Bekalan ini apa? Bekal? Seperti kita nak datang Kembara ke Miri ini, berapa banyak bekal yang kita bawa. Ada yang bawa roti,biskut, buah-buahan dan banyak lg bekalan yang kita bawa. Semua itu untuk kita makan dan minum sepanjang perjalanan kita.
Macam kita naik kereta, kena isi minyak. Kita nak jalan jauh. Kita tak tahu jauh mana kita nak jalan. Jadi dalam perjalanan tu kita kena bawa bekalan. Berhenti di mana kita cari bekalan.. Bekalan di sini adalah ilmu, yang tadi tu anology sahaja..perumpamaan sahaja.
Begitu juga para duat (para pendakwah) atau daie (pendakwah) . Dalam perjalanannya dia perlu ada bekalan untuk diri dia dan juga mad'u (org yg di dakwah) sepanjang jalan dakwah.
Sesebuah Harakah Islamiyah/Jemaah Islamiyah perlu didukungi oleh para daie yang berkemampuan dan sentiasa bersedia dalam melakukan usaha-usaha dakwah.
Dalam menjalankan kegiatan dakwah, setiap daie hendaklah memiliki beberapa persiapan yang perlu untuk memastikan mereka akan terus istiqamah di atas jalan perjuangan ini.
Di antara persiapan-persiapan yang perlu diberikan perhatian ialah:
1)PERSIAPAN ILMU
Senjata pertama yang perlu dimiliki oleh setiap daie ialah persiapan ilmu.
Secara keseluruhannya, setiap daie perlu memahami persoalan aqidah, akhlak, hukum-hukum fiqh serta persoalan dakwah dan jihad yang mencakupi proses pembentukan jamaah, pelaksanaan dakwah. Tidak semestinya jadi mujtahid atau ustaz-ustaz.
Sekurang-kurangnya setiap daie berkewajipan mengetahui ajaran dan system hidup Islam secara umum, pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam menghadapi masyarakat dan
perkembangan politik semasa. Sekurang-kurangnya kita dapat membawa sahabat-sahabat bersama-sama Islam atau Jemaah.
Demi kebebasan dakwah, setiap daie perlu mengetahui ilmu dan selok-belok dakwah seperti uslub dakwah, sasaran dakwah, kandungan dakwah, strategi dakwah, perancangan dakwah dan pengurusan dakwah.
Sebagai pelengkap kepada ilmu-ilmu di atas, seseorang daie juga perlu menguasai beberapa bidang ilmu yang lain seperti bahasa Arab, ilmu Usuluddin, Usul al-Fiqh.
Kemantapan ilmu akan menjadikan para daie lebih berkemampuan dalam memberikan gambaran yang jelas sama ada berkenaan asas-asas ajaran Islam dan hukum-hukum Islam yang bersifat ilmiah dan semasa seperti konsep negara Islam, kedudukan non-muslim di dalam negara Islam dan lain-lain.
2)PERSIAPAN MENTALITI
Di antara persiapan yang perlu dimiliki oleh setiap daie ialah sifat bijaksana (fatanah) {salah satu sifat Nabi} iaitu mempunyai daya berfikir yang tinggi dalam mengembangkan fikrah dakwah, membahagikan tugasan, menyelesaikan masalah, mengenal pasti kelemahan, mencari sasaran, membuat keputusan dan mengambil peluang daripada sesuatu kesempatan yang berkaitan dengan kepentingan dakwah Islam yang diperjuangkannya. Jadi kita kena ada strategi untuk mengadakan usrah.
Seseorang daie yang telah memiliki persiapan ilmu yang memadai, mempunyai banyak pengalaman daripada usaha-usaha dakwahnya, bijaksana dalam memupuk daya kepimpinannya, secara langsung akan memiliki mentaliti yang tinggi dalam mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, taktik dan strategi yang berkesan dalam memimpim gerakan dakwah Islam atau Jemaah kita.
3)PERSIAPAN JASMANI
ALLAh lebih mencintai orang mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah.
Setiap daie berkewajipan menjagai kesihatan jasmani dengan cara mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat.
Lantaran itu, setiap daie berkewajipan menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada dirinya seperti kerap meminum minuman yang manis, makan banyak dan merokok.
Terdapat dua situasi, di mana kita terpaksa dan kita hendak buat. Mana yang lebih baik?
Ada dua orang, A dan B. Si A ni tidak boleh minum benda manis. Doktor kata kalau minum terus mati. Mungkin dia ada kencing manis.
Si B nie pula dia tak nak minum manis untuk jaga kesihatan. Walhal dia boleh minum tapi tidak mahu minum dengan kehendak dia.
Jadi antara A dan B, kamu nak jadi yang mana? Terpaksa atau dengan kehendak?
Setiap daie juga berkewajipan mempertingkatkan kekuatan dan ketangkasan anggota jasmaninya melalui latihan-latihan yang tertentu seperti bersenam, berenang, menembak dan mendaki gunung.
Imam Hassan Al-Banna-Mujadid( seorang pembawa perubahan pada Agama)
Siapa Imam hassan al-banna? Beliau merupakan salah sorang pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Banyak gerakan di seluruh dunia merujuk kepada Ikhwanul muslimin termasuk di Malaysia. Kita nak bincang tentang kekuatan daie, apabila beliau ditembak oleh musuh semasa dapat mencari musuhnya dan membunuh kembali
Penting kita mempunyai badan yang sihat dan kuat sebagai persiapan jasmani.
4)PERSIAPAN ROHANI, AKHLAK DAN DAYA KEPIMPINAN
Di antara persiapan rohani yang perlu dimiliki oleh para daie ialah meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat, mempertingkatkan kesucian jiwa dengan sifat warak dan amalan ketaatan, sabar dalam menanggung ujian dakwah serta merindui keampunan dan keredhaan Allah.
Manakala akhlak pula perlu dipersiapkan dengan cara membersihkannya daripada sifat marah dan keras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf, menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan mentauladani jejak langkah Rasulullah s.a.w.
Berhubung dengan persiapan daya kepimpinan pula, setiap daie mestilah bijak mempelajari dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman dan daya kepimpinan orang lain.
Seseorang daie yang memiliki persediaan di atas adalah diharapkan lebih berjaya dalam mempengaruhi masyarakat berbilang kaum dan seterusya mencapai matlamat dakwah
Inilah persedian para daie. Ia amat perlu bagi pendakwah, untuk diri kita dan orang di sekeliling kita. Semua yang baik itu dari ALLAH swt dan salah silap itu dari diri ana sendiri yang hina ini. Wabillahi wataufiq walhidayah wassalamualaikum warhmatullah wabarakatuh.
Saturday, August 1, 2009
BEKALAN PARA DU'AT (siri 2)
3:30 AM
ReM
.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
0 comments:
Post a Comment