I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Monday, June 21, 2010

~ABAH~

1- Ucapan selamat hari lahir untuk abah pertanyaan khabar kesihatan abah.

SMS berbalas: "Assalamualaikum... Alhamdulillah, abh sht. Bsalh sht org tua, *sikit tu ada jg trma ksh ingtkan hr jd abh asik hnto khmh kndri lupa hr jd abh sdri by"
~8 Oktober 2008 : 3.04 pm~

*(mungkin abah silap taip kot- agaknya perkataan sakit)

Aku tertawa sendirian, SMS dari abah yang baru berapa kali diterima -masih tersemat kemas di handphone hingga kini-. Kelakar. Biasalah orang tua. Selalu tu, abah telefon je. Sebab tak mahir lagi ber'SMS'. Yang menarik perkataan akhir 'BY'.

***********************

Entah kali yang ke berapa aku ucap... Bukan kerana banyaknya ucapan, tapi kerana kematangan. Setelah meningkat ke alam remaja yang semakin menghampiri dewasa. Setelah mengerti erti menghargai. Setelah mengerti warna-warni kehidupan.

Kami sekeluarga tidak pernah meraikan hari ulang tahun sempena tahun kelahiran atau apa-apa sahaja yang berulang tarikh peristiwa tersebut. Hanya sekali sahaja, itu adalah yang pertama - sambut hari ulang tahun aku dan Mira, sebab kami lahir di bulan yang sama. Dirai dengan kek coklat, bersama-sama ummi, abah, abang dan adik-adik. Puncanya adalah aku. Aku yang memulakan ucapan-ucapan seperti ini. Bukan kerana mahu dirai. Tapi kerana aku rasa perlu. Perlu menghargai dan mengingati.

Dari situlah kami saling ucap-mengucapi antara satu sama lain. Tapi masih belum 'hangat'.

***********************

2-Ucapan Selamat Hari Raya kepada keluarga di Malaysia.

20 Ogos 2008, tarikh wedding anniversary ummi dan abah. Aku tidak memberi ucapan. Segan. Tapi, di sebalik itu, aku hadiahkan kepada ummi dan abah. Keberangkatannya aku ke bumi Syam, dataran syuhada' (tak tahu la hadiah ke ape... hehe).

Dua bulan di bumi barakah ini, kini tiba pula hari lebaran. Kad dikirim sebagai pengganti. Dibeli ketika masih di Yarmouk.

SMS dikirim sebagai balasan: "Assalamualaikum trksh htor kd slhri rya mntis air mta bk tk trthan lambran tu pggnti diri mu ku doa kau brjya ku doa kau bhgia dn ku doa kau slmat dlm prjuangan mu Amin ya robbal alamin"

~10 Oktober 2008 : 7.50 am~

(bergenang pulak mata ni, walaupun dah dua tahun SMS ni)


SMS dari ummi pulak: "SALAM.DUDUK MNABUR C BGA RMPAI,KAD D KRM DH SMPAI.JTUH BTBUR BUNGA CMPAKA,TRASA SBK D DADA"

~10 Oktober 2008 : 1.50 pm~


(Ummi advance sikit... almaklum la rajin ber'SMS' dgn Chik. Masa dapat SMS ummi ni, sebak la jugak...)

***********************

3 ~7 Disember 2008 : 3.42 pm~


"Slmt menyambut hr Raya aidil Adha Apa kbor sihtke mf zhr btin slm rndu dr abh"

***********************

4 ~18 September 2009 : 7.09 pm~

"Assalamualaikum pe kbar d doakan c hat slalu . Kmi smua ok . Rjin semak plajaran tu .akhir kta slm rindu dr abh &kluarga slmat hri raya maaf zahir btin"

***********************

5- Ucapan hari lahir abah

~8 Oktober 2009 : 4.43 am~

"Wkslm trm ksh .Alhamdulillah ada lah skit sikit lengoh . Abh doa Ilah berjya dsemua lapangan"

***********************

6- Abah rindu barangkali.... (^_^)

~21 Februari 2010 : 5.24 am~

"Assalamualaikum apa kbar dh lma tk dgar brta .sht ke. Abh sht"

........(skip).........

~21 Februari 2010 : 10.14 am~

Sembang-sembang akhir dalam SMS: "trm ksh lah mndoakan .hr ni 2 org je ck Li. Abh doakan Ilh brjya"

***********************

7- Bersempena Hari Bapa

~20 Jun 2010 : 2.53 am~

"Waalaikumussalam.Alhmdlillah abh sht .Trm ksh bri ucap slmt .Skrg ni d hsptl bawa Nuar sspk btu krg.Abh ucpkn slmt brjy untk Ilah dn sht sjhtra."

**Sakit jantung rasanya terbaca mesej tadi. Ingatkan abah, rupenye Anuar (adik) -salah baca la pulak... Untuk Nuar, k.nyah doakan semoga sembuh cepat dan sembuh dengan sihat.

***********************

Semua ucapan-ucapan kat atas tadi pasal abah, kan? Bersempena dengan hari Bapa... Maka, aku menukilkan segala memori yang 'berharga' dari abah untuk aku. Sememangnya, ummi yang lebih berhak dihargai, tapi tak salahkan kita buat untuk abah pulak.

Hmmm, sedar tak sedar dah 24 tahun aku membesar di bawah jagaan abah. Segala perit-jerih hidup abah aku rasa sejak dari kecil lagi. Setiap hari kalau bukan ummi, pasti abah akan menghantar kami ke sekolah. Abah baik hati, kami suka 'pau' abah masa dah sampai sekolah. Padahal ummi dah bagi duit belanja dah pun. Hehehe... Nakal... Sian abah...

Kadang-kadang tu, abah keluarkan duit syiling RM1 dari plastik (salah satu dompet abah masa tu).

Tapi, kami ni sangat nakal. Aku dan adik-adik selalu buat hal. Kadang-kadang bergaduh. Kadang-kadang tak dengar cakap. Beli benda-benda tak berfaedah. Dulu selalu pakat-pakat dengan adik-adik, kadang-kadang dengan anuar je, kongsi-kongsi duit nak beli komik Dragon Ball. Kumpul duit belanja yang Ummi bagi, collect dengan adik-beradik, beli... hihihi...
Ummi marah kami beli komik Dragon Ball. Abah? Tak tau la dia tau ke tak... dan tak tau dia marah ke tak.

Abah ni lebih tenang dan penyabar dari Ummi. Biasala kan, perbezaan itu mesti untuk saling melengkapi. Abah jarang marah, tapi garang. Garang-garang abah, kelakar orangnya. Marah dia marah bertempat. Tapi, yang selalunye dia hanya akan membebel (kalau perlu membebel laa)...

Kalau dalam kalangan adik-beradik abah, dia sangat dihormati kerana dia seorang abang dan seorang yang sangat bertanggungjawab. Abah hanya bekerja sendiri secara kecil-kecilan, namun Alhamdulillah semua orang di sekelilingnya sangat menghormatinya, dan dengan rezeki itu juga kami membesar dengan selamat. Kakak dan adik-adik abah semua ada kerjaya tetap... Alhamdulillah, kerana itu juga tidak menghalang abah dengan adik-beradiknya untuk terus bersatu.

"Nyah" - panggilan untuk anak kedua, juga panggilan untuk abah. Bukan setakat adik-adik, malah segala sepupu-sepapat, juga kenalan memanggilnya begitu. Aku dapat rasakan yang abah seorang yang ramah. Hampir semua orang disapanya di mana saja abah berada. Kalau bukan abah yang mendahului, pasti kenalan-kenalan abah yang akan menyapa abah. Wah! Kagum...

***********************

Hidup sebagai seorang lelaki, juga sebagai ketua keluarga memerlukan kudrat yang gagah dan perkasa, membanting tulang untuk menyara keluarga. Sejak aku mengenali dunia dan abah, aku tidak pernah lihat abah berputus-asa dari terus bekerja untuk menyara kami. Biarpun kadang-kadang disapa oleh sakit-sakit, namun jika sedapatnya abah bertahan, dia akan bertahan. Hinggakan (pada usia aku yang sudah remaja) kadang-kadang merasa simpati dengan abah. Sedih melihat keadaannya. Kami masih belajar, masih di bawah tanggungannya. Namun, dia perlu terus bekerja untuk mencari sesuap rezeki. Kalau abah sakit, ummi yang akan jaga, dan hanya ummi sahaja yang dapat bekerja.

***********************

Suatu hari, setelah kami adik-beradik kian membesar, abah sedang membaiki kerusi rotan yang rosak. Tiba-tiba abang datang menyapa, memohon maaf atas kesilapannya. Lalu menitislah air mata sang lelaki yang bergelar ayah. Dek kerana tidak tertahannya untuk menyimpan apa yang terbuku di dada. Dia tahu itu bukan salah abang. Tidak pernah aku melihatnya begitu. Mendakap abang dalam keadaan teresak-esak. Aku yang melihat dan terlihat air mata sulung abah terus berpaling ke belakang, kerana tidak sanggup melihat abah....

(...cukup...)

***********************

Sudah menghampiri dua tahun aku berada di perantauan. Entah bagaimana keadaan abah dan keluarga di Malaysia. Kalau sekadar ber'SMS' atau menghubungi mereka melalui telefon, tidak dapat dilihat keadaan sebenar mereka di sana. Tidak dapat melihat susuk tubuh abah dan ummi. Kurus ke? Kurus sangat ke? Kuat lagi ke?

***********************

**Ya Allah, hamba ini memohon, agar dikurniakan kesihatan ke atas kedua orang tuaku. Kurniakan mereka kesejahteraan untuk beribadah kepada-Mu, juga untuk meneruskan kehidupan ini. Kuatkanlah jiwa-jiwa mereka untuk menempuhi onak-duri. Perluaskanlah pintu rezeki mereka, dan kurniakanlah mereka rezeki yang halal. Redhailah dan rahmatilah mereka, Ya Allah. Peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara aku ketika kecilku.... Berikanlah kesempatan kepadaku dan adik-beradikku untuk berbakti kepada kedua orang tua kami**
Ameeennnn....

***********************

Buat sahabat-sahabat yang telah kehilangan abah, ayah, papa, bapak doakanlah kesejahteraan mereka di sana.
Bagi yang masih mempunyai abah, ayah, papa, bapak... Hargailah mereka selagi mereka masih di depan mata... Jangan menyesal bila sudah tiada....


0 comments:

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More