I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Saturday, January 16, 2010

~TAKDIR-NYA, AKU KE SINI~

~KISAH SEBELUM KE IPT~

Dulu, masa tingkat 4, sebelum aku menjejak kaki ke alam IPT, aku menyimpan hasrat untuk ke bumi Jordan.
Semua ni gara-gara aku terdengar seorang senior aku di Madrasah Idrisiah yang bakal menjejakkan kakinya ke sini (Jordan)...

Alhamdulillah, setelah tamat SPM, tanpa terfikir dan teringatkan semula hasrat dan impian aku tu, aku telah ditakdirkan untuk ke Kolej Islam Darul Ridzuan... Biarpun bersampul-sampul surat tawaran dari pelbagai kolej yang aku terima... Biarpun aku aku memohon untuk ke tingkatan 6, biarpun aku memohon untuk ke Jaipetra, Maahad Tahfiz (Kuala Kubu), Kusza dan IPTA lain, hakikatnya aku tetap akan berada di Kolej Islam Darul Ridzuan... (masa tu sebenarnya dah dapat tawaran untuk temuduga ke Maahad Tahfiz)...

~TAKDIRNYA......~

Namun, demi jawapan ummi yang seakan tidak mengizinkan untuk ke maahad tahfiz, aku pun membatalkan niat untuk ke sana... Beratnya di hati... kerana aku juga menyimpan impian untuk menjadi seorang hafizah... Apakan daya, takdir ALLAH mengatasi segalanya... Sangat banyak perkara yang aku 'nampak' setelah keluar dari KIDR... DIA MAHA MENGETAHUI....

Masa berlalu begitu pantas. Begitu cepat aku membesar dan bergelar remaja. Kini aku semakin menjengah dewasa... Dipendekkan cerita; setelah tamatnya aku dari KIDR, aku bekerja sementara di sekolah lama; Idrisiah tercinta... atau lebih glamournya MADID. Demi mengumpul wang buat pembiayaan aku untuk ke luar negara... Hasrat yang disimpan senyap-senyap dalam hati, walau tidak tahu akan kepastiannya sama ada aku boleh atau tidak, sama ada aku akan atau tidak akan ke luar negara. Kenapa??? Sebab, ketika aku mengisi borang untuk ke IPTA, ditolak mentah-mentah. Salah aku jugak, sebab tak bertanya dulu sebelum beli borang... hehehe...

Adalah dalam lebih kurang empat bulan cukup-cukup aku bekerja di MADID. Bolehlah lepas untuk perbelanjaan permulaan, ditampung hasil derma dari beberapa orang hamba Allah serta pemberian ikhlas dari ummi dan abah.

~TEMPOH SEMAKIN DEKAT~

Tidak lama, tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Aku masih belum bertanyakan ummi dengan abah tentang ni... Padahal sebenarnya rasa serba salah nak bertanya, bimbang tak diizinkan juga. Antara lain sebabnya, aku ni pemalu sebenarnya nak menyatakan hasrat di hati. Seorang yang sangat susah untuk meluahkan apa yang ada di hati, dan cuba untuk buat apa yang orang lain mahu. Tapi, tak bagus sebenarnya... Sebab rasa macam menyeksa diri. Aku tak suka.

Sebab tulah, aku pun fikir macam mana nak tanya... Akhirnya dapat idea, aku cuba buat trick dengan bertanya kepada ummi, "Ummi, antara Jordan dengan Mesir mana lagi baik?"
Ummi tak terus bagi jawapan. "Nanti ummi tanya abah". Aku agak mesti dalam hati ummi sebenarnya tak nak bagi jugak... hehehe.... (pandai-pandai je)

~PENANTIAN, JAWAPAN & TAKDIRNYA~

Dua tiga hari lepas tu, ummi balik dari kedai; berniaga. Masuk-masuk ummi terus bagitau, "Pergi Jordan la... Mesir sekarang bahaya, banyak kes-kes orang masuk Kristian"
(Hati berbunga-bunga masa tu...) Yes! Aku berjaya... Berjaya jugak bagi hint... Aku tahu mesti ummi risau. Tambah-tambah aku yang mula pecah tradisi keluarga, jauh ke luar negara; anak perempuan sulung pulak tu...

*******************************************

Asalnya memang nak ke Jordan sahaja, tapi rasa macam taraddud pulak nak ke Mesir... So, bila tanya ummi, jawapannya ke Jordan. Takdirnya aku ke sini... Dalam masa yang sama, aku rasa agak teruja kerana hasrat yang disimpan selama ni tercapai. Walau masih ada rasa sedikit kecewa kerana tak dapat menjadi seorang hafizah. Apapun bersyukur kepada Allah, kerana dari KIDR itulah yang dapat membuatkan aku berada di sini, sekaligus menunaikan hasrat yang tersimpan selama ini...

Namun, hingga kini, walau apa pun yang terjadi, aku masih cuba untuk positifkan diri dan cuba untuk redha dengan takdir.
KERANA DIA YANG MAHA MENGETAHUI...

"Ya Allah, ampunilah hambaMU ini atas segala kesilapan yang telah aku lakukan....."

"............. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(AL-BAQARAH : 216)



******************************************************************************************************

~ILMU TANPA AMAL; DULU dan SEKARANG~

Pagi tadi sempat sembang-sembang ilmiah dengan abang. Ada dia menyatakan hasrat untuk menyambung kembali pembelajaran beliau yang terganggu dan tertangguh. Tapi, agak kemalasan akhir-akhir ini, katanya... Penyakit malas...

"Macam mana nak atasi? Mujahadah nafs?"

"Ye..." aku jawab... Kita yang kena rajinkan diri. Kalau terus-menerus biarkan rasa malas menguasai diri, sampai bila-bila pun kita tak ke mana. Aku jawab pertanyaan abang, "Tak susah pun belajar ni... Kalau kita betul-betul, confirm dapat A."

"Oooo... Kena jihad... Jihad ilmu..."
"Semangat yang dah luntur" katanya lagi.

Aku pun cuba la bagi semangat kat dia... Bla...bla...bla...

Dia kata, "Cita-cita abang masa Form 3 ke Madinah, dekat dengan rasul, ilmu amal"

Dia pun bagitau balik kat aku lepas aku cuba-cuba untuk menyuntik semangatnya...

"Sebenarnya, tinggi camana pun ilmu tapi kalau amal tak diterima Allah tak guna"

"Ye la..." aku jawab.

"Ramai pelajar luar negara bila ditanya guru, tak dapat jawab. Nak tahqiq ilmu amal. Usaha kaji semampu boleh" Pap! Amik kau... Kena ke tak kat aku??... Kena kot... (*_*)

Dia sambung lagi, "Orang dulu mengaji sampai Allah terima deme sebagai hambanya. Kita sekarang macam mana? Macam buih di laut. Betul?"

"Betul" aku jawab lagi, kena lagi...

Beliau menyambung lagi, "Setiap ilmu ada amalnya. Bukan setakat teori saja, mesti ada praktikal. Orang sekarang banyak guna akal sendiri, falsafah... Sebab tu tak ada pertolongan dari langit... Nak dapat maunah dari Allah ada peraturannya... Bukan semata-mata tawakkal."

"Zikrullah daiman abada, jangan tinggal walau sesaat. Tingkatkan ilmu amal, ikhlas untuk Dia... Itulah sepatutnya seorang insan lakukan..."


~sama-sama fikirkan~
______________________________

Setakat itu sahaja sembang-sembang ilmiah kami... Selebihnya, sembang-sembang kosong. Ada jugak sentuh isu yang terbaru, insiden gereja dibakar......

*deme= (*mereka=loghat perak bagi yang tak tau la...)....

(mujur entri ni tak hilang semalam... komputer restart sendiri!!)


2 comments:

~ cahaya kesempurnaan ~ said...

Salam

takdir-NYA telah ditetapkan utk kte semua...coz he knows better than us!!he kwnos everything....

mak ayah:redha+izin mereka sgt 2 dperlukan

laptop k rem...tolong jgn kasi tuan kamu marah!nnt kene campak padan muka..haha

anyway..nice entry....

ReM said...

hehehe.... ye2... betul... ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA... kita cuma perlu belajar bersabar dan redha dengan segala ketentuannya...

hmm... :D... tu la... makin menjadi-jadi plak laptop ni... haisshhhh..... kena campak padan muka... hahaha...

tq akmal....

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More