I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Sunday, June 14, 2009

IKHTILAT


Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat
________________________________________
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)


Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

SUMBER:
www.iluvislam.com
http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/6857-ikhtilat-ikhwah-akhawat.html


KONSEP TABARRUJ

KONSEP TABARRUJ
Soalan :
Bolehkah saudara ulaskan maksud Tabbaruj dengan mendalam? Apa yang saya faham wanita yang memakai gincu(lipstik) juga termasuk ke dalam golongan wanita Tabarruj. Tolong huraikan dan bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita

Jawapan :
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Firman Allah Taala:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Di dalam surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."

Di atas adalah di antara nash syar'I yang menjadi dasar berpakaian dalam Islam dan berhias (utk wanita).

Kemudian pada ayat lain Allah berfirman:
"…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Ayat ini pula menceritakan tentang larangan bertabarruj sebagaimana orang jahiliah dahulu.

Baiklah, berdasarkan seluruh nash-nash mengenai aurat dan berhias, di hadapan kita sekarang ini ada beberapa persoalan yang perlu dipecahkan, antaranya ialah:
1) Batasan aurat - Anggota asas yang disepakati oleh para ulamak agar ditutup ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua telapak tangan.

2) Apakah muka termasuk aurat - Muka pula telah diperselisihkan di kalangan mereka, ada yang kata ia adalah aurat dan ada yang kata bukan aurat.

Kalau kita pilih pendapat yang mengatakan bahawa muka adalah aurat… Habis cerita. Soal gincu, bedak, losyen dan celak dsbnya sudah tentu tak timbul. Ia nyata haram dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi.

Tetapi, bagaimana jika kita memilih bahawa muka itu bukan aurat - kebanyakkan kita memilih pendapat ini -, di mana kedudukan celak, gincu, bedak dll. Sekarang ini kita pilihlah bahawa muka itu bukan aurat… Tetapi, sebelum itu lebih baik kita bincangkan dahulu mengenai masalah tabarruj, yang sudah tentu berkaitan dengan soal muka bukan aurat.

Apa itu tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah:
"…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)
Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.
Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.

Selesai mengenai erti tabarruj… Dan, lihat kembali ayat al-Quran: "….orang-orang jahiliyah dahulu."
Tabarruj yang dikaitkan dengan orang-orang jahiliyah dahulu. Siapakah mereka itu? Pada zaman mana orang-orang jahiliyah dahulu berada? Di dalam tafsir al-Qurthubi menyatakan beberapa pendapat mengenainya:
1. Iaitu masa antara Adam dan Nuh a.s., ini adalah pendapat al-Hakam bin Uyainah.
2. Ibnu Abbas berpendapat: Masa di antara Nuh dan Idris a.s.
3. Al-Kalbi: Masa di antara Nuh dan Ibrahim a.s.
4. Jamaah: Masa di antara Musa dan Isa a.s.
5. Abu Aliyah: Masa di antara Daud dan Sulaiman a.s.
6. Al-Sya'bi: Masa di antara Isa a.s. dan Muhamad s.a.w.

Namun semua pendapat itu tidak disandarkan dengan satu sumber yang kukuh dan sahih. Cuma yang pasti, semua mereka di atas bersepakat mengatakan bahawa jarak masa antaranya dan masa Nabi Muhamad dibangkitkan sebagai Rasul adalah jauh (jangkamasa yang begitu lama).

Apabila al-Quran menyebutkan "jahiliyah dahulu" - dahulu/lama/pertama - bermaksud di sana ada yang dikatakan sebagai `jahiliah baru' atau `jahiliyah kedua'.
Bila masa jahiliyah kedua berada? Iaitu selepas jahiliyah pertama dan sedikit masa sebelum kebangkitan Nabi kita Muhamad s.a.w.
Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj? Buruk sangatkah mereka ini? Hodoh sangatkah perangai depa ni? Ya, gambarannya lebih kurang begini:
Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal pakaiannya - memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Era jahiliyah kedua yang akan berhubung dengan era kebangkitan Muhamad sebagai rasul tidaklah sampai ke peringkat begitu teruk. Namun ada juga sedikit sebanyak tabarruj yang berlaku, hingga kadangkala sampai ke peringkat telanjang terus. Ini dapat dibuktikan melalui hadis riwayat Muslim, bagaimana kaum wanita zaman itu bertawaf dalam keadaan telanjang bulat.

Sekarang ini jelaslah sudah mengapa Allah mengaitkan al-jahiliyah al-`Ula (jahiliyah pertama/dahulu) dengan tabarruj. Dan, dengan penjelasan di atas tidaklah bermakna yang terlarang ialah bertabarruj seburuk orang-orang jahiliyah pertama, kalau kurang daripada itu tidak mengapa. Tak apalah kalau tabarruj sikit-sikit. Ini adalah fahaman yang salah, kerana Allah menyebutkan sifat-sifat tabarruj jahiliyah pertama adalah bertujuan memberi penjelasan realiti yang berlaku ketika itu, bukannya mahu mengaitkan pengecualian hukum selain daripada itu. Ia lebih berbentuk penjelasan tentang keji dan berlawanannya perbuatan itu dengan citarasa serta naluri kemanusiaan.

Perlu diingatkan bahawa maksud tabarruj yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat - berdasarkan kepada siapa dia berhadapan. Kalau di hadapan dengan lelaki asing, apa yang perlu ditutup. Jika tidak memenuhi kehendak ini, maka dia sudah tergolong di dalam perempuan yg bertabarruj. Begitulah seterusnya ketika di hadapan mahram, orang gaji dsbnya…

Ya, selesailah sudah penjelasan mengenai tabarruj. Saya harap ia mudah difahami dan tidak membosankan. Dan, kita teruskan lagi ke pembahasan selanjutnya. Kali ini mengenai berhias pula.
Mari kita lihat lagi firman Allah: “Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..” (al-Nur, ayat 31)

Sebagaimana yang telah disinggung di atas, bahawa para ulamak berselisih pendapat mengenai, apakah muka itu aurat atau bukan. Dan ayat di atas telah menjadi hujah kepada kedua-dua kelompok dengan penafsiran yang berbeda.
Kita ambil sedikit petikan ayat: “…..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya.”
Terjemahan ayat : “kecuali yang biasa kelihatan padanya..” dapat juga diterjemahkan: “kecuali apa yang zahir” (illa ma zahara).

Pada ayat ini Allah Taala melarang wanita mempamirkan perhiasan, kecuali apa yang zahir. Persoalannya di sini ialah, apa maksud perhiasan zahir yang boleh dipamirkan? Jadi, dapat difahami bahawa perhiasan ada dua:
1. Yang zahir/nyata
2. Yang tidak zahir/nyata (batin/dalaman/tersembunyi)

Apakah perhiasan zahir? Apakah pula perhiasan yang tidak nyata? Para ulamak yang mengatakan muka itu adalah aurat, mereka menafsirkan bahawa perhiasan yang zahir itu ialah pakaian itu sendiri. Bila wanita berpakaian, bertudung dan menutup muka, maka itulah dia maksud perhiasan yang zahir. Perhiasan yang tidak nyata pula ialah, rantai leher, gelang, anting-anting dsbnya..

Manakala menurut ulamak yang berpendapat muka itu bukan aurat menafsirkan bahawa maksud perhiasan yang zahir yang boleh diperlihatkan di hadapan lelaki ialah celak dan cincin. Ada yang menambah telapak tangan. Ada yang tambah warna telapak tangan, iaitu pewarna yang dibubuh di telapak tangan (termasuk kuku). Dan, macam-macam lagilah.. tetapi di sekitar itulah. Perhiasan yang tersembunyi pula ialah rantai leher, anting-anting dsbnya.

Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi:
Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat’, terdapat tujuh pendapat, iaitu:
1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Mas’ud.
2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
3. Bererti celak dan cincin – Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
4. Bererti gelang, cincin dan celak – Al-Misywar bin Mukhrimah.
5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – Pendapat dari Mujahid.
6. Bererti cincin dan gelang – Dari al-Hasan.
7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – dari al-Dhahhak.

Itulah pendapat mereka tentang maksud perhiasan zahir yang biasa dilihat. Berdasarkan pendapat Ibnu Abbas, Al-Misywar bin Mukhrimah, Mujahid, dan al-Dhahhak dan al-Hasan dapat kita simpulkan bahawa yang boleh dipamerkan ialah perhiasan yang tidak mungkin diselindung yang memang biasa dipakai oleh para wanita. Kalau perhiasan di muka apa lagi kalau bukan celak. Kalau di telapak tangan apa lagi kalau bukan cincin. Cuma ada beberapa ulamak yang mengatakan bahawa muka itu sendiri adalah perhiasan. Dan telapak tangan itu sendiri adalah perhiasan. Jadi, mereka tidak memasukkan celak dan cincin sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan.

Mereka yang memasukkan celak dan pewarna telapak tangan sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi tidaklah dihadkan terhadap dua perkara itu sahaja. Ia disebutkan hanyalah sebagai wakil dari perhiasan-perhiasan lain yang biasa digunakan pada muka atau telapak tangan. Ia berdasarkan adat, tradisi dan kebiasaan satu-satu kelompok masyarakat.

Berikut ini adalah antara perhiasan yang ada dan biasa digunakan oleh para wanita pada zaman Rasulullah s.a.w atau tradisi arab dahulu:
1. Khidhab – Pewarna untuk tangan
2. Shufrah – Pewarna kuning untuk wajah
3. Kalkun – Pewarna untuk memerahkan wajah
4. Isfidaj – Pewarna putih untuk wanita berhias.
5. Celak – Berhias pada mata (Nanti akan disertakan dalil tentang kewujudan perhiasan ini)

Zaman kita ini sudah tentu yang biasa digunakan sebagai perhiasan muka ialah gincu, bedak, losyen dan juga celak. Jadi, bila celak dan segala macam di atas itu boleh, mengapa tidak gincu? Sebab yang dibenarkan bukanlah diri celak itu secara khusus tetapi sesuatu yang lebih umum iaitu – perhiasan yang biasa dilihat, yang biasa digunakan pada muka. Dan gincu serta bedak adalah termasuk di bawah keumuman ini.

Begitu juga dengan perwarna kuku, ia termasuk di bawah perhiasan yang boleh dipamerkan tetapi hendaklah dari bahan yang tidak menghalang air. Kerana jika air terhalang dari sampai ke kuku akan mengakibatkan wuduk tidak sah.

Berikut ini adalah sebahagian dalil kewujudan perhiasan di atas:
Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinnya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari & Muslim)
Wangi-wangian di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan tersembunyi baunya (tidak menyerlah dan menyemarak). Adakalanya ia disapukan di muka untuk memperelok warna muka atau pada telapak tangan.

Wajib berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian, kecuali kematian suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan 10 hari. Berhias di sini adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan.
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbai’ah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak ber –ikhtidab, sehingga baginda tidak mahu membai’ahnya melainkan setelah ber-ikhtidab (HR Abu Daud)
Ikhtidab ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan pada zaman itu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya (HR al-Tarmizi)
Dari Imran bin Husin, bahawa Nabi Allah s.a.w. bersabda: “… ingatlah bahawa wangi-wangian lelaki adalah bau tanpa warna. (HR Abu Daud)
Dari Ummu Athiyah, dia berkata: Adalah kami dilarang untuk berkabung terhadap seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suami, maka empat bulan sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak, berwangi-wangian dan memakai pakaian bercelup. (HR Bukhari & Muslim)

Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara, iaitu :

1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.

2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugah perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah – merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku atau sebagainya.

3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.

Ya, pokoknya bersoleklah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan ciri-ciri wanita yang baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu memikat lelaki atau ciri-ciri wanita fasiq dsbnya. Seperti kita lihat ramai wanita hari ini yang bersolek mengenakan gincu, bedak dan segala macam… Melebihi dari sekadar yang dibenarkan oleh syarak. Mereka ini berhias begini hanya diluar rumah sahaja, sedangkan ketika bersama suami keadaan adalah sebaliknya.

Lebih baik lagi jika diniatkan solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri dari kusut masai, berserabut dan tidak terurus. Berginculah sekadar mahu mengelakkan diri dari kelihatan lesu, tak bermaya dan tidak cergas. Berbedak atau berlosyenlah sekadarnya sahaja dengan tujuan mahu menjaga kesihatan kulit muka dsbnya.

Sudah tentu para wanita muslimah dapat menggambarkan bagaimana cara hendak menghindarkan keadaan di atas. Dan.. Kalau sudah dapat menggambarkannya, itulah dia solekkan yang dibenarkan oleh syarak ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Sekadar mahu mengelakkan diri dari kusut masai dan nampak tidak terurus.


Saudara yang bertanya berkata: Bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita?

Jawapan : Bukan sekadar lipstik, malahan umumnya wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan bersolek. Sebab sudah memang naluri semulajadi mereka sukakan begitu. Syeikh Athiyah Saqar mengatakan: “Memperelok /menghias diri oleh seseorang manusia secara umumnya mempunyai kepentingan/kebaikan. Dan secara khususnya, menghias diri bagi seorang wanita mengandungi mara bahaya. Kecantikan adalah satu perkara yang disukai oleh jiwa/naluri. Ia mempunyai tempat di dalam agama, di mana ia dituntut secara syarak dengan kadar yang dapat membawa kepada tujuan yang baik darinya, serta terhindar dari perkara-perkara yang diharamkan dari sudut cara, tujuan dan maksud.”

Kesimpulan :
1. Sebahagian ulamak mengatakan muka itu adalah aurat. Sebahagiannya mengatakan muka bukan aurat.

2. Tabarruj jahiliyah yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat di hadapan meraka yang haram melihatnya.

3. Kebanyakkan ulamak menyatakan bahawa maksud firman Allah: “…kecuali apa yang biasa dilihat.” Adalah sebagai celak dan cincin. Ada yang menambah dengan gelang tangan dan pewarna tangan.

4. Bersolek pada muka dan telapak tangan (termasuk kuku) adalah dibenarkan tetapi dalam batasan-batasan umum yang telah ditetapkan syarak.

Sekian adanya. Wallhu a’lam

Rujukan
1. Al-Quran
2. Ahsanul Kalam – Syeikh Athiyah Sqar
3. Al-Hijab – Al-Maududi
4. Tahrir al-Mar’ah Fi Ashri al-Risalah – Prof. Abdul Halim Muhamad Abu Syuqqah
5. Fatawa Mu’asharah 1 – AL-Qardhawi
6. Fatawa Mu’asharah 2 – AL-Qardhawi


Thursday, June 11, 2009

ADA APA PADA FILEM???

Kalau anda sebagai seorang pengarah, apakah yang bakal dilakukan? Filem yang bagaimanakah yang akan anda hasilkan? Adaptasi dari sesebuah novel? Atau kisah kehidupan? Ataupun hasil idea sendiri, tetapi diciplak dan diubah sedikit landasan ceritanya...
-Sekadar persoalan-

Persoalan-persoalan ini timbul apabila saya telah banyak menonton filem-filem yang pernah dihasilkan. Seperti filem-filem Melayu, Indonesia, Jepun, Korea, negara-negara barat, Thailand dan Filipina... Oh! Mungkin adanya yang tidak disebut di sini...

Kebanyakan filem-filem Melayu berkisarkan tentang cinta, kisah anak-anak dan ibu bapa... Heh! Seperti yang anda pernah dengar... Ada sesetengah bahagian dalam filem Melayu 'dipasang soket...'. -Teringat dialog Nabil dalam rancangan "Lu Pkir La Sendiri"-

SOKET 17... hehehe...

Bila difikir-fikir, ada betulnya juga. Takpelah... Idea mereka. Sebenarnya saya nak menyatakan bahawa tersangat kurang dari filem-filem Melayu yang berunsurkan Islam... Banyak cerita yang berunsur gejala sosial dan negatif. Apatah lagi, artis di zaman sekarang ini cukup berani menunjukkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya ditonjolkan -mengikut budaya barat-. Lantas di benak fikiran ini mengatakan bahawa, masyarakat Melayu dan beragama Islam sudah hilang malunya. Masih boleh menunjukkan adegan-adegan membuka baju, bercium dan yang seumpamanya... Terkadang saya terfikir, di mana adab dan maruah sebagai seorang muslim?

Malu rasanya sebagai umat Islam, berbangsa Melayu, menghasilkan filem-filem yang kurang 'hebat'. Kalau di negara-negara lain, menghasilkan filem yang menunjukkan kekuatan dan kelebihan mereka sendiri atau negara mereka. Sesuatu yang dapat membanggakan diri dan tanah air. Bukanlah saya bermaksud mengagung-agungkan filem luar negara, tapi kualiti filem dan kualiti akhlak yang ditonjolkan sangat tidak memuaskan. Malah, menjadi satu contoh yang tidak baik kepada para muda-mudi, dan kanak-kanak.

Kalau hendak di sini, saya hanya berpuas hati dengan beberapa filem sahaja. Seperti SYUKUR 21 -penggunaan teknologi yang canggih dan mantap, pergaulan dan akhlak yang sangat cantik...-, serta filem animasi UPIN DAN IPIN - filem ini sudah tentunya diterima ramai, kerana respon yang positif dari kawan-kawan saya. Malah, jalan ceritanya juga menarik. Mungkin ada juga pilihan dari drama-drama di televisyen. Tapi, disebabkan terlampau banyak, saya tidak dapat menyebutnya di sini kerana tidak ingat akan tajuk-tajuk drama tersebut.

Saya tidak tahu untuk mengulas lebih panjang, kerana saya bukanlah ahli perfileman.
Namun, saya mengharapkan agar filem-filem kita dipertingkatkan kualitinya serta ditapis penghasilannya dari adegan-adegan yang tidak sepatutnya menjadi tontonan umum. Malah, filem-filem dari luar negara juga perlu ditapis , agar dapat menghasilkan ummah yang berkualiti dari segi pemikiran dan akhlak.

FIKIRKANLAH... Habuannya di akhirat kelak, yang bakal kita tempuhi entahkan bila tempohnya. Entahkan baik, entahkan tidak. (nauzubillah...)

-camar duka-


Saturday, June 6, 2009

BISMILLAH...

Hari ini aku tidak ke mana-mana.. Bangun dari tidur, terus sahaja aku pulang ke rumah. -Tidur di mana malam tadi? Oh! Rumah aisyah.. Jiran aku..hehe- Sengaja tidur di rumahnya. Aku pun sudah lama tidak ke rumah itu, rumah lamaku. Setelah habis peperiksaan akhir semester dua, aku tak tahu apa yang nak dibuat. Plan nak buat macam-macam. Tapi, entahlah, tengoklah nanti.
Hmm, sampai saja di rumah aku terus main game. Inilah aktiviti aku kalau tiada apa-apa yang hendak dibuat. Bukan setakat hari cuti, dalam tempoh peperiksaan pun aku masih main game! Macam mane nak buat ye? Dah jadi tabiat aku main game. Kalau tiada program atau aktiviti, sehari tak main game tak sah. Hmm, aku sebenarnya nak tulis nukilan hati, tapi aku tak bawa pula buku tersebut. Terpaksalah aku menangguhnya lagi. Kalau sebelum ni, aku terpaksa tangguh sebab dalam tempoh peperiksaan.. Kali ni aku terpaksa tangguh sebab nukilan hati tu aku tulis dalam buku terlebih dahulu, dan aku tertinggalkannya. Terpaksa melupakan hasrat di hati..
Ya Allah! Kenapa ye? Hari cuti ni hari yang membosankan? Walhal, sebenarnya banyak aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan..

-Tepuk dada tanya iman di hati, sekarang ni lu pikir la sendiri!-


Wednesday, May 27, 2009

BAGAIMANA....

Bagaimana harus kita berbicara pada manusia... Segala yang dilakukan serba tak kena.. Sedikit kesilapan selamanya dipandang hina... Sedang aku tidak melakukannya sepanjang masa.. Apatah lagi dengan sengaja..

Bagaimana pula harus kita memenangi hati mereka.. Sedang hati ini tiada siapa yang menjaga.. Seringkali tercemar, tercalar dan terluka... Tanpa diambil peduli oleh sesiapa... Tanpa sekelumit pun mahu bertanya...

Bagaimana pula harus kita sama seperti mereka... Sedang aku hanya insan biasa, memendam rasa dan gelora di jiwa. Berperibadi pendiam dan kurang berbicara. Aku tidak sama dengan mereka, aku tidak secerdik mereka. Aku tidak seramah dan sepetah mereka.. Dan aku juga tidak sama pemikiran seperti mereka..

Namun, harus kulalui semua ini, tanpa perlu peduli apa yang tersirat di hati.. Biarlah diri ini terluka, asal mereka bahagia.. Biarlah hati ini kecewa, asal mereka puas tiada berduka..

Hati ini terlalu kecewa, sedih dan berduka.. Bagaimana harusku berbicara pada alam, untukku menyatakan perasaan yang kualami ini.. Terlalu sukar rasanya mahu meluahkan segala isi hati ini.. Biarlah terkubur sendiri, melalui dunia yang sementara ini..

Cukup sekadar aku meluahkan segala isi hati melalui tulisan ini..
Walau tanpa teman di sisi... Puas sudah hati ini meluah, yang sedikit sebanyak merungkai selirat di dadaku...

-RAUDHATUL QALBI berkecamuk hari ini, tiada siapa yang membantuku menyinarinya di sini..-

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata..."
"Bila jari-jemariku ke sana ke mari, hanya tulisan hati yang menjelma..."


Sunday, May 24, 2009

PERSEDIAAN KITA (bhg. 2)...

BISMILLAH, ALHAMDULILLAH... Kembali bersama... (sambungan)
Kita dirujuk... Menjadi tempat rujukan bukan suatu yang mudah. Pelbagai permasalahan dan persoalan akan timbul dari mulut si penyoal. "Ustaz, macam mana hukum sekian-sekian perkara?", "Ustaz, macam mana hukum bila kita begini-begini?", "Ustazah, macam mana nak i'rab ni?"
Apa yang akan kita jawab? Patutkah kita beralasan: "Eh! Saya tak belajar yang ni", "Maaf, saya tak tahu. Dulu saya belajar bidang bahasa je..". Tidakkah kita berasa malu dengan diri sendiri? Tidakkah kita merasakan ini suatu cabaran di alaf baru, yang semakin dipenuhi kejahilan dan pelbagai tohmahan terhadap umat islam? Kita semakin terancam dek perancangan yahudi, zionis dan para kuffar yang berjaya untuk merosakkan aqidah dan pemikiran umat islam. Inilah tanggungjawab kita sebenarnya. Jangan dipedulikan kita berasal dari mana, jangan dikisahkan kita belajar luar bidang agama, jangan diendahkan kita bukan parti politik yang sama. Fikirkan di mana kita, ke mana kita, apa peranan kita, walau belajar luar bidang agama. Jika tanpa ilmu agama dan iman di dada, apa akan terjadi pada aqidah kita? Apa akan terjadi pada saudara seagama kita?
Bumi semakin tenat, semakin menghampiri nyanyok. Musim-musim tidak berada pada tempatnya, lari dari tempoh asalnya.. Semakin tersasar arahnya. Persediaan kita sebagai daie dan pelajar bukan sekadar di dunia, malah di akhirat kelak akan disoal juga. Tapi ingat, soalan-soalannya tidak sama seperti persoalan di dunia...

FIKIR-FIKIRKAN, RENUNG-RENUNGKAN...

"Bila jejariku menari, kalam yang bisu akan berkata-kata"


PERSEDIAAN KITA.... (bahagian 1)

Alhamdulillah... Fatrah peperiksaan telah pun bermula... Sedikit sebanyak melegakan hati aku yang gundah-gulana. Aku pun tak faham, setiap kali nak imtihan nihaie mesti rase malas sangat nak baca buku. Entah ape penawarnya aku pun tak jumpa lagi... Lusa nak hadapi peperiksaan, tapi tangan dan anggota-anggota badan yang lain masih boleh mengadap komputer riba dan 'menelaah' internet... Patutkah aku berbuat sebegini???
(Tolonglah aku YA ALLAH!!!)

Boring-boring baca blog kawan-kawan... Lepas tu, terfikir pula nak menulis. Agak-agak apa topik hangat yang boleh kita perbincangkan?

Mungkin kita berbicara tentang persediaan kita sebagai seorang daie atau persediaan kita setelah tamat pengajian kita di dalam negara atau di luar negara terutamanya...
Kenapa aku sebutkan 'di luar negara terutamanya'? Hmmm...Mungkin ada di antara kita semua pernah terfikir, "Balik nanti aku nak buat ape ye?", "Aku nak keje ape nanti?", "Macam mane la nak balik ni??? Persediaan tak cukup lagi...Adoiii!!!", "Adoii!! Takutnye nak balik... Entah jadi ape la aku nanti...".... Macam-macam lagi la yang bermain di fikiran... Aku pasti korang pun mesti ada yang fikir macam ni, kan? Termasuk la yang bertanya ni...

Apa sebenarnya yang kita perlukan? Apa sebenarnya yang kita kena buat? Cukupkah bekalan pelajaran kita di sini? Atau hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja?? Pernahkah kita terfikir pengorbanan mak ayah, ibu bapa, ummi abah...???? Kekadang, acapkali aku terlihat rakan-rakan sekuliah 'tuang' kelas... Kerap juga terdengar orang bercerita pasal orang itu, orang ini tuang kelas... Alih-alih, dia pula yang buat!... Hah! Apa kes??? Kalau beralasan kukuh bolehlah diterima akal. Ini, sampai aku rasa dah malas nak ambil peduli pasal mereka. Memanglah itu hak individu, tapi tanggungjawab kena jalan. Tanggungjawab sesama muslim, tanggungjawab sebagai daie, tanggungjawab sebagai seorang kawan, tanggungjawab ahli rumah... Macam-macam lagi laa... Pernah aku terdengar kisah ustazah (warden) aku masa sekolah menengah dulu, kisah dia dengan ahli bayt... Ahli bayt dia ni sakit, ustazah aku ni pulak sibuk dengan imtihan, sampaikan dia tak tahu kawannya sakit. Nak dijadikan cerita, habis imtihan dapat natijah. Dia pun pelik dengan natijah imtihan dia, "Kenapa boleh jadi macam ni"? Bila dikaji-kaji, rupa-rupanya ahli baytnya sakit, dia langsung tak tahu... Haa, bukan kisah tak mahu ambil tahu, tapi memang tak tahu... *Moral of the story : Sesibuk mana pun kita, janganlah sampai tidak memperdulikan kawan-kawan, teman-teman, sahabat-sahabat... Kalau dah dengan kawan-kawan pun kena ambil berat, apatah lagi sesama ahli keluarga dan ibu bapa... Hmm, panjang lebar pula nanti kalau masuk bab ni... Ini la serba sedikit kisah tentang tanggungjawab kita terhadap kawan-kawan, sesama Muslim...

Ini baru muqaddimah "Persediaan Kita"... Hehehe...

Jom kita masuk sikit bab ni... Sebelum masuk dengan lebih mendalam, apa kata kita muhasabah sikit...

Pelajar-pelajar yang belajar bidang agama, terutama lulusan dari timur tengah (Mesir, Jordan dan sebagainya), pasti akan dipandang oleh masyarakat... Kebiasaannya, bilaman masyarakat mendengar kita belajar di timur tengah, pasti akan mengatakan atau mengannggap mereka ini golongan 'ustaz dan ustazah'.. Yelah, belajar di luar negara, negara arab pula tu... Begitulah kebanyakan tanggapan masyarakat. Walhal, bukan semua yang belajar di timur tengah ni belajar bidang agama... Ada yang ambil bidang bahasa, ada yang ambil bidang kedoktoran... Macam-macam lagi la.. Haa!! Inilah sebabnya kenapa aku fokuskan pasal "Persediaan Kita" ni...

Kawan-kawan dan teman-teman, perlu kita ingat bahawa bekalan sebagai seorang anak dan sebagai seorang pelajar bukanlah hanya dengan apa yang kita pelajari atau sekadar apa yang kita ketahui. Akan tetapi, perlu kita ingat bahawa masyarakat hari ini sangat memerlukan daie dan golongan ulama yang pakar dalam bidang agama terutamanya.
* Bila sebut ulama, suka saya mengingatkan... Ulama jamak kepada 'alim, yang bermaksud yang pakar.

Tidak kiralah kita ni belajar bidang bahasa atau kedoktoran, bila pulang ke tanah air nanti pasti akan menjadi tempat rujukan. Bahkan, yang belajar bidang bahasa pun orang ingat kita belajar agama sepenuhnya. Bukan apa, perkara ni dah terjadi pada diri sendiri... Aku dan family aku ni jadi tempat rujukan makcik. Sebab, sejak sekolah rendah lagi dah belajar di islamic school...

(bersambung....)


Monday, May 18, 2009

AKU INI HAMBAMU...

Aku termenung sendirian... Merenung nasibku di akhirat kelak... Apakah aku melakukan amalan yang diredhai ALLAH??... Adakah aku telah mempersiapkan diri untuk menghadapNYA?

YA ALLAH!!! Ampunilah daku... Diri ini tidak bisa berdiri sendiri tanpa bantuanMU. Diri ini tidak mampu berjalan mengorak langkah tanpa kekuatan dariMU. Aku ini hambaMU. Hamba yang sentiasa lalai dan leka. Seringkali diri ini ternoda dek dosa-dosa yang mengaburi mata. Seringkali diri ini tertimpa musibah kerana degilnya anggota... Anggota zahirku yang tidak akan bertindak, melainkan dengan kehendak tuan empunya diri.

Jika dilihat pada permukaan, tampak tenang. Tapi, di dalam hatiku terpendam persoalan. Perlukah aku khabar yang kualami?

Bertali arus dugaan tiba, menakung sebak air mata... Namun tak pernah pun setitis mampuku menahannya dari gugur di pipi... Tidakku tempah hidup sengsara, namun itulah hakikat sebagai hamba, yang memilih jalan untuk terus hidup di dunia (YA ALLAH, AMPUNILAH DAKU SEKIRANYA AKU MENGELUH). Menempuh badai yang bergelora, diredah bersendirian...Tak siapa tahu hatiku..

Aku menangis lagi. Tertumpah jua air mata yang sekian lama berada di empangan. Berderai sudah hati yang sekian lama perasaan dipendamkan. YA ALLAH! Bantulah hambaMU untuk menghadapi dunia yang memenatkan ini. Bantulah aku untuk menghadapi dunia tipu daya, dunia yang penuh pura-pura...

Namun, kesedar... Semua deritaku ada hikmahnya. ALLAH sayang akan daku. Biar derita sengsara di dunia, namun hasil yang dikecapi di akhirat kelak bahagia abadi yang menanti... Biarlah keruh air di hulu, mungkin akan jernih di muara.. Biarlah pedih hatiku menempuh dunia, asal bahagia menanti di syurga...

___________________________________________________________________________________

Tuhan, rahmatMU menggunung, kasihMU abadi tiada penghujungnya...
Tuhan, hinanya hambaMU mengecapi nikmat tanpa rasa malu, walau secangkir syukurku dinodai dosa hiasan hidupku...
Keluhan hamba pasrah padaNYA... Kerana DIA adalah pencipta segala...

TUHANku... Ampunkanlah segala dosaku... TUHANku maafkanlah kejahilan hambaMU...
Kusering melanggar laranganMU, dalam sedar ataupun tidak...
Kusering meninggalkan suruhanMU, walau sedar aku milikMU...
Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar... Pagiku ingat, petangku alpa...
Begitulah silih berganti...

Oh! TUHANku... KAU pimpinlah diri ini yang mendamba cintaMU... Aku lemah dan jahil tanpa pimpinan dariMU... Aku sering berjanji depanMU, dan sering jua kumemungkiri...
Jua, kupernah menangis keranaMU, namun kemudian kuketawa semula...Bilakah semua ini akan berakhir, dan aku kembali menjadi hambaMU yang sebenar...

Sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGASIH & MAHA PENGAMPUN kepada hamba-hambaMU... Ku mengharap kepadaMU YA ALLAH... Peliharalah diri dan keluargaku agar selamat di dunia dan akhirat... Seperti para rasulMU dan para waliMU...
Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...

-HAMBAMU-


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More