I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Thursday, February 24, 2011

Tidak ada sesiapa pun mahu dan meminta untuk memikul amanah itu. Tahu akan kelemahan dan kekurangan diri. Sering menolak dan mengelak adalah perkara yang ingin dilakukan. Namun sering sahaja 'tidak sempat' untuk melarikan diri. Tidak ada alasan atau keizinan diberikan.....

Menjadi seorang pemimpin adalah tidak mudah... Bukan lahirnya kita ke dunia, sudah menjadi pemimpin. Bukan terus mempunyai ilmu untuk menjadi pemimpin. Malah, kita dibimbing serta diberi petunjuk bagaimana untuk menjadi seorang pemikir/pekerja...

PEMIMPIN...

Menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang diimpikan. Malah tidak pernah terfikir mengenainya. Kadang-kadang timbul tanda tanya, kenapa aku dilantik? Kenapa aku dipilih? Sedang orang lain, jauh lebih ramai dan lebih layak untuk dijadikan contoh ikutan, untuk dijadikan sebagai tempat merujuk...

Sering bermain-main dalam fikiran... Sering juga berfikir, apakah jawapan di sebalik semua ini? Adakah aku sedang ditarbiyyah oleh-Nya untuk menjadi sebaik-baik hamba dan pemimpin? Atau DIA mahu aku berubah dari tidak tahu dan tidak mampu agar menjadi tahu dan mampu? Tidak pasti... Namun, apa yang sering difikirkan adalah aku sentiasa berada dalam perhatian dan pemerhatianNya, Dia tahu apa yang terbaik untukku.

Namun, perkara yang paling menggusarkan adalah... Mampukah aku???
Setiap amalan, amanah, dan apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini akan menjadi pertanyaan di akhirat kelak. Dinilai dari pelbagai sudut. Setiap masa yang berlegar-legar dalam fikiran adalah, apa yang aku lakukan??? Apa yang dah aku lakukan??? Betulkah apa yang aku lakukan???

Rasa merendah diri tentu sekali, kerana saya bukan lahir dalam kalangan ahli keluarga yang hebat pemikirannya, yang gah kepimpinannya, yang popular namanya (mungkin di kalangan jiran atau kerabat sahaja), namun mungkin gah (sikit) dari satu sudut lainnya, yang kurang penting untuk masyarakat saya fikir.

Saya hanyalah seorang yang lahir dalam keluarga biasa, pemikirannya biasa, kepimpinannya biasa, tidaklah sepopular mana. Tapi, sayalah yang mula-mula yang menjadi sinar. Cemerlang saya semasa di sekolah, dan aktif saya dengan organisasi. Saya sering bertanya, kenapa dan apa perlunya saya untuk terpilih? Saya sering cuba untuk mengelak dari dilantik menjadi pemimpin, namun semuanya tidak berhasil.. =)

Pertama kalinya ketika ummi menyuruh saya untuk meninggalkan jawatan sebagai pengawas disiplin (pengawas sekolah), kerana sudah dua tahun berturut-turut dilantik. Pada tahun akhir (darjah 6), dengan saranan ummi serta saya yang sebenarnya memang berhajat untuk itu, bertekad untuk melakukannnya. Keesokannya, saya ke sekolah seperti biasa. Kebiasaannya ada perhimpunan sebelum masuk ke kelas. Dalam perhimpunan diselitkan pelbagai perkara termasuklah pengumuman untuk sekian-sekian hal. Hasrat hati ingin bertemu dengan ustazah hari ini, bercakap mengenai hal semalam. Belum pun sempat saya menyampaikannya, pengumuman dibuat, dan saya dilantik sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber (PSS), yang dulunya abang saya.

"Allah..." Hanya itu yang mampu dikatakan. "Baru cadang nak letak jawatan..." Kata saya pada diri...

Lain yang dirancang lain yang jadi... Perancangan Allah itu lebih mendahului. Dia Maha Mengetahui. Tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

Kemudian pulang setelah tamat sesi sekolah. Menceritakan apa yang terjadi, ummi hanya ketawa kecil. Emm...

Ketika di Tingkatan Empat saya diberikan satu amanah. Sesuatu yang tak pernah diduga, yang mendebarkan saya ketika sebelum harinya. Sudah masanya... Namun, saya belum bersedia.

Sebelum tiba hari yang mendebarkan itu, saya agak risau, kerana saya bimbang saya dilantik sekali lagi. Tapi, itulah yang terjadi. Setelah diumumkan itu, saya agak terdiam. Terdiam dan termenung sebentar ketika itu. Memikirkan apa yang berlaku. Sungguh! Berat hati ini untuk menerimanya. Tapi, saya tidak mampu menolak kerana itu telah diputuskan dan disepakati oleh mereka yang melantik saya. Selang beberapa hari dari hari peristiwa tersebut, saya bertemu mata dengan mereka (senior) untuk meluahkan apa yang terbuku. Mohon supaya digantikan dengan orang lain yang lebih layak. Saya menyatakan kepada mereka bahawa saya tidak mampu untuk menjadi pemimpin. Saya tidak mampu untuk memikul amanah itu. Saya menyedari kelemahan dan kekurangan saya. Sambil dalam sendu, saya berkata bahawa agak berat untuk saya menerimanya. Saya tidak mempunyai ciri-ciri yang sepatutnya. Namun, apa yang keluar dari mulut mereka adalah sedikit 'brainwash' serta kata semangat.

"Ini nak kena tarbiyyah lagi ni..." kata seorang senior saya.

Tidak ada kata-kata yang saya dapat keluarkan untuk menolak jawapan mereka. Hanya sedikit sendu dalam kata-kata yang kedengaran. Masa berlalu, saya menerima dengan hati yang agak berat, namun tetap redha untuk menempuhinya. Teman-teman rapat yang sering menjadi penguat. Rapatnya kami sehingga ada yang perasan kebersamaan kami walau ke mana sahaja.

***************************************************

Di tahun seterusnya. Ketika itu, kebiasaannya semua senior (Tingkatan Lima) akan menjadi pengerusi serta timbalan bagi setiap persatuan/kelab-kelab di sekolah. Ketika di Tingkatan Lima, sekali lagi saya diamanahkan untuk sebuah jawatan dalam sebuah kelab. Kelab Usahawan Muda (UM). Semasa pertemuan pertama, untuk menentukan ahli jawatankuasa Kelab UM, saya turut tersenarai. Tapi, saya meminta tidak dipilih sebagai timbalan pengerusi kelab.

Sekali lagi saya cuba lari, saya memilih untuk menjadi setiausaha kelab dari timbalan pengerusi kelab. huhu.... Tindakan itu menyebabkan ustazah (masu'lah bagi kelab tersebut) bertemu dengan saya dan meminta agar saya menukar posisi.

"Tak boleh! Saya nak awak jadi timbalan pengerusi" antara kata-kata ustazah yang paling saya ingat.

"Adehhh... Kena jugakkk..." huhu...

(Memang dah duga apa yang akan berlaku. Juga tahu apa sepatutnya yang perlu dibuat, tapi tetap dengan keputusan... Mana tau kot-kot 'diizinkan' =D )

Saya akan menyerahkan tugas sebagai pengerusi majlis atau 'programmer' setiap kali waktu ko-kurikulum jika saya tidak tahu atau tiada ada idea untuk menjalankan program. Dalam masa yang sama, saya belajar bagaimana mahu menggerakkan kelab atau menjalankan program, atau memikirkan idea-idea untuk mengadakan program.

***************************************************

Entah kenapa saya asyik takut untuk menjadi pemimpin. Hinggakan di peringkat universiti saya masih mempunyai sikap itu. Namun, sekarang saya perlu menghadapi apa yang saya takut itu. Walaupun sebenarnya agak 'ketar lutut', saya tetap akan cuba.

Semester lepas amanah saya terlalu banyak, yang agak mengganggu emosi kerana saya hampir tiada masa untuk belajar. Di sebalik semua itu, saya diberi peluang untuk 'berehat' dari sebarang aktiviti. Kesannya, sangat meruntun jiwa. Lebih tidak keruan dibanding dengan waktu sibuk saya. Insaf saya dengan tempoh yang sangat menyiksa jiwa ini. Rela sibuk dengan pelbagai urusan dari diberi waktu terluang untuk study. Mengapa? Sukar untuk dijelaskan kerana situasi kita berbeza. Ujian dan masalah kita juga berbeza. Tarbiyyah yang diterima dari-Nya juga berbeza.

Kini, sudah hampir sampai masanya untuk saya mengundur diri. Pengalaman keterlibatan saya dalam pelbagai organisasi luar dan dalam kampus serta corak kepimpinannya banyak mengajar saya. Apatah lagi mengenai erti hidup. Semenjak di kolej saya berlatih, berlatih dan terus berlatih. Walaupun kadang-kadang saya agak letih. Letih untuk berdepan dengan masyarakat (peringkat mahasiswa) serta masalah-masalah yang melanda. Namun, di situlah manisnya dan ilmunya. Satu ilmu yang tidak terdapat dalam kelas-kelas harian.

Kebelakangan ini banyak perkara dan masalah yang berlaku. Semuanya dalam sekelip mata. Yang memerlukan keputusan-keputusan yang drastik. Di 'penghujung hayat' peranan saya inilah saya melihat segala perkara: dari sudut fikiran dan cara berfikirnya, dari sudut prioriti serta kesan-kesannya jika sekian-sekian perkara berlaku dan dilakukan, dari sudut kecekapan mengurus organisasi dan ahlinya (AJK), dari sudut pandang positif serta negatif sebagai seorang individu, muslim dan pemimpin, dari sudut interaksi, rujuk-merujuk, pengurusan emosi dan sebagainya. Sesuatu yang sangat-sangat bernilai bagi saya. Mungkin banyak cacat-celanya. Tapi bagi saya, inilah satu-satunya pengalaman yang sangat berharga.

Jutaan kemaafan saya pohonkan atas segala kelemahan serta kekurangan saya sebagai seorang manusia yang bergelar hambaNya. Maafkan jika saya tidak banyak membantu kalian. Maafkan jika saya tidak banyak menyumbang buah fikiran untuk memantapkan organisasi. Maafkan jika kelakuan dan sikap saya tidak menyenangkan selama ini. Maafkan jika saya tidak mengenali kalian dan kalian juga tidak mengenali saya. Maafkan juga atas tersalah tindakan yang menyebabkan 'kelembapan' gerak kerja. Tegurlah saya di mana sahaja. Bimbinglah saya untuk kebaikan. Saya sedia menerima teguran dan kritikan membina.


Doa saya, agar kalian dapat meneruskan tanggungjawab serta menghadapi mehnah dengan sabar, diteguhkan iman dan hati untuk terus istiqamah melaksanakan ibadah.

Jutaan terima kasih juga atas kerjasama serta komitmen yang kalian berikan, tunjuk ajar, bimbingan, perkongsian serta penerimaan kalian terhadap saya. Siapa pun kalian, tetap tidak akan saya lupakan. Walau pun sekali sahaja kita pernah bertemu.


MESTI BELI!!!






Be The First To Own It.
Order NOW! :)

Bahan bacaan menarik untuk minda anda...

**********************************

APA KATA MEREKA
Nik Norkatijah: "Dah tengok journal ni, Best!
Mesti miliki journal ni. Antara kandungannya:

The term 'Hadith Hasan' between Theory and Application - Dr Hamid ibn Hamad Al-Ali

The Maliki School of Fiqh in Andalusia : Between Taqleed (limitation) and Ittiba' (Aware following) - Dr Tawfiq ibn Ahmad Al-Ghalbzouri

Ethics of Electronic Trade According to the Islamic Jurisprudence - Dr Muhammad Mansour Rabie Al-Madkhali

Waivers of Theft Penalty in Islamic Jurisprudence Compared to the Yemeni and Sudanese Crinila Law - Cr Ahmad Yusuf Ali Al-Samaadi..."

**********************************

Untuk tempahan, sila hubungi:
Muhammad Ain (Tahun 4, Iqtisad) ~0779078738
Nur Aqilah (Tahun 4, Iqtisad) ~ 0776977075


ROAD TO BAQ'AH


COMING SOON!
Anjuran JPMJ, MPPMJ & UZS MPPMJ dengan kerjasama MPKJ, BKPJ, BKMPJ, BKSJ, membawakan:

Road To Baq'ah
'Care For Refugees'
*Baq'ah merupakan sebuah kem pelarian Palestin yang terletak di Amman.


23 APRIL 2011
SATURDAY

Justeru itu, pihak penganjur akan melancarkan

TABUNG ROAD TO BAQ'AH

semasa PERTAMA di Mafraq kelak.


Siap sedia dengan sumbangan anda... Menyumbanglah dengan sebanyak yang mungkin...


Untuk sebarang pertanyaan (bagi mantiqah Mu'tah):
Syabab boleh bertanya kepada Ustaz Abdul Rahim
Akhawat melalui Ustazah Ramlah...
Sekian, terima kasih... =)


Sunday, February 20, 2011

Sibuk...Busy...

Sebuah kisah yang ringkas...

Beberapa hari ini saya sempat menziarahi teman-teman termasuk beberapa orang yang saya anggap murabbi... Berbincang sedikit sebanyak mengenai beberapa permasalahan serta resolusinya... Pengalamannya berada di IPTA di Malaysia, dilantik sebagai pimpinan, apa yang berlaku dan dilakukannya sepanjang tempoh itu saya dengari, hayati dan fikirkan.

Pandangan-pandangan yang bernas membuatkan saya kagum dan membuka fikiran untuk berfikir dengan lebih meluas dan lebih kritis... Sungguh, kemampuan saya masih belum setahap itu.. (Itu kelemahan saya). Bukan malas berfikir, cuma tidak terfikir. Saya acap hanya menjadi pemerhati serta pendengar kelakuan, sikap dan pandangan-pandangan orang. Belajar sebenarnya.. =)

Di akhir perbincangan terselit sedikit perbualan mengenai persatuan, yang kebanyakan orang kata sibuk, tak mampu untuk memegang lebih dari dua atau tiga jawatan dan sebagainya...
Ada teman yang mengatakan, si fulan ini tak mampu nak pegang dua, tiga jawatan. Teman yang lain pula kata fulan ini sibuk, tak sempat nak sekian, sekian... "Ye, semua orang sibuk. Cuma kitalah yang kena pandai manage masa dan kerja kita. Jangan jadikan sibuk tu satu alasan. Alasan yang tak kukuh sebenarnya tu", kata murabbi saya. Saya jadi teringat beberapa minggu yang lepas, ketika bermesyuarat. Antara alasan yang saya berikan adalah "saya sibuk dengan kerja lain". Saya tahu itu adalah alasan yang agak tidak relevan untuk diberikan. Namun, hanya itu dan beberapa alasan lain yang mampu saya berikan... Bukan mahu 'lepas diri'...

*****************************************************

Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Namun, untuk menilai sejauh mana sibuknya kita, kita sendiri yang menentukannya. Semoga kita semua diberi keampunan oleh-Nya atas kelalaian kita. Walau ianya hanya kelalaian yang sedikit, namun mampu membawa kita ke jurang neraka... Nauzubillah... Amanahlah dengan tanggungjawab.

~Allah~ ampuni kami....

Semoga tulisan ini mampu menimbulkan rasa takut pada azab-Nya serta menjadi peringatan bagi saya dan kalian...

Wallahua'lam...


Teguhkan jiwamu!

Jalan dakwah itu luas, panjang dan berliku...
Perkasa biasa bila seruan dan kita dianggap seteru...
Jangan terlalu mudah berputus asa dan jemu...
Menjadi insan yang terpilih adalah ketentuan TUAN YANG MAHA TAHU...
Mereka itu harus dididik, dibelai dan dijamu...
Dengan baik, lemah-lembut dan pengisian-pengisian yang jitu...
Agar hati bertaut dan jinak serta kesedaran mahu bertamu...

Dakwah baginda disapa dengan lemparan batu...
Hanya sakit, sedih, pedih serta kecewa yang menjadi teman setia di situ...
Lantas tidak pernah berputus asa dalam menyeru...
Mengenangkan tanggungjawab, bantuan serta janji Allah yang an-Nuuru al-Haadiu (النور, الهادئ)
Sang Isteri menjadi peneman setia di sisi ketika itu...
Para malaikat yang sering mendoakanmu...
Kerana kau kekasih agung al-Maliku (الملك)...

Apalah kiranya ujian-ujian yang bertamu...
Menjadi peneman setia dalam setiap langkah dan hidupmu...
Dibandingkan baginda serta mereka (para nabi dan rasul) yang sering duduk berteleku...
Bertahun-tahun menyampaikan dakwah tanpa jemu...
Diiringi ujian-ujian hebat yang bertandang lalu...
Menahan derita dan sengsara yang menikam qalbu...
Namun hasilnya hanyalah sekelompok mad'u...

Malulah kita pada baginda dan mereka selalu...
Hanya sedikit ujian-ujian yang datang menguji jiwa-jiwamu...
Belum lagi disuruh mengangkat senjata-senjata memerangi musuh-musuhmu...
Namun, kadang-kadang kau tewas dengan nafsu serta sifat amarahmu...
Tidak mampu menampung dan menanggung luka-luka kecil dihatimu...
Begitu kecewa kerana seruan ditolak mentah-mentah begitu...
Sedang pemberi hidayah hanyalah Dia al-Hakamu...

Berdoalah pada-Nya selalu...
Dia pasti mendengar rintihanmu...
Jangan jemu dan ragu...
Kerana ganjaran bernilai menanti di situ...
Andai taqwa menjadi kunci rahsiamu...
Serta usaha-usaha yang menjadi penilai kelak di akhiratmu...
Lianna Huwal Hakimul Haadiul Khabiiru (Maha Mengetahui Rahsia)...




~ReM~
7.30-8.00 a.m
20.2.2011
Imtiyaz


Friday, February 11, 2011

Lagi... Kehilangan seorang ulama' Jordan... Dr Fadhlul Hassan Abbas

Ini adalah terjemahan secara ringkas:

Beliau meninggal dunia pada petang 9/2/2011..Menandakan bahawa umurnya telah genap 79 tahun..Di mana masanya dihabiskan dengan dunia pendidikan,pengajaran, ilmu pengetahuan di masjid-masjid beserta forum-forum ilmiah..

Syeikh Fadlhlul Hassan Abbas (lahir Saffuriyya di Palestin pada tahun 1932 M), salah satu ulama Sunni yang paling menonjol di Jordan, salah satu ilmuwan dalam bidang ilmu tafsir,hadis,ilmu bahasa arab dan balaghah..Beliau dikenali ramai melalui kitab-kitab hasil penulisan beliau,juga memberi kuliah tentang ilmu agama di corong-corong radio,dan juga tv..

Dr Fadl Abbas sebagai salah satu ilmuwan yang paling penting dalam bab tafsir dan tilawah alquran.Ketika pada tahun 70-an beliau ke udara dalam rancangan beliau sendiri di radio-radio Jordan sebanyak 400 episod.Beliau mengajar tentang ilmu Tilawah dan Tafsir..Beliau juga terkenal dengan cara pengajaran yang memudahkan orang ramai belajar..Dari segi penulisan beliau terkenal dengan pandangan yang menarik dan baru dalam ilmu tafsir al-quran..


Latar Belakang ringkas Pengajian:


Belajar di Universiti Azhar,di kuliah Usuludin..Beliau seorang lelaki yang soleh..Tamat menghafaz alquran pada umur 10 tahun.Kemudian menghafal matan-matan dalam fiqh Syafie dan Maliki..Ditambah pula ilmu aqidah,faraidh

Beliau bersekolah Menengah di Mesir selepas lulus,beliau berjaya masuk ke kuliah Usuludin di Universiti Azhar..Tamat pengajian ijazah pada tahun 1952..Beliau merupakan siswa yang paling muda tamat pengajian ketika itu.

Kemudian,beliau mendapat gelaran doktor(phD) di Universti Azhar,Mesir pada tahun 1972 dengan tajuk tesis beliau bertajuk:Arah tuju tafsir di bumi Syam,dan Mesir..

Latar Belakang Kerja:


Menjadi tenaga pengajar di Kuliah Syariah pda tahun 1966 di Jordan..Beliau mengajar dalam bidang Tafsir,Hadis,Tilawah,Tauhid dan juga Bahasa Arab..

Kemudian beliau berpindah dan bekerja di Emirate diantara tahun 1975-1978..Selepas beberapa tahun di sana beliau kembali berkhidmat pada tanah air tercinta di Jordan di Kuliah Syariah Universiti Of Jordan di Amman..Beliau memegang jawatan sebagai dekan kuliah Usuludin pada satu tempoh yang sangat panjang...

............................................................................................................................................................................

Ini adalah terjemah ringkasan dari laman web dalam bahasa arabhttp://www.heilnews.net/article.aspx?articleno=9675

Jika terjemahan terdapat sedikit kekurangan harap maaf dan sangat dikesali..


Kesimpulanya marilah sama-sama kita menghargai Ulamak...Menghormati Ulamak-ulamak...Kerana kata Rasulullah Ulamak adalah pewaris nabi-nabi...Kita dengan Nabi,dan rasul sangatlah jauh..Apatah lagi Ulamak?Jika dalam hidup kita tidak pernah berjumpa dengan Ulamak alangkah ruginya kita....

Apabila ditanya oleh Allah kelak,pernah kah kita menghargai nabi?Pernahkah kita menghargai Ulamak?Dan dijwab tidak!!Dengan rahmat Allah,ditanya lagi pernahkah kita mengikuti pengajian dengan orang alim??Dan masih lagi tidak!!!!..Soalan lago,pernahkah kita berjumpa dengan Ulamak?Masih lagi tidak..Dan soalan last..Pernahkah kita menghargai dan mengingati Ulamak?Jika masih lagi jawapan tidak..Alangkah ruginya anda!!!!!


*Dr Fadhul Hassan Abbas merupakan salah satu Ulamak moden yang terkenal di Bumi Syam, Jordan, Syria, Lubnan, dan Palestin...Beliau banyak menulis kitab-kitab yang mushtalah yang senang dibaca..Terkenal dengan pembaharuan ilmu tafsir...Dan yang paling menarik mata beliau buta!!!


Wallahualam~


Credit to: awe-donde


Hari ini dalam sejarah... 12 Februari...

Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Hari tersebut seoalah-olahnya menjadi hari bersejarah dan terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Hari bermadu kasih untuk membuktikan kasih sayang berlandaskan nafsu mereka. Masyarakat kita pada hari ini seolah-olah sebati dengan sambutan hari maksiat ini.


Sesetengah media yang sememangnya kerja mereka adalah untuk merosakkan masyarakat Islam khususnya muda mudi menjadikan seolah-olah Valentine ini adalah kewajipan yang perlu disambut setiap tahun. Mana tidaknya, pelbagai program hiburan yang melalaikan merancakkan lagi sambutan Valentine ini. Mereka lupa dengan sejarah Valentine ini yang pastinya bertentangan dengan gaya hidup Muslim. Entri akan datang akan menceritakan asal usul Valentine.

12 FEBRUARI..APA KAITAN?

Kita terlupa bahkan ada yang tidak tahu pun apa yang berlaku pada tarikh ini, lantaran tarikh 14 Februari itu terlalu diperbesarkan, sehingga tenggelam kisah duka yang berlaku dua hari sebelum tarikh tesebut. Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori gerakan mengembalikan Islam ke puncak kegemilangannya.

As Syahid Hassan Al-Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq.

Senyum mujahid menuju syahid

Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al-Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.

Bukanlah suatu yang baru bagi pemimpin Mesir menjadi 'pak turut' kepada negara-negara Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika pembunuhan Hasan Al-Banna menceritakan bagaimana rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna.


Who killed Al-Banna?
(sambungan di Youtube)


TRAGEDI TERANCANG

Ketika kejadian, Hassan Al-Banna berjalan bersendirian di Jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al-Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al-Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja Faroq, Imam Al-Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhan kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas Imamul Jihad, Assyahid Hasan Al-Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Raja Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di Jabatan Siasatan Jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan. Mereka dianugerahkan elaun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'

TEKANAN

Bergembiralah musuh-musuh Islam dengan kejayaan mereka membunuh pengasas gerakan Islam pertama di dunia selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al-Banna, maka bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al-Banna. Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimun dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.

Rumah Assyahid Imam Al-Banna tidak terkeculi daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama dua tahun. Sesiapapun tidak dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al-Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan.

Talian telefon di rumah berkenan dipotong. Tidak cukup dengan itu, mereka akhirnya mengeluarkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan ianya sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam keadaan elok.

Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah Assyahid tidak dibenarkan diiringi oleh sesipapun di kalangan lelaki. Jenazah beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. Lelaki yang mengiringi beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid.

Tekanan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan walaupun Raja Faroq sudah tidak berkuasa lagi di bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1965 dan 1981 telah merakamkan seribu satu macam kengerian di atas penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan. Ramai ulama' dibunuh di tali gantung. Tidak kurang juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan di dalam penjara yang tidak diketahui di mana letaknya.

GAGAL

Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat dakwah Islamiyyah dengan membunuh Imam Al-Banna dan menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.

Dakwah Islmiyyah ini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara Arab kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwanul Muslimin. Di Turkey ditubuhkan Refah Partisi. Di India, Pakistan dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat E-Islami. Di Malaysia ditubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya diharamkan oleh Inggeris dan digantikan dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Di Indonesia, umat Islam menubuhkan Mayumi. Di Palestin di tubuhkan Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan Islam satu demi satu bercambah hasil daripada 'biasan sinar dakwah' Imam Al-Banna rahimahullah.

MENGAPA DIBUNUH?

Ramai berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel. Maka 'jihad'lah yang menjadi punca kemarahan musuh-musuh Islam. Sebelum itu mereka tidak begitu gentar terhadap dakwah Imam Al-Banna.

Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Hasan Al-Banna tidak pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir menyertai peperangan terhadap penjajah Israel di bumi Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun.

Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari kelak. Peritiwa ini seakan-akan sama dengan peristiwa Singapura diserang todak. Budak yang berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi kepintarannya itu akan menyebabkan kuasa raja tumbang suatu hari kelak.

JASA 1948

Betapa besarnya jasa Imam Al_Banna dalam menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi. Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan menghalau penjajah di Baitul Maqdis.

Mereka bangkit dan berada di barisan hadapan daripada pasukan tentera Mesir ketika itu. Dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al-Banna mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Ketika mereka sudah berada dipinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang, mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al-Banna telah dibunuh dengan kejam.

Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan dipenjarakan. Kepulangan mereka bukan disambut dengan bunga manggar mahupun anugerah pahlawan. Bahkan mereka disambut dengan penjara dan tali gantung.

Bermula tanggal berkenaan, Yahudi kembali berkuasa ke atas seluruh Palestin sehinggalah ke hari ini. Mereka kembali melakukan kekejaman ke atas umat Islam tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, muda mahupun tua.

Dr Ahmad Al-Malat, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah yang merupakan salah seorang anak murid Imam Al-Banna berkata, “Kalaulah tidak kerana pengkhianatan yang dilakukan ke atas Imam al Banna nescaya tinta sejarah (Paletin) telah berubah (insya Allah).”

Dr Al-Malat adalah salah seorang doktor bedah yang ditugaskan oleh Imam Al-Banna untuk menyertai peperangan menentang Yahudi di Paletin. Beliau memberikan khidmat kepakarannya kepada mujahidin yang tercedera.

Bersempena ulang tahun pemergian Imam Al Banna, Dr Al-Malat yang sudah lanjut usianya berpesan kepada pemuda-pemuda gerakan Islam yang sedang ditekan di seluruh dunia:

“Kita mahu pemuda-pemuda yang berkata kepada dunia, 'Cukuplah....'. Kita mahu pemuda-pemuda yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan musuh... Sesungguhnya pertembungn di antara hak dan batil berterusan tanpa henti. Dan kita adalah tentera di pihak yang hak. Untuk itu kita perlu menggantikan panglima ini (Imam Al-Banna) yang telah menjual dunia dan membeli keredhaan Allah...”

MENCARI AL-BANNA KEDUA

Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusan ke atas umat dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan Al-Banna.

Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robekkan oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan lain-lain.

Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas berkatalah Rasul SAW dan orang-orang yang beriman bersamanya:

"Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?"

Allah SWT menjawab:

"Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir"

Dan pada 1948, mana mungkin Imamul Jihad ini berdiam diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya di bumi Isra'. Sebab itulah beliau menyandang senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad, menyahut seruan Allah di dalam Al Quran.


Credit to: Jottumah


Thursday, February 3, 2011

Gelombang Revolusi

(Agak lambat untuk update kerana agak sibuk... Maaf)

http://english.aljazeera.net/

Thousands join Cairo protests



Valley of the Wolves Palestine


Interview pelajar Malaysia di Mesir-Buletin utama(31.1.2011)






Jordan protests: King Abdullah names Marouf Bakhit PM


Suasana Airport Mesir


An Egyptian Muslim man prays on top of a charred truck as he joins a demonstration on February 1, 2011 at Cairo���s Tahrir Square as massive tides of protesters flooded Cairo for the biggest outpouring of anger yet in their relentless drive to oust President Hosni Mubarak's regime. AFP PHOTO/MARCO LONGARI (Photo credit should read MARCO LONGARI/AFP/Getty Images)

CAIRO, EGYPT - FEBRUARY 01: Protestors gather in Tahrir Square on February 1, 2011 in Cairo, Egypt. Protests in Egypt continued with the largest gathering yet, with many tens of thousands assembling in central Cairo, demanding the ouster of Egyptian President Hosni Mubarek. The Egyptian army has said it will not fire on protestors as they gather in large numbers in central Cairo. (Photo by Peter Macdiarmid/Getty Images)

1 Februari 2011, 5.35 p.m, Mesir


Komen Pertama PM Israel, Benjamin Netanyahu…

“Kami amat cemas memantau apa yang sedang terjadi di Mesir dan di wilayah kami,” kata Netanyahu sebelum pertemuan mingguan kabinetnya hari Ahad lepas.

“Israel dan Mesir telah berdamai selama lebih dari tiga dekad dan tujuan kami adalah untuk memastikan bahwa hubungan ini dipertahankan. Pada saat ini, kita harus menunjukkan tanggung jawab, menahan diri dan berhati-hati semaksimun yang boleh, “tambah Netanyahu.

Itu adalah komen tahap tertinggi yang pertama dari Israel…

Dengan komen PM Israel ini, diharap kita semua sudah faham dan jangan ada lagi yang berfikir dengan lutut terhadap situasi Politik yang berlaku di Mesir sekarang ini.. Kita sudah Kenal siapa Netanyahu dan Siapa dia Sahabat baiknya Mubarak.. Betapa sayangnya Israel pada Diktator Hosni Mubarak saling tak tumpah seperti menantang Beruk Minyak Yang Penuh..

***********************************

Israel Amat Takut kalau Mubarak Jatuh kerana:

- Kemungkinan Dasar luar Mesir dengan Israel akan berubah

- Hamas akan menyeludup senjata melalui sempadan Rafah dan Gaza dengan mudah.

- Ikhwan Muslimin di Mesir bebas menghulurkan bantuan kepada Hamas di Gaza.

- Bebasnya rakyat Mesir dan Palestin berulang alik dari Mesir ke Palestin dan dari Palestin Ke Mesir..

- Yang paling mereka takut sekali ialah sejarah hitam kekalahan mereka kepada tentera Mesir di Semenanjung Sinai pada tahun 1973 akan berulang( sejarah peperangan 6 hari dalam bulan Ramadhan) walaupun pada ketika itu mereka telah membina kubu bawah tanah yang dianggap yang terkuat dan terkebal di Dunia yang mereka bina dari besi,keluli dan simen apabila mereka menakluki semenanjung sinai pada tahun 1967..

***********************************

Anda kenal?

***********************************

Allah tidak dilupakan, tanggungjawab tidak diabaikan...

lebih kurang sepanduk itu berbunyi ” Apa yang telah dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin itulah juga yang dilakukan oleh pemerintah Hosni Mubarak terhadap rakyat Mesir”…

Maybe pemegang sepanduk ni berasal dari daerah Fayyum, Daerah Fayyum ini ditindas teruk oleh regim Mubarak yang merupakan kubu kedua terbesar Ikhwanul Muslimin selepas dari Suez..




2 Feb, Jutaan penunjuk perasaan tidak berganjak, semakin bertambah.

A man takes pictures with his cell phone on Tahrir, or Liberation Square, in Cairo, Egypt, Monday Jan. 31, 2011. A coalition of opposition groups called for a million people to take to Cairo's streets Tuesday to ratchet up pressure for President Hosni Mubarak to leave. (AP Photo/Ben Curtis)

People pray on Tahrir, or Liberation Square, in Cairo, Egypt, Monday, Jan. 31, 2011. A coalition of opposition groups called for a million people to take to Cairo's streets Tuesday to ratchet up pressure for President Hosni Mubarak to leave. (AP Photo/Ben Curtis)

Mubarak umum letak jawatan tetapi selepas pilihanraya,rakyat tetap teruskan protes
1:15am 2 feb. Waktu Kaherah

Pilihan kini di tangan askar Mesir... Pertahankan Hosni atau pertahankan negar dan rakyat demi keadilan...

La Hosni Wa la Mubarok...irhal minal Misri hassa!
[ini adalah kata-kata Egyptian@Misri...]


Solat magrib di dataran Tahrir, 1 Februari
Walaupun sedang dalam krisis rusuhan, tanggungjawab pada Allah tetap WAJIB dijalankan.

Penyokong, penentang kerajaan Mesir bertempur

KAHERAH: Penyokong dan penentang kerajaan Mesir bertempur di Dataran Tahrir di mana ribuan penunjuk perasaan berkumpul menggesa Presiden Hosni Mubarak berundur sejak beberapa hari lalu.

Wartawan Associated Press melihat kedua-dua pihak memukul satu sama lain dengan kayu dan ada yang cedera dengan darah mengalir di kepala. – AP

2:30pm waktu Mesir..

Pro-government supporters of Egyptian President Hosni Mubarak (L) clash with anti-government protesters in Tahrir square in central Cairo February 2, 2011. Egypt’s army denied firing any shots in Cairo’s Tahrir Square, where pro- and anti-government protesters were clashing, state television said on Wednesday.

Pro-Mubarak protesters captured by anti-government supporters are handed over to the army during rioting between pro and anti-Mubarak supporters at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt’s President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.


5.20 p.m, waktu Kaherah, 2 Februari 2011


***********************************

Raja Jordan lantik Perdana Menteri baru

AMMAN 2 Feb. - Raja Jordan, yang menghadapi tempias pergolakan di Tunisia dan Mesir, hari ini mengumumkan pelantikan Perdana Menteri baru bagi meredakan bantahan rakyatnya yang menuntut ditamatkan apa yang mereka sifatkan sebagai pemerintahan autoritarian di negara ini.

Raja Abdullah hari ini mengumumkan pelantikan Marouf Bakhit yang pernah menjadi Perdana Menteri dan mempunyai latar belakang ketenteraan menggantikan Samir Rifai sebagai Perdana Menteri baru berikutan bantahan penduduk, yang diilhamkan dari demonstrasi beramai-ramai di Tunisia dan Mesir.

Namun, pelantikan baru itu ditolak golongan berhaluan Islam kerana menganggapnya tidak mencukupi.

Keputusan itu dibuat selepas Raja Abdullah menerima perletakan jawatan Samir Rifai yang sebelum ini diminta kumpulan pembantah di seluruh negara agar dia dipecat.

Penganalisis berpendapat Bakhit bukanlah tokoh yang digemari untuk melakukan perubahan tetapi pelantikannya mampu mententeramkan puak dan penduduk luar bandar Jordan.

Golongan berhaluan Islam menyuarakan kemarahan mereka dengan pelantikan itu kerana semasa pemerintahan Bakhit sebelum ini menyaksikan kegagalan terutamanya ketika pilihan raya Parlimen pada 2007 yang melibatkan penipuan undi.

"Ini bukan langkah yang betul dan tidak menunjukkan usaha untuk melakukan reformasi politik atau memenuhi permintaan ramai untuk kebebasan berpolitik," ujar pemimpin Barisan Bertindak Islam (IAF), Sheikh Hamza Mansour.

Penduduk Jordan sebelum ini mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan gagal menangani msalah kekurangan pekerjaan di bandar serta pemotongan subsidi sejak krisis kewangan dunia yang turut melanda Jordan. - Reuters

***********************************

Obama mahu Mubarak letak jawatan sekarang

WASHINGTON 2 Feb. - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memberitahu Presiden Hosni Mubarak, Mesir perlu memulakan peralihan kuasa sekarang, sekali gus membayangkan pengumuman pemimpin itu untuk tidak bertanding pada pilihan raya September ini, masih belum mencukupi.

Obama bercakap demikian kepada Presiden Mesir itu malam tadi melalui satu perbualan telefon yang panjang sejurus Mubarak mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya Presiden negara itu, melalui satu ucapan yang disiarkan melalui televisyen.

"Saya menyatakan kepercayaan saya kepada beliau (Mubarak) bahawa satu peralihan kuasa terancang, bermakna dan aman perlu dilakukan sekarang," katanya.

Kenyataan Obama itu yang disiarkan secara langsung dari White House, sebagai satu cubaan untuk meyakinkan Mubarak supaya meletak jawatan lebih awal. - AFP

***********************************

Mubarak enggan undur segera

Penduduk Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir mengikuti ucapan Mubarak di televisyen melalui layar besar sambil mengejek Presiden itu kerana enggan berundur segera, malam kelmarin. – REUTERS

KAHERAH 2 Feb. – Presiden Mesir Hosni Mubarak semalam mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya Presiden September ini, tetapi menolak desakan berjuta-juta rakyat Mesir yang mahu beliau meletak jawatan dengan segera.

Pengumuman presiden itu yang disiarkan di televisyen mengundang kemarahan penunjuk perasaan, dengan sekali lagi bertindak melanggar perintah berkurung dengan berkumpul di Dataran Tahrir, malam tadi, masuk hari kelapan demonstrasi.

Mubarak menegaskan bahawa beliau akan terus memerintah sehingga menjelang pilihan raya untuk memantau peralihan kuasa, sekali gus menolak mentah-mentah desakan pembangkang yang mahu pemimpin itu berundur menjelang Jumaat ini.

“Secara jujurnya dan tanpa mengambil kira situasi yang sedang berlaku sekarang, saya merancang untuk tidak bertanding bagi melanjutkan penggal pemerintahan saya.

“Saya hidup di negara ini, saya pernah berperang untuknya (Mesir) dan sejarah akan menilai saya.

Mesir, katanya, ‘‘Negara yang telah saya pertahankan dan saya akan mati di sini,” ujar Mubarak disambut dengan ejekan penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Tahrir.

Beliau turut menolak kemungkinan melarikan diri ke negara lain seperti yang dilakukan bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali pada 14 Januari lalu selepas kebangkitan rakyatnya yang mendesak beliau berundur.

Mubarak berkata, negaranya mempunyai pilihan antara ‘kekacauan dan kestabilan’ selepas pertempuran antara pasukan polis dengan penunjuk perasaan yang mengakibatkan 300 terbunuh dan lebih 3,000 yang lain cedera.

“Demonstrasi ini telah berubah daripada satu cara menyatakan kebebasan bersuara yang bertamadun kepada konfrontasi yang dikesali, didorong oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja memburukkan dan mengapi-apikan keadaan.

“Tanggungjawab utama saya kini adalah membawa keselamatan dan kestabilan kepada negara ini bagi memastikan satu peralihan kuasa yang aman,” katanya.

Mubarak turut berjanji akan meminda Perlembagaan bagi mengehadkan penggal pemerintahan Presiden dan membuatkan rakyat lebih mudah memilih calon pada pilihan raya Presiden. – AFP

***********************************

?????????????

***********************************

Penyokong-penyokong tegar Hosni Mubarak
Boneka-boneka yang dibayar

***********************************

Hosni Mubarak bersumpah tidak akan melepaskan jawatannya,senjata drp israel telhpun tiba di Mesir utk membantu pihak keselamatan meleraikan demonstrasi rakyat..rakyat pula bersumpah "RAKYAT AKAN MATI, TAPI MESIR AKAN TERUS HIDUP"...Apkh Tsunami berdarah yg akan melanda rakyat mesir atau halilintar drp rakyat yg akan menyambar jasad Hosni Mubarak.Doakan Kemenangan Ummat!!

***********************************

TERKINI (3 Februari 2011) : Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan
1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.
3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.
4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More