BISMILLAH...
Setiap orang pasti akan melalui saat-saat getir, payah dan pahit... Masing-masing diuji dengan tahap masing-masing... Kalau kita di sekolah rendah, sudah pastilah soalan peperiksaan lebih mudah berbanding di sekolah menengah... Kalau di peringkat IPT juga sebegitu. Tiada apa yang menjadikan kita berbeza... Hanya sekadar usaha, ilmu dan cara menghadapi hidup ini yang mungkin membezakan kita sesama manusia. Namun, kita sebagai hambaNYA... Tahapnya sama sahaja di sisiNYA... Tiada perbezaan darjat. Cuma, yang boleh membezakan kita hanyalah iman di dada...
Sejauh mana kita meletakkan kepercayaan terhadapNYA?
Sekuat mana kita berusaha?
Seikhlas mana kita bekerja?
Setinggi mana kita meletakkan harap kepadaNYA?
Sekerap mana kita meletakkan tawakkal kepadaNYA?
Setakat mana kita mengharap redha dan rahmatNYA?
Pernahkah kita terfikir, bahawa ujian itu adalah rahmat dariNYA?? Pernahkah kita terdetik, ujian itu menguatkan kita?? Pernahkah kita terlintas, ujian itu menjadi peringatan bagi kita??
Percayalah wahai teman-teman, sahabat-sahabat, serta ansarullah sekalian...
Ujian itu bukan membebankan. Hanya sekadar peringatan, seandainya kita pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. Ujian itu adalah rahmat, bagi hamba-hamba yang terpilih. Ujian itu juga sebagai penguat, untuk kita menghadapi hari-hari yang mendatang.
Percayalah teman, sahabat, dan ansarullah sekalian...
Baru kini kusedari, ujian dan dugaan yang kutempuh selama ini menjadi perisai peribadi, menjadi baju besi untuk diri, malah menjadi tembok penghalang dari diri menjadi lemah...
Baru kini kusedari, selama ini... Setelah diuji dan sunyi dari mehnah ILAHI, diri ini lemah sekali... Tak terdaya untukku berdiri... Malu untukku menonjolkan diri... Otak ini kurang aktif berlari... Semangat yang datang kini hilang kembali...
Ayuhlah teman, sahabat dan ansarullah sekalian... Bertahanlah dengan ujian yang kau hadapi... Hanya sekadar melalui dunia yang fana ini... Cuma sekali... Kemudian, kita tidak dihidupkan kembali... Alangkah ruginya diri jika tidak menggunakan peluang yang diberi...
Sekiranya tergalas beban di bahumu, terimalah dengan redha dan harapan agar kita menjadi hamba yang lebih bersyukur dan matang...
"Wahai Tuhanku Yang Esa.. Bila kenangkan qahharMU...
Rasa gerun di hatiku, kerana takutkan siksaMU...
HambaMU rasa berputus asa... Siapakah dapat bersihkan diri??
Dari segala dosa yang memburu... Setiap hari setiap ketika...
Tika kenangkan ghaffarMU... Putus asa tiada lagi...
Semangatku pulih semula... Harapanku subur kembali...
Ujian menimpa menekan dijiwa, tak sanggup meneruskan perjuanganku...
MehnahMU itu penghapus dosaku mengganti hukumanMU di akhirat...
Di waktu mengenang rahmatMU... Terasa diri kurang bersyukur...
PadaMU harusku bermohon.. Moga syukurku bertambah...
Alangkah susahnya mendidik nafsuku yang tidak dapat melihat kebenaranMU...
Bantulah hambaMU dalam mendidik jiwaku ini..."
Saturday, August 1, 2009
UJIAN MENGUATKAN KITA...
2:06 AM
ReM
.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
0 comments:
Post a Comment