I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Saturday, December 19, 2009

PERJALANAN TAKDIR.... SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI....
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam...
Yang memberi serta menghidupkan alam ini...

***************************************************************************************

Saban hari aku kegelisahan. Peperiksaan hampir tiba. Buku tak bukak lagi. Kalau bukak pun tak sempat nak dibaca habis... Macam mane ni??? Aku mengeluh. Terpalit kerisauan di hati. Bimbang dengan persediaan untuk menghadapi imtihan. Dek kerana kesibukan dengan aktiviti kampus, tidak berkesempatan untuk membelek buku secara serius.
Bermacam-macam program. Program itu, program ini.

***************************

Sibuk dengan program.
Bukan alasan untuk tidak membaca buku, atau tidak sempat membaca buku.
Hanya mahu atau tidak, segala-galanya pasti berlaku. Kalau mahu, pasti akan terselit ruang serta dipermudahkan urusan olehNYA.

Tapi, kali ini aku benar-benar tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pembelajaran atau ulangkaji. Sepanjang fatrah imtihan selama dua minggu, selama itu juga proses persediaan untuk menganjurkan program.

Satu madah dah lepas. Lama.... Sebelum cuti eidul adha lagi. Lega.
Ahad, ada satu madah. Alhamdulillah, dah lepas.... Hanya menunggu lagi dua madah untuk minggu ni.

Resah di hati, kerana hanya tinggal dua hari sahaja untuk membuat persiapan menghadapi imtihan. Hati sudah mula merengek mahu menangis. Dada rasa berdebar menanti hari yang dijanji. Akal berputar mencari jalan untuk terus bertahan sehingga ke larut malam. Ahhh! Aku tewas! Tewas dengan rasa mengantuk yang teramat sangat. Tak tahan.... Lalu aku mengambil keputusan untuk berehat, merehatkan otak, akal, dan jasmani. Hak mereka perlu aku tunaikan.

Hari berlalu lagi... Hanya tinggal esok. Madah Nahu. Debaran semakin terasa, kerana tajuk masih banyak lagi yang belum dibaca. Memerlukan perhatian serta tumpuan sepenuhnya untuk memahami dengan mendalam. Namun, aku cuba juga untuk membaca meskipun kerunsingan serta ada sedikit tidak faham dalam madah Nahu ni.

Aku kena baca jugak! Bisik aku dalam hati. Baca, baca... Jangan tak baca!
Alhamdulillah, dapat walaupun. Yang penting aku usaha. Usaha untuk membaca, usaha untuk bersedia menghadapi peperiksaan serta tidak mengharap semata-mata. Sedikit lewat aku tidur kerana stay-up.

Hari yang dinanti telah tiba.
Menunggu pensyarah di dalam kelas. Sambil-sambil tu membelek buku. Otak dah tak dapat nak terima untuk tambah bahan bacaan. Hanya sekadar melihat-lihat. Tak tahu la... Macam mane ni??? Aku merengus di dalam hati.
Akhir Doktor tiba. Mengedarkan kertas soalan serta kertas untuk ditulis jawapan.
Hmm... Sedikit resah dan gembira.
Resah kerana ada tajuk yang tak dibaca, gembira kerana ada soalan yang akan dapat dijawab.
~Menjawab soalan... Berfikir-fikir sehingga masa untuk menjawab tamat~

Keluar dengan rasa tidak puas hati atas usaha sendiri. Padan muka! Sape suruh tak bace awal-awal?!

**~Ruang dan masa telah diberi... Fikirlah sendiri...~**

Petang tu, selepas kelas akhir, aku ke masjid bersama-sama seorang sahabat. Dia yang beria-ia mengajak untuk study di sana. Katanya, tak boleh nak study di rumah.
Aku menurut sahaja, meraikan kehendaknya. Hmm, takpe... Mungkin aku pun boleh nak study kat sana. Jauh dari faktor-faktor yang membuatkan aku tak study dengan sengaja.

Alhamdulillah, sampai akhirnya.
Aku memulakan ulangkaji setelah selesai solot Zohor.
Usaha untuk memahami, mengingati, dan menghayati jalan cerita... Syair...
Sebab esok ade exam madah Andalus. Subjek ni pun kepala jugak. Banyak sangat nak dibaca.
Aku menyelak-nyelak buku sebelum meneruskan pembacaan.

Selesai, aku menyambung semula untuk menghafal syair arab. Hati gusar sebenarnya kerana malam ni ade meeting akhir untuk program esok dan lusa. Otak dan mata macam serabut... Padahal masih ada masa untuk membaca dan memahamkan teks...
Aku cuba juga untuk membaca, menghafal, tapi tetap tak boleh...
Hampir menangis dibuatnya. Kenapa tak boleh???? Rintih hati kecil ini. Bukan mengeluh, sekadar menimbulkan satu persoalan yang aku sendiri tak boleh jawab.



YA ALLAH! Bantulah aku... Kau berilah aku ruang dan peluang...
Hati sudah tidak tertahan, mendesak supaya mengalirkan air mata.
Tapi akal masih berfikir, masih waras. Memujuk hati supaya bertahan, sabar dan tabah.
Namun... Atas dasar ukhuwwah, mata yang prihatin dan turut merasakan kesakitan si hati, tidak dapat menahan air mata daripada mengalir...~hanya sementara... dilepaskan jua kerana tidak tertahan, dan untuk menghilangkan rasa gundah di hati serta rasa kacau di jiwa~

Alhamdulillah. Lega sedikit. ALLAH memcampakkan ketenangan untuk seketika (mengapa seketika??? Kerana, selagi mana kita hidup di dunia ini... Selagi itulah kita akan terus diuji..)... Kata orang, menangis adalah salah satu cara untuk kita melepaskan apa yang terpendam dalam hati. Membuatkan kita merasa lega, selain dengan cara kita mengadu kepada ALLAH...

HARI yang dinanti telah TIBA...
Berdebar... Sebelum masuk ke kelas, aku meminta Sakinah untuk menerangkan sedikit tentang apa yang telah dibacanya... Sedikit gambaran umum untuk memudahkan aku menjawab soalan. Akhirnya, tepat jam 10 pagi Doktor masuk ke kelas...
Dr. Faiz Muhasanah! Ingatkan Dr Ali yang masuk...

Hmm... Takpelah... Bukan point penting untuk dibahas.
Yang aku take note adalah pasal soalan.
Doktor dah keluarkan soalan! Berdebarnya...
Huhh??? Biar betul??!!!! Satu soalan je??? Aku menjerit dalam hati.
Rasa macam tak percaya! Nak kate gembira pun... Ntah la... Hanya Tuhan sahaja yang tahu...

Malah, soalan yang ada itu hanyalah berkaitan dengan syair yang aku dah hafal sebelum minggu peperiksaan! Cuma empat bait sahaja yang aku hafal... SUBHANALLAH!!!
Terkejut aku memandang kertas soalan tersebut. Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Aku melihat sekeliling. Mana tahu kalau-kalau doktor masih belum mengedar soalan kedua. Sah! Satu sahaja!
Ucapan syukurku tak henti-henti kepadaMU... Rasa seperti mahu menangis.
Menangis keharuan, menangis kegembiraan. Inilah perjalanan takdir itu! SYUKUR YA ALLAH!!! SYUKRAN!!
Tidak pernah lagi berlaku begini. Baca sedikit dan yang disoal pun sedikit.
SUBHANALLAH!!!

************************************

Setelah aku meneliti soalan tersebut, aku pun cuba untuk menjawab dengan tenangnya...

Sedang aku nak jawab soalan, Doktor bising-bising. Membuatkan aku sedikit terganggu serta tidak dapat berfikir. Apatah lagi dengan otak yang serabut dan baharu sahaja nak mencapai ketenangan...
Faham-faham je la... Budak-budak arab ni, kalau tak kecoh tak sah!
Dah tu pulak, ade yang meniru! Kena 'tangkap' dengan Doktor Faiz...
Ape lagi mengamuk la... ish ish ish... Satu perangai yang sukar diubah...

***Apa yang ingin disampaikan ini hanyalah sekadar satu perkongsian hati serta pengalaman hidup. Tidak bertujuan lain.

***Serta sebagai satu peringatan dan motivasi terhadap sahabat-sahabat seperjuang, adik beradik, kawan-kawan, family, saudara-mara, pembaca serta sesiapa sahaja.

*** Apa yang ingin dikongsikan dan ditekankan di sini adalah "IN TANSURULLAHA YANSURUKUM......(ila akhir ayat)"

FirmanNYA yang bermaksud,
"JIKA KAMU MENOLONG (AGAMA) ALLAH, NISCAYA DIA AKAN MENOLONGMU" (MUHAMMAD,47 : 7)

Pasakkan kaki, hati serta keyakinan terhadap ALLAH. Serahkan segala-galanya kepadaNYA yang lebih berkuasa atas segala sesuatu.

#TAPI, mestilah dengan usaha, ikhtiar, doa serta diiringi TAWAKKAL ILALLAH sepenuh hati...
InsyaAllah akan mendapat natijah yang baik serta sesuatu yang tidak kita sangka-sangkakan... Selain itu, perlulah kita menjaga ibadah dan hubungan terhadap ALLAH serta sesama manusia.

Sekian untuk kali ini... Moga-moga ada lagi kisah menarik yang boleh dikongsi bersama sebagai peringatan serta pengajaran dan juga sebagai satu motivasi diri.
Maka, wahai sahabat-sahabatku serta adik-beradikku sekalian... Janganlah kalian berputus-asa dalam hidup ini. Janganlah kalian mengeluh dengan kesempitan waktu... serta kesempitan ruang untuk melakukan apa yang orang lain dapat lakukan...
Kerana, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...

Apatah lagi kita yang bergelar pejuang, daie, serta penuntut ilmu... yang sentiasa memerlukan kesabaran serta kekuatan hati untuk terus berjuang...
Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bagi yang memahami serta mengetahui bahawa "AL-WAJIBAT AKTHAR MINAL AUQAT"

Manfaatkanlah masa yang ada ketika kita diberi ruang, serta ketika kita masih diberi peluang untuk bernafas...



~JANGAN BIARKAN HIDUPMU BERLALU SEHARI TANPA MELAKUKAN KERJA-KERJA ISLAM~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


API

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

18 DISEMBER 2009....

~WINTER CAMP~

Agak berdebar sebenarnya menantikan masa berlangsungnya winter camp ni. Macam-macam perkara bermain dalam benak fikiran. "Ade ke yang nak datang ni?", "Ramai ke yang datang?", "Macam mane winter camp ni nanti, risau..."

Namun, alhamdulillah dengan kehendak dan izin ALLAH SWT, dapat juga dilaksanakan program winter camp.



Bermula dengan penantian kami terhadap sang murakib (agak lama), dan kami meneruskan perjalanan meredah hujan di malam kelam. Jalan raya dibasahi air. Ahli syuqqah yang terlibat, kurang dari 30 orang, kerana ada beberapa ahli yang tidak melibatkan diri ke program tersebut...

Sesampainya di tempat program (BAYT LU'LU'~sponsor utama penginapan), kami disambut oleh timbalan pengarah, tuan rumah & beberapa ajk program...
Program diteruskan dengan zikir sesama peserta dan taklimat sesama fasilitator.
Diikuti dengan "Modul Sandwich".
Peserta diberi barang-barang dan diminta untuk mencipta sejenis makanan dengan menggunakan bahan yang diberi.
Perjalanan modul selama hampir sejam. Selesai, ketua fasilitator memberi arahan kepada setiap kumpulan agar membuat sedikit penerangan tentang makanan yang direka.

Kemudiannya, para peserta duduk bersama-sama membaca surah al-mulk dan doa rabitah, kemudian aktiviti senyap.

19 DISEMBER 2009



~QIAMULLAIL~

3.30 pagi
Para peserta mula bersiap-siap untuk qiamullail.
Sementara menunggu peserta-peserta yang lain, para jemaah berzikir beramai-ramai.
4.00 pagi
Qiamullail dimulakan. Diketuai oleh saudari Fatihah
5.00 pagi
Solat Subuh berjemaah.
Santapan Rohani oleh saudari Suriayati
6.00 pagi
Riadhah, diketuai oleh saudari Ida Dayana
6.30 pagi
Kendiri
Para peserta menunggu koster untuk bertolak ke Universiti Mu'tah
8.30 pagi
Bertolak ke universiti.
~kelewatan atas sebab-sebab dan masalah yang tidak dapat dielakkan~
9.15 pagi
Pembentangan kertas kerja 1
"Tazkiyyatun Nafs", oleh ustaz Othman bin Hamzah
11.15 pagi
Rehat, solat zohor, santapan tengah hari
12.30 tengah hari
LDK 1 - ISLAM VS KUFFAR
1.30 petang
Pembentangan kertas kerja 2
3.00 petang
Rehat & solat asar

6.00 petang
Malam Inspirasi Hijrah 1431
~persembahan
~tayangan (short film)
~forum
7.45 malam
~Penyampaian hadiah & cenderahati
~Majlis Tamat



posting: 18 DECEMBER 2009, 11.20 p.m
finished: 19 DECEMBER 2009,12.06 a.m


Sunday, December 13, 2009

WINTER CAMP, API & MALAM INSPIRASI HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM...
BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA MU'TAH!!!

INSYA ALLAH PADA MINGGU INI BIRO BIMBINGAN ROHANI (BBR) AKAN MENGADAKAN PROGRAM YANG (INSYA ALLAH) BERMANFAAT UNTUK ANTUM...
1-WINTER CAMP
2-AKSES PEMIKIRAN ISLAM (API)
3-SAMBUTAN TAHUN BARU HIJRI
4-PELANCARAN KELAS INTENSIF AL-QURAN




Buat julung-julung kali di Mu’tah, 4 program akan digandingkan dalam masa 2 hari!

1 ::WINTER CAMP::

Sahutlah cabaran membelah kedinginan malam di waktu syita’ untuk bersama-sama dengan kami. Pelbagai aktiviti menarik lagi tertarik menanti anda!

Diwajibkan untuk semua pelajar tahun1 dan terbuka untuk semua pelajar tahun lain (sangat dialu-alukan).
Berkumpul di Wisma Negeri Sembilan (akhawat) , PUSKMA (syabab) pada jam 8 malam.

Bermalam disana dan bawalah segala kelengkapan yang perlu terutamanya selimut

jangan bawak yg tebal-tebal sangat! Nanti bangun pagi tinggal sorang je kat situ)


2 ::API (Akses Pemikiran Islam)::

Jom ramai-ramai kita meng‘api’kan semula pemikiran Islam kita.Dah lama otak tak dibasuh dan disental dengan Clorox dan Spartan sehingga terlekat segala kekotoran yang tak diundang~

Diwajibkan untuk semua pelajar tahun 1 dan terbuka pada semua pelajar tahun lain (dikenakan yuran khas; JD 0.50).

Bertempat di Mujamma’ Jadid,Universiti Mu’tah.


3 ::PELANCARAN KELAS INTENSIF QURAN::

Ingin menghafaz Al-Qur’an?

Nantikan pelancaran kelas intensif Qur’an yang dibawakan khas untuk anda oleh Biro Bimbingan dan Rohani sesi 2009/2010~

Dibimbing oleh mereka yang berkelayakan lagi MANTAP!!! Insha allah~

Penyertaan terhad! Pelancaran bertempat di Mujamma’ jadid,Universiti Mu’tah.

Semua pelajar Mu’tah dijemput hadir! (diadakan semasa pembukaan majlis Malam Inspirasi Hijrah 1431H).


4 ::Malam Inspirasi Hijrah 1431::


Pelbagai aktiviti menarik akan disajikan…

*Forum -Kemuncak Hijrah; Disini Aku Bermula (Ahli panel dijemput khas dari jauh~)

*Persembahan pelajar dan bermacam-macam lagi!

Semua pelajar Mu’tah dijemput hadir! Bertempat di Mujamma’ Jadid ,Universiti Mu’tah~

Sila berkumpul di hadapan Masjid Syuhada’ jam 6 petang!

Datang, jangan tak datang ;)

”Together We Aspire,Together We Achieve”

”Bersama Mencipta Kegemilangan Permata”


Y0k ramai-ramai meriahkan bersama! Semuanya di hujung minggu ini~
Dibawakan khas untuk anda oleh:
Biro Bimbingan dan Rohani Sesi 2009/2010

AYUH KITA MERIAHKAN PROGRAM-PROGRAM MINGGU NI!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!


SEDARKAH KITA DENGAN KEHADIRAN 1 MUHARRAM????



Baharu tadi terbaca di satu blog seorang teman ~"Countdown Tahun Baru"~
Bukan mengecam beliau yang menulis tentang itu, sekadar terfikir dan sekadar peringatan untuk bersama-sama mengingati TAHUN BARU HIJRAH.
~Maaf kepada tuan blog, tak niat ape-ape pun~

Acapkali masyarakat mengucapkan "Selamat Tahun Baru", "Happy New Year"...
Alahai, yang sedihnya ucapan tu untuk tahun baru masihi... Jarang-jarang sekali kedengaran "Selamat Tahun Baru Hijrah"...

Ape pun, ini bukanlah isu besar yang ingin ana kupaskan... Sekadar peringatan bahawa kita sebenarnya lebih menghampiri "COUNTDOWN TAHUN BARU HIJRAH"
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi... Sekadar mahu antum berfikir apakah peristiwa yang berlaku dan boleh dijadikan pengajaran untuk kita yang masih diberi peluang untuk bernafas ni...



Ayuh! Mari kita sama-sama merenung kembali peristiwa hijrah yang kini dalam sejarah.

~bersama-sama muhasabah & martabatkan kedudukan ISLAM~


KEMATIAN SATU KEPASTIAN



Minggu lepas.... Bertalu-talu ucapan INNALILLAHI WA ILAIHI RAJI'UN....
Agak gerun mendengarnya... Merenung diri yang masih serba kekurang, tanggungjawab yang sangat banyak dan masih belum terlaksana...

Acapkali juga aku mendengar insan-insan tersayang menemui ILAHI...
Apatah lagi tertimpanya ke atas para pelajar yang jauh dari mereka yang telah pergi...
Jauh dari mata keluarga, berada di negara orang.
Sayu dan pilu hati mendengar, sayu dan pilu lagi hati mereka yang diuji...
Mudah-mudahan mereka tabah... Amiinn...


KEMATIAN SEMAKIN MENGHAMPIRI SEMUA MANUSIA
Semakin hari semakin hampir kita ke arah kematian.
Semakin hari semakin berkurang juga umur kita.
Semakin hari semakin hampirnya kita ke arah KIAMATnya dunia.

~MUHASABAH DIRI~
Adakah kita sedar dengan perkara ini?
Sudahkah kita bersedia dengannya?
Sejauh manakah amalan kita??
Yakinkah kita dengan amalan-amalan yang telah kita laksanakan diterima olehNYA?

Ayuh! Sahabat-sahabatku... Bersegeralah kamu dalam menunaikan tanggungjawab di muka bumi ini...
Masa kita semakin singkat...
Bumi ini sudah berabad...
Dunia akan kiamat...
Janganlah berlengah-lengah untuk berjihad...
Jangan bertangguh-tangguh untuk beribadat...
MOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA DAN MENDAPAT BERKAT...


Monday, December 7, 2009

UMMI, IBU, BONDA, EMAK, MAMA

TERKESIMA... tatkala aku mendengar berita tentang seorang sahabat seperjuangan yang bergelar adik... Baru sahaja kehilangan ibunda yang tercinta... ALLAHU AKBAR!!!
Berat rasanya beban di bahu ni... Tak sepatutnya aku bertanyakan soalan "Ibu awak ke yang meninggal??" Dek kerana terlalu terkejut, mungkin sebab itu tertimbulnya persoalan tersebut... Maafkan akak ye, Wa...

Dari kejauhan, hanya dapat mendengar berita tentang bonda kembali ke sisiNYA. Dalam masa yang sama, perlu menghadapi peperiksaan tatkala diri bermain dan berperang dengan perasaan sedih...
Dalam usia yang masih muda, belum berkesempatan untuk berbakti sepenuhnya kepada bonda... Semoga tabah menghadapi dugaan. Kuatkan hati, tabahkan diri, cekalkan jiwa...

Didoakan agar ibumu tenang berada di pangkuan ILAHI... Moga rohnya berada bersama-sama orang mukmin dan soleh... aminn...


SEDIKIT KISAH UNTUK PERINGATAN DAN PENGAJARAN BERSAMA...

KISAH KASIH

[MASA KECIL]
Aku lahir dari perut ummi…
Bila dahaga, yang susukan aku… ummi
Bila lapar, yang suapkan aku… ummi
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku… ummi
Kata ummi, perkataan pertama yang aku sebut… Ma!
Bila bangun tidur, aku cari… ummi
Bila nangis, orang pertama yang datang… ummi
Bila nak bermanja… aku dekati ummi
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ummi
Bila nakal, yang memarahi aku… ummi
Bila merajuk, yang memujukku cuma… ummi
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah… ummi
Bila takut, yang tenangkan aku… ummi


[BILA REMAJA]

Aku selalu teringatkan… ummi
Bila sedih, aku mesti talipon… ummi
Bila takut, aku selalu panggil… ummi
Bila sakit, orang paling risau & selalu jaga aku adalah… ummi
Bila nak exam, orang yang risau juga… ummi
Bila buat hal, yang marah aku dulu… ummi
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni… ummi
Yang selalu masak makanan kegemaran aku… ummi
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku… ummi
Yang selalu berleter kat aku… ummi
Yang selalu puji aku… ummi
Yang selalu nasihat aku… ummi

[KINI]
Bila cuti aku jarang berada di rumah… jumpa kawan-kawan, pergi program
Bila sambut birthday kawan-kawan, aku bagi hadiah
Bila tiba hari ibu… aku cuma dapat ucap Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat kawan-kawan aku
Selalu… ummi ingat kat aku
Bila-bila aku talipon kawan aku
Entah bila… aku nak talipon ummi
Acapkali aku rindukan sangat kawan-kawanku
Jarang sekali aku terlalu rindu sangat pada ummi

HINGGA SAAT INI….
UMMI TAK PERNAH MERUNGUT PADA AKU
UMMI TAK PERNAH MINTAK PADA AKU…
UMMI… KAULAH RATU HATIKU
SUSAH SENANG KAU SENTIASA BERSAMA-SAMA KU
NAMUN, JARANG SEKALI AKU MENGAMBIL BERAT TENTANGMU
[TAPI, APA YANG PASTI… AKU SEBENARNYA SAYANG UMMI…]



HAYATI LIRIK LAGU NI....


Untuk Mu Ibu
Artist: Exist


Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Di saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...



KISAH SEORANG BUDAK DENGAN SEPOHON EPAL


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok, memetik dan memakan epal sepuas hatinya. Adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pokok epal.

“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain denganmu” jawab budak remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu…
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

“Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pokok epal itu.

“Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan buat keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” tanya budak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi, kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira, tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

“Marilah bermain-main di sekitarku” ajak pokok epal itu.

“Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

“Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya tungguk dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu.

“Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat, ” jawab lelaki tua itu.

“Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu.

Lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

PENGAJARAN
Sebenarnya, pokok epal itu adalah seperti ibu bapa kita…
1- Ketika masih kanak-kanak, kita suka bermain dengan mereka
2- Ketika meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup
3- Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita dalam kesusahan
4- Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.
**Hargailah mereka selagi masih diberi peluang. Jangan menyesal di kemudian hari…



Jasa Bonda
ARTIST: WARISAN

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


PIMPINLAH TANGAN IBU SEMASA IBU MASIH BOLEH BERJALAN BERSAMA-SAMA
RENUNGLAH MATA IBU SEMASA IBU MASIH LAGI BOLEH MELIHAT
BERBUALLAH DENGAN IBU SEMASA IBU MASIH LAGI BOLEH MENDENGAR
BERILAH UCAP SAYANG KEPADA IBU SEMASA IBU MASIH LAGI BOLEH MEMAHAMINYA...


Friday, December 4, 2009

LUMPUHNYA KEKUATAN UMAT ISLAM



Diantara penyakit jiwa yang dapat melumpuhkan kekuatan islam adalah cintakan dunia.Kerana dihinggapi penyakit cintakan dunia,maka semua usaha dan keinginannya dihapuskan untuk mencapai kesenangan hidup duni semata-mata. Semua usaha diperhitungkan dengan keuntungan dunia, sekalipun usaha itu merugikan orang lain.
Lantaran itu semangat perjuangan makin hari makin menurun, bahkan rasa untuk membela islam sudah tidak ada lagi. Penyebaran islam sentiasa diukur dengan material, bila menguntungkan dirinya baru hendak berjuang dan jika dipandang kurang menguntungkan lebih baik diam sahaja.

Bukan hanya sekadar cinta tapi, tetapi sebenarnya sudah rakus dengan dunia. Memang dunia ini manis rasanya, maka ramai manusia yang terperangkap dalamnya. Ramai manusia yang silau dengan keindahannya sampai tidak tahu mana yang halal dan mana yang haram,mana yang baik dan mana yang bahaya.

Dalam satu hadis nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya dunia itu manis,yang hijau (baik dipandang),dan sesungguhnya allah itu menjadikan kamu sebagai khalifah( untuk mengatur) didalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama yang melanda bani Israel adalah wanita”



Apabila umat islam sudah mengagungkan dunia, enggan dengan perjuangan islam dan tidak berani menganjurkan yang baik serta enggan melarang yang mungkar, maka Allah akan mencabut kebesaran islam dari permukaan bumi ini dan akan mencabut keberkatan wahyu…


Tuesday, December 1, 2009

Bantuan Kewangan Perubatan Untuk Nabilah Huda Bt Zaim



Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini…Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan….

~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda…mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt…Terima Kasih… ~~Allahumma yassir wala tu’assir….Amin..

LINK SUMBER : http://www.uwaisqarny.blogspot.com/
http://www.shakirshafiee.com/


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More