KEDUDUKAN BAHASA ARAB
Diterjemah oleh : Azmi Ahmad
Teks Asal:
قال تعالى:
مَنْ أَحَبَّ اللهَ تعالى أَحَبَّ رَسُولَهُ مُحَمُّدًا صلّى اللهُ عليهِ وَسَلَّمَ, ومَن أحَبَّ الرَّسولَ العَرَبِيَّ أَحَبَّ العَرَبَ, ومَن أحَبَّ العَرَبَ أحَبَّ العَرَبِيَّةَ الّتِي نَزَلَ بِها أَفْضَلُ الكُتُبِ, عَلىَ أفضلِ العربِ والعَجَمِ, ومَن أحَبَّ العَرَبِيَّةَ عُنِيَ بِهَا, وَثَابَرَ عَلَيها وَصَرَفَ هِمَّتَهُ إِلَيهَا, وَمَن هَدَاهُ اللهُ لِلإِسْلاَمِ, وَشَرَحَ صَدْرَهُ لِلإِيمَانِ, وَآتَاهُ حُسْنَ سَرِيرَةٍ فِيهِ, اعْتَقَدَ أَنَّ محمّدًا صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ خَيرُ الرُّسُلِ, وَالإِسلامَ خَيرُ المِلَلِ, والعَرَبَ خيرُ الأُمَمِ, والعربيَّةَ خيرُ اللُّغَاتِ والأَلْسِنَةِ, والإِقْبَالَ على تَفَهُّمِهَا مِنَ الدِّيَانَةِ, إِذْ هِيَ أَدَاةُ العِلْمِ, ومِفْتَاحُ التَّفَقُّهِ في الدِّينِ, وَسَبَبُ إِصْلاحِ المَعَاشِ والمَعَادِ, ثُمَّ هي لإِحْرَازِ الفَضَائِلِ والإِحْتِوَاءِ عَلَى المُرُوءَةِ وسَائِرِ المَنَاقِبِ كَاليَنبُوعِ لِلمَاءِ والزَّندِ لِلنَّارِ.
(فقه اللغة وسر العربية للثعالبي, ص25-26)
Terjemahan Teks:
Al-Tha’alabi berkata:
“Barangsiapa mencintai Allah, hendaklah dia mencintai Rasul-Nya Muhammad s.a.w…
Barangsiapa mencintai Rasulullah s.a.w yang berbangsa Arab, hendaklah dia mencintai bangsa Arab.
Barangsiapa yang mencintai bangsa Arab, hendaklah dia mencintai bahasa Arab yang menjadi bahasa pilihan untuk sebaik-baik kitab yang diturunkan kepada orang yang paling utama di kalangan bangsa Ajam (bukan Arab) dan Arab.
Barangsiapa mencintai bahasa Arab, hendaklah dia memberi seluruh perhatian dan segenap tumpuan kepadanya.
Barangsiapa diberi hidayah kepada Islam, dilapangkan dada dengan keimanan, dan dikurniakan kejernihan batin oleh Allah, hendaklah dia meyakini bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik Rasul, Islam adalah sebaik-baik agama, bangsa Arab adalah sebaik-baik umat, bahasa Arab adalah sebaik-baik bahasa, berusaha untuk memahaminya adalah tuntutan agama, kerana bahasa Arab adalah alat untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kunci untuk memahami selok-belok agama, dan punca kebaikan di dunia dan di akhirat.
Bahasa Arab juga berperanan untuk memelihara sifat-sifat yang mulia, menjaga maruah dan seluruh riwayat hidup, laksana mata air yang mengalirkan air dan pemetik api yang menyalakan api.”
Saturday, June 20, 2009
KEDUDUKAN BAHASA ARAB
8:57 AM
ReM
.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
0 comments:
Post a Comment