I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Friday, July 2, 2010

..:: Rotan, alternatif kepada rawatan penagihan dadah ::..

Setiap hari kita pasti tidak sunyi dengan isu pembuangan bayi... Berselang-seli pula dengan kes-kes ugut, merompak, mencuri, merogol, mencabul... Malaysini kini sudah tidak aman... Baru-baru ini pula kita dihebohkan dengan isu judi... Isu ini juga sangat mendapat sambutan, hangat diperkatakan...
Lihat pula pada permainan politik. Mutakhir ini sangat banyak isu yang dimainkan. Berputar-belit. Ulama-ulama dijual beli. Pemimpin-pemimpin main kroni. Ahli parti berkelahi.

Nah! Lihat, teliti dan buat kesimpulan.

Apa yang dapat kalian simpulkan????
Tentunya ajaran Tuhan diketepikan.... Masakan tidak... Kalau Islam itu dijunjung, perjuangan nabi kita sambung, Insya Allah semuanya akan selamat dan dilindung. Tidak berlaku penzinaan, tidak berlaku rompakan, tidak berlaku rogol, cabul dan sebagainya...
Jika Islam melarang kita mendekati zina, bermakna jangan kita menghampiri perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan zina...

Hukuman-hukuman yang telah Allah tetapkan sebenarnya mempunyai makna yang sangat tersirat.
Jika dilihat dengan mata hati sedalam-dalamnya... Hukuman hudud ini sebenarnya sangat-sangat perlu dan wajar dilaksanakan. Jika dilihat dengan mata kasar, mungkin saja kalian beranggapan menyusahkan, menakutkan dan... bla.. bla.. bla.. lagi alasan bagi mereka yang menolak perintah Tuhan.
Jika dilihat-lihat kembali, Islam sebenarnya terlebih dahulu memberi ajaran kepada kita mengapa perlu dijalankan hukuman-hukuman yang sedemikian...

Saya terbaca satu hasil tulisan seorang insan... yang menyatakan tentang hukuman merotan. Kisah ini saya petik dari email yang dikirim empat tahun lalu... Sangat rugi jika tidak dikongsi...
Mungkin satu dari kisah dan satu dari contoh-contoh perkara yang dilarang dalam Islam ini boleh membuka mata anda... Mengapa??? ~ Baca....

*******************************************

Kerajaan telah sejak sekian tahun membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha untuk memulihkan mereka yang menagih dadah. Namun usaha ini nampaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif bahawa penagih-penagih dadah yang menjalani rawatan pemulihan di pusat-pusat serenti akan pulih kesemuanya. Malah peratusan yang kembali menagih dadah selepas tamat tempoh pemulihan adalah amat menggusarkan.

Apa yang pasti ramai penagih dadah yang ingin keluar daripada belenggu ketagihan dadah, namun ketahanan fizikal dan rohani mereka serta persepsi masyarakat membuatkan mereka kembali menagih dadah untuk mencari ketenangan yang sementara.

Bayangkan perbelanjaan untuk merawat seorang penagih dadah adalah lebih daripada perbelanjaan untuk membiayai seorang graduan di menara gading, sedangkan graduan yang menuntut di menara gading tidak boleh tidak terpaksa membayar kembali pinjaman pelajaran yang digunakan. Alangkah ruginya sumber tenaga manusia negara dan sumber kewangan negara begitu sahaja umpama mencurah air ke padang pasir yang kering dan tandus.

Apakah pendekatan pemulihan di pusat-pusat serenti ini harus diteruskan atau perlu ada kajian serta penyelidikan untuk mencari alternatif dalam rawatan penagihan dadah ini ?

Saya amat tertarik berita yang tersiar di merata dunia pada penghujung Mac 2005 dimana para-para saintis Russia mendakwa bahawa merotan pada punggung boleh mengubati pesakit yang ketagihan dadah dan arak serta yang mengalami tekanan jiwa yang boleh membawa kepada kejadian bunuh diri.

Menurut para penyelidik di Novosibirsk, dengan merotan ianya mengakibatkan hormon “endorphins” terbentuk, iaitu sejenis hormon semulajadi yang menghasilkan rasa gembira dan meingkatkan respons terhadap imuniti dan menghalang rasa ketagihan dadah dan arak. Dr Sergei Speransky menyatakan rawatan merotan ini amat berkesan.

Para-para saintis seterusnya menyarankan bahawa rawatan merotan ini ialah antara 30 ke 60 sesi rawatan merotan.

Dr Marina Chuhrova pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian , akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini. Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.

Kaedah merotan ini bukanlah satu kaedah yang baru, ianya dikesan telah diamalkan lebih 1400 tahun yang lalu. Dalam satu khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura pada 18 Oktober 2002 ianya ada menyebut bahawa hukuman untuk orang Islam yang meminum arak ialah mereka dihukum dengan 40 kali sebat. Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang minum arak, maka sebatlah dia.” (Riwayat At-Tirmuzi). Ada pula sesetengah pendapat yang mengatakan Saidina Umar menetapkan hukuman rotan tersebut sebanyak 80 kali.

Malah melalui kuliah yang disampaikan oleh beberapa pendakwah bahawa hukuman merotan dalam Islam ini bukanlah satu hukuman yang kejam serta barbarik jika dibandingkan dengan hukuman rotan yang dijalankan di penjara Malaysia sekarang ini dimana para pesalah yang dikenakan hukuman rotan ini boleh pengsan serta tersiat kulit mereka hanya dengan satu rotan. Hukuman rotan dalam Islam menurut mereka adalah lebih kepada pengajaran, dan teknik merotan tersebut tidak boleh mengangkat bahu, hanya setakat mengangkat lengan umpama jika dikepit buku pada bahu, buku tersebut tidak boleh jatuh ketika merotan.

Malaysia sebagai Pengerusi Persidangan Negara-Negara Islam OIC sepatutnya lebih kehadapan menjalankan kajian-kajian serta penyelidikan saintifik dalam membuat kajian serta perbandingan juga kaitan antara kaedah-kaedah rawatan Islam serta hukuman-hukuman yang ditetapkan Islam dengan penjelasan secara saintifik. Jika tidak manafaatnya akan diterima pakai oleh saintis daripada negara bukan Islam untuk memajukan masyarakat mereka, sedangkan kita dalam negara yang mengamalkan konsep Islam Hadhari masih terkapai-kapai mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan sosial, maksiat, jenayah yang semakin berleluasa sekarang.

Adalah tidak mustahil para-para saintis ini akan mendapat petunjuk dan hidayah Allah walaupun mereka berada di negara bukan Islam apabila mereka mendapati bahawa Islam itu sendiri adalah penyelesaian kepada permasalahan kepada umat manusia bukan hanya kepada umat Islam semata-mata.

Pernah seorang saintis di negara barat membuat kajian mengenai kulit manusia. Hasil kajian beliau ialah beliau menjumpai bahawa sel-sel kulit yang telah terbakar tidak akan berfungsi dan akan mati justeru itu kulit tersebut tidak akan merasa sakit apabila terbakar sekali lagi dan seterusnya. Saintis tadi pula terjumpa ayat Al Quran yang mengatakan mereka yang diazab di dalam api neraka, kulit mereka yang terbakar tadi , akan diganti dengan kulit yang baru agar mereka yang diazab dalam api neraka tadi akan merasa perit dan seksanya api neraka. Justeru saintis tadi telah mendapat hidayah Allah swt apabila Al Quran telah terlebih dahulu menjelaskan kajian yang beliau lakukan pada zaman sains dan teknologi ini.

Apakah masalah penagihan dadah serta ketagihan arak terutamanya dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam ini tidak dapat diselesaikan adalah balasan Allah swt apabila orang Islam sendiri mengabaikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam itu sendiri ? Sedangkan rotan begitu mudah didapati di Malaysia ini, dan harganya adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan metadon dan lain-lain lagi ubat-ubat moden.

Tepuk dada, tanya iman, itulah jawapannya.

ROZMAL MALAKAN, Kg. Bongek, N.Sembilan


0 comments:

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More