I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Monday, March 22, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN BIAH SOLEHAH


"MAJLIS PENUTUP BULAN BIAH SOLEHAH & PELANCARAN UNIT AMANAH"
18 Ogos 2010, Khamis – Biro Bimbingan dan Rohani (BBR) di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah (PERMATA) telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Biah Solehah pada tarikh 18 Ogos 2010 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1431H. Program ini telah diadakan di Wisma Negeri Sembilan dan PUSkMA. Program yang bermula pada jam 7.00 malam ini begitu mendapat sambutan dari kalangan ahli PERMATA, kerana para hadirin memenuhi ruang di Wisma dan sebahagian hadirin yang lain berada di PUSkMA.

antara yang hadir

Di sepanjang program, hadirin dihidangkan dengan pengisian-pengisian menarik. Bermula dengan tayangan sedutan filem Ketika Cinta Bertasbih, diikuti dengan diskusi, tayangan slide, ucapan pengarah dan ketua biro, seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz dan busana muslimah bagi akhawat, dan diakhiri dengan sedikit jamuan yang dibawa oleh hadirin dari setiap rumah.

khusyuk mendengar isi yang disampaikan

Diskusi cinta yang bertajuk “Bercinta Hingga ke Syurga” ini digamatkan dengan dua orang ahli panel jemputan, iaitu Ustaz Othman bin Hamzah, yang berada dalam bidang Fiqh wa Usul (MA), dan Ustazah Siti Hasliza bt Md Yusoff, berasal dari negeri Kelantan, yang sedang menyambung pengajian dalam bidang Bahasa Arab di Universiti of Jordan (PhD). Diskusi ini dipengerusikan oleh saudara Mohd Ihsan bin Pajarruddin. Kedua-duanya saling ‘berperang’ dan saling mempertahankan hujah masing-masing mengenai diskusi tersebut, sekaligus menjadikan diskusi ini menarik dan membuat para hadirin tidak kering gusi.

barisan panel dan pengerusi

Diskusi “Bercinta Hingga ke Syurga” ini diakhiri dengan sesi soal jawab dari mahasiswa yang turut hadir pada malam tersebut.


Selesai dari berdiskusi, para hadirin dan ahli panel berehat sebentar dengan sedikit tayangan slide yang disediakan oleh pihak penganjur. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengarah program dan ketua Biro Bimbingan dan Rohani, beserta pelancaran Unit AMANAH dan penyerahan fail sebagai simbolik.


Majlis diakhiri dengan satu sesi penyampaian hadiah pertandingan kuiz dan busana muslimah yang diadakan pada 14 Mac 2010 anjuran Biro Bimbingan dan Rohani (BBR) dengan kerjasama Biro Kebudayaan Dan Sukan (BKDS). Kumpulan pertandingan telah diadakan mengikut biro-biro yang berada di bawah PERMATA. Program busana ini turut mendapat sambutan dari ahli PERMATA atas kerjasama yang diberikan dan penyertaan yang sangat menggalakkan.


Di samping itu, pihak penganjur juga telah membuka ruang dan peluang bagi mahasiswa Mu’tah untuk menambah duit poket dengan mengadakan jualan bagi sesiapa yang berminat. Di penghujung program pula, sebelum masing-masing pulang ke rumah, para hadirin, ahli panel dan pihak penganjur sama-sama menikmati hidangan yang telah disediakan.


0 comments:

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More