I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Thursday, December 30, 2010

PANTUN AGAMA

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntulah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Tuan haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Daun terap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Yang haram jangan dicuba

Bunga kenangan di atas kubur
Pucuk sari pandan jawa
Apa guna sombong dan takbur
Rosak hati badan binasa

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta ampun kepada Tuhan

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Banyaklah hari antara hari
Tidak semulia hari Jumaat
Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad

Halia ini tanam-tanaman
Di barat sahaja akan tumbuhnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia jangan ditamak
Jikalau mati tidak mengikut

Malas hamba menyelam bubu
Takut terpijak binatang berbisa
Orang malas menuntut ilmu
Di akhirat kelak badan binasa

Tanam sepohon limau purut
Tanam di pasu dengan cermat
Dunia direbut akhirat dituntut
Baru sempurna umat Muhammad


Saturday, December 18, 2010

Tips Ulangkaji [Jom Study!]

Masa di kolej dulu, sempat merasa belajar dengan Ustaz Putera subjek Faraid. Masa tu Pra Diploma sem 2. Ustaz Putera ni kalau dalam kelas, sambil-sambil mengajar sambil-sambil sembang. Seronok belajar dengan ustaz. Selalu juga kongsi tips-tips dan pengalaman beliau masa muda-muda dulu. (^_^)

Masa mengajar ustaz suka pakai whiteboard marker yang berwarna-warni.. Memang dia akan bawak ke mana-mana.

Antara tips yang paling aku suka dan ingat ialah tips mengulangkaji pelajaran. Kata ustaz, "Saya masa belajo dulu suke tido awal. Time orang study tu saye tido.. Tapi saya bangun masa orang nak tido". "Saya masa study, saya baca kejap nota-nota yang saya buat. Tiap-tiap hari. Kome kalau nak mudah studykan, cube buat nota ringkas. Pastu ulang bace tiap hari. Bace je, takyah hapei. Bacelah 5 minit ke 10 minit ke. Tapi, buat tiap-tiap hari. Masa nak pekse nanti takde le kelam-kabut sangat. Sebab kita dah bace awei-awei, kan? Tinggei ngulang je. Takde le kene ngapei teruk-teruk.."

Alhamdulillah.. Tips tu pernah saya praktikkan semasa tahun 1 di Universiti Mu'tah. Masa tu cuba menghafal syair. Ada jugak yang kadang-kadang saya main hafal je (kalau tak faham atau tanpa saya fahami masa menghafal. Rezeki la kalau boleh ingat. Tapi kalau tak ingat, tu yang bermasalah). Kadang-kadang saya cuba faham dulu sambil menghafal, kadang-kadang sekali baca boleh faham, dan memudahkan lagi proses menghafal.

Cuma, syair yang dihafal masa tu, agak susah, saya tak dapat nak faham dengan baik. Saya pun menghafal dengan cara menulis, yang kadang-kadang susah juga untuk mengingat walaupun guna teknik ni. Mungkin disebabkan saya menulis berulang kali, saya jadi ingat. Walaupun sebenarnya saya tak dapat nak hafal sebab susah ingat.

Pernah jugak sekali, masa menghafal hadis. Kadang-kadang menyebut butir-butir perkataan. Kadang-kadang dibaca je dalam hati. Tapi, alhamdulillah, saya dapat menghafal separuh dari hadis yang panjang tersebut.. Kesannya sangat cepat. Mengambil masa hanya kurang dari separuh hari sahaja. Malah saya sangat lancar bila mengulang semula.

Cuma, kenalah rajin dan mulakan dari awal. Ok.. Selamat mencuba!


8.51 p.m
12 Muharram 1432

TAMBAHAN TIPS:

Satu lagi kaedah yang boleh menghilangkan boring... (interesting for me)

  • Buat kaedah permainan. --> Pilih secara rawak.
Alaa... yang kita selalu main macam kotak beracun tuu...
  • Tulis tajuk-tajuk dari subjek pilihan korang, atau soalan-soalan yang korang buat sendiri..
Kalau nak mudah & cepat, pilih tajuk yang agak-agak pensyarah akan tanya..
(bukan nak ajar belajar sebab peperiksaan, tapi nak jimat masa je) Yelah, tau je kome-kome ni gemor study last minit.. Teman pun serope le juge.. (hahaha)
Ingat! Niat tu kena betul.. Jangan study sebab imtihan plak..
  • OK.. Dah pilih, tulis tajuk atas kertas.
  • Lepas tu, potong tajuk tu, kemudian gulungkan supaya jadi cebisan kecil
  • Nak mudah, cari bekas. Kecik pun ok.. Supaya tak hilang tajuk-tajuk tu tadi..
  • Pastu, bolehlah bermain sendiri.. hehehe.. (Kesian plak main sendiri)
  • Nak best, cari la kawan sekelas. Boleh la jugak dia tolong ingatkan ke, atau jadi bahan perbincangan bila dapat tajuk yang kita pilih tu.. Tambah-tambah kita tak baca lagi kan..
Tips ni saya buat bila dah tak tau nak baca mana satu.. Bukan saje-saje study last minit ni.. Tapi, ade banyak koje kene buat sebelum tu..

Satu lagi kaedah masa sekolah menengah dulu. Cikgu yang mengajar sejarah masa saya tingkatan empat kata,
  • study dengan cara jawab soalan. Tu, kalau ade soalan-soalan lepas laa... Kalau takde, buat sendiri pun boleh..
  • Lepas tu, jawab dengan merujuk buku. Bukan berdasarkan uji minda (macam jawab soalan peperiksaan).
Rasanya, dengan merujuk ni kita lebih dapat dan lebih ingat. Saya pernah buat kaedah ni, juga berhasil. Oh! Cuma, bila kita ulangkaji tu, jangan lupa letak (tulis) muka surat (pada soalan), supaya mudah nak rujuk semula bila kita jawab semula soalan tu..


Friday, December 17, 2010

Jais Serbu Kubu Syiah



Belum lagi habis isu terkini, datang lagi isu baru. Syiah yang sebelum ini sebenarnya memang ada, tapi hari ini jelas ternyata buktinya setelah serbuan dibuat. Ini baru satu. Belum lagi ajaran-ajaran sesat yang lain..

Dunia... dunia...


Hati yang Tenat, Setenat Dunia yang Tua [Dari mana datangnya kekuatan itu???]




Dulu:

1. Isu-isu murtad yang heboh diperkatakan.
  • Kisah Natrah
  • Kisah Aishah Bukhari
  • Kes Hartina Kamarudin
  • Kes Azlina Jailani (Lina Joy)
  • Termasuk kes-kes mereka yang menganut agama Islam yang dipaksa kembali ke agama asal:
  • Kisah Yusof bin Abdullah (Hindu --> Muslim)
  • Kes Suzie Teoh (gadis berumur 16 tahun. Kes ini berjaya dibuka semula setelah beliau berumur 18 tahun, oleh hakim Tun Salleh Abas -yang dikenakan 5 tuduhan-)
  • Kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak mereka yang berumur 5 bulan. Mati dipancung kerana tidak mahu masuk semula ke agama mereka.
2. Dadah, kondom, Isu IFC, pendidikan seks di sekolah, IFF (dan banyak lagi kes-kes lain)

3. Tahun ini, antara isu kehamilan luar nikah yang paling kerap didengari. Hinggakan setiap 17 minit akan lahirnya bayi luar nikah. Kemudian, muncul pula sekolah untuk pelajar-pelajar hamil. (Bagaimana kesannya?)

Kalau sbl ni hangat dgn isu anak luar nikah yg bsepah2 di sana sini & isu zina.. Seolah-olah menjadi perkara biasa.. Ditubuhkan pula sekolah yang pada saya hanya membantu mereka untuk menutup aib. Mungkin ada yang akan buat lagi perkara yang sama.

Kemudian, dtg pula artis gay yg heboh diperkatakan.. Siapa tah nama si lembik tu.

Semalam isu syiah, yang telah berjaya dikesan kubu mereka.

Hari ini, saya terjumpa video di youtube, yang agak membuatkan saya sedikit tenat mendengar ucapan beliau.

Keadaan akan menjadi lbh baik? perlu mencari sumber kekuatan? Terdapat mereka yg blh membantu & memberi kyakinan utk menempuhi hari2 yg mendatang sbg seorang GAY yang TABAH?

Dari mana datangnya kekuatan itu?

(Oh! Rupanya mereka lemah)

Jadi, dengan kelemahan mereka inilah kita perlu gunakan untuk mengatasi masalah gay mereka sebelum ia menjadi kuat! Gunalah peluang ini untuk membimbing mereka ke arah kebenaran...
Wallahu a'lam..

Sedikit perkongsian minda dan rohani. Peringatan bersama.


ILHAM ALAM

Angin yg btiup kencang, sekencang nafas yg menyesak.
Awan yg berarak laju, selaju bunyi angin yg menderu.
Awan mendung yg berarak, hati yg murung mula teresak.
Hujan yg mula merintik, serintik air mata di qalbu.
Hari yg mendung, tersirna dek mentari.
Hati yg merundung, tertutup dek wajah yg berseri.
Mentari mula muncul, wajah mula hilang sugul.
Air yg sejuk membeku, menutup emosi yg terbuku.









-ReM-
Bilik 3, Blok 2
Bayt Fuqaihah,
Injasah Gharbiyah,
Mu'tah, Jordan.

4 Muharram 1432H
10 Disember 2010
7.30 a.m - 8.00 a.m

Di kala hujan lebat disertai hujan batu yang mencurah-curah,
Setelah berlangsungnya solat istisqa' pada semalamnya (3 Muharram 1432)


kadang-kadang tu tahape-hape je... hehehe... tak susun betul-betul lagi...


Sayang Jadi Benci??!! [Hati Kasih, Kasih Hati]

Dari sayang menjadi benci?
Betul ke?
Atau aku saja yang berperasaan begitu?
Di mana dia?
Sahabat aku yang satu ketika dahulu,
sentiasa kuketemu...
Kini menghilang dalam 'kabus' itu.

Dulu,
Aku yang mengajar dia bertatih,
Dia yang seringkali jatuh,
Acapkali kupegang erat tangannya...
Kerap juga kumendengar keluhan & rintihannya..
Walau letih, kucuba sedayanya...
Agar dia berupaya, bersisa senyuman di bibirnya...

Tapi kini,
Tiada lagi dia,
Makin jauh adanya..
Tiada lagi ketawa ria...
Tiada lagi usikan mesra...
Tiada lagi senyumanku untuknya

Dia yang kurasakan makin mengada..
Membuat aku sakit di hati..
Tidak bolehkah dia mengerti?
Bukan hanya dia yang penat dari tadi
Hanya sekadar meminta tolong...
Perkara itu membuat aku jauh termenung..
Tersinggung..

Semakin hari aku cuba untuk menjauhinya
Konon tidak mahu bersua muka
Tapi, tidak terdaya...
Kerna bagiku, dialah juga sumber ceria
Buat diri ini dikala duka...

Kini...
Semakin hari semakin jauh
Kian hari kian terasa membenci
Ukhuwwah utuh yang kian menjatuh
Apa yang termampu, aku hanya menyepi diri

Di mana silapnya?
Adakah kerana ego kita?
Atau kerana sibuknya kita?
Atau masing-masing dengan dunianya?

Allah,
Selamatkan kami..
Selamatkan ukhuwwah kami..
Tidak lain kami hanya mencari redhaMu Ilahi..


injasah gharbiyyah
1.15 am
17/12/2010


**NOTE: BINGKISAN INI BUKAN BERKISARKAN TENTANG AKU & SEORANG TEMAN (KEKASIH), HANYA BERKISARKAN TENTANG AKU & SEORANG SAHABAT..

**SAYA TIDAK MEMPUNYAI TEMAN ISTIMEWA... =P
hehehe...


Al-Kisah

Di usia-usia yang sebegini, sepertimana yang pernah dilalui oleh abang saudara aku sendiri... Sekitarnya sering berbicara soal hati, soal masa depan, soal calon.

Baharu tadi terbaca mengenai kisah bertunang. Lantas membuat aku tiba-tiba teringat dan terfikir. Suatu peristiwa yang pernah terjadi pada tahun lepas.

Al-kisahnya....

Suatu hari telefon bimbitku menerima SMS dari seseorang. Seseorang yang asing, tidak dikenali, tidak pernah dihubungi, malah jauh sekali. Nun, di Pahang datangnya. SMS yang dikirim berbunyi pertanyaan khabar,
(diolah sedikit penggunaan perkataan, tapi masih terkandung mesej asal -mungkin ade ayat yang tertinggal kot-)

"Salam. Ape khabar? Ni Ramlah kan?"

Lalu dibalas oleh aku sendiri,

"Waalaikumussalam. Sape ni?"

"Saya Mohd Aman (bukan nama sebenar). Ramlah, boleh tak saya nak berkenalan dengan awak?"

"Mohd Aman? Dari mane? Camane boleh dapat nombor saya?"

Permintaanya untuk berkenalan dengan saya tidak dijawab.

"Saya Mohd Aman, dari Pahang. Saya dapat nombor ni dari adik awak."

Hati dapat mengagak. Lalu saya terus menyoal adik menerusi SMS. Dalam hati ada sedikit rasa marah kerana bertindak sendiri (tidak meminta izin). Namun saya kawal perasaan itu. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Lagipun masing-masing beranjak dewasa.
Terus mendapatkan maklumat.

"Salam. Ati, sape Mohd Aman ni? Camana dia boleh dapat no Kak Nyah (panggilan adik-adik buat saya)?"

"Dia kawan Ati. Ati yang bagi nombor K.Nyah. Sori tak mintak dulu."

SMS dari Aman datang.

"Awak jangan marah dia. Adik awak tak bersalah. Saya yang mintak nombor awak kat dia."

Hati saya bergetus, "Oh! Kamu bagitau dia rupanya.."
Saya meneruskan balasan SMS Aman. Bukan 'gatal tangan', tapi nak tahu apa yang dia mahu sebenarnya.

Hari kedua,

"Salam. Pekabar? Ramlah tengah buat apa?"

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat. Ade kerja sikit." (balas sambil lewa. Berat hati untuk menjawab)

"Kerja ape? Awak sibuk ke?"

"Kerja persatuan. Jap lagi ade meeting. Pastu nak study sikit" (Alasan saya untuk tidak meneruskan SMS)

"Ooohh... Study. Ramlah amik kos ape kat sane?"

"Bahasa & Kesusasteraan Arab"

"Kalau macam tu boleh la ajar saya Bahasa Arab. Saya tak pandai sangat Bahasa Arab ni.

"InsyaAllah, boleh. Belajar sikit-sikit. Baca buku bahasa Arab, kalau tak faham bukak kamus."

"Hmm.. Oklah Ramlah.. Saya tak nak ganggu Ramlah. Teruskan buat kerja"

Saya menarik nafas lega. Perbualan terhenti.

Hari seterusnya,

"Salam. Dah makan? Tengah buat ape tu?"

Saya mula tidak selesa dengan pertanyaan-pertanyaannya yang sangat remeh. Sekadar bertanyakan khabar, dah makan ke tidak.. Baik tak payah! Macam takde soalan lain! Marah aku dalam hati, sambil muka berkerut menahan marah.

"Waalaikumussalam. Tengah study"

"Ooo... Rajinnye. Ramlah, boleh tak kalau saya nak mintak gambar awak? Nak kenal lebih lagi."

Hati mula bersumpah-seranah. Ape ni??!! Baru dua tiga hari kenal dah nak mintak gambar!

"Maaf! Saya tak suka nak bagi gambar saje-saje kat orang yang saya tak kenal. Tambah-tambah lelaki."

"Oh! Yeke? Maaf2.. Kalau macam tu takpelah. Kita SMS macam biasa jelah."

Entah kenapa saya masih membalas beberapa mesej Aman selepas peristiwa itu.
Tidak lama kemudian, senyap seketika (lebih kurang dua, tiga hari). Tiada kiriman dari Aman, apatah lagi balasan SMS dari saya. Saya tidak membalas mesej terakhir Aman sebelum saya berhenti memberi respon.

Selang lebih kurang tiga hingga empat hari saya memberi mesej kepada Aman.

"Salam. Pertamanya saya nak mintak maaf kalau kata-kata saya ni agak kasar. Saya nak bagitau sikit, saya ni tak suka kalau setakat nak mesej-mesej perkara remeh, tanye kabar. Rasanya tak perlu kot nak tanye-tanye soalan macam tu.. (lebih kurang camni kot ayat saya. Tak ingat dah tulis ape lagi)."

Sejak itu, tiada lagi kiriman SMS dari Aman mahupun respon Aman dari mesej saya tempoh hari. Senyap lagi.

Tiba-tiba Ati memberi mesej, saya merespon dan bertanya siapa Aman dan kenapa dia ber'SMS' dengan saya.

"Salam. K.Nyah, maaflah kalau K.nyah tak suka nak mesej-mesej dengan Aman tu. Dia sebenarnya tengah cari calon nak buat isteri, tapi kalau K.Nyah tak suka takpelah"

Gulp! Walaupun masih sedikit marah dengan Aman, tapi rasa macam nak menggigil satu badan bila baca 'tengah cari calon'.. Saya Menjawab YM Ati dan bertanya lagi,

"Bukan tak suka, tapi cara tu tak kena. Nak cari calon buat le cara betul-betul. Ni mintak gambar la ape la. Dah la baru kenal. Tiba-tiba mintak gambar. Umur dia berapa, kerja apa, tinggal kat mana?

"Umur dia (masa tu) 28 (kot, tak ingat plak). Keje wyring. Tinggal kat Pahang. Dia dulu belajar kat Mesir. Ade kedai makan (kedai ke restoran tak ingat jugak). Yelah, kalau tak suka takpe. Tapi, jangan le sampai macam tu. Tak friendly. Takkan nak tanye-tanye pun tak boleh."

Huh! Tak friendly?! Kamu ingat cara macam ni friendly ke? Boleh ke macam ni? Bebel saya sendirian dalam hati. Marah sangat. Ade ke patut aku ni dia kata tak friendly?! Eeeeiii....

Saya menahan amarah saya. Mujur ketika itu saya berada di rumah kawan (Chah, bukan nama sebenar). Saya meminta pendapat Chah. Alhamdulillah, akal saya menjadi waras semula, dan berfikir dengan teliti mesej yang mahu dibalas menerusi YM supaya tidak menurut kata hati, tidak ada yang tersakiti.

"Bukan tak friendly, tapi jaga. Belum apa-apa lagi dah tanye macam-macam. Mintak gambo le. K.Nyah tak suka cara dia. Kalau setakat tanye kabo, dah makan ke belum, baik tak payah. Kalau nak tanye, tanye betul-betul. Serius sikit. Ni mesej macam ape je."

(Adelah lagi yang dibebelkan. Dah tak ingat ape dia. Lame dah peristiwa ni)
Tegas. Aku cuba memahamkan Ati, yang aku tak suka dengan cara macam ni. Setakat sembang-sembang kosong, perkara-perkara remeh, aku rimas! Banyak lagi keje yang aku nak buat dari melayan mesej 'kosong' Aman.

"Yelah, kalau Kak Nyah tak nak takpelah. Mintak maaf le kalau Kak Nyah tak suke.."

Perbualan antara aku, Ati dan Aman terhenti hingga hanya pada hari terakhir itu.
Dalam hati agak bersalah, seolah-olah teguran dan kata-kata aku agak keras dengan Aman dan pada Ati.

Sorry Ati, K.Nyah mungkin setuju dengan kamu kalau kena caranya. Tapi, perkahwinan bukan sekadar dalam masa yang singkat. Perlu membina sebuah institusi keluarga yang berlandaskan Islam. K.Nyah tak mau sebelum ke alam perkahwinan lagi dah berunsurkan perkara-perkara tak elok. Mungkin kamu tak faham. Tapi, itulah K.Nyah... K.Nyah tetap K.Nyah...

Adik-beradik, ummi dan abah sendiri tahu bagaimana keras kepalanya aku. Degil. Kalau aku kata tidak, tidaklah akhirnya. Kalau dulu, mungkin ikut kata hati. Tapi, kini, perkara yang perlu aku berhati-hati, akan cuba ditolak ke tepi, demi mencari redha Ilahi...


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More