I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Saturday, June 20, 2015

RAMADHAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!

ALHAMDULILLAH....

Pejam celik pejam celik, sampai juga akhirnya kita di Bulan Ramadhan tahun 2015 ni. Allah panjangkan umur kita untuk sampai Ramadhan tahun ini.

(*bukan dipanjangkan ye, maksudnya kita diberi peluang untuk hidup lagi hingga hari ini)


Puasa, puasa juga... Kesihatan tetap kena jaga... 
Ceewaahh....
Semenjak join Shaklee ni, 'asik' sembang pasal kesihatan je... kannn....

hihihi...


Ye lahh.. Mana tidaknya... Dah besar ni barulah tau macam mana nak jaga kesihatan dengan baik. Jaga kesihatan diri dengan betul. Jaga NIKMAT tubuh badan yang Allah bagi... Nak pulak sekarang ni macam-macam penyakit yang datang.



Ramadhan ketiga....
Semalam baru dapat makan (berbuka) di rumah. Almaklumlah... bertugas sebagai warden asrama.


20.6.2015
11.39 a.m
Tanah Waqaf Sultan Idris.


Sunday, June 10, 2012

Sebuah Perjalanan

Diam tak diam, dah sampai 1 Jun 2012. 3.15 pagi, waktu Malaysia... Kami orang yang terakhir sampai di Kuala Lumpur International Airport.. hohoho.. Sebab jalan sesak sepanjang nak ke KLIA, jadinye sampai ke airport lewat sejam dari yang dijadualkan.. Apa pun Alhamdulillah sebab sampai dengan selamat...


Tiba di Kuwait jam 6.00 pagi waktu tempatan. Berehat selama 6 jam sementara menanti penerbangan seterusnya.. Tepat jam 4.55 petang tiba di Queen Alia Airport, Amman, Jordan.. Alhamdulillah. (tak sabar nak tengok rumah baru, nak jumpe ahlul bayt, dan sahabat-sahabat lain..)

Malam berehat-rehat sekejap sambil sembang-sembang dengan ahli rumah.. Dalam baru sampai tu ada la jugak ditanya sama ada nak ikut atau tidak untuk ke rumah warga tempatan di sini.. Pelajar Universiti Mu'tah, Engineering.. Tempatnya di Madaba.. Separuh perjalanan ke Amman.


2 Jun 2012

Bersiap-siap untuk ke Madaba. Menunggu di dalam bas paling-paling kurang sejam sudah jadi kebiasaan kami. Menunggu bas atau koster untuk dipenuhi oleh manusia. :)
Lebih kurang jam 9.00 pagi bas bergerak. Sampai di pertengahan jalan, kami turun untuk mengambil kenderaan lain untuk menuju ke Mujamma'.

Sampai di sana menunggu pula tuan punya badan (Afnan) yang menjemput kami ke rumahnya untuk mengambil kami ke tempat yang dimaksudkan.. Jauh..

Tiba di rumah, disuruh berehat, borak-borak kosong (labun, kata orang Perak) sambil ber'taaruf' dengan keluarga Afnan. Selepas sembahyang Zohor kami dihidangkan setalam Nasi Mandi (makanan Arab), dua lengat berisi ayam dan bahan-bahan sampingan, 'sallatah' (timun campur tomato dipotong dadu beserta perahan limau) serta 6 mangkuk kecil 'laban' (susu masam).

Yang tengah-tengah tu nasi mandi


Errgghh... Bertabah jugaklah nak menghabiskan makanan ni... Makan sikit-sikit..
Hmmm, jangan la kome kosongkan pinggan, kalau tak kena tambah nasi nanti.. haha...

Sambil-sambil tu ade la tanye-tanye, macam mana cara diorang makan.. Diorang ni makan jugak nasi, tapi nasi (je) dalam kuantiti yang banyak, jumlah ayam tu sikit je.. Sorang sikit. Sebab diorang akan sediakan seekor ayam untuk sekali makan (nasi).. Kata Afnan, kalau duduk dengan warga tempatan, mesti Malizi akan jadi macam diorang (berisi)...

Haishh, nak habiskan nasi yang diorang letak penuh sepinggan pun jenuh... Inikan nak duduk dengan diorang.. uiii.. Boleh mati sebab makan ooo...

Habis makan kami naik semula ke bilik tetamu...
Kemudian, bersembang lagi. Agak-agak dah nampak macam ada antara kami ni yang mengantuk, tuan rumah pun segera sorongkan bantal dan 'firash'.. Dipaksa pulak tidur.. hehe.. Jenuh jugak la kena paksa tidur.. Last-last diorang pun keluar, ingat kami malu atau tak selesa kalau diorang kat dalam tu.. Tido jugak la kejap.. Sementara Asar..

Lepas Asar, kami dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Ada sebuah ladang gandum, ladang barli, ladang buah zaitun, ladang buah tin... 

Ini antara pemandangan di kawasan ladang barli... Gandum pun same..
Yang ini pulak pokok-pokok zaitun. Keliling pagar ni banyak pokok kaktus dan besar-besar
 

  
dan yang ini, hasil tuaian dari ladang gandum / barli


Berhenti di ladang barli, mama bercerita tentang kehidupan dan kisah-kisah nabi... Kagum mendengarnya, sebab setiap kisah ada sahaja ayat-ayat al-Quran yang diselitkan mama. Menunjukkan dalil dan bukti keagungan Yang Maha Esa.

Ralit bercerita hingga sampai waktu Maghrib.. Kami masuk ke rumah, solat Maghrib kemudian dijamu sekali makanan. Kali ini makanan asasi mereka, iaitu roti. Ada halib (susu) yang dicampur dengan za'tar [minuman], syaneinah (susu yang masin) [juga minuman], kepingan-kepingan roti untuk kami; hummuz yang dituang minyak zaitun, zabanah, semangkuk kecil minyak zaitun, dan (2 lagi, tak ingat nama) untuk dicicah...

Kemudian masuk untuk sembahyang Isyak pulak. Lepas tu, ingat nak baring-baring 'and sleeping beauty', tapi kena panggil duduk luar la pulakk... Duduk di beranda sambil dijamu lagi dengan puding, roti, nama apa tah yang satu lagi tu.. Makan la kami.. Sembang la pasal bahasa, tukar-tukar bahasa, pasal keluarga, macam-macam la... Sampai kena tegur la sebab bising sangat.. hahaha.. Kelakar la pulak.. Lepas tu, masing-masing masuk ke kamar untuk beradu..


3 Jun 2012

Bangun sembahyang Subuh.. Kemudian, sambung tidur.. Kebiasaan bagi warga tempatan tidur di waktu-waktu begini, dan akan bangun lebih kurang dalam pukul 8.00 atau 8.30 atau 9.00 pagi.. Kami dah terjaga awal. Jadi, dah bersiap-siap untuk keluar dan pulang. Sebelum keluar rumah, dijamu sekali lagi. Kali ini hidangan yang sama seperti selepas Maghrib semalam. Cuma kuantiti roti dah berkurang.. ;-)

Selesai makan bergambar pulak sekejap. Rasanya ada la dalam pukul sebelas ke atas keluar ke mujamma'.. Cari jubah dan sebagainya... Lepas tu, ke Amman juga untuk cari jubah.. Pulang agak lewat, hampir pukul 9.00 malam baru sampai di Mu'tah..




Baru sampai dah berjalan-jalan, lepas tu dah macam nak demam dek cuaca..

Hui.. hui... hui... ~Tamatlah sebuah perjalanan dalam masa tiga hari ini~


Huih, panas terik kat Madaba.. Diorang ajak ke Aqabah pulak.. Nanti-nanti dulu la.. Lagipun dah pernah pergi.. Pegi Amman ok lagi... :-D

Tata....... Sekian


Monday, December 12, 2011

AKHLAK dan QUDWAH

Bismillah.. Subhanallah.. Alhamdulillah

Masih bernafas, masih boleh beribadah.. Jom sama-sama tingkatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT yang telah menjadikan kita dan meminjamkan segala yang menjadi milik-Nya kepada kita..
Alhamdulillah.

Semakin hari semakin bersyukur. Semakin lama semakin sedar, semakin akur. Kita sebagai hamba tidak terlepas dari sebarang kesilapan dan kesalahan. Nyata, menyedari hakikat kehambaan diri, menjadikan diri ini semakin berfikir untuk terus menjadi matang, untuk sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan diri.

Sudah lama ingin mencoret, alhamdulillah hari ini berpeluang.

Bukan kisah yang terlalu menarik, tapi boleh menjadi qudwah kepada kita. Bukan sekreatif novelis-novelis, mahupun penulis-penulis yang lain, namun tetap mahu menyampaikan.

3 Si Cilik. Juga merupakan anak saudara saya (anak sepupu).

Melihatkan keletah mereka sebenarnya sangat mencuit hati, terutama si bongsu. Banyak mulut, nakal, baik hati. Tapi, apa yang mahu difokuskan bukanlah keletah mereka, tapi sikap dan akhlak yang terhasil / ditonjolkan oleh mereka secara tidak langsung, yang membuatkan saya berfikir sendirian.

Lalu saya cuba mengimbau semula kenangan bersama opah mereka (ibu saudara) sepanjang saya sekeluarga berada dengan beliau, hinggalah ke anak-anak ibu saudara saya. 3 anak saudara saya saling tidak tumpah mengikut sikap opah dan ibu mereka. Sabar.


Situasi 1.
Adik bongsu mengganggu abangnya yang sedang menulis sambil diperhati oleh abang sulung mereka. Berkali-kali diganggu, tapi sedikit pun tidak menimbulkan kemarahan si abang.

Abang sulung bersuara, "Adik, marah Mikael dik. Dia kacau adik"

"Takpe abang, adik tak marah pun... Adik tak marah" jawab adik.

Jawapannya sangat membuatkan saya kagum. Jika saya yang berada di tempatnya, pasti tanpa dipinta saya sudah memarahi orang yang mengganggu saya. Tapi, mereka bersikap sebaliknya. Terfikir-fikir


Situasi 2.
Abang sulung dipukul berkali-kali. Dari penglihatan saya, berdebuk-debuk abang dipukul, semestinya menimbulkan rasa sakit. Tapi, si abang tidak langsung membalas pukulan adik bongsunya. Malah, dia cuma mempertahankan diri, bahkan dia boleh tersenyum dan ketawa.

Subhanallah!
Terus saya teringatkan kisah tentang Rasulullah, yang tidak pernah membalas kejahatan orang. Mampukah untuk saya menjadi seperti itu?
- muhasabah diri -

Benar, membina generasi harus bermula dari diri. Seperti yang kita selalu dengar kisah tokoh-tokoh terkemuka. Bukan sahaja amalan serta tingkah-laku kita, malah pemakanan juga turut menyumbang kepada perkembangan minda dan akhlak generasi pewaris.


Situasi 3.
Ketika menziarahi sebuah rumah (untuk membuat bancian), saya ditemani seorang sahabat dan 4 orang yang lain. Entah di mana 'silap'nya, pak cik (tuan rumah) tiba-tiba 'berkenan' dengan sahabat saya ni. Beriya-iya mahu sahabat saya menjadi menantunya hingga diperkenalkan kepada anaknya -bakal kakak ipar- dan menyuruh memanggilnya ayah.


Saya memandangnya dengan pandangan positif. Mungkin kerana hatinya suci (berdasarkan tingkah laku) hingga menzahirkan pada luarannya, serta menimbulkan daya tarikan orang kepadanya.


**Nampaknya saya masih belum mencapai ke tahap itu. Rasulullah sebaik-baik teladan. Jom contohi Rasulullah**


Saturday, August 6, 2011

SENYUM

* Tetap TERTAWA walau sebenarnya ia ingin MENANGIS
* Tetap TERSENYUM walau sebenarnya ia KECEWA
* Tetap KUAT walau sebenarnya ia sudah TAK SANGGUP lagi
* Tetap SEMANGAT walau TERTEKAN oleh masalah
* dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik-baik saja
walau sebenarnya ia sudah TERLUKA...

[SENYUM]

Benar bagai dikata
Senyum itu penawar duka
Jika diri tidak ceria
Senyuman itu adalah kuncinya
Hilanglah derita
Datanglah bahagia..

[Teruskan tersenyum]


Friday, August 5, 2011

Bila Ibadat Jadi Adat

Fenomena ramadhan zaman ini

Ramai orang puasa
Tapi ramai orang tak sempurnakan solat fardhu
Padahal perintah puasa hanya 1 kali je dalam Quran
Manakala perintah solat banyak kali

Ramai orang bangun sahur
Tapi ramai jugak orang yang terlepas solat subuh
Kalau nak ikutkan, waktu sahur jaraknya dah hampir dengan subuh kan

Ramai orang solat tarawih(bagus)
Tapi ada jugak tarawih semata2
Isya' tak buat.

Inilah jadinya bila ibadat jadi adat....


RQ: Biasanya masa ni lah ada orang akan kata "Eh, puasa! Mane boleh mengumpat", "Eh, puasa! Jangan cakap bukan2lah.."
p/s: 'Time' Ramadhan je ke kena jaga???


Wednesday, July 27, 2011

Apa?!

Bayu yang tidak berhembus di malam hari
Peluh menitis membasahi pipi
Membawa resah di malam ini
Tiada lena bersulam sepi

Oraknya begitu menyayukan hati
Mencuba sedaya untuk berbakti
Mempertahan keadilan kuasa demokrasi
Susu diberi tuba dibalasi

Teguh berani mereka berdiri
Gagah mereka mengibar panji
Semangat jitu, takut tidak mereka kenali
Bangkit menentang kuasa yang dimanipulasi

"Apa?!" Nyata bongkaknya dilihat dan didengari
Rakyat jelata suaranya tidak dipeduli
Hanya poket kosong menanti diisi
Mungkin terlupa nasibnya di mahsyar nanti

Dunia tua semakin disakiti
Durjana mereka begitu menzalimi
Imbuhan untuk kalian sedang menanti
Janji Allah itu, janjiNya pasti!




~ReM~
26 Julai 2011
10.45 pm


Monday, July 25, 2011

Teknik, Skill, Kemahiran; Multiple ID, Celik IT

Kemahiran saya dalam meneliti/memperbaiki sesuatu kebanyakannya bukanlah hasil tutorial 100% di dalam kelas. Tapi, berbekalkan ilmu yang pernah dipelajari, ditambah dengan minat, itu yang menjadikan saya sedikit berkebolehan dalam membaiki peralatan-peralatan selain atau yang berkaitan komputer.
Sedikit sahaja. Masih banyak lagi yang belum diketahui dan dipelajari.

Bagaimana minat ini boleh timbul? Ianya hasil dari melihat abang yang rajin membaiki atau menggodek (kata orang Perak). Bukan taasub dengan abang, tapi semenjak kecil beliaulah kawan saya, yang juga idola saya. (banyak untuk diceritakan tentangnya). Kebanyakannya saya godek sendiri. Komputer, plug, mesin, dan lain-lain. Sebab minat. Saya seorang yang sukakan sesuatu yang mencabar. Bukan disebabkan belajar subjek Mabadik Kahraba'. =)

Kelakar juga.

Sedikit tentang subjek Mabadik Kahraba'. Apa yang dipelajari tentang subjek ini adalah asas yang sangat-sangat asas mengenai elektrik. Seperti yang dipelajari dalam subjek Kemahiran Hidup. Bukunya juga nipis, masa belajar hanya 30 minit (mengikut guru yang mengajar saya). Peperiksaan cuma 10 minit.

(Jauh lari dari tajuk pulak! =D)


Multiple ID, Celik IT

Pernah satu masa dahulu, semasa menuntut di KIDR, ada senior yang tidak tahu bagaimana memasang pendrive atau setengah orang memanggilnya thumb drive. Bukan memperlekeh, cuma sedikit terkejut. Tak pasal-pasal ustaz (pensyarah) memanggil saya 'technician' kerana mahu menyuruh saya memasang untuk presentation. hehe..

*******************************************************************************************

Mungkin ada yang tak tau macam mana nak pasang Yahoo! Messenger lebih dari satu ID. Sebelum ini ramai juga yang minta untuk berikan perisian multiple ID Yahoo! Messenger untuk diinstall. Tapi, cara ini sudah tidak praktikal lagi kerana tidak dapat dipasang di komputer-komputer mereka yang meminta (tidak tahu sebabnya). Carian demi carian akhirnya saya terjumpa cara-cara untuk membuatnya. (lihat bawah)

Berinisiatifkan ini juga, terdetik untuk saya menulis satu entri mengenai multiple ID ini.

Ok! Ini dia cara-cara untuk memasang atau untuk setting bagi mendapatkan multiple ID Yahoo! Messenger

Anda boleh login dua atau lebih ID dalam satu Yahoo Messenger tanpa perlu perisian tambahan.

Sila ikut langkah-langkah di bawah ini :

1) – Pergi ke “START“,klik “run” dan taip “regedit“.
2) – klik OK
3) – klik HKEY_CURRENT_USER >>> Software >>> Yahoo >>> pager >>> Test
4) – Kemudian klik kanan folder “Test” dan pilih new >>> DWORD value

5) – Namakan fail yang anda buat tadi kepada “Plural
6) – Double klik atas fail “Plural”, pilih Decimal, manakala dalam kotak value data letakkan no 1, lihat gambarajah ini :

Siap!..restart yahoo messenger anda dan login, untuk login ID kedua, klik sahaja icon Yahoo Messenger dan login. Lihat gambar di bawah ini, saya telah login tiga ID Yahoo Messenger dalam satu komputer.

Selamat Mencuba!..:-)


Boleh layari lain-lain maklumat lagi di sini --> SUMBER


disediakan oleh ~ReM~


Thursday, July 21, 2011

Rumah Hangus, al-Quran Masih Elok

TAIPING: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati senaskhah al-Quran yang disimpan dalam rumah masih dalam keadaan elok walaupun rumah kayu itu hangus terbakar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pemilik rumah, Siti Fauziah Abdullah, 44, dan dua anaknya tidak menyedari rumah mereka di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, di sini, terbakar mendadak dipercayai akibat litar pintas.

Siti Fauziah berkata, dia yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati semua perabot, perkakas rumah, pakaian termasuk buku sekolah anaknya musnah dalam kebakaran itu.


Bagaimanapun mereka sekeluarga terkejut apabila menemui naskhah al-Quran terselamat dalam kebakaran itu.

Mungkin ini kebesaran Tuhan. Hanya kulit al-Quran itu saja terbakar manakala helaian kertas di dalamnya masih boleh dibaca,” katanya.


Menurutnya, kejadian kebakaran berlaku ketika dia sedang bekerja di sebuah kilang berhampiran rumahnya manakala anak bongsunya pergi mengaji al-Quran.


“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi adik ipar mengatakan rumah kami duduki sejak 27 tahun lalu, terbakar. Saya sangka ia gurauan sebelum mendapati ia benar-benar berlaku,” katanya.

Dia bersyukur dua anak yang baru balik dari mengaji tiada di rumah sebaliknya ke rumah ibunya berhampiran.


Anak mangsa, Wan Yusriffa Wan Hassan, 23, berkata dia yang baru pulang kerja terkejut mendapati rumahnya dijilat api.

“Saya berlari masuk ke kawasan kebakaran kerana menyangka adik saya masih berada dalam rumah tetapi dihalang dan diberitahu adik selamat,” katanya.


Sementara itu, anak bongsu mangsa, Wan Mohd Izdiham Wan Hassan, 10, berkata dia singgah ke rumah neneknya untuk melihat telefon bimbit baru yang dibeli ibu saudaranya, Norlia Abdullah, 52.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguat Kuasa Bomba, Halid Md Zin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.51 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.


Menurutnya, rumah diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan pantas dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 10 malam.

SUMBER

RaudhatulQalbi (RQ) : Kenapa perlu ada MUNGKIN?? Sudah pasti jawapannya MEMANG BUKTI KEBESARAN ALLAH.. kan? ^_^
SUBHANALLAH...


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More