I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM
Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Teknik, Skill, Kemahiran; Multiple ID, Celik IT

Kemahiran saya dalam meneliti/memperbaiki sesuatu kebanyakannya bukanlah hasil tutorial 100% di dalam kelas. Tapi, berbekalkan ilmu yang pernah dipelajari, ditambah dengan minat, itu yang menjadikan saya sedikit berkebolehan dalam membaiki peralatan-peralatan selain atau yang berkaitan komputer.
Sedikit sahaja. Masih banyak lagi yang belum diketahui dan dipelajari.

Bagaimana minat ini boleh timbul? Ianya hasil dari melihat abang yang rajin membaiki atau menggodek (kata orang Perak). Bukan taasub dengan abang, tapi semenjak kecil beliaulah kawan saya, yang juga idola saya. (banyak untuk diceritakan tentangnya). Kebanyakannya saya godek sendiri. Komputer, plug, mesin, dan lain-lain. Sebab minat. Saya seorang yang sukakan sesuatu yang mencabar. Bukan disebabkan belajar subjek Mabadik Kahraba'. =)

Kelakar juga.

Sedikit tentang subjek Mabadik Kahraba'. Apa yang dipelajari tentang subjek ini adalah asas yang sangat-sangat asas mengenai elektrik. Seperti yang dipelajari dalam subjek Kemahiran Hidup. Bukunya juga nipis, masa belajar hanya 30 minit (mengikut guru yang mengajar saya). Peperiksaan cuma 10 minit.

(Jauh lari dari tajuk pulak! =D)


Multiple ID, Celik IT

Pernah satu masa dahulu, semasa menuntut di KIDR, ada senior yang tidak tahu bagaimana memasang pendrive atau setengah orang memanggilnya thumb drive. Bukan memperlekeh, cuma sedikit terkejut. Tak pasal-pasal ustaz (pensyarah) memanggil saya 'technician' kerana mahu menyuruh saya memasang untuk presentation. hehe..

*******************************************************************************************

Mungkin ada yang tak tau macam mana nak pasang Yahoo! Messenger lebih dari satu ID. Sebelum ini ramai juga yang minta untuk berikan perisian multiple ID Yahoo! Messenger untuk diinstall. Tapi, cara ini sudah tidak praktikal lagi kerana tidak dapat dipasang di komputer-komputer mereka yang meminta (tidak tahu sebabnya). Carian demi carian akhirnya saya terjumpa cara-cara untuk membuatnya. (lihat bawah)

Berinisiatifkan ini juga, terdetik untuk saya menulis satu entri mengenai multiple ID ini.

Ok! Ini dia cara-cara untuk memasang atau untuk setting bagi mendapatkan multiple ID Yahoo! Messenger

Anda boleh login dua atau lebih ID dalam satu Yahoo Messenger tanpa perlu perisian tambahan.

Sila ikut langkah-langkah di bawah ini :

1) – Pergi ke “START“,klik “run” dan taip “regedit“.
2) – klik OK
3) – klik HKEY_CURRENT_USER >>> Software >>> Yahoo >>> pager >>> Test
4) – Kemudian klik kanan folder “Test” dan pilih new >>> DWORD value

5) – Namakan fail yang anda buat tadi kepada “Plural
6) – Double klik atas fail “Plural”, pilih Decimal, manakala dalam kotak value data letakkan no 1, lihat gambarajah ini :

Siap!..restart yahoo messenger anda dan login, untuk login ID kedua, klik sahaja icon Yahoo Messenger dan login. Lihat gambar di bawah ini, saya telah login tiga ID Yahoo Messenger dalam satu komputer.

Selamat Mencuba!..:-)


Boleh layari lain-lain maklumat lagi di sini --> SUMBER


disediakan oleh ~ReM~


Saturday, December 18, 2010

Tips Ulangkaji [Jom Study!]

Masa di kolej dulu, sempat merasa belajar dengan Ustaz Putera subjek Faraid. Masa tu Pra Diploma sem 2. Ustaz Putera ni kalau dalam kelas, sambil-sambil mengajar sambil-sambil sembang. Seronok belajar dengan ustaz. Selalu juga kongsi tips-tips dan pengalaman beliau masa muda-muda dulu. (^_^)

Masa mengajar ustaz suka pakai whiteboard marker yang berwarna-warni.. Memang dia akan bawak ke mana-mana.

Antara tips yang paling aku suka dan ingat ialah tips mengulangkaji pelajaran. Kata ustaz, "Saya masa belajo dulu suke tido awal. Time orang study tu saye tido.. Tapi saya bangun masa orang nak tido". "Saya masa study, saya baca kejap nota-nota yang saya buat. Tiap-tiap hari. Kome kalau nak mudah studykan, cube buat nota ringkas. Pastu ulang bace tiap hari. Bace je, takyah hapei. Bacelah 5 minit ke 10 minit ke. Tapi, buat tiap-tiap hari. Masa nak pekse nanti takde le kelam-kabut sangat. Sebab kita dah bace awei-awei, kan? Tinggei ngulang je. Takde le kene ngapei teruk-teruk.."

Alhamdulillah.. Tips tu pernah saya praktikkan semasa tahun 1 di Universiti Mu'tah. Masa tu cuba menghafal syair. Ada jugak yang kadang-kadang saya main hafal je (kalau tak faham atau tanpa saya fahami masa menghafal. Rezeki la kalau boleh ingat. Tapi kalau tak ingat, tu yang bermasalah). Kadang-kadang saya cuba faham dulu sambil menghafal, kadang-kadang sekali baca boleh faham, dan memudahkan lagi proses menghafal.

Cuma, syair yang dihafal masa tu, agak susah, saya tak dapat nak faham dengan baik. Saya pun menghafal dengan cara menulis, yang kadang-kadang susah juga untuk mengingat walaupun guna teknik ni. Mungkin disebabkan saya menulis berulang kali, saya jadi ingat. Walaupun sebenarnya saya tak dapat nak hafal sebab susah ingat.

Pernah jugak sekali, masa menghafal hadis. Kadang-kadang menyebut butir-butir perkataan. Kadang-kadang dibaca je dalam hati. Tapi, alhamdulillah, saya dapat menghafal separuh dari hadis yang panjang tersebut.. Kesannya sangat cepat. Mengambil masa hanya kurang dari separuh hari sahaja. Malah saya sangat lancar bila mengulang semula.

Cuma, kenalah rajin dan mulakan dari awal. Ok.. Selamat mencuba!


8.51 p.m
12 Muharram 1432

TAMBAHAN TIPS:

Satu lagi kaedah yang boleh menghilangkan boring... (interesting for me)

  • Buat kaedah permainan. --> Pilih secara rawak.
Alaa... yang kita selalu main macam kotak beracun tuu...
  • Tulis tajuk-tajuk dari subjek pilihan korang, atau soalan-soalan yang korang buat sendiri..
Kalau nak mudah & cepat, pilih tajuk yang agak-agak pensyarah akan tanya..
(bukan nak ajar belajar sebab peperiksaan, tapi nak jimat masa je) Yelah, tau je kome-kome ni gemor study last minit.. Teman pun serope le juge.. (hahaha)
Ingat! Niat tu kena betul.. Jangan study sebab imtihan plak..
  • OK.. Dah pilih, tulis tajuk atas kertas.
  • Lepas tu, potong tajuk tu, kemudian gulungkan supaya jadi cebisan kecil
  • Nak mudah, cari bekas. Kecik pun ok.. Supaya tak hilang tajuk-tajuk tu tadi..
  • Pastu, bolehlah bermain sendiri.. hehehe.. (Kesian plak main sendiri)
  • Nak best, cari la kawan sekelas. Boleh la jugak dia tolong ingatkan ke, atau jadi bahan perbincangan bila dapat tajuk yang kita pilih tu.. Tambah-tambah kita tak baca lagi kan..
Tips ni saya buat bila dah tak tau nak baca mana satu.. Bukan saje-saje study last minit ni.. Tapi, ade banyak koje kene buat sebelum tu..

Satu lagi kaedah masa sekolah menengah dulu. Cikgu yang mengajar sejarah masa saya tingkatan empat kata,
  • study dengan cara jawab soalan. Tu, kalau ade soalan-soalan lepas laa... Kalau takde, buat sendiri pun boleh..
  • Lepas tu, jawab dengan merujuk buku. Bukan berdasarkan uji minda (macam jawab soalan peperiksaan).
Rasanya, dengan merujuk ni kita lebih dapat dan lebih ingat. Saya pernah buat kaedah ni, juga berhasil. Oh! Cuma, bila kita ulangkaji tu, jangan lupa letak (tulis) muka surat (pada soalan), supaya mudah nak rujuk semula bila kita jawab semula soalan tu..


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More