I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM
Showing posts with label variasi. Show all posts
Showing posts with label variasi. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Teknik, Skill, Kemahiran; Multiple ID, Celik IT

Kemahiran saya dalam meneliti/memperbaiki sesuatu kebanyakannya bukanlah hasil tutorial 100% di dalam kelas. Tapi, berbekalkan ilmu yang pernah dipelajari, ditambah dengan minat, itu yang menjadikan saya sedikit berkebolehan dalam membaiki peralatan-peralatan selain atau yang berkaitan komputer.
Sedikit sahaja. Masih banyak lagi yang belum diketahui dan dipelajari.

Bagaimana minat ini boleh timbul? Ianya hasil dari melihat abang yang rajin membaiki atau menggodek (kata orang Perak). Bukan taasub dengan abang, tapi semenjak kecil beliaulah kawan saya, yang juga idola saya. (banyak untuk diceritakan tentangnya). Kebanyakannya saya godek sendiri. Komputer, plug, mesin, dan lain-lain. Sebab minat. Saya seorang yang sukakan sesuatu yang mencabar. Bukan disebabkan belajar subjek Mabadik Kahraba'. =)

Kelakar juga.

Sedikit tentang subjek Mabadik Kahraba'. Apa yang dipelajari tentang subjek ini adalah asas yang sangat-sangat asas mengenai elektrik. Seperti yang dipelajari dalam subjek Kemahiran Hidup. Bukunya juga nipis, masa belajar hanya 30 minit (mengikut guru yang mengajar saya). Peperiksaan cuma 10 minit.

(Jauh lari dari tajuk pulak! =D)


Multiple ID, Celik IT

Pernah satu masa dahulu, semasa menuntut di KIDR, ada senior yang tidak tahu bagaimana memasang pendrive atau setengah orang memanggilnya thumb drive. Bukan memperlekeh, cuma sedikit terkejut. Tak pasal-pasal ustaz (pensyarah) memanggil saya 'technician' kerana mahu menyuruh saya memasang untuk presentation. hehe..

*******************************************************************************************

Mungkin ada yang tak tau macam mana nak pasang Yahoo! Messenger lebih dari satu ID. Sebelum ini ramai juga yang minta untuk berikan perisian multiple ID Yahoo! Messenger untuk diinstall. Tapi, cara ini sudah tidak praktikal lagi kerana tidak dapat dipasang di komputer-komputer mereka yang meminta (tidak tahu sebabnya). Carian demi carian akhirnya saya terjumpa cara-cara untuk membuatnya. (lihat bawah)

Berinisiatifkan ini juga, terdetik untuk saya menulis satu entri mengenai multiple ID ini.

Ok! Ini dia cara-cara untuk memasang atau untuk setting bagi mendapatkan multiple ID Yahoo! Messenger

Anda boleh login dua atau lebih ID dalam satu Yahoo Messenger tanpa perlu perisian tambahan.

Sila ikut langkah-langkah di bawah ini :

1) – Pergi ke “START“,klik “run” dan taip “regedit“.
2) – klik OK
3) – klik HKEY_CURRENT_USER >>> Software >>> Yahoo >>> pager >>> Test
4) – Kemudian klik kanan folder “Test” dan pilih new >>> DWORD value

5) – Namakan fail yang anda buat tadi kepada “Plural
6) – Double klik atas fail “Plural”, pilih Decimal, manakala dalam kotak value data letakkan no 1, lihat gambarajah ini :

Siap!..restart yahoo messenger anda dan login, untuk login ID kedua, klik sahaja icon Yahoo Messenger dan login. Lihat gambar di bawah ini, saya telah login tiga ID Yahoo Messenger dalam satu komputer.

Selamat Mencuba!..:-)


Boleh layari lain-lain maklumat lagi di sini --> SUMBER


disediakan oleh ~ReM~


Saturday, July 16, 2011

NISFU SYAABAN

15 sya'ban 1432H = 17 julai 2011 = Ahad.
(Malam Nisfu sya'ban: Sabtu, 16 julai 2011, sejak terbenamnya matahari)
Peristiwa: Penukaran arah qiblat 2H

Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. Dari Nabi saw bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana… adakah di sana… ? sehingga terbit fajar”.

Memanfaatkan keistimewaan Sya'ban :

1) “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam NISFU SYA'BAN, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)

2) Daripada Aisyah ra berkata: 'Adalah Rasulullah SAW apabila berpuasa, sehingga kami menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban'.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

p/s : Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu” (Bukhari dan Muslim)

Hal ini adalah pendapat jumhur ulama, jadi masih ada keharusan untuk berpuasa selepas 15 Sya'ban tetapi tidak pada 2 hari syak (sebelum Ramadhan) melainkan mereka yang sudah menjadi adat (kebiasaan).

Gunakanlah peluang Malam Nisfu Sya'ban untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. dan memohon ampun atas segala dosa kita. Kemudian iringkanlah dgn menjaga perwatakan n akhlak kita pada dua minggu seterusnya hingga kita bertemu Ramadhan. Moga-moga dengan demikian, Ramadhan akan menyinari hati kita yang BERSIH...

Dalam kita merebut waktu-waktu yang afdhal beribadat... ada 2 perkara penting yang perlu sentiasa kita ingat..
1) Janganlah kita mengkhususkan satu-satu amalan untuk satu-satu waktu kecuali dengan nas yang boleh diterima dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
2) Janganlah diniatkan semata-mata kerana ganjaran yang ada padanya.. kerana ikhlas itu yang lebih utama...

Jadikan nisfu Sya'ban sebagai langkah permulaan persediaan kita menyambut Ramadhan dengan membersihkan hati kita dengan amalan soleh sebagaimana kita biasanya sibuk di penghujung ramadhan untuk membersihkan rumah dan memperindahkannya kerana ingin meraikan kehadiran Aidilfitri... Ia juga sebagai medan Latihan untuk membiasakan diri dengan kebaikan agar terbawa hingga ke Ramadhan yang Mulia... Nisfu Sya'ban Pintu Gerbang Memasuki Bulan Ramadhan..

Wallahu'alam.

~Selamat Beramal~


LINK UNTUK BACAAN TAMBAHAN:



Wednesday, April 27, 2011

Ayah Menampar Anaknya Kerana Memakai Tudung...

Sadis betul...


Aku mengeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.


Tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Air mata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat-sangat.


Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.


Lepas mandi, aku belek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis-habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain-lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!


Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???


Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.


"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."


Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.


"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".


Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis tersedu-sedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAHKAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


Thursday, December 30, 2010

PANTUN AGAMA

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntulah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Tuan haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Daun terap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Yang haram jangan dicuba

Bunga kenangan di atas kubur
Pucuk sari pandan jawa
Apa guna sombong dan takbur
Rosak hati badan binasa

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta ampun kepada Tuhan

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Banyaklah hari antara hari
Tidak semulia hari Jumaat
Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad

Halia ini tanam-tanaman
Di barat sahaja akan tumbuhnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia jangan ditamak
Jikalau mati tidak mengikut

Malas hamba menyelam bubu
Takut terpijak binatang berbisa
Orang malas menuntut ilmu
Di akhirat kelak badan binasa

Tanam sepohon limau purut
Tanam di pasu dengan cermat
Dunia direbut akhirat dituntut
Baru sempurna umat Muhammad


Saturday, December 18, 2010

Tips Ulangkaji [Jom Study!]

Masa di kolej dulu, sempat merasa belajar dengan Ustaz Putera subjek Faraid. Masa tu Pra Diploma sem 2. Ustaz Putera ni kalau dalam kelas, sambil-sambil mengajar sambil-sambil sembang. Seronok belajar dengan ustaz. Selalu juga kongsi tips-tips dan pengalaman beliau masa muda-muda dulu. (^_^)

Masa mengajar ustaz suka pakai whiteboard marker yang berwarna-warni.. Memang dia akan bawak ke mana-mana.

Antara tips yang paling aku suka dan ingat ialah tips mengulangkaji pelajaran. Kata ustaz, "Saya masa belajo dulu suke tido awal. Time orang study tu saye tido.. Tapi saya bangun masa orang nak tido". "Saya masa study, saya baca kejap nota-nota yang saya buat. Tiap-tiap hari. Kome kalau nak mudah studykan, cube buat nota ringkas. Pastu ulang bace tiap hari. Bace je, takyah hapei. Bacelah 5 minit ke 10 minit ke. Tapi, buat tiap-tiap hari. Masa nak pekse nanti takde le kelam-kabut sangat. Sebab kita dah bace awei-awei, kan? Tinggei ngulang je. Takde le kene ngapei teruk-teruk.."

Alhamdulillah.. Tips tu pernah saya praktikkan semasa tahun 1 di Universiti Mu'tah. Masa tu cuba menghafal syair. Ada jugak yang kadang-kadang saya main hafal je (kalau tak faham atau tanpa saya fahami masa menghafal. Rezeki la kalau boleh ingat. Tapi kalau tak ingat, tu yang bermasalah). Kadang-kadang saya cuba faham dulu sambil menghafal, kadang-kadang sekali baca boleh faham, dan memudahkan lagi proses menghafal.

Cuma, syair yang dihafal masa tu, agak susah, saya tak dapat nak faham dengan baik. Saya pun menghafal dengan cara menulis, yang kadang-kadang susah juga untuk mengingat walaupun guna teknik ni. Mungkin disebabkan saya menulis berulang kali, saya jadi ingat. Walaupun sebenarnya saya tak dapat nak hafal sebab susah ingat.

Pernah jugak sekali, masa menghafal hadis. Kadang-kadang menyebut butir-butir perkataan. Kadang-kadang dibaca je dalam hati. Tapi, alhamdulillah, saya dapat menghafal separuh dari hadis yang panjang tersebut.. Kesannya sangat cepat. Mengambil masa hanya kurang dari separuh hari sahaja. Malah saya sangat lancar bila mengulang semula.

Cuma, kenalah rajin dan mulakan dari awal. Ok.. Selamat mencuba!


8.51 p.m
12 Muharram 1432

TAMBAHAN TIPS:

Satu lagi kaedah yang boleh menghilangkan boring... (interesting for me)

  • Buat kaedah permainan. --> Pilih secara rawak.
Alaa... yang kita selalu main macam kotak beracun tuu...
  • Tulis tajuk-tajuk dari subjek pilihan korang, atau soalan-soalan yang korang buat sendiri..
Kalau nak mudah & cepat, pilih tajuk yang agak-agak pensyarah akan tanya..
(bukan nak ajar belajar sebab peperiksaan, tapi nak jimat masa je) Yelah, tau je kome-kome ni gemor study last minit.. Teman pun serope le juge.. (hahaha)
Ingat! Niat tu kena betul.. Jangan study sebab imtihan plak..
  • OK.. Dah pilih, tulis tajuk atas kertas.
  • Lepas tu, potong tajuk tu, kemudian gulungkan supaya jadi cebisan kecil
  • Nak mudah, cari bekas. Kecik pun ok.. Supaya tak hilang tajuk-tajuk tu tadi..
  • Pastu, bolehlah bermain sendiri.. hehehe.. (Kesian plak main sendiri)
  • Nak best, cari la kawan sekelas. Boleh la jugak dia tolong ingatkan ke, atau jadi bahan perbincangan bila dapat tajuk yang kita pilih tu.. Tambah-tambah kita tak baca lagi kan..
Tips ni saya buat bila dah tak tau nak baca mana satu.. Bukan saje-saje study last minit ni.. Tapi, ade banyak koje kene buat sebelum tu..

Satu lagi kaedah masa sekolah menengah dulu. Cikgu yang mengajar sejarah masa saya tingkatan empat kata,
  • study dengan cara jawab soalan. Tu, kalau ade soalan-soalan lepas laa... Kalau takde, buat sendiri pun boleh..
  • Lepas tu, jawab dengan merujuk buku. Bukan berdasarkan uji minda (macam jawab soalan peperiksaan).
Rasanya, dengan merujuk ni kita lebih dapat dan lebih ingat. Saya pernah buat kaedah ni, juga berhasil. Oh! Cuma, bila kita ulangkaji tu, jangan lupa letak (tulis) muka surat (pada soalan), supaya mudah nak rujuk semula bila kita jawab semula soalan tu..


Saturday, August 28, 2010

DAKWAH dan AMANAH... Sampai bila nak bagi alasan?!!

Jalan ini JAUH, matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukan kesabaran & ketekunan, ujian ialah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah THABAT. Janji-Nya PASTI...


Salam perjuangan buat para pendakwah !

Acapkali kita mendengar perkataan ini kan? Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali... Sedari kecil hinggalah membesar dewasa... Namun, apa yang kita tahu dan faham mengenai dakwah??? Sejauh mana pelaksaannya? Adakah kita benar-benar memahaminya dan melaksanakannya? Tepuk dada, tanyalah diri dan iman...

Baharu sebentar tadi duduk bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu di medan para syuhada' yang gah satu ketika dahulu dengan para ANBIYA', para SAHABAT dan para pejuang ISLAM... Berbincang dan berbual mengenai dakwah, pendakwah, halangan-halangan serta ujian-ujiannya... Boleh dikatakan mengenai golongan-golongan yang tercicir dari jalan dakwah. Agak menggusarkan, kerana bimbang diri diuji dengan perkara-perkara yang menyebabkan diri sendiri semakin jauh dari perjuangan Islam ini. Realitinya pada sahabat-sahabat yang dekat dengan diri ini. Bukan melihat pada keburukannya, cuma mahukan yang terbaik untuknya, di samping memperingati diri sendiri agar sentiasa berhati-hati dan berdoa agar ditetapkan hati untuk melangkah panjang di jalan-Nya ini... ISLAM...

Berada di atas jalan dakwah bukanlah mudah. Untuk maintain bersama kafilah dakwah memerlukan keikhlasan yang tinggi, kejelasan matlamat, azam dan tekad yang tidak mudah luntur, semangat yang membara, keimanan yang padu dan teman seperjalanan.

Banyak contoh yang ada tentang golongan-golongan (tercicir) ini dan apa yang menjadi punca mereka mengasingkan diri daripada perjuangan. Namun apakan daya, hati manusia itu lain-lain. Tahap penerimaan terhadap sesuatu perkara juga berbeza. Inilah hakikat perjuangan yang harus ditempuh. Mujahadah perlu tinggi. Sabar itu wajib. Tabiat juga berubah daripada tabiat biasa. Dulu cakap lain, sekarang jadi lain.

Dalam kalangan pemuda juga ada yang lari daripada jalan dakwah. Macam-macam alasan yang diberikan. Merasakan diri itu kosong, tak cukup ilmu, tak boleh nak menyumbang dan macam-macam lagi tapi hakikatnya semua itu berkait dengan permasalahan hati. Nak atau tak nak berjuang? Itu sahaja! Jawapannya terletak pada sendiri...
Masalah remaja inilah yang dinyatakan al-marhum syeikh Fathi Yakan dalam Generasi Pemuda dan Perubahan:
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;
  1. Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera
  2. Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang
  3. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan
  4. Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

Generasi pemuda adalah sebagai benteng ummah yang akan meneruskan perjuangan Islam di muka bumi. Supaya tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Pemudalah yang bertugas untuk merubah pemikiran manusia kepada pemikiran Islam daripada pemikiran Toghut. Tetapi seandainya pemuda yang sudahpun melepasi tapisan Allah dan diletakkan dalam perjuangan. Baru sedikit diberikan ujian sudah lari lintang-pukang daripada jalan perjuangan, maka orang inilah yang berpotensi merencatkan perjalanan dakwah itu sendiri.

Mereka kata mereka tak sanggup nak berjuang, bila diberi tanggungjawab:
"Berat tanggungjawabnya."
"Ana bukan orang yang layak."
"Orang lain lagi layak, ana tak bagus..."
"Korang tak tau ana macam mana..."

Macam-macam lagi alasan... Tapi tak pernah pula ditanya orang-orang yang masih istiqamah dalam perjuangan. Adakah bagi mereka ringan tanggungjawab yang diterima ini? Adakah orang yang dipilih dan terpilih ini semuanya bagus dan sempurna? Kita hendak berjuang menegakkan Islam di muka bumi... Tapi, jangan hanya di mulut nak perjuangkan Islam, benci Israel, simpati terhadap Palestin, dan macam-macam lagi.. Tapi bila diberi amanah, lari.

Ana bawakan satu contoh kepada antum yang biasa kita dengar atau hadapi...


Kata anak muda yang masih belajar : “ Nanti dulu , saya baru daftar university, saya nak fokus study, belajar nie pun ibadah juga, kewajipan utama, nak bantu family..exam dah dekat..banyak assigment..saya perlu pastikan kejayaan cemerlang supaya orang tak tuduh pelajar Islam tercorot, lembab dan malas. Lagipun saya sibuk laa..mak ayah tak izinkan…bila saya graduate nanti saya join la dakwah nie…”

Bila dan dapat result CGPA 4.00..dah mula dapat tawaran kerja. Gaji pun lumayan..above RM3XXX. Dia mula bagi jawapan : “ Saya baru mula kerja..banyak masa untuk settle down…perlu sesuaikan diri dengan tempat kerja..lagi pun majikan dah warning…kena buat akujanji pula…Saya kena fokus pada kerja. Ini fardhu kifayah..kalau saya tak kerja dengan baik, cemerlang, nanti orang kata pekerja Islam nie tak professional, tak disiplin, tak efisyen…tiap-tiap bulan kena pergi meeting..sibuk…nantilah dulu bila ana free…tahun nie ana baru dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)..nak balas budi kat bos, nak tunjuk rajin kerja…”

Bila dah berumur 25 tahun..mula fikir nak berumahtangga. Bila sudah berumahtangga, dia berkata pula : “ Ana baru kahwin..banyak problem…baru nak sesuaikan hidup berkelamin…nak cari chemistry dengan isteri..kami tak pernah kenal sebelum nie..maklumlah lain-lain university..ana belajar kat oversea…zaujah cuma kat UPSI…zaujah kecik hati kalau tak spend masa untuk die..keluarga pun penting..Nabi pun berdakwah kat keluarga dulu…mertua pula bising kalau asyik keluar..(kalau orang perempuan)..suami tak izinkanlah..taat pada suami tuu kan penting…tanggungjawab perempuan ialah kat rumah..sibuklah…nanti bila family dah stabil…ana involvelah…”

Setelah beberapa bulan berlalu..isteri disahkan mengandung..Dia mula berkata : “ Orang rumah dah mengandung..tadi pi check doktor..kesihan nak tinggal-tinggalkan dia…kena jaga hati dia..zaujah ana nie sensitif..cepat terasa dan merajuk…lagi pun nie first baby..kenalah jaga elok-elok..tiap-tiap hari kena ambik orang rumah… ada appointment dengan doktor…kena pi hantar ke tempat kerja dia..sekarang perut dia dah besar..dah tak boleh buat kerja rumah..nanti muntah-muntah…kalau apa-apa nanti susah…masih sibuk…tunggulah selepas bersalin…baru ana pi usrah…”

Bila dah bersalin, ia pun berkata: “ Ada baby kecil, ana dah jadi bapa..rasa berat dan banyak tanggungjawab..kadang-kadang rasa simpati kat orang rumah jaga baby..malam pun tak cukup tidur…anak kerap menangis…bila anak sakit…tak ada siapa jaga…ana kena bagi perhatian..kalu tidak nanti kawan-kawan kata tak pandai jaga anak..malulah…nnanti dah settle semua nie..ana pi lah…”

Kemudian isteri mengandung lagi dan beranak, mengandung dan beranak dan seterusnya. Setiap kali diajak attend program,attend usrah ia menjawab : “Perlu masa lebih kat keluarga…anak-anak nak membesar..gaji tak cukup..kena kerja lebih..ambik kerja lebih masa (OT)..nak bagi nafkah kat keluarga..ini pun wajib…tak pa lah…tunggu ana dah free dari semua nie..ana joinlah..”

Apabila anak-anak sudah besar, dah jadi remaja, dah mula nak bekerja, dah nak cari jodoh, dia mula berkata: “ Nak kena tumpu pada anak-anak. Sekarang banyak gejala sosial, kalau tak jaga, nanti anak-anak rosak..dia pilih kawan yang tak baik…orang islam juga malu…kerja pun kena lebih..anak-anak nak masuk U, nak sambung degree… abang long pun dah nak kahwin…akak pun tak dapat kerja lagi… pening…pening…bagi ana langsaikan semua nie…nak fokus ini dulu…dah settle nie baru ana hadir…”

Setelah beberapa tahun bekerja, dia dinaikkan pangkat, lalu dia pun berkata: “Saya dapat jawatan baru…banyak tanggungjawab dan makin sibuk…perlu jaga nama baik orang Islam kat company (swasta), ana baru sah gred DG 48 ( sektor kerajaan), sibuk memanjang..meeting sana meeting sini…semalam kat Putrajaya..hari nie kat Petaling Jaya…nak kena buat preparation…sibuklah…tunggu ana nak pencen…”

Bila umur dah cecah 40 tahun..dia berkata pula: “Doktor dah sahkan ana sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan gout…takutlah…kena rehat dan jaga kesihatan…tak boleh buat kerja berat-berat…badan tak berapa sihat dan kuat…hujung minggu buat terapi..hemodialisis… rasa tak cukup rehat…nanti dululah…kirim salamlah kat teman-teman…”

Bila sudah pencen, dia berkata: “Ish ..rasa lapang dari kerja…nak berehat dok dengan keluarga, anak-anak dan bermain dengan cucu. Celik pejam celik…ana dah ada dua cucu…bila pencen pulak…dapat Jusa C..kawan-kawan pun tak dapat lagi…dakwah nie kerja orang muda-muda..korang orang muda-muda…korang buatlah…ana dah tua, nak tumpu pada amal hari tua…

Ada pula yang berkata: “Malulah, buat kerja ni…tak biasalah…masa kat U tu..ada lah join sikit-sikit…tapi dah lama tinggal dah…rasa segan pulak…macam tak cukup ilmu…nak ajak orang lain pun malu…keluarga sendiri pun tak betul…macam mana nak dakwah pada orang lain…releklah dulu…”

Inilah realitinya, yang biasa kita dengar, yang biasa kita hadapi... Paling-paling tidak pun, berbeza sedikit sahaja alasan-alasan mereka... Diri tak bagus, kurang sempurna, ada kerja, nak ke Syria (oppsss!! Saje sebut... Tak niat nak tuju pada sesiapa) dan lain-lain... Kalau mahu dikira diri manusia itu bagus dan sempurna, tiada sesiapa pun sempurna, kalau mahu dikira ada kerja, semua manusia di dunia ini bekerja... Apa sahaja alasan sebenarnya kalian boleh mengelakkannya daripada terjadi...

Fikir-fikirlah…sampai bila nak berada dalam zon masalah…sampai bila nak berhujjah…Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana sememangnya kehidupan ini tidak akan menyediakan kelapangan. Hidup ini dijadikan penuh kesibukan. Kelapangan bila kita melangkah di awal langkah pertama ke syurga seperti kata Imam Ahmad bin Hambal.Orang yang menanti kelapangan untuk berjuang, samada dia akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya menempel sahaja di tepi medan.

Manakah yang lebih baik – Seorang yang berusaha keras mengatasi halangan dalam kehidupan atau seorang yang hanya berhenti di hadapan halangan setiap kali ia menghalangi laluannya..???

Sampai bila nak bagi alasan lagi…wahai sang Da’ie...???

“ Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian ia tidak ragu-ragu lantas berjihad di jalan allah dengan sebenar-benar jihad…”

Pengalaman pahit yang ditempuh sepanjang episod perjalanan kehidupan dalam perjuangan ini hanyalah sementara. Kalau kita bertahan dan sabar dalam menghadapi rintangan ini. Insya-Allah kepahitan itu suatu hari nanti akan dibalas dengan kemanisan yang tidak dapat dibayangkan akal kita.

Kata-kata ini ana tujukan kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam arena perjuangan Islam dan juga pada diri ana, kerana ana sendiri pun tak tahu mungkin-mungkin suatu hari nanti ana sendiri dilanda penyakit futur ini (a'uzubillah). Maka ana harapkan daripada sahabat-sahabat untuk kembalikan ana di atas landasan kalau ana tercicir ke tempat lain.

Semoga kita terus berjaga-jaga, jelas dan faham ke mana hala tuju kita... Semoga kita tetap berpegang teguh dengan manhaj nubuwwah yang kita bangga-banggakan... Semoga kita tetap thabat di jalan dakwah ini... ameenn...

Semoga ALLAH meredhai apa yang ana lakukan ini... ameenn...

TABIAT JALAN DAKWAH ini tidak ditaburi bunga, jauh dan panjang... Kita tidak boleh mengharap bahawa jalan ini akan menjadi mudah dan tiada sesiapa yang akan menentang, serta semua orang akan mengikut rentak alunan seruan kita kepada ALLAH... kerana ini satu ketetapan daripada ALLAH...


Saturday, July 10, 2010

WARNA-WARNI KEHIDUPAN ~PRK MU'TAH~

Sejak diumumkan keputusan pencalonan pilihan raya kampus (PRK) pada yang lepas, ramai para pelajar memulakan kegiatan untuk berkempen. Mengempen calon pilihan hati masing-masing...

Maka dari situ jugalah bermulanya penggunaan poster di alam maya melalui Facebook (FB)...
Bermula dengan mereka cipta poster atau lambang, kemudian melalui proses semakan atau kelulusan untuk penggunaan, kemudian di'upload' gambar, dan di'tag' kawan-kawan...

Berkempen, sekadar menghangatkan suasana... Memperkenalkan calon-calon yang telah tersenarai. Tidak berniat untuk mencetuskan peperangan... Namun tetap terjadi atas kepentingan individu tersebut... (astaghfirullah... ampunkan kami Ya Allah...)

Jika mahu dibandingkan dengan tahun lepas yang hanya dengan dua kabinet bayangan, dikempen dan diedarkan melalui hardcopy, tetap mencetuskan suasana pilihanraya.... Namun, PRK kali ini lebih gegar, hangat dan sengit dengan kemunculan individu-individu yang mengambil bahagian untuk berkempen dan memperkenalkan calon masing.
Pelbagai nama dan idea telah tercetus, melambang dan mempamerkan kreativiti masing-masing....

____________________________________________________________________

PENGUMUMAN RASMI SPR : CALON-CALON YANG BERTANDING DIDALAM PILIHANRAYA PERMATA 2010


KERUSI PRESIDEN

MOHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI - RA 85109136

MOHD RASYIDI BIN ALI – RA 9510331

AZMUDDIN BIN RAZALI - RA 85103546

____________________________________________________________________

KERUSI TIMBALAN PRESIDEN 2

NUR AL-FARHAIN BINTI KAMARUZAMAN - RI 75105941

AFIFAH BINTI AZAM - RI 85103920

NUR SHAHIDAH BINTI AB.HAMID - RI 9510752


KERUSI AHLI LEMBAGA TADBIR (SISWA)

MOHD IHSAN FADHLI BIN CHE MIN - RA 9510231

AZMUDDIN BIN RAZALI - RA 85103546

AZMIR AZRI BIN AHMAD - RA 85106084

MOHD RASYIDI BIN ALI - RA 9510331

JUNAID BIN MOHD YUSOFF - RA 9520401

MOHAMAD AMIRO SAFWAN BIN MOHD KAMIL - RA 9520471

NAZMI AFIFI BIN MOHAMMAD NOR - RA 9510461

MUHAMMAD SYAFIQ BIN IBRAHIM - RA 85109271

MOHD SYAHID AZIM BIN MOHD SAUFI – RA 85109543

MOHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI – RA 85109136

NUR MAHADI BIN BAHARUM – RA 9510971

MUHAMMAD FADZIL ATHIF BIN KHAIRUDDIN - RA 9510101

WAN MOHD AWIS QARNY BIN OTHMAN - RA 85109604

MOHD HEZRIRULLAH BIN ABU BAKAR SHAARI – RA 85204950

AHMAD SYUKRAN BIN BAHARUDDIN - RA 9510241

KERUSI AHLI LEMBAGA TADBIR (SISWI)

AFIFAH BINTI AZAM - RI 85103920

NORAZIAH BINTI MD.ESA - RI 9520072

SITI FATIMAH BINTI RAFIK – RI 85201906

NUR FATIN NAJIHAH BINTI MOHD KHOIRRUSSIFA RI 82111508

FATHI INSYIRAH BINTI SABRI – RI 9510812

NOR AISYAH BINTI MOHAMED RAIS – RI 85202007

NORZURIANA BINTI ABU ZARIM - RI 9510512

NURUL AZMA BINTI MAT UI - RI 9510142

NUR IFFAH BINTI MUHD NASIR - RI 75105836

NUR SHAHIDAH BINTI AB.HAMID – RI 9510752

SYA’WANAH BINTI YUSUFF – RI 9210902

SITI FATIMAH BINTI MOKHTAR - RI 9211112

NUR FAIZ BINTI SOLEHAN - RI 85103715

SHARIFAH NAWWAR BINTI SYED MUSTAFFA – RI 9211022

_________________________________________
Bicara gambar:


SITI FATIMAH BINTI RAFIK


AFIFAH BINTI AZAM

NUR AL-FARHAIN BT KAMARUZAMAN

NUR FATIN NAJIHAH BT MOHD KHOIRRUSSIFA' AL-MUADDIBU

NORAZIAH BT MD ESA

MUHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI

FATHI INSYIRAH BINTI SABRI

NAZMI AFIFI BIN MOHAMMAD NOR

SHARIFAH NAWWAR BINTI SYED MUSTAFFA

MOHD RASYIDI BIN ALI

SYA'WANAH BINTI YUSUFF

NORZURIANA BT ABU ZARIM

Kekurangan satu gambar (CSI) Gambar yang agak cantik dan unik... Tak sempat nak ambil...


Thursday, March 11, 2010

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & PELANCARAN BULAN BIAH SOLEHAH

05 Ogos 2010, Khamis - Biro Bimbingan dan Rohani (BBR) di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu'tah (PERMATA) telah mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul dan Pelancaran Bulan Biah Solehah. Program yang bertarikh 5 Ogos 2010 bersamaan 19 Rabiul Awwal 1431H telah berlangsung di Masjid Abdullah bin Baz.

Program ini diadakan bersempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w bagi memperingati kelahiran, perjuangan, serta mengambil pengajaran dari sirah perjuangan baginda s.a.w melalui forum yang disampaikan.

ahli panel dan moderator forum


"You Are My One True Love, Ya Rasulallah", merupakan tajuk bagi forum yang disampaikan oleh empat orang ahli panel, iaitu Ustaz Miqdad bin Zakaria, Ustaz Muhammad Hussin bin Mohd Fauzi, Ustazah Shahidah bt Ab Hamid, dan Ustazah Syahadah bt Misawal, serta dipengerusikan oleh saudara Mohd Faiz Tanzizi bin Abdullah.

Bertemakan "Kerana Dirimu Begitu Berharga", Bulan Biah Solehah ini juga telah dilancarkan oleh Presiden PERMATA, Ustaz Ahmad Amiruddin bin Ibrahim.

ucapan dan perasmian oleh Presiden PERMATA


Di samping itu, penganjur turut mengadakan pertandingan mencipta sepanduk yang disertai dari setiap tahun pengajian. Keputusan pertandingan ini telah diumumkan oleh pengarah program. Johan pertandingan bagi peserta lelaki disandang oleh perwakilan Tahun 1 (KAMI), manakala johan bagi peserta perempuan disandang oleh perwakilan Tahun 2 (GGMI).

antara peserta syabab yang hadir


antara peserta akhawat yang turut hadir

Di sepanjang program, para hadirin dihidangkan dengan pengisian-pengisian seperti forum, video dan dokumentari oleh pihak penganjur. Di akhir program, hadirin dihidangkan dengan sedikit makanan yang disediakan.

persembahan qasidah



Disediakan oleh,

(Ramlah binti Amin Abdullah)

Setiausaha,

Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Bulan Biah Solehah

Biro Bimbingan & Rohani 2009/2010


Wednesday, January 20, 2010

BILA BAHASA ARAB DI'TERENGGANU'KAN...

Minat aku terhadap loghat atau lahjah luar (luar dari Perak) ni dah lame timbul... Masa zaman remaja dulu kerap jugak la ikut rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu... Bukan apa, dalam tu boleh tengok gaya dan ragam masing-masing, mengikut negeri dan bangsa...

Seingat aku itulah rancangan TV yang paling aku minat, dan salah satu sebab ada macam-macam loghat yang boleh aku tahu. Paling cepat kenal, Kelantan dan Penang. Loghat utara rasanya biasa dah dengar...

Masa dulu tak tau loghat Terengganu tu macam mana walaupun selalu tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Tapi, sekarang hari-hari dengar sejak aku ada di Jordan ni... Boleh faham... Tapi, bila didengar-dengar, ade jugak persamaan dengan loghat negeri Perak. Bukanlah semua, sekadar beberapa perkataan sahaja... Nak kata banyak, bolehlah juga dikira-kira...


***********************************


WARNA-WARNI KEHIDUPAN



Cerita....

Kadang-kadang agak melucukan bila kawan-kawan Terengganu ni duk bercakap Bahasa Arab, tapi berbunyi Terengganu.

Satu hari, di Syuqqah Jadid (nama ni aku bubuh sendiri)... Kami sedang sembang-sembang pagi. Acara beramah mesra bersama-sama ahli syuqqah selepas solat Subuh berjemaah. Majoriti dalam kalangan kami ni berasal dari Kedah... Dalam duk sembang-sembang, tiba-tiba terdengar seseorang meminta beberapa biji cawan untuk mengisi air teh. Biasa la bila cakap sekali, kadang-kadang tak dengar.



cawang

Jadi, diulanglah sekali lagi "Cawang, cawang", ada yang tolong menyampuk "Cawan!" Dita'kidkan lagi dengan perkataan Arab, "Ka'song!"

Mujur secawan air yang dipegang belum menjengah ke mulut, kalau tak.... bersembur! Aku ni pulak jenis yang susah nak berhenti ketawa bila dengar sesuatu yang membuatkan aku rasa gelihati... Tiga, empat kali la aku cuba untuk minum, tapi tak boleh nak minum! Sebab menahan rasa gelihati... :D Roti di tangan pun takut-takut nak masuk ke mulut, disebabkan tangan aku yang angkat-turun, angkat-turun (nak makan roti)...
(maaf kepada yang terbabit, bukan niat nak mempersenda, sekadar ingin memahatkan kenangan kita di sini...)


*********************

ka'sung


Mulanya aku tak berapa nak dengar 'kaksong' tu, tapi bila diulang oleh seorang teman yang lain, spontan kami tergelak... Ada yang belum memahami tertanya-tanya, "Ka'song? (Kak Som)" "Cawan, cawan". "Ooooo....!!! Ingat Kak Som... Tu pelik, Kak Som mane la pulak..." "Kot ye pun, jangan la sampai 'kaksong'..." Seloroh aku kepada beliau. Tersenyum beliau...


*********************


Satu kisah lagi, ni masa mula-mula terdengar perkataan arab diterengganukan... Tengah makan-makan kat Bayt tuutttt................. , adela orang datang ke rumah tu... Tekan loceng.

Salah seorang ahli rumah pun bertanya, "Minngggg????" "Weihh, kot ye pun jangan le sampai macam tu!!" kata aku kepada sahabatku itu. Mereka yang berada diruang tamu sama-sama ketawa mendengar aku berkata begitu...

Adoii... Macam-macam orang, macam ragam... Macam-macam negeri, macam-macam loghat... Apapun, semua ni menjadi rencah dalam kehidupan yang menambah rasa manis, masin, pahit dalam sesebuah hubungan dan perjalanan kehidupan kita yang berada di perantauan.

Kita ditakdirkan untuk bertemu, bertemu untuk bersatu, bersatu untuk berpadu, berpadu dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa, berpadu dalam membentuk pemikiran kita sebagai mahasiswa, yang menjadi harapan ayah bonda nun jauh di sana.



Semoga ukhuwwah yang terjalin ini dapat membentuk kita menjadi muslim mukmin yang muttaqin... aminn


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More