I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Saturday, May 15, 2010

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim...

Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.

Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah:

Mafhumnya : "Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi." (al-Baqarah : 30)


DEFINISI:

Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.

Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam. Para sahabat dan tabiin telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syara' selepas kewafatan Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan.

Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga lebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF yang amat besar kepada insan yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan:

"Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua"

Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah.


KEPENTINGAN DAN MATLAMAT

Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan jelas.

1- MEMAKMURKAN BUMI DENGAN PELAKSANAAN SYARIAT.

Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan "peruntukan-peruntukan kuasa" yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi. Pemimpin mestilah yakin untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah sebagaimana firmanNya:

Mafhumnya: "Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah agama Islam" (Ali-Imran : 19)

2-MENYAMBUNG TUGAS RASUL.

Ketetapan bahawa Rasulullah merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi pemimpin umat bertaraf rasul yang akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan semula Nabi Isa, sedangkan tugas menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang zaman. Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk mengambil peranana baginda. Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang benar-benar berkelayakan dan bertaraf ulama'. Diiktiraf dan ia sendiri menerima wala' daripada orang di bawah pimpinannya.

3-BUKTI KEPATUHAN KEPADA ALLAH.

Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak langsung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah, yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan amalan yang benar. Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa diingatkan oleh pemimpin mereka agar sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah.

4-KEMASLAHATAN UMMAH.

Kepimpinan yang wujud bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak semua pihak terpelihara. Apabila keadaan ini dapat direalisasikan maka nasib ummat akan terbela dan maslahah akan terjaga. Ini adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam Islam yang menuju ke arah keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama.


CONTOH PANDUAN RASULULLAH


Keunggulan Rasulullah sebagai pemimpin terulung merupakan satu fakta yang tak dapat disanggah. Ini dapat dibuktikan dari lipatan sejarah, akan kejayaan baginda mengubah anutan masyarakat jahiliyyah kepada keimanan dan ketauhidan kepada Allah. Ini bermakna Rasulullah memiliki ciri-ciri pemimpin yang sejati dan baginda (dengan bantuan Allah) telah memimpin ummat Islam menuju kecemerlangan di samping membekalkan sahabat-sahabat baginda dengan bekalan-bekalan yang penting untuk menyambung tugas baginda. Firman Allah:

Mafhumnya: "Bahawa Rasulullah itu adalah contoh tauladan yang terbaik untuk kamu teladani."

Ketokohan Rasulullah juga diakui oleh semua pihak dan seorang orientalis barat telah menyenaraikan baginda pada senarai yang pertama di dalam bukunya "100 MOST INFLUNCEMAN IN HISTORY" sedangkan tokoh-tokoh utama lain seperti Nabi Isa sendiri disenaraikan di tempat ketiga. Kenyataan ini telah mengejutkan banyak pihak kerana sepatutnya pengarang mestilah bersifat diskriminasi terhadap Islam.

Di samping itu juga boleh mencontohi sahabat-sahabat Rasulullah seperti Khulafa' Ar-Rasyidin. Mengapa tidak kita mencontohi ketegasan Abu Bakar as-Siddiq memerangi golongan murtad yang enggan mengeluarkan zakat dalam misi "Harbu Riddah". Begitu juga keadilan Umar al-Khattab dalam empayar Islam. Tidak ketinggalan Saidina Usman dan Saidina Ali yang mempunyai kehebatan tersendiri yang sewajarnya kita contohi mereka semua.


((bersambung...))


Entri yang lepas Kepimpinan Sebagai Amanah...


2 comments:

Agoes said...

ditunggu sambungannya, syukron.

ReM said...

terima kasih akhi... udah disambung....

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More