I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Tuesday, May 11, 2010

Jom Jadi Jenin




Current mood: awake
Category: Goals, Plans, Hope

Andai Mat Jenin berangan-angan kosong dia tak akan berkerja mengutip kelapa, dia sudah memulakan langkah pertama dalam imaginasinya cuma dia "dimatikan" oleh penglipurlara yang tidak memahami konsep imaginasi cemerlang atau mungkin sesiapa yang tak mahu tengok kita mempunyai imaginasi cemerlang. Realiti hari ni kita boleh tengok lebih ramai yang menganggur tanpa ada wawasan (takda kerja, takda imaginasi/target/perancangan). Lebih teruk dari Jenin yang secara umumnya dimomokan dengan imej yang imaginasi tak kan membawa kita kemana-mana. Mat Jenin sudah "nampak" destinasi yang boleh dia katakan kejayaan, sudahkah anda?


(alFaisal)
Dengar citer orang dulu jadikan renungan
Pasal sorang mamat kononnya kerja asyik beranganAlign Center
Baik duduk tengah makan atau petik buah kelapa
Tak habis-habis plan, cita-cita jadi kaya
Hasil petik kelapa dia nak beli banyak ayam
Biar biak jadi ladang pastu takyah jadi khadam
Boleh jadi tuan, cuma uruskan perniagaan
Perniagaan pun berkembang kaya sebagai balasan
Boleh kahwin puteri boleh dapat penghormatan
Itulah destinasi dia punya kejayaan
Watak tu memang punya perancangan yang cemerlang
Tapi aneh kenapa dia dimatikan terang-terang
Mesti ada sebab untuk kita semua fikir
Bukak mata bukak minda berfikiran kritis sikit
Mat Jenin mati dibunuh bukan sebab berangan
Penjajah tak mau tengok orang kita kehadapan

(RyFa)
Pe dosa Jenin dimati sedemikian
Kita lihat angan-angan dia lihat masa depan
Dia ada impian imaginasi penuh visi
Bermula dengan mimpi dia karang strategi
Perancangan dah jelas,cume tinggal usaha
Jenin dikebumikan, tak nak kita ikut dia
Terkubur angan-angan konon buat tauladan
Hidup la orang kita, takut nak berwawasan
Dan terus ketinggalan, kabur penuh alasan
Plan tiada rancangan cuma hanya bualan
Lihat sudut positif dalam cerita jenin
Impian milik kita kalau kenal erti rajin
Imaginasikan hala tuju biar nampak jalan
Biar jelas biar nyata mana kiri mana kanan
Mesti ada sasaran baru kita boleh maju
Kemana hendak pergi itu perlu kita tahu
Kalau takde matlamat, kalau takde wawasan
Itu aku bagi korang ar sendiri bayangkan

(Chorus)
Jom jadi Jenin berani berimaginasi
Jangan takut nak bermimpi janji ada usaha skali
Bayangkan semua target bayangkan cita-cita
InsyaAllah realiti, berpihak pada kita

(alFaisal)
Kalau takde angan mana wujud perancangan
Hanya perancangan bisa menjayakan kenyataan
Lihatlah yang berjaya diorang semua punya mimpi
Mimpi bakar semangat azimat dalam diri
Cuba kita bayangkan kalau Jenin terus hidup
Bayangkan kalau semua perancangan dia ikut
InshaAllah berjaya capai semua yang dia cita
Kan lebih baik dari, tak rancang apa-apa
Renung balik hidup, cuba tanya balik diri
Kejayaan hari ini, mesti dulu pernah impi

(Chorus)


0 comments:

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More