faham. Mungkin ada yang sibuk dengan urusan masing-masing, lantaran tidak sama bidang ilmu dan pekerjaan yang dilalui. Namun, itu bukan satu alasan yang sangat kukuh untuk kita terus lari, lantas senyap diam membisu seribu bahasa.

***********************************************************************************************************

Ada sahabat-sahabat yang sebelum memasuki alam rumah tangga berhubung, kemudian terputus. Ada yang sebelum itu lagi sudah terputus dari bertanyakan khabar, apatah lagi keadaan diri masing-masing. Bukan mahu mencari salah dan kesalahan antum, sekadar menyatakan keluhan hati dek kerana kelesuan kader-kader dakwah yang dulunya lantang bersuara, kini diam tidak tahu di mana mereka. Mereka yang dahulunya sering memberi untuk kelangsungan dakwah. Mereka yang dahulunya sering mentarbiyyah adik-adik untuk dijadikan kader dakwah. Mereka yang dahulunya adalah figure yang menjadi harapan untuk meneruskan dakwah. Kini lesu. Diam membisu. Saya tidak tahu mana arah yang mereka tuju.

Selama ini saya menunggu, menunggu dan terus menunggu, bilakah masa yang sesuai untuk memperkatakan hal ini. Tapi, takdirnya semalam ada insan yang 'datang' (melalui Yahoo!Messenger) mengadu memikirkan masalah yang sama. Bertanyakan saya ke mana akhi-akhi dan ukhti-ukhti yang mentarbiyyah mereka dahulu. Bagaimana keadaan mereka. Apa yang mereka lakukan. Adakah mereka telah beralih arah?

Lidah saya kelu untuk berkata-kata. Saya hanya mampu menjadi penenang kepadanya. Tidak mahu jadikan amarah sebagai tuan yang menguasai diri. Bimbang apa yang diharapkan tidak menjadi. Tidak banyak yang dapat saya katakan. Sekadar mahu menimbulkan kesedaran. Jika ini salah satu medium yang dapat membantu, ini hanyalah ikhtiar saya. Jika ada medium dan usaha lain yang dapat menghimpun kembali insan-insan juga tenaga-tenaga untuk kader-kader dakwah, juga saya akan ikhtiarkan...

~Mohon maaf atas segala kekasaran~
~Sahabat Kalian~
~Generasi 2000-2003~


Wednesday, January 5, 2011

Malaysia

Belek-belek e-mail yang penuh, dan masih banyak yang belum dibaca... Tertarik untuk dikongsikan bersama-sama... [usianya: Tue, June 13, 2006 1:06:25 PM]

**********************************************************

Permasalahan umat Islam di negara ini semakin meruncing dan menghadapi pelbagai tekanan dari segenap penjuru. Golongan bukan Islam semakin berani mencampuri urusan umat Islam. Malahan yang bergelar Islam yang rapuh pengetahuan agamanya, turut mengancam Islam.

Walaupun kesibukan dengan temu janji tugasan, Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria berkesempatan membicarakan isu ini. Ikuti temubual wartawan HarakahNyza Ayob dan Azamin Amin di pejabatnya, di Kompleks Islam Darul Ridzwan,Ipoh baru-baru ini.

Pada pandangan Dato' bagaimanakah situasi dan keadaan umat Islam di Malaysia pada masa ini?

Pada pandangan saya, Islam di Malaysia sedang mnghadapi ancaman yang cukup berat. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya dari Barat, sekularisma,budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisma serta ancaman dari golongan yang membangkitkan soal khilafiah.

Sekularisma pada asalnya untuk mencengkam ekonomi dari Barat. Tapi bagi umum ia merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual.

Sedangkan Islam tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan hidup dan segala kegiatan hidup berkaitan dengan agama, yang dikatakan Islam sebagai ad-din.

Dalam Islam, ibadat itu merupakan asas kepada budaya. Budaya Islam terbentuk ataslima asas. Pertama dengan mengucap dua kalimah syahadah iaitu membina persaudaraan. Yang kedua sembahyang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Puasa untuk melahirkan kasih sayang dan belas ihsan. Zakat untuk membina sifat semangat pengorbanan dalam diri. Haji pula untuk penyatuan ummah.Maksud demokrasi Islam untuk memperkasakan usul yang lima iaitu agamanya, akalnya, keturunannya, jiwanya, hartanya dan maruahnya.

Islam meletakkan semua aspek kehidupan berlandaskan nilai agama. Bagaimana ia dapat diperkasakan dalam masyarakat?

Memperkasakan perkara ini mempunyai perkaitan hidup dengan manusia. Contohnya kita berinteraksi dengan manusia dalam hubungan biasa, pergaulan harian atau sosio ekonomi. Jika budaya tidak langsung diikat dengan akidah dan sistem syarak, maka budaya itu membawa kehancuran.

Bagaimanakah pula fahaman sekularisma yang telah sekian lama menular dalam masyarakat kita?

Sekularisma sudah menular dalam masyarakat Islam sehingga orang Islam sudah tidak menghiraukan soal halal haram. Contohnya berdasarkan kajian yang dibuat yang paling ramai ambil nombor ekor adalah orang Melayu. Begitu juga dengan minum arak. Perbelanjaan arak hampir 1 bilion dan semakin menular terhadap orang-orang Islam.

Kita lihat perselisihan yang paling ketara ialah sesama orang Melayu. Ia sampai ke institusi agama seperti masjid. Keadaan ini cukup merbahaya.

Kita lihat sekarang ini masyarakat kita terlalu taksub dengan hiburan

Saya berpandangan, apakah kita hendak menjadi pelakon yang menari di atas pentas untuk menghiburkan orang lain, sedangkan orang itu serius dalam hidupnya. Selama 48 tahun kita sudah merdeka, yang kita kejar tidak tercapai. dari segi ekonomi kita hanya memiliki 17 peratus sedangkan manusia makin laju.

Lebih ramai di kalangan kita terlampau seronok. Kita dilalaikan sehingga tidak sedarkan diri. Golongan belia kita diserang budaya hedonisma yang melahirkan golongan seperti 'black metal', 'skin head'. Ini merosakkan orang Islam.

Jika dilihat dahulu menggunakan nama Sure Heboh dan terdiri dari ramai belia. Tapi apabila ditukar pada Jom Heboh, lebih ramai golongan dewasa mengikutinya. Ditambah pula dengan program lain seperti Pesta Hurray.

Kita tidak belajar dengan apa yang terjadi pada tahun 1967 yang mana orang Arab disibukkan dengan bola. Israel masuk ke tanah Arab menjajah sehingga Senai jatuh ke tangan Israel . Begitu juga dengan Palestin. Ini berlaku kerana dilalaikan dengan bola. Cukup dengan tayangan bola dan tidak perlu tunggu bom hendak diletupkan. Negara tergadai, bangsa dihina, agama runtuh. Perkara ini harus menjadi pengajaran kepada kita.

Sejauhmanakah fahaman liberalisme ini menular dalam masyarakat kita?

Islam liberal ini cuba memesongkan manusia. Liberalisme ini merupakan fahaman yang diciptakan Yahudi sejak 2000 tahun dahulu. Ia berkembang dan Barat yang terpengaruh dengan liberalisme ini maka agama sudah jauh ditinggalkan. Jalan paling senang ialah mendekati dan meracuni fikiran bijak pandai Islam dengan cara logik mereka. Kita lihat hari ini suara-suara dari golongan ini cukup kuat dan ada yang menafikan azab kubur.

Dari segi intelektual kita diserang oleh fahaman liberalisme. Semua ini memesongkan akidah membuatkan semua orang tidak percaya pada agama. Mengikut liberalisme agama ini harus ditafsirkan dengan fikiran.

Fahaman ini dipanggil hemunatik. Sekarang ini suara lantang kedengaran dari golongan liberalisme supaya Quran itu juga ditapis. Yang mana tidak relevan bagi mereka dibuang. Sedangkan Quran itu kitab Allah.

Allah mencipta manusia dan kita lihat ilmu Allah itu cukup sempurna. DIA mencipta manusia dan tahu kebangkitan manusia. DIA menciptakan segala keperluan yang diperlukan manusia. Hukum Quran ini telah menetapkan peraturan.

Apakah Allah itu tidak sempurna hinggakan memasukkan perkara yang tidak relevan dimasukkan dalam Quran. Sedangkan Nabi memberi jaminan Quran dan hukum-hukum Islam sesuai pada setiap waktu sehingga kiamat. Kewajipan kita ialah menyesuaikan apa jua kemajuan dengan syarak.

Bagaimanakah pula dengan fahaman pluralisma yang menjadi amalan dalam masyarakat kita?

Pluralisma dengan fahaman agama tujuannya baik tapi jalannya berlainan. Fahaman ini makin kuat dan diterapkan pada orang Islam. Kerana itu ada yang menjadikan perayaan agama sebagai acara nasional. Sedangkan perkara ini sudah jelas dalam Quran, Allah mengatakan agama itu Islam. Dan siapa yang mencari selain dari Islam tidak akan diterima dan akan kecewa di akhirat nanti.

Begitu juga usaha-usaha ini menular pada golongan bijak pandai dan kepimpinan Melayu. Mereka sudah berusaha menubuhkan IRC dan sekarang ini IFC sehingga diperluaskan melalui 'road show'. Jadi, umat Islam diserang di pelbagai peringkat.

Bagaimanakah pula pertelingkahan sesama Islam berkaitan ilmu agama?

Golongan yang sudah berumur dan pencen pula diserang dengan fahaman khilafiah .Mereka ini orang yang mempunyai ilmu Islam tetapi mendabik dada mengatakan orang dulu semuanya silap. Hinggakan imam-imam mujtahid juga dikatakan silap. Sedangkan Rasulullah dalam hadisnya mengatakan sesiapa yang berijtihad akan memperolehi dua pahala.

Mereka ini menghukumkan perkara ini bidaah, perkara itu bidaah dan semua amalan bidaah itu masuk neraka. Sehinggakan orang ramai menjadi keliru. Ada masjid dan surau menjadi kosong dan tidak lagi didatangi pengunjung kerana perbalahan.

Sehingga kini, bagaimanakah penyelesaian pada permasalahan yang melanda masyarakat Islam kita?

Berdasarkan statistik hingga awal Januari 75,000 yang majoritinya Melayu mengidap penyakit Aids. Kita masih bertengkar dan sibuk dengan soal perkahwinan seperti yang timbul, kahwin misyar.Jadi masa kita banyak dihabiskan untuk perbahasan masalah yang telah ditetapkan Allah.

Orang-orang Islam Melayu khususnya di negara ini diserang dalam lima penjuru yang cukup bahaya. Jadi apa yang tinggal di negara kita sekarang ini? Saya bersungguh-sungguh untuk menyampaikan perkara ini kepada pihak-pihak tertentu supaya mempunyai kesedaran.

Alhamdulillah saya pernah mencabar di mana letaknya NGO-NGO Islam, mana persatuan-persatuan ulama, persatuan guru agama, persatuan masjid, khairat kebajikan Islam. Di mana mereka ini? Kenapa mereka tidak tampil untuk mempertahankan Islam?

Baru-baru ini Dato' melancarkan penubuhan Jaringan Muafakat 18 buah NGO Islam Perak. Apa pandangan Dato' tentang usaha yang dijalankan oleh NGO ini?

Sambutan yang dibuat oleh NGO Islam baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik. Saya mengharapkan gerakan ini tidak hanya berkembang pada golongan bawahan tetapi berkembang pada golongan intelektual dan kepimpinan supaya dapat penerapan dengan sempurna.

Jika kita melihat sambutan pada malam pertama program itu kira-kira 6000 orang yang hadir, secara mentalitinya kita masih melihat masing-masing sering salah menyalah. Ada yang menyalahkan parti politik, ada yang menyalahkan kerajaan. Jika ini masih berlaku kita tidak dapat jalan penyelesaian.

Pada saya mesti berfikiran terbuka, melihat bahaya yang menimpa umat Islam dan harus bersatu. Kita tidak lagi tuduh menuduh sesama kita sebaliknya mencari jalan bagaimana mentarbiyah umat Islam ini supaya mereka sedar dan kembali pada agamanya. Ini untuk membina insan.

Rukun iman itu untuk membina insan. Kalau rukun iman dilaksanakan, mereka menjadi seoarng mukmin. Apabila individu yang beriman itu membentuk dirinya sebagai mukmin, maka akan lahirlah masyarakat mukmin. Kalau orang Islam melaksanakan rukun Islam iaitu ibadat zahir yang membentuk budaya, mereka bukan sahaja Islam tetapi muslim. Islam itu semuanya baik dan kita lahirkan manusia yang muhsin. Tiga tahap ini harus dicapai untuk kejayaan orang Islam.

Selagi kita tidak dapat membina dalam diri kita sifat mukmin dan tidak dapat membentuk muslim, dan kita membentuk diri kita sebagai yang sukar melakukan kebaikan, selama itu kita tidak akan berjaya. Perkara ini yang penting untuk kita lakukan.

Dalam kenyataan baru -baru ini Dato' ada mengatakan ada menerima sebuahsurat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa kira-kira 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian. Boleh Dato' terangkan lebih lanjut mengenai perkara ini

Dalam surat itu dinyatakan pihak berkuasa Islam zalim dan tidak adil kerana telah ada 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian tetapi tidak berani beribadat dan keluar ke gereja kerana ancaman yang dibuat oleh pemimpin Islam dan orang Islam.

Surat itu diterima dari satu badan Kristian di New York . Angka yang diberikan itu sama ada sebahagian atau sebenarnya melebihi dari dinyatakan. Pada pandangan saya, perkara ini telah lama dibangkitkan dari masa ke semasa tetapi tidak mendapat sambutan.

Maksud Dato', ada yang memeluk Kristian tapi berselindung dengan imej Islam?

Ya. Contohnya terjadi baru-baru ini. Seorang wartawan telah menelefon saya, meminta pandangan apa yang harus dilakukan berkaitan masalah yang dihadapinya. Beliau sewaktu itu berada di kampung.

Katanya seorang gadis dalam lingkungan 20-an telah lari dari rumah dan ke rumah wartawan tersebut untuk meminta perlindungan. Datang seorang polis membawa ayah gadis tersebut. Kata gadis tersebut, bapanya hendak memaksanya ke gereja untuk masuk Islam. Bapanya seorang Melayu.

Jadi, jika sampai begini keadaannya, ini cukup parah. Perkara ini berlaku di pedalaman. Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin kerana kewangan. Saya mendapat tahu jika seseorang itu dapat membawa seorang masuk Kristian, dia akan dibayar oleh pihak gereja.

Kita lihat majlis agama sekarang ini seolah-olah sudah hilang semangat dalam memainkan peranannya. Di mana peranan majlis agama ini dalam menjalankan penguatkuasaannya?

Majlis Agama menjalankan penguatkuasaannya untuk undang-undang. Kita lihat campur tangan di kalangan orang kita sendiri. Seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan. Jabatan Agama bertindak menangkap mereka yang melakukan kesalahan di bawah enakmen.

Tapi kita lihat pemimpin dan peguam Melayu mengecam penguatkuasa bahkan nak dibebaskan orang yang melakukan kesalahan.

Hadis Nabi berbunyi; 'Bagaimana nanti satu ketika apabila sudah berlaku, bagaimana keadaan kamu. Orang ramai melihat yang mungkar itu baik, yang baik itu mungkar'.

Yang menangkap itu baik tapi yang melakukan perbuatan itu mungkar. Masyarakat membela yang mungkar. Keadaan ini yang berlaku sekarang.

Dato' dilihat lebih lantang dan tegas dalam isu yang melibatkan Islam berbanding mufti lain.

Bukan. Mufti-mufti lain apabila diajukan masalah ini meminta mereka berkenaan bercakap dengan saya. Jadi, jika saya tidak bercakap, siapa yang akan bercakap. Bukan kerana saya lantang. Selain itu memang tugas saya untuk menyampaikan yang benar.

Ini tugas saya sebagai mufti. Saya dilantik oleh sultan dengan amanah untuk saya mengatakan yang benar. Jadi saya takut pada Tuhan dan takut kepada raja. Sebab itu saya bercakap terus terang apa yang saya lihat tidak betul.

Kenapakah mufti lain tidak berani menegur?

Bukan tidak berani. Mereka menyerahkan kepada saya. Maknanya mereka juga berani. Saya yang menjadi jurucakap. Tetapi saya tidak mewakili sesiapa. Mudah-mudahan apa yang saya nyatakan mendatangkan kesan yang baik pada masyarakat.

Campur tangan bukan Islam pada hal- hal orang Islam.

Oleh kerana kita sudah lemah, kita bergaduh sesama kita, orang lain mengambil kesempatan. Sedangkan dari segi perlembagaan pun mereka tidak boleh campur tangan. Dari segi undang-undang menjadi kesalahan. Tetapi kerana kita sendiri sudah tidak tahu undang-undang dan sudah tidak prihatin pada agama, kita biarkan mereka.

Mereka ini pernahkah membela Islam? Sedangkan kita sudah tahu musuh Islam sampai bila tidak akan membela Islam. Macamana baiknya Islam mereka tidak pernah mengatakan baik.

Kalau kita bercakap pasal hudud, kita hanya bercakap sahaja. Tidakkah kita terfikir mereka ini menyekat perkembangan agama? - mks.


**********************************************************


Sila tinggalkan komentar =)


Thursday, December 30, 2010

PANTUN AGAMA

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntulah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Tuan haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Daun terap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Yang haram jangan dicuba

Bunga kenangan di atas kubur
Pucuk sari pandan jawa
Apa guna sombong dan takbur
Rosak hati badan binasa

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta ampun kepada Tuhan

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Banyaklah hari antara hari
Tidak semulia hari Jumaat
Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad

Halia ini tanam-tanaman
Di barat sahaja akan tumbuhnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia jangan ditamak
Jikalau mati tidak mengikut

Malas hamba menyelam bubu
Takut terpijak binatang berbisa
Orang malas menuntut ilmu
Di akhirat kelak badan binasa

Tanam sepohon limau purut
Tanam di pasu dengan cermat
Dunia direbut akhirat dituntut
Baru sempurna umat Muhammad


Friday, December 17, 2010

Sayang Jadi Benci??!! [Hati Kasih, Kasih Hati]

Dari sayang menjadi benci?
Betul ke?
Atau aku saja yang berperasaan begitu?
Di mana dia?
Sahabat aku yang satu ketika dahulu,
sentiasa kuketemu...
Kini menghilang dalam 'kabus' itu.

Dulu,
Aku yang mengajar dia bertatih,
Dia yang seringkali jatuh,
Acapkali kupegang erat tangannya...
Kerap juga kumendengar keluhan & rintihannya..
Walau letih, kucuba sedayanya...
Agar dia berupaya, bersisa senyuman di bibirnya...

Tapi kini,
Tiada lagi dia,
Makin jauh adanya..
Tiada lagi ketawa ria...
Tiada lagi usikan mesra...
Tiada lagi senyumanku untuknya

Dia yang kurasakan makin mengada..
Membuat aku sakit di hati..
Tidak bolehkah dia mengerti?
Bukan hanya dia yang penat dari tadi
Hanya sekadar meminta tolong...
Perkara itu membuat aku jauh termenung..
Tersinggung..

Semakin hari aku cuba untuk menjauhinya
Konon tidak mahu bersua muka
Tapi, tidak terdaya...
Kerna bagiku, dialah juga sumber ceria
Buat diri ini dikala duka...

Kini...
Semakin hari semakin jauh
Kian hari kian terasa membenci
Ukhuwwah utuh yang kian menjatuh
Apa yang termampu, aku hanya menyepi diri

Di mana silapnya?
Adakah kerana ego kita?
Atau kerana sibuknya kita?
Atau masing-masing dengan dunianya?

Allah,
Selamatkan kami..
Selamatkan ukhuwwah kami..
Tidak lain kami hanya mencari redhaMu Ilahi..


injasah gharbiyyah
1.15 am
17/12/2010


**NOTE: BINGKISAN INI BUKAN BERKISARKAN TENTANG AKU & SEORANG TEMAN (KEKASIH), HANYA BERKISARKAN TENTANG AKU & SEORANG SAHABAT..

**SAYA TIDAK MEMPUNYAI TEMAN ISTIMEWA... =P
hehehe...


Al-Kisah

Di usia-usia yang sebegini, sepertimana yang pernah dilalui oleh abang saudara aku sendiri... Sekitarnya sering berbicara soal hati, soal masa depan, soal calon.

Baharu tadi terbaca mengenai kisah bertunang. Lantas membuat aku tiba-tiba teringat dan terfikir. Suatu peristiwa yang pernah terjadi pada tahun lepas.

Al-kisahnya....

Suatu hari telefon bimbitku menerima SMS dari seseorang. Seseorang yang asing, tidak dikenali, tidak pernah dihubungi, malah jauh sekali. Nun, di Pahang datangnya. SMS yang dikirim berbunyi pertanyaan khabar,
(diolah sedikit penggunaan perkataan, tapi masih terkandung mesej asal -mungkin ade ayat yang tertinggal kot-)

"Salam. Ape khabar? Ni Ramlah kan?"

Lalu dibalas oleh aku sendiri,

"Waalaikumussalam. Sape ni?"

"Saya Mohd Aman (bukan nama sebenar). Ramlah, boleh tak saya nak berkenalan dengan awak?"

"Mohd Aman? Dari mane? Camane boleh dapat nombor saya?"

Permintaanya untuk berkenalan dengan saya tidak dijawab.

"Saya Mohd Aman, dari Pahang. Saya dapat nombor ni dari adik awak."

Hati dapat mengagak. Lalu saya terus menyoal adik menerusi SMS. Dalam hati ada sedikit rasa marah kerana bertindak sendiri (tidak meminta izin). Namun saya kawal perasaan itu. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Lagipun masing-masing beranjak dewasa.
Terus mendapatkan maklumat.

"Salam. Ati, sape Mohd Aman ni? Camana dia boleh dapat no Kak Nyah (panggilan adik-adik buat saya)?"

"Dia kawan Ati. Ati yang bagi nombor K.Nyah. Sori tak mintak dulu."

SMS dari Aman datang.

"Awak jangan marah dia. Adik awak tak bersalah. Saya yang mintak nombor awak kat dia."

Hati saya bergetus, "Oh! Kamu bagitau dia rupanya.."
Saya meneruskan balasan SMS Aman. Bukan 'gatal tangan', tapi nak tahu apa yang dia mahu sebenarnya.

Hari kedua,

"Salam. Pekabar? Ramlah tengah buat apa?"

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat. Ade kerja sikit." (balas sambil lewa. Berat hati untuk menjawab)

"Kerja ape? Awak sibuk ke?"

"Kerja persatuan. Jap lagi ade meeting. Pastu nak study sikit" (Alasan saya untuk tidak meneruskan SMS)

"Ooohh... Study. Ramlah amik kos ape kat sane?"

"Bahasa & Kesusasteraan Arab"

"Kalau macam tu boleh la ajar saya Bahasa Arab. Saya tak pandai sangat Bahasa Arab ni.

"InsyaAllah, boleh. Belajar sikit-sikit. Baca buku bahasa Arab, kalau tak faham bukak kamus."

"Hmm.. Oklah Ramlah.. Saya tak nak ganggu Ramlah. Teruskan buat kerja"

Saya menarik nafas lega. Perbualan terhenti.

Hari seterusnya,

"Salam. Dah makan? Tengah buat ape tu?"

Saya mula tidak selesa dengan pertanyaan-pertanyaannya yang sangat remeh. Sekadar bertanyakan khabar, dah makan ke tidak.. Baik tak payah! Macam takde soalan lain! Marah aku dalam hati, sambil muka berkerut menahan marah.

"Waalaikumussalam. Tengah study"

"Ooo... Rajinnye. Ramlah, boleh tak kalau saya nak mintak gambar awak? Nak kenal lebih lagi."

Hati mula bersumpah-seranah. Ape ni??!! Baru dua tiga hari kenal dah nak mintak gambar!

"Maaf! Saya tak suka nak bagi gambar saje-saje kat orang yang saya tak kenal. Tambah-tambah lelaki."

"Oh! Yeke? Maaf2.. Kalau macam tu takpelah. Kita SMS macam biasa jelah."

Entah kenapa saya masih membalas beberapa mesej Aman selepas peristiwa itu.
Tidak lama kemudian, senyap seketika (lebih kurang dua, tiga hari). Tiada kiriman dari Aman, apatah lagi balasan SMS dari saya. Saya tidak membalas mesej terakhir Aman sebelum saya berhenti memberi respon.

Selang lebih kurang tiga hingga empat hari saya memberi mesej kepada Aman.

"Salam. Pertamanya saya nak mintak maaf kalau kata-kata saya ni agak kasar. Saya nak bagitau sikit, saya ni tak suka kalau setakat nak mesej-mesej perkara remeh, tanye kabar. Rasanya tak perlu kot nak tanye-tanye soalan macam tu.. (lebih kurang camni kot ayat saya. Tak ingat dah tulis ape lagi)."

Sejak itu, tiada lagi kiriman SMS dari Aman mahupun respon Aman dari mesej saya tempoh hari. Senyap lagi.

Tiba-tiba Ati memberi mesej, saya merespon dan bertanya siapa Aman dan kenapa dia ber'SMS' dengan saya.

"Salam. K.Nyah, maaflah kalau K.nyah tak suka nak mesej-mesej dengan Aman tu. Dia sebenarnya tengah cari calon nak buat isteri, tapi kalau K.Nyah tak suka takpelah"

Gulp! Walaupun masih sedikit marah dengan Aman, tapi rasa macam nak menggigil satu badan bila baca 'tengah cari calon'.. Saya Menjawab YM Ati dan bertanya lagi,

"Bukan tak suka, tapi cara tu tak kena. Nak cari calon buat le cara betul-betul. Ni mintak gambar la ape la. Dah la baru kenal. Tiba-tiba mintak gambar. Umur dia berapa, kerja apa, tinggal kat mana?

"Umur dia (masa tu) 28 (kot, tak ingat plak). Keje wyring. Tinggal kat Pahang. Dia dulu belajar kat Mesir. Ade kedai makan (kedai ke restoran tak ingat jugak). Yelah, kalau tak suka takpe. Tapi, jangan le sampai macam tu. Tak friendly. Takkan nak tanye-tanye pun tak boleh."

Huh! Tak friendly?! Kamu ingat cara macam ni friendly ke? Boleh ke macam ni? Bebel saya sendirian dalam hati. Marah sangat. Ade ke patut aku ni dia kata tak friendly?! Eeeeiii....

Saya menahan amarah saya. Mujur ketika itu saya berada di rumah kawan (Chah, bukan nama sebenar). Saya meminta pendapat Chah. Alhamdulillah, akal saya menjadi waras semula, dan berfikir dengan teliti mesej yang mahu dibalas menerusi YM supaya tidak menurut kata hati, tidak ada yang tersakiti.

"Bukan tak friendly, tapi jaga. Belum apa-apa lagi dah tanye macam-macam. Mintak gambo le. K.Nyah tak suka cara dia. Kalau setakat tanye kabo, dah makan ke belum, baik tak payah. Kalau nak tanye, tanye betul-betul. Serius sikit. Ni mesej macam ape je."

(Adelah lagi yang dibebelkan. Dah tak ingat ape dia. Lame dah peristiwa ni)
Tegas. Aku cuba memahamkan Ati, yang aku tak suka dengan cara macam ni. Setakat sembang-sembang kosong, perkara-perkara remeh, aku rimas! Banyak lagi keje yang aku nak buat dari melayan mesej 'kosong' Aman.

"Yelah, kalau Kak Nyah tak nak takpelah. Mintak maaf le kalau Kak Nyah tak suke.."

Perbualan antara aku, Ati dan Aman terhenti hingga hanya pada hari terakhir itu.
Dalam hati agak bersalah, seolah-olah teguran dan kata-kata aku agak keras dengan Aman dan pada Ati.

Sorry Ati, K.Nyah mungkin setuju dengan kamu kalau kena caranya. Tapi, perkahwinan bukan sekadar dalam masa yang singkat. Perlu membina sebuah institusi keluarga yang berlandaskan Islam. K.Nyah tak mau sebelum ke alam perkahwinan lagi dah berunsurkan perkara-perkara tak elok. Mungkin kamu tak faham. Tapi, itulah K.Nyah... K.Nyah tetap K.Nyah...

Adik-beradik, ummi dan abah sendiri tahu bagaimana keras kepalanya aku. Degil. Kalau aku kata tidak, tidaklah akhirnya. Kalau dulu, mungkin ikut kata hati. Tapi, kini, perkara yang perlu aku berhati-hati, akan cuba ditolak ke tepi, demi mencari redha Ilahi...


Thursday, November 11, 2010

BINGKISAN DARI YAMAN

(Harakah-Fikrah, Edisi Jumaat, 31 Julai 2009, m/s F14-F15)

Pesanan Dr. Abdul Karim Zaidan kepada pejuang Islam

Oleh: Imran al-Malizi


Beberapa bulan yang lalu, saya diberitahu bahawa beliau sedang sakit tenat dan enggan menerima tetamu. Beliau memerlukan rehat yang secukupnya lantaran faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Pada hari Selasa, 21 Julai 2009, kami diberi kesempatan untuk menziarahi guru kami, Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama yang berasal dari Iraq dan sangat dikenali di peringkat antarabangsa. Keluasan ilmunya membuatkan pandangan-pandangan beliau sentiasa diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan semasa yang berkaitan dengan Islam.

Kitab-kitab karangannya telah digunakan sebagai teks usrah semenjak sekian lama. Malah beberapa kitab karangannya juga digunakan sebagai sukatan pelajaran di kebanyakan universiti. Di antara karyanya yang masyhur ialah Usul al-Da’wah, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, al-Wajiz fi al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, Nizhom al-Qadha’, al-Mufasshal dan banyak lagi.

Dr. Abdul Karim Zaidan sangat cintakan ilmu dan bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah dengan menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik generasi umat ini. Beliau pernah berkata, “Aku sangat mengharapkan agar aku mati dalam keadaan sedang mengajar..”

Selepas solat Maghrib di Masjid Abu Bakar as-Siddiq di Hadda, kami berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke kediaman Dr. Abdul Karim Zaidan. Kami disambut oleh anak lelakinya yang bernama Mohammed. Tidak lama menunggu di ruang tamu, Dr. Abdul Karim Zaidan muncul dengan dipapah oleh Mohammed.

Begitulah keadaannya ketika mengajar di dewan-dewan kuliah, walaupun dalam keadaan susah dan hampir tidak mampu untuk berjalan lagi, beliau tetap hadir demi menyampaikan ilmu. Usianya yang sudah mencecah 92 tahun tidak menghalangnya daripada terus menyumbangkan jasa kepada Islam.

Kami sangat bertuah kerana pertemuan pada malam itu dibuat sebelum beliau bertolak ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan menziarahi kaum kerabatnya di sana. Kemungkinan beliau akan pulang semula ke Yaman selepas beberapa minggu.

Dalam pertemuan ini, Dr. Abdul Karim Zaidan telah sudi untuk menjawab beberapa persoalan yang kami kemukakan khusus mengenai perkembangan politik Islam di Malaysia.

Berbicara tentang tahaluf siyasi iaitu perjanjian atau persepakatan politik, PAS telah pun bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain dan berjaya menguasai beberapa buah negeri dalam pilihanraya ke-12 yang lalu. Kerjasama ini kemudiannya disebut sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin ramai lagi yang masih keliru tentang istilah tahaluf siyasi ini dan kurang pasti apakah matlamatnya dan di manakah batas-batas dan garis sempadannya?

Bagi menjelaskan perkara ini, Dr. Abdul Karim Zaidan berkata, “Ianya (tahaluf siyasi) tidak dilakukan secara mutlak, hanya digunakan bagi mencapai matlamat tertentu. Matlamat ini mestilah perkara yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh, Nabi s.a.w membuat perjanjian dengan kaum Yahudi di Madinah dengan matlamat tertentu, contohnya mereka tidak boleh memerangi kaum Muslimin dan sebagainya. Begitulah juga bagi PAS dan parti yang bukan Islam.. (kerjasama ini) hanya bagi mencapai suatu matlamat tertentu.”

Tambah beliau lagi, “Sebagai contohnya, jika golongan sekular mahu menetapkan satu sistem pendidikan yang tidak menepati Islam, maka kamu jangan menerima dan bersetuju dalam perkara ini. Maksudnya, tahaluf siyasi ini dibenarkan dalam perkara yang tidak bercanggah dengan Islam.”

“Jika PAS bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi mencapai matlamat yang menepati Islam dan syarak, ianya dibolehkan,” ujarnya.

Dengan syarat-syarat ini, maka kerjasama PAS dengan pihak-pihak lain hanyalah dibenarkan dalam mencapai matlamat tertentu yang menepati kehendak Islam, demi menegakkan keadilan yang menyeluruh, menolak kezaliman dan sebagainya. Selagi mana mereka bersetuju dengan prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS, maka kerjasama ini hendaklah diteruskan dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama.

Berkenaan dengan kewajipan bersama dengan perjuangan Islam, kata Dr. Abdul Karim Zaidan, “Parti Islam mesti dianggotai oleh semua orang-orang Islam. Mereka mesti meminta pandangan para ulama dalam semua perkara yang hendak dilakukan.”

Menyentuh tentang kepimpinan dalam satu jemaah yang memperjuangkan Islam pula, beliau menjelaskan, “Yang layak menjadi pemimpin ialah seorang alim dan faqih (ulama) pada waktu itu, jika tiada maka boleh dipertimbangkan orang yang memiliki ilmu yang mencukupi dan dia dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan memiliki keperibadian yang baik. Dia mesti mendapatkan pandangan para ulama untuk membuat apa-apa keputusan.”

Menjawab persoalan adakah pandangan pemimpin jemaah wajib diikuti dan adakah boleh berlaku perbezaan pandangan dalam satu jemaah Islam, Dr. Abdul Karim Zaidan lebih suka mengatakan bahawa syura adalah satu kemestian bagi pimpinan jemaah Islam.

Katanya, “Asal hukum dalam Islam, bagi jemaah yang dipimpin oleh seorang ketua, dia mesti bermesyuarat dengan mereka (Majlis Syura). Apabila sudah menjadi ketetapan yang disepakati bersama, maka keputusan itu dilaksanakan. Orang-orang lain yang berada di dalam jemaah tidak boleh bertelingkah dan hendaklah berpegang dengan keputusan itu.”

Akhir sekali Dr. Abdul Karim Zaidan memberi pesanan kepada para pemuda-pemudi Islam. Katanya, “Nasihat saya kepada golongan pemuda dan pemudi Islam, supaya bertakwa kepada Allah. Kerana Allah memerintahkan Nabi s.a.w supaya bertakwa kepadaNya. Syarat-syarat bertakwa kepada Allah ialah melaksanakan perintah-perintahNy a dan berhenti daripada melakukan segala laranganNya.”

Katanya lagi, “Kamu mesti mempelajari ilmu agama dengan ikhlas kepada Allah Ta’ala dan bertujuan untuk beribadat kepadaNya. Untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala. Firman Allah, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah: 5).

Sesungguhnya bagi Dr. Abdul Karim Zaidan sendiri, beliau sangat arif dan telah menempuh banyak pengalaman pahit dan manis dalam memperjuangkan Islam.

Maka itu bagi para pejuang Islam, beliau sangat menekan kedua-dua pesanan ini dalam mengharungi perjuangan. Iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah S.W.T dan mengikhlaskan diri dalam segala amalan kita.

Allah S.W.T akan memberikan pertolongan kepada orang-orang yang bertakwa dan hanya menerima amalan-amalan yang dilakukan dengan ikhlas. Dengan ini, kita akan dapat menghadapi segala cabaran dan halangan dengan penuh kesabaran.

Beliau juga mendoakan kesejahteraan orang-orang yang memperjuangkan agama Allah, “Kita memohon agar Allah mempertahankan orang-orang yang beriman, semoga Allah mempertahankan dan memelihara kamu, semoga Allah membalas kembali perbuatan orang-orang yang melakukan kejahatan. Allah Maha Berkuasa mengatasi mereka. Semoga Allah menerima daripada kamu sebaik-baik amalan. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Pengampun ” Amin.


..:: Kisah 5 Perkara Aneh ::..

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-

Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;

Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;

Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;

Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;

Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S. W. T. bahawa:

Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S. W. T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."
--

p/s: Janganlah kamu kisah akan kata-kata orang tentang dirimu. Biarkan orang mengata, asalkan kamu tahu apa yang kamu lakukan itu tidak menyalahi agama dan adab masyarakat. Manusia memang tidak akan berpuas hati dengan apa yang dia ada dan orang sekelilingnya ada. Maka bersyukurlah kamu sekiranya kamu tahu orang itu mengata tentang kamu.

Wallahu'alam


Saturday, August 28, 2010

DAKWAH dan AMANAH... Sampai bila nak bagi alasan?!!

Jalan ini JAUH, matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukan kesabaran & ketekunan, ujian ialah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah THABAT. Janji-Nya PASTI...


Salam perjuangan buat para pendakwah !

Acapkali kita mendengar perkataan ini kan? Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali... Sedari kecil hinggalah membesar dewasa... Namun, apa yang kita tahu dan faham mengenai dakwah??? Sejauh mana pelaksaannya? Adakah kita benar-benar memahaminya dan melaksanakannya? Tepuk dada, tanyalah diri dan iman...

Baharu sebentar tadi duduk bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu di medan para syuhada' yang gah satu ketika dahulu dengan para ANBIYA', para SAHABAT dan para pejuang ISLAM... Berbincang dan berbual mengenai dakwah, pendakwah, halangan-halangan serta ujian-ujiannya... Boleh dikatakan mengenai golongan-golongan yang tercicir dari jalan dakwah. Agak menggusarkan, kerana bimbang diri diuji dengan perkara-perkara yang menyebabkan diri sendiri semakin jauh dari perjuangan Islam ini. Realitinya pada sahabat-sahabat yang dekat dengan diri ini. Bukan melihat pada keburukannya, cuma mahukan yang terbaik untuknya, di samping memperingati diri sendiri agar sentiasa berhati-hati dan berdoa agar ditetapkan hati untuk melangkah panjang di jalan-Nya ini... ISLAM...

Berada di atas jalan dakwah bukanlah mudah. Untuk maintain bersama kafilah dakwah memerlukan keikhlasan yang tinggi, kejelasan matlamat, azam dan tekad yang tidak mudah luntur, semangat yang membara, keimanan yang padu dan teman seperjalanan.

Banyak contoh yang ada tentang golongan-golongan (tercicir) ini dan apa yang menjadi punca mereka mengasingkan diri daripada perjuangan. Namun apakan daya, hati manusia itu lain-lain. Tahap penerimaan terhadap sesuatu perkara juga berbeza. Inilah hakikat perjuangan yang harus ditempuh. Mujahadah perlu tinggi. Sabar itu wajib. Tabiat juga berubah daripada tabiat biasa. Dulu cakap lain, sekarang jadi lain.

Dalam kalangan pemuda juga ada yang lari daripada jalan dakwah. Macam-macam alasan yang diberikan. Merasakan diri itu kosong, tak cukup ilmu, tak boleh nak menyumbang dan macam-macam lagi tapi hakikatnya semua itu berkait dengan permasalahan hati. Nak atau tak nak berjuang? Itu sahaja! Jawapannya terletak pada sendiri...
Masalah remaja inilah yang dinyatakan al-marhum syeikh Fathi Yakan dalam Generasi Pemuda dan Perubahan:
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;
  1. Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera
  2. Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang
  3. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan
  4. Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

Generasi pemuda adalah sebagai benteng ummah yang akan meneruskan perjuangan Islam di muka bumi. Supaya tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Pemudalah yang bertugas untuk merubah pemikiran manusia kepada pemikiran Islam daripada pemikiran Toghut. Tetapi seandainya pemuda yang sudahpun melepasi tapisan Allah dan diletakkan dalam perjuangan. Baru sedikit diberikan ujian sudah lari lintang-pukang daripada jalan perjuangan, maka orang inilah yang berpotensi merencatkan perjalanan dakwah itu sendiri.

Mereka kata mereka tak sanggup nak berjuang, bila diberi tanggungjawab:
"Berat tanggungjawabnya."
"Ana bukan orang yang layak."
"Orang lain lagi layak, ana tak bagus..."
"Korang tak tau ana macam mana..."

Macam-macam lagi alasan... Tapi tak pernah pula ditanya orang-orang yang masih istiqamah dalam perjuangan. Adakah bagi mereka ringan tanggungjawab yang diterima ini? Adakah orang yang dipilih dan terpilih ini semuanya bagus dan sempurna? Kita hendak berjuang menegakkan Islam di muka bumi... Tapi, jangan hanya di mulut nak perjuangkan Islam, benci Israel, simpati terhadap Palestin, dan macam-macam lagi.. Tapi bila diberi amanah, lari.

Ana bawakan satu contoh kepada antum yang biasa kita dengar atau hadapi...


Kata anak muda yang masih belajar : “ Nanti dulu , saya baru daftar university, saya nak fokus study, belajar nie pun ibadah juga, kewajipan utama, nak bantu family..exam dah dekat..banyak assigment..saya perlu pastikan kejayaan cemerlang supaya orang tak tuduh pelajar Islam tercorot, lembab dan malas. Lagipun saya sibuk laa..mak ayah tak izinkan…bila saya graduate nanti saya join la dakwah nie…”

Bila dan dapat result CGPA 4.00..dah mula dapat tawaran kerja. Gaji pun lumayan..above RM3XXX. Dia mula bagi jawapan : “ Saya baru mula kerja..banyak masa untuk settle down…perlu sesuaikan diri dengan tempat kerja..lagi pun majikan dah warning…kena buat akujanji pula…Saya kena fokus pada kerja. Ini fardhu kifayah..kalau saya tak kerja dengan baik, cemerlang, nanti orang kata pekerja Islam nie tak professional, tak disiplin, tak efisyen…tiap-tiap bulan kena pergi meeting..sibuk…nantilah dulu bila ana free…tahun nie ana baru dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)..nak balas budi kat bos, nak tunjuk rajin kerja…”

Bila dah berumur 25 tahun..mula fikir nak berumahtangga. Bila sudah berumahtangga, dia berkata pula : “ Ana baru kahwin..banyak problem…baru nak sesuaikan hidup berkelamin…nak cari chemistry dengan isteri..kami tak pernah kenal sebelum nie..maklumlah lain-lain university..ana belajar kat oversea…zaujah cuma kat UPSI…zaujah kecik hati kalau tak spend masa untuk die..keluarga pun penting..Nabi pun berdakwah kat keluarga dulu…mertua pula bising kalau asyik keluar..(kalau orang perempuan)..suami tak izinkanlah..taat pada suami tuu kan penting…tanggungjawab perempuan ialah kat rumah..sibuklah…nanti bila family dah stabil…ana involvelah…”

Setelah beberapa bulan berlalu..isteri disahkan mengandung..Dia mula berkata : “ Orang rumah dah mengandung..tadi pi check doktor..kesihan nak tinggal-tinggalkan dia…kena jaga hati dia..zaujah ana nie sensitif..cepat terasa dan merajuk…lagi pun nie first baby..kenalah jaga elok-elok..tiap-tiap hari kena ambik orang rumah… ada appointment dengan doktor…kena pi hantar ke tempat kerja dia..sekarang perut dia dah besar..dah tak boleh buat kerja rumah..nanti muntah-muntah…kalau apa-apa nanti susah…masih sibuk…tunggulah selepas bersalin…baru ana pi usrah…”

Bila dah bersalin, ia pun berkata: “ Ada baby kecil, ana dah jadi bapa..rasa berat dan banyak tanggungjawab..kadang-kadang rasa simpati kat orang rumah jaga baby..malam pun tak cukup tidur…anak kerap menangis…bila anak sakit…tak ada siapa jaga…ana kena bagi perhatian..kalu tidak nanti kawan-kawan kata tak pandai jaga anak..malulah…nnanti dah settle semua nie..ana pi lah…”

Kemudian isteri mengandung lagi dan beranak, mengandung dan beranak dan seterusnya. Setiap kali diajak attend program,attend usrah ia menjawab : “Perlu masa lebih kat keluarga…anak-anak nak membesar..gaji tak cukup..kena kerja lebih..ambik kerja lebih masa (OT)..nak bagi nafkah kat keluarga..ini pun wajib…tak pa lah…tunggu ana dah free dari semua nie..ana joinlah..”

Apabila anak-anak sudah besar, dah jadi remaja, dah mula nak bekerja, dah nak cari jodoh, dia mula berkata: “ Nak kena tumpu pada anak-anak. Sekarang banyak gejala sosial, kalau tak jaga, nanti anak-anak rosak..dia pilih kawan yang tak baik…orang islam juga malu…kerja pun kena lebih..anak-anak nak masuk U, nak sambung degree… abang long pun dah nak kahwin…akak pun tak dapat kerja lagi… pening…pening…bagi ana langsaikan semua nie…nak fokus ini dulu…dah settle nie baru ana hadir…”

Setelah beberapa tahun bekerja, dia dinaikkan pangkat, lalu dia pun berkata: “Saya dapat jawatan baru…banyak tanggungjawab dan makin sibuk…perlu jaga nama baik orang Islam kat company (swasta), ana baru sah gred DG 48 ( sektor kerajaan), sibuk memanjang..meeting sana meeting sini…semalam kat Putrajaya..hari nie kat Petaling Jaya…nak kena buat preparation…sibuklah…tunggu ana nak pencen…”

Bila umur dah cecah 40 tahun..dia berkata pula: “Doktor dah sahkan ana sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan gout…takutlah…kena rehat dan jaga kesihatan…tak boleh buat kerja berat-berat…badan tak berapa sihat dan kuat…hujung minggu buat terapi..hemodialisis… rasa tak cukup rehat…nanti dululah…kirim salamlah kat teman-teman…”

Bila sudah pencen, dia berkata: “Ish ..rasa lapang dari kerja…nak berehat dok dengan keluarga, anak-anak dan bermain dengan cucu. Celik pejam celik…ana dah ada dua cucu…bila pencen pulak…dapat Jusa C..kawan-kawan pun tak dapat lagi…dakwah nie kerja orang muda-muda..korang orang muda-muda…korang buatlah…ana dah tua, nak tumpu pada amal hari tua…

Ada pula yang berkata: “Malulah, buat kerja ni…tak biasalah…masa kat U tu..ada lah join sikit-sikit…tapi dah lama tinggal dah…rasa segan pulak…macam tak cukup ilmu…nak ajak orang lain pun malu…keluarga sendiri pun tak betul…macam mana nak dakwah pada orang lain…releklah dulu…”

Inilah realitinya, yang biasa kita dengar, yang biasa kita hadapi... Paling-paling tidak pun, berbeza sedikit sahaja alasan-alasan mereka... Diri tak bagus, kurang sempurna, ada kerja, nak ke Syria (oppsss!! Saje sebut... Tak niat nak tuju pada sesiapa) dan lain-lain... Kalau mahu dikira diri manusia itu bagus dan sempurna, tiada sesiapa pun sempurna, kalau mahu dikira ada kerja, semua manusia di dunia ini bekerja... Apa sahaja alasan sebenarnya kalian boleh mengelakkannya daripada terjadi...

Fikir-fikirlah…sampai bila nak berada dalam zon masalah…sampai bila nak berhujjah…Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana sememangnya kehidupan ini tidak akan menyediakan kelapangan. Hidup ini dijadikan penuh kesibukan. Kelapangan bila kita melangkah di awal langkah pertama ke syurga seperti kata Imam Ahmad bin Hambal.Orang yang menanti kelapangan untuk berjuang, samada dia akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya menempel sahaja di tepi medan.

Manakah yang lebih baik – Seorang yang berusaha keras mengatasi halangan dalam kehidupan atau seorang yang hanya berhenti di hadapan halangan setiap kali ia menghalangi laluannya..???

Sampai bila nak bagi alasan lagi…wahai sang Da’ie...???

“ Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian ia tidak ragu-ragu lantas berjihad di jalan allah dengan sebenar-benar jihad…”

Pengalaman pahit yang ditempuh sepanjang episod perjalanan kehidupan dalam perjuangan ini hanyalah sementara. Kalau kita bertahan dan sabar dalam menghadapi rintangan ini. Insya-Allah kepahitan itu suatu hari nanti akan dibalas dengan kemanisan yang tidak dapat dibayangkan akal kita.

Kata-kata ini ana tujukan kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam arena perjuangan Islam dan juga pada diri ana, kerana ana sendiri pun tak tahu mungkin-mungkin suatu hari nanti ana sendiri dilanda penyakit futur ini (a'uzubillah). Maka ana harapkan daripada sahabat-sahabat untuk kembalikan ana di atas landasan kalau ana tercicir ke tempat lain.

Semoga kita terus berjaga-jaga, jelas dan faham ke mana hala tuju kita... Semoga kita tetap berpegang teguh dengan manhaj nubuwwah yang kita bangga-banggakan... Semoga kita tetap thabat di jalan dakwah ini... ameenn...

Semoga ALLAH meredhai apa yang ana lakukan ini... ameenn...

TABIAT JALAN DAKWAH ini tidak ditaburi bunga, jauh dan panjang... Kita tidak boleh mengharap bahawa jalan ini akan menjadi mudah dan tiada sesiapa yang akan menentang, serta semua orang akan mengikut rentak alunan seruan kita kepada ALLAH... kerana ini satu ketetapan daripada ALLAH...


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More