I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Saturday, August 1, 2009

BEKALAN PARA DU'AT (siri 1)

Di mulakan dengan lafaz kesyukuran kepada ALLAH swt serta selawat salam kepada junjungan nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta para sahabat dan tabien dimuliakan oleh ALLAH.

Seinfinity Bersyukur kita pada pada ALLAH SWT pencipta alam yang indah ini, pagi ini kita masih hidup lagi selepas mati sebentar pagi tadi dan kita masih berada dalam nikmat yang paling besar, nikmat Iman dan Islam.

Jadi pagi ini saya bukan orang yang selayaknya untuk memberi pengisian namun ana ambil juga tanggungjawab ini untuk memberi sedikit peringatan bersama untuk diri ana dan juga antum.

Sekarang ini kita sudah berada di penghujung fasal soifi, mesti ada yang gembira... Gembira kerana tidak lama lagi dapat pulang ke Malaysia, dan mesti ada yang sedih kerana bimbang itu ini... Paling kurang mesti semua mengeluh letih, kerana musim panas ini kerap membuat kita keletihan dan kehausan...

Bagaimana kita nak melawan nafsu letih ni?? Perkara utama yang kita kena ubah adalah mentality. Mind setting dalam otak kita yang perlu diubah. Kita sebenarnya tidak letih, semua itu nafsu semata-mata... Pernah dengar kisah seorang ulama yang ingin melayan nafsu makannya? Baik, biar saya bercerita secara ringkas tentang beliau...

Pada satu hari neliau telah melihat seorang penjual yang menjual ayam golek. Dirinya terlalu mengidam-idamkan ayam tersebut..Lantas, beliau memasak ayam golek dengan sendiri, lalu membakarnya sehingga garing dan dibiarkan sehingga hangus serta hangit. Kemudian beliau berkata pada dirinya(nafsunya) "Nah! Makanlah ayam yang engkau inginkan itu!"
Masya Allah! Begitu seorang ulama melayan nafsunya..Bagaimana pula dengan kita??
Jangan kita biarkan nafsu mengawal diri. Semasa sedang mengulangkaji contohnya, kita mengantuk... Cubalah kita lawan sikit...

****************************************************************************

Petunjuk dan peringatan wahyu Allah s.w.t itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman, air akan mendatangkan faedah hanya kepada tanah yang subur, jika air disiram ke atas batu pejal pasti tidak mendatangkan kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah s.w.t, ia hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan itu jatuh ke lembah hati yang lembut. Hati yang keras sama dengan batu yang pejal yang tidak mungkin diresapi air, oleh itu hati yang keras tidak mungkin dapat manfaat dari petunjuk dan peringatan wahyu itu

Mind setting untuk: BERSEDIA MENERIMA PERINGATAN

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM
Menaburkan racun-racun ke dalam pemikiran umat Islam agar cinta dunia dan takut mati
serta mengingkari kewujudan Tuhan dan meruntuhkan akhlak umat Islam.Contohnya dalam bidang agama, sistem pendidikan, sukan, TV dan sebagainya...



Meniru GAYA HIDUP BUKAN ISLAM

Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya :

PERTAMA :
Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa
bahasa sendiri adalah satu keaiban, malah bercakap dalam bahasa penjajah satu
kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan
mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik
dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka
menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.
Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian
atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk
menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam
masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan
tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.

KEDUA :
Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka
memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah-laku
kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara
ummat Islam seumur hidup mereka.

KETIGA :

Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang
barat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka mempertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma) , idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah, pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.

KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.

Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa segala sesuatu yang
datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikuti. Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan. Padahal sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.


0 comments:

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More