I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Monday, August 24, 2015

Apa Faedah Jadi Ahli SHAKLEE ???‎


Antara faedah menjadi ahli SHAKLEE :

  • ü  Untung jualan harga runcit sehingga 30 %
  • ü  Pembelian dengan harga ahli
  • ü  Pengumpulan point yang akan ditukar kepada bonus tunai setiap bulan (bonus prestasi)
  • ü  Bonus kepimpinan
  • ü  Bonus tambahan
  • ü  Insentif coordinator
  • ü  Insentif istimewa
  • ü  Insentif pelancongan
  • ü  Subsidi kereta
  • ü  Keahlian seumur hidup
  • ü  Mempunyai bimbingan mengenai produk dan cara pemakanan
  • ü  Anda akan sertai group rahsia kami untuk berniaga
  • ü  Anda akan mendapat ilmu tentang pelbagai teknik pemasaran


DAFTAR SEKARANG !!!!

Ramlah
013-403-4673


Sunday, August 23, 2015

HOT SET


Assalamualaikum…..

 Tengah rehat-rehat ke tu?

Haaa…. Entry kali ini saya nak berkongsi tentang ‘2 Beradik’ yang tengah HOT ni.
Eh! Apa pulak dua beradik ni kan?
SET APA NI ??????

OK….. Nak tau, baca lagi…. Heheh…

ENEGIZING SOY PROTEIN atau lebih dikenali ESP dan VITAMIN C merupakan 2 supplement yang sangat membantu untuk pelbagai masalah.

Antaranya, membantu kulit yang bermasalah seperti jerawat, parut, kulit berbelak (tidak sekata), kulit gelap, kusam, dan lain-lain.

Set ini juga sangat bagus untuk mereka yang selalu letih. Lagi-lagi untuk si ibu. Siang kerja. Balik rumah nak kisahkan rumah pula. Jaga anak lagi… Nak layan suami lagi…
Jadi, set ini memberi anda tenaga yang lebih dan konsisten. Tiada lagi rungutan bila pulang ke rumah.

Nak dapatkan set Hot ini??
Hubungi saya segera.


013.403.4673
Ramlah.


*************************************************


Di akhir entry ini saya sertakan testimony pengguna / penggemar ESP.


#pmforsethot
#fastrespon
#fastdelivery
#best price


ESP + SET KURUS


ESP + SET KURUS



Produk Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ini saya ingin berkongsi tentang produk-produk yang terdapat dalam perniagaan Shaklee.

Produk Shakle ini mempunya empat kategori utama. Antaranya:

  1. Pemakanan sihat
  2. Penjagaan berat badan
  3. Penjagaan diri dan kecantikan
  4. Penjagaan rumah

Di bawah ini saya senaraikan jenis-jenis vitamin bagi setiap kategori yang disebutkan tadi. Selain bertujuan untuk memudahkan anda mencari vitamin / makanan tambahan yang anda inginkan.

  1. PEMAKANAN SIHAT
  • Anti Penuaan ( Collagen Powder, Vivix )
  • Nutrisi Penting ( Alfalfa, B-Complex, Chewable Vita-C Plus, ESP, Lecitihin, Sustained Released Vita-C, Vita-E, Vita-Lea, Zinc Complex )
  • Antioksidan ( CarotoMax )
  • Kesihatan Tulang ( AJHT, OsteMatrix )
  • Kesihatan Jantung ( CoQHealth Plus, Garlic, OmegaGuard, Phytocol-ST )
  • Kesihatan Pencernaan ( Herb-Lax, Peppermint-Ginger Plus )
  • Sokongan Imun ( Nutriferon )
  • Kesihatan Hati (DTX Complex)
  • Kesihatan Wanita ( GLA Complex )
  • Nutrisi Kanak-kanak ( Meal Shakes )
  • Nutrisi Sukan ( Performance Drink ) 
      2. PENJAGAAN BERAT BADAN
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Cinch Shake Mix
      3. PENJAGAAN DIRI DAN KESIHATAN
  • Nutriwhite
    ( Daily Defence Whitening Essence
      Gentle Action Makeup Remover
      Gentle Deep Foaming Cleanser,
      Overnight Renewal Whitening Cream,
      Soothing Radiance Whitening Softener, 
      Spot Whitening Treatment, 
      Ultimate Protection Whitening Lotion )

  • Enfuselle
       Balancing Mosturizer, Eye Treatment
       Hydrating Cleansing Lotion
       Hydrating Moisturizer, Hydrating Toner
       Purifying Cleansing Gel, Purifying Toner
  • Prosante
       Lightweight Conditioner
       Long Lasting Finishing Spray
       Nourishing Scalp Treatment
       Purifying Shampoo
       Replenishing Conditioner
       Revitalizing Shampoo 
  • Penjagaan Harian
    Herbal Blend Multi-Purpose Cream



 Ramlah @ ReM
   013.403.4673




Saturday, June 20, 2015

RAMADHAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!

ALHAMDULILLAH....

Pejam celik pejam celik, sampai juga akhirnya kita di Bulan Ramadhan tahun 2015 ni. Allah panjangkan umur kita untuk sampai Ramadhan tahun ini.

(*bukan dipanjangkan ye, maksudnya kita diberi peluang untuk hidup lagi hingga hari ini)


Puasa, puasa juga... Kesihatan tetap kena jaga... 
Ceewaahh....
Semenjak join Shaklee ni, 'asik' sembang pasal kesihatan je... kannn....

hihihi...


Ye lahh.. Mana tidaknya... Dah besar ni barulah tau macam mana nak jaga kesihatan dengan baik. Jaga kesihatan diri dengan betul. Jaga NIKMAT tubuh badan yang Allah bagi... Nak pulak sekarang ni macam-macam penyakit yang datang.



Ramadhan ketiga....
Semalam baru dapat makan (berbuka) di rumah. Almaklumlah... bertugas sebagai warden asrama.


20.6.2015
11.39 a.m
Tanah Waqaf Sultan Idris.


Sunday, June 10, 2012

Sebuah Perjalanan

Diam tak diam, dah sampai 1 Jun 2012. 3.15 pagi, waktu Malaysia... Kami orang yang terakhir sampai di Kuala Lumpur International Airport.. hohoho.. Sebab jalan sesak sepanjang nak ke KLIA, jadinye sampai ke airport lewat sejam dari yang dijadualkan.. Apa pun Alhamdulillah sebab sampai dengan selamat...


Tiba di Kuwait jam 6.00 pagi waktu tempatan. Berehat selama 6 jam sementara menanti penerbangan seterusnya.. Tepat jam 4.55 petang tiba di Queen Alia Airport, Amman, Jordan.. Alhamdulillah. (tak sabar nak tengok rumah baru, nak jumpe ahlul bayt, dan sahabat-sahabat lain..)

Malam berehat-rehat sekejap sambil sembang-sembang dengan ahli rumah.. Dalam baru sampai tu ada la jugak ditanya sama ada nak ikut atau tidak untuk ke rumah warga tempatan di sini.. Pelajar Universiti Mu'tah, Engineering.. Tempatnya di Madaba.. Separuh perjalanan ke Amman.


2 Jun 2012

Bersiap-siap untuk ke Madaba. Menunggu di dalam bas paling-paling kurang sejam sudah jadi kebiasaan kami. Menunggu bas atau koster untuk dipenuhi oleh manusia. :)
Lebih kurang jam 9.00 pagi bas bergerak. Sampai di pertengahan jalan, kami turun untuk mengambil kenderaan lain untuk menuju ke Mujamma'.

Sampai di sana menunggu pula tuan punya badan (Afnan) yang menjemput kami ke rumahnya untuk mengambil kami ke tempat yang dimaksudkan.. Jauh..

Tiba di rumah, disuruh berehat, borak-borak kosong (labun, kata orang Perak) sambil ber'taaruf' dengan keluarga Afnan. Selepas sembahyang Zohor kami dihidangkan setalam Nasi Mandi (makanan Arab), dua lengat berisi ayam dan bahan-bahan sampingan, 'sallatah' (timun campur tomato dipotong dadu beserta perahan limau) serta 6 mangkuk kecil 'laban' (susu masam).

Yang tengah-tengah tu nasi mandi


Errgghh... Bertabah jugaklah nak menghabiskan makanan ni... Makan sikit-sikit..
Hmmm, jangan la kome kosongkan pinggan, kalau tak kena tambah nasi nanti.. haha...

Sambil-sambil tu ade la tanye-tanye, macam mana cara diorang makan.. Diorang ni makan jugak nasi, tapi nasi (je) dalam kuantiti yang banyak, jumlah ayam tu sikit je.. Sorang sikit. Sebab diorang akan sediakan seekor ayam untuk sekali makan (nasi).. Kata Afnan, kalau duduk dengan warga tempatan, mesti Malizi akan jadi macam diorang (berisi)...

Haishh, nak habiskan nasi yang diorang letak penuh sepinggan pun jenuh... Inikan nak duduk dengan diorang.. uiii.. Boleh mati sebab makan ooo...

Habis makan kami naik semula ke bilik tetamu...
Kemudian, bersembang lagi. Agak-agak dah nampak macam ada antara kami ni yang mengantuk, tuan rumah pun segera sorongkan bantal dan 'firash'.. Dipaksa pulak tidur.. hehe.. Jenuh jugak la kena paksa tidur.. Last-last diorang pun keluar, ingat kami malu atau tak selesa kalau diorang kat dalam tu.. Tido jugak la kejap.. Sementara Asar..

Lepas Asar, kami dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Ada sebuah ladang gandum, ladang barli, ladang buah zaitun, ladang buah tin... 

Ini antara pemandangan di kawasan ladang barli... Gandum pun same..
Yang ini pulak pokok-pokok zaitun. Keliling pagar ni banyak pokok kaktus dan besar-besar
 

  
dan yang ini, hasil tuaian dari ladang gandum / barli


Berhenti di ladang barli, mama bercerita tentang kehidupan dan kisah-kisah nabi... Kagum mendengarnya, sebab setiap kisah ada sahaja ayat-ayat al-Quran yang diselitkan mama. Menunjukkan dalil dan bukti keagungan Yang Maha Esa.

Ralit bercerita hingga sampai waktu Maghrib.. Kami masuk ke rumah, solat Maghrib kemudian dijamu sekali makanan. Kali ini makanan asasi mereka, iaitu roti. Ada halib (susu) yang dicampur dengan za'tar [minuman], syaneinah (susu yang masin) [juga minuman], kepingan-kepingan roti untuk kami; hummuz yang dituang minyak zaitun, zabanah, semangkuk kecil minyak zaitun, dan (2 lagi, tak ingat nama) untuk dicicah...

Kemudian masuk untuk sembahyang Isyak pulak. Lepas tu, ingat nak baring-baring 'and sleeping beauty', tapi kena panggil duduk luar la pulakk... Duduk di beranda sambil dijamu lagi dengan puding, roti, nama apa tah yang satu lagi tu.. Makan la kami.. Sembang la pasal bahasa, tukar-tukar bahasa, pasal keluarga, macam-macam la... Sampai kena tegur la sebab bising sangat.. hahaha.. Kelakar la pulak.. Lepas tu, masing-masing masuk ke kamar untuk beradu..


3 Jun 2012

Bangun sembahyang Subuh.. Kemudian, sambung tidur.. Kebiasaan bagi warga tempatan tidur di waktu-waktu begini, dan akan bangun lebih kurang dalam pukul 8.00 atau 8.30 atau 9.00 pagi.. Kami dah terjaga awal. Jadi, dah bersiap-siap untuk keluar dan pulang. Sebelum keluar rumah, dijamu sekali lagi. Kali ini hidangan yang sama seperti selepas Maghrib semalam. Cuma kuantiti roti dah berkurang.. ;-)

Selesai makan bergambar pulak sekejap. Rasanya ada la dalam pukul sebelas ke atas keluar ke mujamma'.. Cari jubah dan sebagainya... Lepas tu, ke Amman juga untuk cari jubah.. Pulang agak lewat, hampir pukul 9.00 malam baru sampai di Mu'tah..




Baru sampai dah berjalan-jalan, lepas tu dah macam nak demam dek cuaca..

Hui.. hui... hui... ~Tamatlah sebuah perjalanan dalam masa tiga hari ini~


Huih, panas terik kat Madaba.. Diorang ajak ke Aqabah pulak.. Nanti-nanti dulu la.. Lagipun dah pernah pergi.. Pegi Amman ok lagi... :-D

Tata....... Sekian


Monday, December 12, 2011

AKHLAK dan QUDWAH

Bismillah.. Subhanallah.. Alhamdulillah

Masih bernafas, masih boleh beribadah.. Jom sama-sama tingkatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT yang telah menjadikan kita dan meminjamkan segala yang menjadi milik-Nya kepada kita..
Alhamdulillah.

Semakin hari semakin bersyukur. Semakin lama semakin sedar, semakin akur. Kita sebagai hamba tidak terlepas dari sebarang kesilapan dan kesalahan. Nyata, menyedari hakikat kehambaan diri, menjadikan diri ini semakin berfikir untuk terus menjadi matang, untuk sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan diri.

Sudah lama ingin mencoret, alhamdulillah hari ini berpeluang.

Bukan kisah yang terlalu menarik, tapi boleh menjadi qudwah kepada kita. Bukan sekreatif novelis-novelis, mahupun penulis-penulis yang lain, namun tetap mahu menyampaikan.

3 Si Cilik. Juga merupakan anak saudara saya (anak sepupu).

Melihatkan keletah mereka sebenarnya sangat mencuit hati, terutama si bongsu. Banyak mulut, nakal, baik hati. Tapi, apa yang mahu difokuskan bukanlah keletah mereka, tapi sikap dan akhlak yang terhasil / ditonjolkan oleh mereka secara tidak langsung, yang membuatkan saya berfikir sendirian.

Lalu saya cuba mengimbau semula kenangan bersama opah mereka (ibu saudara) sepanjang saya sekeluarga berada dengan beliau, hinggalah ke anak-anak ibu saudara saya. 3 anak saudara saya saling tidak tumpah mengikut sikap opah dan ibu mereka. Sabar.


Situasi 1.
Adik bongsu mengganggu abangnya yang sedang menulis sambil diperhati oleh abang sulung mereka. Berkali-kali diganggu, tapi sedikit pun tidak menimbulkan kemarahan si abang.

Abang sulung bersuara, "Adik, marah Mikael dik. Dia kacau adik"

"Takpe abang, adik tak marah pun... Adik tak marah" jawab adik.

Jawapannya sangat membuatkan saya kagum. Jika saya yang berada di tempatnya, pasti tanpa dipinta saya sudah memarahi orang yang mengganggu saya. Tapi, mereka bersikap sebaliknya. Terfikir-fikir


Situasi 2.
Abang sulung dipukul berkali-kali. Dari penglihatan saya, berdebuk-debuk abang dipukul, semestinya menimbulkan rasa sakit. Tapi, si abang tidak langsung membalas pukulan adik bongsunya. Malah, dia cuma mempertahankan diri, bahkan dia boleh tersenyum dan ketawa.

Subhanallah!
Terus saya teringatkan kisah tentang Rasulullah, yang tidak pernah membalas kejahatan orang. Mampukah untuk saya menjadi seperti itu?
- muhasabah diri -

Benar, membina generasi harus bermula dari diri. Seperti yang kita selalu dengar kisah tokoh-tokoh terkemuka. Bukan sahaja amalan serta tingkah-laku kita, malah pemakanan juga turut menyumbang kepada perkembangan minda dan akhlak generasi pewaris.


Situasi 3.
Ketika menziarahi sebuah rumah (untuk membuat bancian), saya ditemani seorang sahabat dan 4 orang yang lain. Entah di mana 'silap'nya, pak cik (tuan rumah) tiba-tiba 'berkenan' dengan sahabat saya ni. Beriya-iya mahu sahabat saya menjadi menantunya hingga diperkenalkan kepada anaknya -bakal kakak ipar- dan menyuruh memanggilnya ayah.


Saya memandangnya dengan pandangan positif. Mungkin kerana hatinya suci (berdasarkan tingkah laku) hingga menzahirkan pada luarannya, serta menimbulkan daya tarikan orang kepadanya.


**Nampaknya saya masih belum mencapai ke tahap itu. Rasulullah sebaik-baik teladan. Jom contohi Rasulullah**


Saturday, August 6, 2011

SENYUM

* Tetap TERTAWA walau sebenarnya ia ingin MENANGIS
* Tetap TERSENYUM walau sebenarnya ia KECEWA
* Tetap KUAT walau sebenarnya ia sudah TAK SANGGUP lagi
* Tetap SEMANGAT walau TERTEKAN oleh masalah
* dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik-baik saja
walau sebenarnya ia sudah TERLUKA...

[SENYUM]

Benar bagai dikata
Senyum itu penawar duka
Jika diri tidak ceria
Senyuman itu adalah kuncinya
Hilanglah derita
Datanglah bahagia..

[Teruskan tersenyum]


Friday, August 5, 2011

Bila Ibadat Jadi Adat

Fenomena ramadhan zaman ini

Ramai orang puasa
Tapi ramai orang tak sempurnakan solat fardhu
Padahal perintah puasa hanya 1 kali je dalam Quran
Manakala perintah solat banyak kali

Ramai orang bangun sahur
Tapi ramai jugak orang yang terlepas solat subuh
Kalau nak ikutkan, waktu sahur jaraknya dah hampir dengan subuh kan

Ramai orang solat tarawih(bagus)
Tapi ada jugak tarawih semata2
Isya' tak buat.

Inilah jadinya bila ibadat jadi adat....


RQ: Biasanya masa ni lah ada orang akan kata "Eh, puasa! Mane boleh mengumpat", "Eh, puasa! Jangan cakap bukan2lah.."
p/s: 'Time' Ramadhan je ke kena jaga???


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More