I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Tuesday, April 27, 2010

MENGAPA BEGINI????

~Sering menjadi mangsa akibat mereka melihat aku dengan mata hati~

Sudah agak lama keadaan sebegini... Bila diimbas-imbas kembali, rupa-rupanya kejadian yang sama telah berlaku berulang-ulang kali... Bermula Semenjak aku di sekolah, hinggalah aku tiba ke sini... Malah, bila direnung-renung kembali, rupanya seolah-olah tiada hari yang aku lalui tanpa sendu dan tangis... Lebih banyak perkara duka berbanding perkara suka... (Moga kegembiraan yang di'simpan' ini akan menjelma di hari akhirat kelak.... amiiiinn)

Aku inginkan kedamaian, aku inginkan kebaikan, aku inginkan persaudaraan...
Mana mungkin seseorang itu menjadi hebat jika tidak diuji sebelum bergelar pendekar...
Mungkin itu yang lebih sesuai untuk aku perkatakan...


***********************


Aku sangat-sangat menghargai sebuah persahabat, kekeluargaan, persaudaraan setelah aku melalui 'zaman jahiliyah', sebelum aku diberi hidayah.


***********************


Segala-galanya telah tercerai semula semenjak peristiwa tersebut...
Alangkah sedihnya aku sebagai salah seorang temannya yang selalu bersama-sama dengannya pada sebelum ini. Namun kini kami seolah-olah 'orang asing'.
[...sedih...]

Tidak pernah aku bergaduh dengannya setelah sekian lama sebelum peristiwa itu.
Tidak pernah juga aku bermasam muka dengannya.
Tidak pernah juga aku meninggi suara terhadapnya.
Tidak pernah pula aku memandang serong padanya. Malah, aku cuba untuk bersangka baik dengan setiap perkara yang terjadi antara aku dengannya.
[...sedih...]

(Imbas kembali)
1- Bila aku mengerling ke kiri atau ke kanan, pasti akan terkeluar:
1) "Ape jeling-jeling??" kata-kata seorang kawan. "Eh! Macam ni pun jeling ke??" aku membalas.
2) "Jangan jeling-jeling, tak baik jeling orang" kata seorang pekerja sekolah. Aku diam.
Aduhai! Tak berniat pun nak jeling-jeling. Dah mata aku dicipta macam ni, nak buat macam mana???

2- Memek muka yang sering disalah erti. (tak tau nak ulas macam mana...)

3- Pernah dulu aku ingin meminta pertolongan dari seorang sahabat.
Daku datang kepadanya dengan hati riang gembira, wajah yang ceria, bermanis muka.
Memulakan bicara dengan... "Fulanah, boleh tak ana nak mintak tolong??"........
Tetapi disambut dengan "Kami ade exam esok!!!!!"
Terkedu dan terkesima aku dibuatnya... [Pulang dengan hati yang hampa tanpa meneruskan bicara]
*** Akibatnya, dia yang membisu seribu bahasa, selama sebulan. Bukan aku yang tidak mahu bertegur-sapa, tetapi dia yang memalingkan wajahnya. [malu mungkin]
Sedang perkara yang sepatutnya, jika diikut secara logiknya, sudah pasti mangsa yang tidak mahu bertegur sapa, namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Aku mengadu kepada seorang senior mengenai hal ini, katanya mungkin fulanah itu malu atas tindakannya. (Senior ini seorang yang 'kudus' hatinya)...
Katanya lagi, "Ramlah la yang mulakan dulu..."
Baiklah, nasihat diterima. Tapi, aku tidak terus buat sebab 'kekok' dengan fulanah.
Alhamdulillah, sesi bermuram durja diakhiri dengan bicara beliau tentang sesuatu ketika kami semua ingin ke suatu tempat untuk mengikuti program. Beliau yang memulakan bicara. - Rasa macam orang asing la pulak!

4- Selama aku kenali dua beradik ini, mereka terkenal dengan sikap ramah-mesra yang tidak mengenal siapa. Baik yang baru kenal mahupun lama, baik senior mahupun junior.
Suatu hari, aku dapat mengesan ada sesuatu yang tak kena dengan mereka. Mereka seolah-olah menjauhkan diri dari aku. Bermasam muka setiap kali bertembung dengan aku.
Terbit satu persoalan, "Kenapa dengan diorang ni?? Tiba-tiba je macam ni..."

Bila diteliti, dalam masa yang singkat, Allah beri petunjuk... "Ohh! Mereka berkawan dengan Minah rupanya! Mesti ada sesuatu yang Minah cakap sampai diorang jadi macam ni dengan aku..."
Siapa yang tak kenal dengan Minah ni. Memang batu api. (bukan memburukkan beliau, tapi dah ramai yang tahu pasal beliau...)

Aku tersenyum girang apabila dapat mengesan sebab. Menunggu masa untuk berbaik semula, sambil terus berbaik sangka.
Alhamdulillah sekejap sahaja berlaku. Tiada apa yang menghalang kami untuk terus bersahabat.

5- Aku menegur 'seseorang' ketika sedang bermesyuarat. Menegur sikap beliau yang ditunjukkan ketika mesyuarat tersebut, beserta rasa tidak puas hati yang ditunjukkan melalui memek muka beliau.

- Entah macam mana, suatu hari rakan baik beliau, yang baik juga dengan aku tiba-tiba bermasam muka dengan aku. Dengan tidak semena-mena, bertembung, terus menunjukkan muka yang tidak manis, malah mencebikkan bibir pula. Begitu juga ketika beliau bertandang ke bilik aku. Perkara yang sama. Hati aku terguris bukan kepalang. Dalam benak fikiran sudah dapat mengagak apa yang berlaku. -pastinya 'seseorang' ini bercerita mengenai apa yang aku buat ketika mesyuarat tersebut.

- Ok...(bermonolog). Mungkin cara aku salah, tapi ini dah melampau! Orang lain yang kena, orang lain yang membalas. Dia pulak yang lebih-lebih.
- Dipendekkan... Tak tau la macam mana boleh berbaik semula...

6- Suatu hari, seorang teman sedang 'berperang' dengan seseorang. Perkenalan yang masih baru. Puncanya hanya sedikit. Namun, masing-masing keras kepala dan ego. Masing-masing saling 'menggunakan laser'.
Maka tercetuslah pergaduhan ketika hari sudah pun hampir maghrib. Nampak macam nak parah. Aku pun bingkas bangun meluru ke arah mereka. Kedua-duanya masih bertegang. Aku cuba menjadi pendamai. Tetapi disalah erti dan dituduh lebih percayakan orang lain berbanding kawan sendiri. (bila masa pulakk!!?? Kau tu yang sombong dan ego! -cakap dalam hati je ni...)
Aku pun berkeras kepala dengan Fulanah A yang sorang ni. Ingat aku takut!?
Agak teruk, hinggakan kedua-duanya tidak bertegur-sapa hinggalah Fulanah B ni habis belajar. Dua-dua tidak bermaafan. Mangsa keadaan adalah aku dan Fulanah C. Aku ni yang tolong jadi pendamai dituduh, dan dipulaukan oleh Fulanah A!! (kenapa dia macam tu?)
Seperti yang aku selalu buat, biarkan sahaja. Tunggu masa supaya pemangsa reda amarahnya.
Alhamdulillah, berkat sabar dan doa... Kami berkawan seperti biasa...

7- Suatu hari aku menegur seseorang kerana pulang lewat... Soalan aku kepada mereka:
"Dah pukul berapa sekarang??" (bersoal jawab sekejap...)
Hanya dengan persoalan ini sahaja aku dituduh memerli mereka... Sedangkan aku bertanya. Pertanyaan yang disertakan dengan peringatan... Tetapi disalah erti lagi... Takpelah, mungkin kerana mereka masih baru... Budak SPM... Baru masuk, tak matang lagi... Aku biar...
Tapi, sangat menyedihkan... Seorang dari dua orang tersebut tidak bertegur dengan aku hingga ke hari ini... Seolah-olah aku telah melakukan kesalahan besar kepadanya... Seolah-olah tidak mahu memaafkan aku...
Takpelah... Biarlah... Biarlah mereka dengan dunia mereka... Sekiranya suatu hari nanti mereka ingin menyapa aku yang serba kekurangan ini, aku sedia menerima mereka dengan hati yang terbuka... Sedia...
Malah, sedia memaafkan mereka dan melayan mereka seperti biasa... Walau hati ini yang terseksa...
(Kesalahan aku, mungkin nada yang kurang sesuai digunakan...)

8- Suatu hari, setelah sihat dari gering... Seorang sahabat tiba-tiba mengubah pelakuan.
Wajahnya kelihatan rasa benci yang membusuk dalam hati! Ke mana-mana sahaja ada aku, pasti dia akan berpaling dari melihat wajah buruk ini...
[...sedih...]
Aku tidak tahu punca. Terus bertahan dan berbaik sangka. Namun, hari demi hari, rasa benci cik fulanah ini semakin ketara dan membara. Aku semakin dibencinya, malah apabila terlihat sahaja wajah ini, dipalingkan dengan rasa benci dan jelingan dari matanya... Hati ini semakin terguris dan sangat-sangat terguris...
Mengapa begini??? Aku sedih, malah menangis kerana tidak tahu punca sebenarnya. Masakan tidak, selama ini tidak pernah aku membuat kesalahan, tiba-tiba dibenci dengan penuh perasaan...
Bila diteliti dan disiasat, rupa-rupanya wajah buruk ini yang menjadi punca beliau bersikap begitu... Menuduh melulu. Mengikut kata hati. Tidak berbaik sangka. Hanya melihat dengan mata hati. Malah, tidak cuba untuk memahami. [Hanya itu yang dapat aku simpulkan]
Betapa sempitnya pemikiran seorang yang bergelar mahasiswi. Tidak mahu bertanya, terus meneka-neka dan bersalah sangka. Akhirnya, aku yang menjadi mangsa...
Hanya kerana muka aku yang memang dijadikan berwajah muram ketika tiada apa-apa perasaan atau peristiwa yang menghinggap. (maksudnya, gembira tidak, sedih pun tidak...biasa saja... natural...)
Aku membiarkan sahaja... Walaupun sangat sedih, sangat terluka dan sangat perit untuk menerima apa yang berlaku... Apa pun, masa yang menentukannya... Hanya pasrah dan berserah. Kini setelah 'berpisah', kami kembali bertemu semula... Bergurau senda, bergelak ketawa... Tapi, tidak seperti dulu... Juga ada rasa kekok...

9- Kali ini agak teruk... (fulanah A juga) Tiba-tiba tidak bertegur-sapa dengan aku... Aku rasa sedih. Bukan saja Fulanah A tu, tapi kawan baik dia yang baru tu pun turut tak bertegur dengan aku. Kenapa ye??? Adakah aku melakukan kesalahan dengan beliau? Adakah aku berburuk sangka dengan beliau? Adakah aku pernah memandang seorang kepada beliau? Atau pada kali ini, aku tidak bersungguh-sungguh seperti yang sebelum-sebelum ini??

Tidak bersungguh mungkin kerana aku menyangka tiada apa-apa pada awalnya. Kerana aku tidak terlibat dengan apa yang berlaku padanya. Malah, aku tidak bercerita pun kepada sesiapa. Aku juga tidak mengaibkan dia dengan peristiwa itu. Tapi, akibatnya... Aku juga yang menjadi mangsa!

Sakitnya hati ini apabila melihat gelagat fulanah A bercakap dengan classmate. Sedangkan aku hanya di sebelah orang itu...seolah-olah aku tidak wujud!
Aku tidak bersalah dengan beliau... Mengapa aku turut dipulau?? Aku tidak pernah menuding jari, tapi mengapa aku dijauhi?? Aku tidak terlibat dengan peristiwa itu, tapi mengapa aku yang dibenci kamu??

[Ya Allah... Hamba-Mu ini berdoa dan berserah... Kembalikan semula hubungan kami seperti sediakala... Biarpun kekadang hati ini terguris dengan kelakuannya...]

AKU TIDAK MAHU SYAITAN BERKEMENANGAN...
AKU TIDAK MAHU SYAITAN BERSORAK KERIANGAN...
KERANA MELIHATKAN ANAK-ANAK ADAM BERBALAHAN SERTA MEMUTUSKAN PERSAUDARAAN...


SAHABAT-SAHABAT... BERDOALAH SUPAYA KITA BERSATU HATI...
UMMAT ISLAM TIDAK AKAN MENANG SELAGI KITA MENYOMBONG DIRI...
UMMAT ISLAM TIDAK AKAN TEGUH SELAGI EGO MENGUASAI DIRI...
UMMAT ISLAM TIDAK AKAN MANTAP SELAGI PERINTAH ALLAH DIJAUHI...


2 comments:

Agoes Aminoto said...

Semoga Allah memberi kasih dan sayangnya kepada hamba2x pilihan yang berusaha menyambung tali persaudaraan.
Kecintaan Allah atas hambanya jauh lebih besar daripada kecintaan hamba kepada Allah, dan sayang banyak hambanya yang tidak faham.
Kuasa Allah jualah yang mampu mengeratkan persaudaraan ato merenggangkannya.Jika ukhti sudah berusaha, tapi tidak membuahkan hasil berarti Allah menghendaki seperti itu. Moga Allah gantikan yang jaul lebih baik...
(wallahu a'lam)

ReM said...

Insya Allah... terima kasih saudara Agoes Aminoto... atas nasihat...
semoga kita semua sentiasa dalam rahmat ALLAH...

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More