I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Thursday, April 8, 2010

~NIKMAT KESIBUKAN~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bismillahirrahmanirrahim............

~Di saat ini aku sedang 'berehat'. Mengambil masa untuk pulih kembali... :( (Patutkah????)~

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang sangat mencabar. Adakalanya menyeronokkan, adakalanya menyedihkan, adakalanya membosankan, dan adakalanya memeningkan. Iman turun naik. Begitulah setiap kali berlakunya perubahan pada hati dan perasaan. Seakan-akan jemu untuk menghadapi hidup ini lagi. Namun, sebagai seorang muslim yang dikurniakan iman, aku cuba untuk menghadapi kenyataan. Kehidupan ini yang telah aku pilih - 'turun' ke dunia yang fana.

Aku, salah seorang dari berjuta-juta hambaNYA yang 'memilih' untuk melihat dunia ini. Di sinilah aku membaja akar iman aku sedari kecil. Mahu atau tidak, aku perlu meneruskan kehidupan sebagai hambaNYA, kerana aku TERPILIH.

Suatu hari aku mengeluh kerana terlalu banyak perkara dan kerja-kerja yang perlu aku lakukan, hinggakan tiada masa untuk aku membuka buku walau sehalaman, walau sejam, walau seminit. Kadang-kadang hingga sangat memenatkan, yang membuatkan aku terlena saban malam tanpa berpeluang untuk aku menghadap Tuhan di sepertiga malam.

Di tambah dengan pelbagai masalah yang sebelumnya sememangnya sangat berat untuk aku menghadapinya. Almaklumlah, hidup di perantauan, memerlukan kita saling bekerjasama untuk membantu menghadapi sesekian masalah. Begitulah juga dengan aku yang tak terlepas dari semua ini.

Di satu saat dan ketika, aku sudah tidak mampu untuk menanggung semua ini. Lantaran hati tak keruan, empangan akal dan hati yang menakung air mata dari mengalir kini pecah sudah. Hinggakan tak terkata dek kerana terlalu sedih dan 'sengsara' (ampuni hambaMU, YA ALLAH). Begitulah hakikat seorang manusia yang bergelar hamba. Ada masanya iman itu akan menjadi terlalu dan teramat-amat rendah kadarnya tatkala bergelut dengan kesukaran dan kesempitan hidup. Namun, segalanya sudah tertakdir. Aku masih gagah dan mampu untuk menghadapi dunia ini walau berkali-kali aku cuba untuk 'melepaskan' tanggungjawab yang aku pikul.

Aku sangat-sangat bersyukur kerana masih dipelihara olehNYA sehingga kini. Hati ini sentiasa futur. Rasa futur yang tak pernah putus-putus, hati yang sentiasa mengucapkan mahu berlaku perkara itu, mahu berlaku... (Astaghfirullah... Na'uzubillah min zalik...)
Wa hamdan lillah kerana masih memelihara iman di hati.

Mac - bulan yang sangat-sangat menguji kesabaran aku sebagai seorang pelajar, ketua, pemimpin, hambaNYA dan sebagai ahli persatuan. Bermacam-macam masalah, berbagai-bagai kerenah... Baik Arabiyyun mahupun Maliziyyun, tak terlepas diri sendiri... Namun itulah yang mengajar aku erti kehidupan. Bagaimana mahu menyusun waktu agar pelajaran tidak terganggu. Bagaimana mahu memimpin dan menjadikan diri sebagai qudwah. Bagaimana mahu mengawal emosi. Bagaimana mahu membahagikan waktu untuk Tuhan yang mencipta. Bagaimana mahu memberi komitmen sebagai ahli persatuan.... dan bermacam-macam lagi.

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Aku 'ditarbiyyah' oleh Allah semenjak dari kecil untuk menjadi seorang pemimpin. Sehingga hari ini masih ditarbiyyah dan masih belajar selok-belok untuk menjadi seorang pemimpin dan seorang muslimah mukminah solihah yang terbaik.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini...
Kesibukan itu sebenarnya satu nikmat bagi yang merasai. Kerana apa????
Kerana di sebalik kesibukan itulah yang membuatkan kita tidak mensia-siakan masa yang ada dengan begitu sahaja. Ada yang sibuk berkhidmat untuk masyarakat, kawan-kawan, sahabat handai, adik-beradik, keluarga dan sebagainya.

Satu hari iman dan kesabaran aku jatuh merudum. Tak bernilai lagi harganya (ketika itu) - barangkali. Apakan daya, kerana aku adalah seorang hambaNYA, hambaNYA yang biasa. Adakala iman turun naik. Agak sukar untuk mengekalkannya. Di saat-saat ini jugalah aku merasakan ingin berhenti dari semuanya. Malah pernah terfikir, "Untuk apa aku hidup???" (Astaghfirullah... ampunilah hambaMU ini YA ALLAH...) Begitulah kata hati yang tidak dipandu arah oleh akal. Semahu-mahunya berkata-kata sekehendaknya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dan di saat itu juga aku terfikir ingin meminta 'dilepaskan'. Dilepaskan dari segala masalah, dan tanggungjawab. Tak keruan... Dua minggu berada dalam fatrah yang sangat menekan jiwa. Hingga tidak bersemangat untuk menghadapi hidup, imtihan dan segala-galanya.

Namun, cuba aku gagahkan diri ini dari semua itu yang membelenggu jiwa ini. Memetik kata-kata seorang teman dalam status YMnya... "Bagaimana dapatku terbang ke angkasa, andai kaki dibelenggu rantai dunia (bumi)"...

Di saat ini aku sedang 'berehat' sebenarnya... Mengambil masa untuk pulih kembali... Sudah seminggu lebih aku tidak sibuk dengan perkara-perkara berpersatuan, dan yang seangkatan dengannya. Mungkin hanya busy dengan kelas-kelas tafaqquh, kelas al-quran, dan latihan silat.
Namun, disebalik kerehatanku ini, kini kukembali merasakan kekosongan dalam hidup ini.

"Sunyinya..." getus hati kecil ini.

Sunyi yang mungkin bermaksud agak lama berehat, rindu untuk kembali sibuk. (^_^)
Terasa rugi tidak 'mengeluarkan peluh' untuk berkhidmat. Malah masa rehat dan kekosongon ini dirasakan seolah-olah sia-sia kini. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku kembali ke medan perjuangan.

Muhasabah kembali, Firman ALLAH (2:216) : "...... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Cukuplah sudah masa untuk aku 'berehat'.
Aku perlu kembali ke medan jihad.
Melawan segala nafsu dan perlu kuat.
Di hadapan ku berjuta ummat.
Memerlukan kekuatan dan khidmat.
Aku perlu tabah dan kuat tekad.
Agar mereka tidak terjatuh di medan jihad.
ALLAHU AHAD!!!!
Aku akan kembali dengan harapan dan semangat...

p/s: Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Bukan menceritakan suka-duka kehidupan untuk mencari publisiti murahan.
Sekadar berkongsi idea dan pengalaman.
Yang baik-baik itu harap dijadikan teladan dan pengajaran.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Pintaku: Moga Allah memberi semangat dan keberkatan dalam kehidupanku di hari-hari yang mendatang... Doaku untuk kalian juga... Serta keluarga di Malaysia...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


3 comments:

Atin Jieha said...

Jay kata ..., Hsiang, cari, detektif, detektif pejabat, merekrut, detektif swasta, kredit dan kredit institusi maklumat, syarikat kredit, menggenggam monyet, penggelinciran, pengkhianatan, pernikahan, berselingkuh, perasaan, pihak ketiga, urusan luar nikah, berdiri satu malam, selir, berselingkuh, penyelidikan pasaran, perdagangan yang adil, fokus pada perkosaan, hutang, hutang perundingan, piutang, penipuan, perceraian, hak asuh, nasihat undang-undang, pengetahuan undang-undang, saran perceraian , rakaman bunyi, untuk mencari orang pelacak, GPS, kredit, kredit syarikat, menjejaki, menggenggam perzinahan, perselingkuhan, kredit dan kredit institusi maklumat, kredit syarikat, menjejaki, menggenggam perzinahan, perselingkuhan, kredit, kredit sosial, syarikat kredit, carian, fokus pada perzinahan, perselingkuhan, kredit dan kredit institusi maklumat, kredit syarikat, carian, fokus pada perzinahan, perselingkuhan, Hsiang

<cina ni pening kot...hihihi (^_^*)

mashitah said...

salam..ut selamat hari lahir.

ReM said...

tq very much to atin & masitah....

aah... awal2 dah agak... sesat jalan le tu cina ni...

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More