Menjadi 'hero' bukanlah satu masalah sebenarnya. Namun, untuk mengekalkan gelaran 'hero' itu yang seringkali menjadi masalah dan menyebabkan sesetengah manusia tertekan dan akhirnya bertindak di luar batasan dan kebiasaan.
Menjadi 'hero' menyebabkan kita perlu mengorbankan banyak perkara. Antaranya:
1. Korbankan perasaan
2. Korbankan diri
3. Korbankan masa
4. Korbankan harta
5. Korbankan nyawa
**********************************************
Menjadi 'hero' bukanlah satu masalah sebenarnya. Namun, untuk mengekalkan gelaran 'hero' itu yang seringkali menjadi masalah dan menyebabkan sesetengah manusia tertekan dan akhirnya bertindak di luar batasan dan kebiasaan.
'Hero' yang dimaksudkan ialah perubahan.
" Adakah perubahan ini seperti angin perubahan atau ombak perubahan? "
Angin perubahan yang dimaksudkan sebagai istiqamah yakni perubahan secara perlahan-lahan tetapi berterusan. Ombak perubahan pula lebih senang jika ditaarifkan sebagai perubahan secara 'drastik' seperti ombak yang berterusan menghempas pantai tetapi akhirnya hilang dipukul badai.
Kita perlu memikirkan benda-benda kecil dan remeh kerana perkara seperti ini merupakan langkah permulaan bagi perubahan yang lebih besar. Langkah pertamalah yang akan menentukan langkah seterusnya sehinggalah kita sampai ke destinasi terakhir.
Berubah atau melakukan perubahan bukanlah perkara yang mudah. Perubahan yang ingin dibuat memerlukan semangat dan semangat itulah yang menentukan sama ada kita istiqamah atau tidak.
" Mari kita korbankan diri. "
Lebih senang difahami jika saya katakan;
" Mari kita korbankan dunia demi akhirat. "
Menjadi 'hero' menyebabkan kita perlu mengorbankan banyak perkara. Antaranya ;
1. Korbankan perasaan : Manusia kebiasaannya akan cenderung bertindak berdasarkan perasaan. Lebih senang jika saya katakan sebagai mengikut hati. Jadi mengorbankan perasaan adalah perkara terpenting untuk dilakukan di dalam melakukan perubahan. Maksud saya bukanlah mengorbankan dan memusnahkan perasaan sehingga menjadi manusia yang tidak berperasaan tetapi sekadar untuk menundukkan perasaan. Sekali anda dapat menundukkan perasaan, Insyaallah nafsu turut dapat ditundukkan. " Islam datang bukanlah untuk menafikan perasaan tetapi untuk menuntun perasaan mengikut jalan yang benar. "
2. Korbankan diri : Saya bukanlah menyeru anda semua untuk membunuh diri tetapi menyeru untuk mengorbankan nafsu yang terdapat di dalam diri . Berkorban tidak semestinya terkorban. Oleh itu, dengan mengorbankan nafsu yang terdapat di dalam diri, Insyaallah jalan anda akan lebih cerah untuk menuju ke alam perubahan.
3. Korbankan masa : Keberkatan masa amat kita perlukan di dalam memulakan langkah untuk berubah. Apabila kita melakukan perkara-perkara yang diberkati maka masa dan waktu seharian kita akan diredhai oleh Allah. Apabila kita mendapat keredhaan Allah, maka Insyaallah kita akan nampak kebaikan-kebaikan yang boleh kita lakukan dan ini akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada kita.
4. Korbankan harta : Sebut sahaja tentang harta mungkin masih ramai yang teragak-agak untuk mengorbankannya. Harta bukanlah segala-galanya. Oleh itu, untuk berubah harta adalah antara perkara yang perlu dikorbankan. Contohnya, membelanjakan wang untuk membeli baju yang boleh menutup aurat dengan sempurna. Insyaallah, harta yang kita korbankan akan dibalas dengan balasan yang lebih baik oleh Allah.
5. Korbankan nyawa : Maksud saya di sini ialah kita mewakafkan diri kita demi Islam. Mengabdikan kehidupan kita untuk mengajak rakan-rakan dan ahli keluarga untuk tunduk kepada perintah Allah dan lain-lain lagi yang membuktikan kita ialah muslim sepenuh masa dan bukannya untuk seketika.
**********************************************
Apabila engkau memilih untuk menjalani tarbiyyah, maka engkau perlu bersedia untuk meninggalkan cara kehidupan orang awam...
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2697
Sunday, July 4, 2010
FROM ZERO TO HERO
9:36 PM
ReM
.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
0 comments:
Post a Comment