I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Thursday, December 30, 2010

PANTUN AGAMA

Kemuning di dalam semakJatuh melayang ke dalam payaMeski ilmu setinggi tegakTidak sembahyang apa gunanyaHarimau belang turun sekawanMati ditikam si janda baluIlmu akhirat tuntulah tuanBarulah sempurna segala farduTuan haji memakai jubahSinggah sembahyang di tengah lorongKalau sudah kehendak AllahRezeki segenggam jadi sekarungBulu merak cantik berkacaGugur sehelai ke dalam baldiJika tak banyak kitab dibacaJangan mengaku khatib dan kadiDaun terap di atas dulangAnak udang mati ditubaDalam kitab ada terlarangYang haram jangan dicubaBunga kenangan di atas kuburPucuk sari pandan jawaApa guna sombong dan takburRosak hati badan binasaAnak ayam turun sepuluhMati seekor tinggal sembilanBangun pagi sembahyang subuhMinta ampun kepada TuhanAsam kandis asam gelugurKetiga asam si riang-riangMenangis mayat...


Saturday, December 18, 2010

Tips Ulangkaji [Jom Study!]

Masa di kolej dulu, sempat merasa belajar dengan Ustaz Putera subjek Faraid. Masa tu Pra Diploma sem 2. Ustaz Putera ni kalau dalam kelas, sambil-sambil mengajar sambil-sambil sembang. Seronok belajar dengan ustaz. Selalu juga kongsi tips-tips dan pengalaman beliau masa muda-muda dulu. (^_^)Masa mengajar ustaz suka pakai whiteboard marker yang berwarna-warni.. Memang dia akan bawak ke mana-mana.Antara tips yang paling aku suka dan ingat ialah tips mengulangkaji pelajaran. Kata ustaz, "Saya masa belajo dulu suke tido awal. Time orang study tu saye tido.. Tapi saya bangun masa orang nak tido". "Saya masa study, saya baca kejap nota-nota yang saya buat. Tiap-tiap hari. Kome kalau nak mudah studykan, cube buat nota ringkas. Pastu ulang bace tiap hari. Bace je, takyah hapei. Bacelah 5 minit ke...


Friday, December 17, 2010

Jais Serbu Kubu Syiah

Belum lagi habis isu terkini, datang lagi isu baru. Syiah yang sebelum ini sebenarnya memang ada, tapi hari ini jelas ternyata buktinya setelah serbuan dibuat. Ini baru satu. Belum lagi ajaran-ajaran sesat yang lain..Dunia... dunia...


Hati yang Tenat, Setenat Dunia yang Tua [Dari mana datangnya kekuatan itu???]

Dulu:1. Isu-isu murtad yang heboh diperkatakan.Kisah NatrahKisah Aishah BukhariKes Hartina KamarudinKes Azlina Jailani (Lina Joy)Termasuk kes-kes mereka yang menganut agama Islam yang dipaksa kembali ke agama asal:Kisah Yusof bin Abdullah (Hindu --> Muslim)Kes Suzie Teoh (gadis berumur 16 tahun. Kes ini berjaya dibuka semula setelah beliau berumur 18 tahun, oleh hakim Tun Salleh Abas -yang dikenakan 5 tuduhan-)Kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak mereka yang berumur 5 bulan. Mati dipancung kerana tidak mahu masuk semula ke agama mereka.2. Dadah, kondom, Isu IFC, pendidikan seks di sekolah, IFF (dan banyak lagi kes-kes lain)3. Tahun ini, antara isu kehamilan luar nikah yang paling kerap didengari. Hinggakan setiap 17 minit akan lahirnya bayi luar nikah. Kemudian, ...


ILHAM ALAM

Angin yg btiup kencang, sekencang nafas yg menyesak.Awan yg berarak laju, selaju bunyi angin yg menderu.Awan mendung yg berarak, hati yg murung mula teresak.Hujan yg mula merintik, serintik air mata di qalbu.Hari yg mendung, tersirna dek mentari.Hati yg merundung, tertutup dek wajah yg berseri.Mentari mula muncul, wajah mula hilang sugul.Air yg sejuk membeku, menutup emosi yg terbuku.-ReM-Bilik 3, Blok 2Bayt Fuqaihah,Injasah Gharbiyah,Mu'tah, Jordan.4 Muharram 1432H10 Disember 20107.30 a.m - 8.00 a.mDi kala hujan lebat disertai hujan batu yang mencurah-curah,Setelah berlangsungnya solat istisqa' pada semalamnya (3 Muharram 1432)kadang-kadang tu tahape-hape je... hehehe... tak susun betul-betul lagi...


Sayang Jadi Benci??!! [Hati Kasih, Kasih Hati]

Dari sayang menjadi benci?Betul ke?Atau aku saja yang berperasaan begitu?Di mana dia?Sahabat aku yang satu ketika dahulu,sentiasa kuketemu...Kini menghilang dalam 'kabus' itu.Dulu,Aku yang mengajar dia bertatih,Dia yang seringkali jatuh,Acapkali kupegang erat tangannya...Kerap juga kumendengar keluhan & rintihannya..Walau letih, kucuba sedayanya...Agar dia berupaya, bersisa senyuman di bibirnya...Tapi kini,Tiada lagi dia,Makin jauh adanya..Tiada lagi ketawa ria...Tiada lagi usikan mesra...Tiada lagi senyumanku untuknyaDia yang kurasakan makin mengada..Membuat aku sakit di hati..Tidak bolehkah dia mengerti?Bukan hanya dia yang penat dari tadiHanya sekadar meminta tolong...Perkara itu membuat aku jauh termenung..Tersinggung..Semakin hari aku cuba untuk menjauhinyaKonon tidak mahu bersua...


Al-Kisah

Di usia-usia yang sebegini, sepertimana yang pernah dilalui oleh abang saudara aku sendiri... Sekitarnya sering berbicara soal hati, soal masa depan, soal calon.Baharu tadi terbaca mengenai kisah bertunang. Lantas membuat aku tiba-tiba teringat dan terfikir. Suatu peristiwa yang pernah terjadi pada tahun lepas.Al-kisahnya....Suatu hari telefon bimbitku menerima SMS dari seseorang. Seseorang yang asing, tidak dikenali, tidak pernah dihubungi, malah jauh sekali. Nun, di Pahang datangnya. SMS yang dikirim berbunyi pertanyaan khabar,(diolah sedikit penggunaan perkataan, tapi masih terkandung mesej asal -mungkin ade ayat yang tertinggal kot-)"Salam. Ape khabar? Ni Ramlah kan?"Lalu dibalas oleh aku sendiri,"Waalaikumussalam. Sape ni?""Saya Mohd Aman (bukan nama sebenar). Ramlah, boleh tak saya nak...


Thursday, November 11, 2010

BINGKISAN DARI YAMAN

(Harakah-Fikrah, Edisi Jumaat, 31 Julai 2009, m/s F14-F15) Pesanan Dr. Abdul Karim Zaidan kepada pejuang Islam Oleh: Imran al-Malizi Beberapa bulan yang lalu, saya diberitahu bahawa beliau sedang sakit tenat dan enggan menerima tetamu. Beliau memerlukan rehat yang secukupnya lantaran faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan. Pada hari Selasa, 21 Julai 2009, kami diberi kesempatan untuk menziarahi guru kami, Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama yang berasal dari Iraq dan sangat dikenali di peringkat antarabangsa. Keluasan ilmunya membuatkan pandangan-pandangan beliau sentiasa diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan semasa yang berkaitan dengan Islam. Kitab-kitab karangannya telah digunakan sebagai teks usrah semenjak sekian lama....


..:: Kisah 5 Perkara Aneh ::..

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."Pada keesokan harinya, Nabi itu pun...


Wednesday, November 10, 2010

DI MANAKAH AKU TIKA INI???

Menelusuri denai-denai serta pepasiran di pantai... Tatkala mentari melabuhkan senja mengikut sunnah Tuhannya. Aku termenung kesepian... Mengenang nasib yang kian dirundung hiba. Mencambah kembali kenangan-kenanganku yang dulu.Dulu.....Aku pernah menjadi orang yang kecil jiwanya. Aku pernah menjadi orang yang sepi diamnya. Aku pernah menjadi badut yang berduka. Aku pernah menjadi orang yang kurang berhati perut. Aku pernah melalui alam kepayahan, kesedihan, kepayahan, kejahilan dan kedukaan.Kemudian, aku dididik untuk menjadi orang penuh keriangan...Aku pernah menjadi orang yang berjaya. Aku pernah menjadi orang yang riang tawanya. Aku pernah menjadi orang yang manis senyumnya. Setiap tawaku itu menyejukkan hati mereka, tiap senyumku itu melegakan jiwa mereka, tiap percakapanku itu...


Saturday, August 28, 2010

DAKWAH dan AMANAH... Sampai bila nak bagi alasan?!!

Jalan ini JAUH, matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukan kesabaran & ketekunan, ujian ialah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah THABAT. Janji-Nya PASTI...Salam perjuangan buat para pendakwah !Acapkali kita mendengar perkataan ini kan? Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali... Sedari kecil hinggalah membesar dewasa... Namun, apa yang kita tahu dan faham mengenai dakwah??? Sejauh mana pelaksaannya? Adakah kita benar-benar memahaminya dan melaksanakannya? Tepuk dada, tanyalah diri dan iman...Baharu sebentar tadi duduk bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu di medan para syuhada' yang gah satu ketika dahulu dengan para ANBIYA', para SAHABAT dan para pejuang ISLAM... Berbincang...


Saturday, July 10, 2010

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA PERMATA 2010

PRESIDEN Muhammad Hussin Bin Mohd Fauzi : 120 Undian [63 majoriti]TIMBALAN PRESIDEN IINur Al-Farhain Binti Kamaruzzaman : 118 Undian [68 majoriti]AHLI LEMBAGA TADBIR SISWA :Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min : 166 undianAzmir Azri Bin Ahmad : 160 UndianMohamad Amiro Safwan Bin Mohd Kamil : 130 UndianMuhammad Syafiq Bin Ibrahim : 132 UndianJunaid Bin Mohd Yusoff : 131 UndianNazmi Afifi Bin Mohd Nor : 130 UndianMohd Syahid Azim Bin Mohd Saufi : 124 UndianAzmuddin Bin Razali : 118 UndianMohd Rasyidi Bin Ali : 113 UndianWan Mohd Awis Qarny Bin Othman : 112 UndianAHLI LEMBAGA TADBIR SISWISiti Fatimah Binti Rafik : 163 UndianNoraziah Binti Md Esa : 150 UndianNur Fatin Najihah Binti Khoirussifa : 139 UndianFathi Insyirah Binti Sabri : 138 UndianNor Aisyah Binti Mohamed Rais : 130 undianSharifah...


WARNA-WARNI KEHIDUPAN ~PRK MU'TAH~

Sejak diumumkan keputusan pencalonan pilihan raya kampus (PRK) pada yang lepas, ramai para pelajar memulakan kegiatan untuk berkempen. Mengempen calon pilihan hati masing-masing...Maka dari situ jugalah bermulanya penggunaan poster di alam maya melalui Facebook (FB)...Bermula dengan mereka cipta poster atau lambang, kemudian melalui proses semakan atau kelulusan untuk penggunaan, kemudian di'upload' gambar, dan di'tag' kawan-kawan...Berkempen, sekadar menghangatkan suasana... Memperkenalkan calon-calon yang telah tersenarai. Tidak berniat untuk mencetuskan peperangan... Namun tetap terjadi atas kepentingan individu tersebut... (astaghfirullah......


Sunday, July 4, 2010

FROM ZERO TO HERO

Menjadi 'hero' bukanlah satu masalah sebenarnya. Namun, untuk mengekalkan gelaran 'hero' itu yang seringkali menjadi masalah dan menyebabkan sesetengah manusia tertekan dan akhirnya bertindak di luar batasan dan kebiasaan.Menjadi 'hero' menyebabkan kita perlu mengorbankan banyak perkara. Antaranya:1. Korbankan perasaan2. Korbankan diri3. Korbankan masa4. Korbankan harta5. Korbankan nyawa**********************************************Menjadi 'hero' bukanlah satu masalah sebenarnya. Namun, untuk mengekalkan gelaran 'hero' itu yang seringkali menjadi masalah dan menyebabkan sesetengah manusia tertekan dan akhirnya bertindak di luar batasan dan...


Friday, July 2, 2010

..:: Rotan, alternatif kepada rawatan penagihan dadah ::..

Setiap hari kita pasti tidak sunyi dengan isu pembuangan bayi... Berselang-seli pula dengan kes-kes ugut, merompak, mencuri, merogol, mencabul... Malaysini kini sudah tidak aman... Baru-baru ini pula kita dihebohkan dengan isu judi... Isu ini juga sangat mendapat sambutan, hangat diperkatakan...Lihat pula pada permainan politik. Mutakhir ini sangat banyak isu yang dimainkan. Berputar-belit. Ulama-ulama dijual beli. Pemimpin-pemimpin main kroni. Ahli parti berkelahi.Nah! Lihat, teliti dan buat kesimpulan.Apa yang dapat kalian simpulkan????Tentunya ajaran Tuhan diketepikan.... Masakan tidak... Kalau Islam itu dijunjung, perjuangan nabi kita sambung, Insya Allah semuanya akan selamat dan dilindung. Tidak berlaku penzinaan, tidak berlaku rompakan, tidak berlaku rogol, cabul dan sebagainya...Jika...


Wednesday, June 30, 2010

Kisah 5 Perkara Aneh...

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;Apa...


Monday, June 21, 2010

~ABAH~

1- Ucapan selamat hari lahir untuk abah pertanyaan khabar kesihatan abah.SMS berbalas: "Assalamualaikum... Alhamdulillah, abh sht. Bsalh sht org tua, *sikit tu ada jg trma ksh ingtkan hr jd abh asik hnto khmh kndri lupa hr jd abh sdri by"~8 Oktober 2008 : 3.04 pm~*(mungkin abah silap taip kot- agaknya perkataan sakit)Aku tertawa sendirian, SMS dari abah yang baru berapa kali diterima -masih tersemat kemas di handphone hingga kini-. Kelakar. Biasalah orang tua. Selalu tu, abah telefon je. Sebab tak mahir lagi ber'SMS'. Yang menarik perkataan akhir 'BY'.***********************Entah kali yang ke berapa aku ucap... Bukan kerana banyaknya ucapan, tapi kerana kematangan. Setelah meningkat ke alam remaja yang semakin menghampiri dewasa. Setelah mengerti erti menghargai. Setelah mengerti warna-warni...


Pages 371234 »

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More