
9:09 AM

ReM

10 Wasiat Imam Syafie SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUTIaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.KETIGA : HAK KEPADA KUBURIaitu...

9:05 AM

ReM

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (Hadis Riwayat al-Bukhari) Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah...

9:04 AM

ReM

R E N U N G A N Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta. Pada satu ketika 10 orang ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masingmengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlaina tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah: Manakah lebih baik, ilmu atau harta? Saidina Ali dengan cepat menjawab: Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain....

9:02 AM

ReM

PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANGCorak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG• Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan...

8:57 AM

ReM
KEDUDUKAN BAHASA ARABDiterjemah oleh : Azmi AhmadTeks Asal:قال تعالى:مَنْ أَحَبَّ اللهَ تعالى أَحَبَّ رَسُولَهُ مُحَمُّدًا صلّى اللهُ عليهِ وَسَلَّمَ, ومَن أحَبَّ الرَّسولَ العَرَبِيَّ أَحَبَّ العَرَبَ, ومَن أحَبَّ العَرَبَ أحَبَّ العَرَبِيَّةَ الّتِي نَزَلَ بِها أَفْضَلُ الكُتُبِ, عَلىَ أفضلِ العربِ والعَجَمِ, ومَن أحَبَّ العَرَبِيَّةَ عُنِيَ بِهَا, وَثَابَرَ عَلَيها وَصَرَفَ هِمَّتَهُ إِلَيهَا, وَمَن هَدَاهُ اللهُ لِلإِسْلاَمِ, وَشَرَحَ صَدْرَهُ لِلإِيمَانِ, وَآتَاهُ حُسْنَ سَرِيرَةٍ فِيهِ, اعْتَقَدَ أَنَّ محمّدًا صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ خَيرُ الرُّسُلِ, وَالإِسلامَ خَيرُ المِلَلِ, والعَرَبَ خيرُ الأُمَمِ, والعربيَّةَ خيرُ اللُّغَاتِ والأَلْسِنَةِ, والإِقْبَالَ على تَفَهُّمِهَا مِنَ الدِّيَانَةِ, إِذْ هِيَ أَدَاةُ العِلْمِ, ومِفْتَاحُ التَّفَقُّهِ في الدِّينِ, وَسَبَبُ إِصْلاحِ المَعَاشِ...

6:10 AM

ReM

SEGUMPAL DARAH BERNAMA HATIBismillahirrahmanirrahim...Assalamu'alaikum....alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran,kita masih diberi peluang sehari lagi untuk mengucapkan syukur pada ALLAH...jika sesuatu diberi/ditarik daripada kita...kita still bersyukur,insya-ALLAH...kerana ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik dan apa yang bukan...siapa pernah dgr lagu Destinasi Cinta oleh Mestica?...menarik senikatanya...ana cuma nak petik sikit jek.."segumpal darah bernama hati.."....ada pepatah arab yg berbunyi:"hati tidak dinamai hati jika bukan kerana sifatnya yang berbolak-balik"....maknanya hati ini sentiasa berbolak-balik...perlu sentiasa ditenangkan...apa...

6:05 AM

ReM
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas semulia2 Nabi dan Rasul, begitu juga kepada keluarga dan para sahabatnya sekalian.Lelaki biasanya dikaitkan dgn kegagahan manakala wanita pula dikaitkan dgn kecantikan. Tp, kali ni ana nk mem 'balik air' dan menyongsangkn kata2 tu.....KECANTIKAN LELAKIKecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.5) Lelaki yang baik sangka.6) Lelaki yang tak pernah putus asa.Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang...

6:01 AM

ReM
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, tetapi sekarang aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) : Aku keletihan kerana terlebih kerja (overworked) ... nak tau kenapa?Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara.Jadi tinggal 21.3 juta orang.1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang.Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerjakerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.Jadi tinggal 8 juta orang...

2:30 AM

ReM

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat ________________________________________Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga...

1:39 AM

ReM
KONSEP TABARRUJ Soalan : Bolehkah saudara ulaskan maksud Tabbaruj dengan mendalam? Apa yang saya faham wanita yang memakai gincu(lipstik) juga termasuk ke dalam golongan wanita Tabarruj. Tolong huraikan dan bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita Jawapan : Alhamdulillah, inilah jawapannya: Firman Allah Taala: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59) Di dalam surah al-Nur, ayat 31: "Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah...

4:54 AM

ReM
Kalau anda sebagai seorang pengarah, apakah yang bakal dilakukan? Filem yang bagaimanakah yang akan anda hasilkan? Adaptasi dari sesebuah novel? Atau kisah kehidupan? Ataupun hasil idea sendiri, tetapi diciplak dan diubah sedikit landasan ceritanya...-Sekadar persoalan-Persoalan-persoalan ini timbul apabila saya telah banyak menonton filem-filem yang pernah dihasilkan. Seperti filem-filem Melayu, Indonesia, Jepun, Korea, negara-negara barat, Thailand dan Filipina... Oh! Mungkin adanya yang tidak disebut di sini...Kebanyakan filem-filem Melayu berkisarkan tentang cinta, kisah anak-anak dan ibu bapa... Heh! Seperti yang anda pernah dengar... Ada sesetengah bahagian dalam filem Melayu 'dipasang soket...'. -Teringat dialog Nabil dalam rancangan "Lu Pkir La Sendiri"- SOKET 17... hehehe...Bila difikir-fikir,...

8:42 PM

ReM
Hari ini aku tidak ke mana-mana.. Bangun dari tidur, terus sahaja aku pulang ke rumah. -Tidur di mana malam tadi? Oh! Rumah aisyah.. Jiran aku..hehe- Sengaja tidur di rumahnya. Aku pun sudah lama tidak ke rumah itu, rumah lamaku. Setelah habis peperiksaan akhir semester dua, aku tak tahu apa yang nak dibuat. Plan nak buat macam-macam. Tapi, entahlah, tengoklah nanti. Hmm, sampai saja di rumah aku terus main game. Inilah aktiviti aku kalau tiada apa-apa yang hendak dibuat. Bukan setakat hari cuti, dalam tempoh peperiksaan pun aku masih main game! Macam mane nak buat ye? Dah jadi tabiat aku main game. Kalau tiada program atau aktiviti, sehari tak main game tak sah. Hmm, aku sebenarnya nak tulis nukilan hati, tapi aku tak bawa pula buku tersebut. Terpaksalah aku menangguhnya lagi. Kalau sebelum...
.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.