Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah mempekenalkan Key Performace Indexs(KPI) bagi mengukur sejauh mana keberkesanan pentadbiran di bawah beliau. Gagasan bagi menilai sejauh mana prestasi menteri-menteri serta organisasi di bawah pentadbiran beliau hendaklah diterapkan dalam semua organisasi. Oleh itu, PERMATA ingin mengorak langkah mengikuti gagasan yang dibawa YAB Perdana Menteri dalam mengukur sejauh mana keberkesanan sesebuah organisasi atau individu dalam menyempurna dan melaksana tugasan, matlamat serta objektif yang diberikan kepadanya.
Jika dalam perniagaan, penilaian dibuat keatas keuntungan sesebuah syarikat dan kepuasan pelanggannya. Maka begitulah harapan yang ingin dicapai dalam program ini, di samping pengurusan yang telah berjalan semenjak bermulanya sesi 09/10 maka program ini bertujuan untuk mendapat pandangan serta kritikan yang membina untuk dijadikan panduan kepada barisan kepimpinan 09/10 untuk menghabiskan sesi kepimpinan dengan jayanya.
PERMATA telah mencapai usianya ke-10, program ini juga ingin meraikan kematangan PERMATA dalam menjaga kebajikan serta membantu ahlinya dalam mengharungi pengajian di bumi Mu’tah ini. Mudah-mudahan program yang ingin diadakan ini dapat memberi satu impak yang besar kepada ahli PERMATA agar dapat mempersiapkan diri untuk menjadi generasi pelapis yang berdedikasi untuk negara.
OBJEKTIF
Menyediakan peluang untuk ahli memberi kritikan dan pandangan kepada persatuan.
Meraikan ulang tahun penubuhan PERMATA 09/10.
Memastikan objektif yang telah digariskan pada permulaan sesi tercapai atau dapat diperkemaskan perjalanannya hasil daripada pandangan serta kritikan ahli.
Memastikan persatuan bergerak seiring dengan penerimaan ahli.
0 comments:
Post a Comment