I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Monday, December 7, 2009

UMMI, IBU, BONDA, EMAK, MAMA

TERKESIMA... tatkala aku mendengar berita tentang seorang sahabat seperjuangan yang bergelar adik... Baru sahaja kehilangan ibunda yang tercinta... ALLAHU AKBAR!!!
Berat rasanya beban di bahu ni... Tak sepatutnya aku bertanyakan soalan "Ibu awak ke yang meninggal??" Dek kerana terlalu terkejut, mungkin sebab itu tertimbulnya persoalan tersebut... Maafkan akak ye, Wa...

Dari kejauhan, hanya dapat mendengar berita tentang bonda kembali ke sisiNYA. Dalam masa yang sama, perlu menghadapi peperiksaan tatkala diri bermain dan berperang dengan perasaan sedih...
Dalam usia yang masih muda, belum berkesempatan untuk berbakti sepenuhnya kepada bonda... Semoga tabah menghadapi dugaan. Kuatkan hati, tabahkan diri, cekalkan jiwa...

Didoakan agar ibumu tenang berada di pangkuan ILAHI... Moga rohnya berada bersama-sama orang mukmin dan soleh... aminn...


SEDIKIT KISAH UNTUK PERINGATAN DAN PENGAJARAN BERSAMA...

KISAH KASIH

[MASA KECIL]
Aku lahir dari perut ummi…
Bila dahaga, yang susukan aku… ummi
Bila lapar, yang suapkan aku… ummi
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku… ummi
Kata ummi, perkataan pertama yang aku sebut… Ma!
Bila bangun tidur, aku cari… ummi
Bila nangis, orang pertama yang datang… ummi
Bila nak bermanja… aku dekati ummi
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ummi
Bila nakal, yang memarahi aku… ummi
Bila merajuk, yang memujukku cuma… ummi
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah… ummi
Bila takut, yang tenangkan aku… ummi


[BILA REMAJA]

Aku selalu teringatkan… ummi
Bila sedih, aku mesti talipon… ummi
Bila takut, aku selalu panggil… ummi
Bila sakit, orang paling risau & selalu jaga aku adalah… ummi
Bila nak exam, orang yang risau juga… ummi
Bila buat hal, yang marah aku dulu… ummi
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni… ummi
Yang selalu masak makanan kegemaran aku… ummi
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku… ummi
Yang selalu berleter kat aku… ummi
Yang selalu puji aku… ummi
Yang selalu nasihat aku… ummi

[KINI]
Bila cuti aku jarang berada di rumah… jumpa kawan-kawan, pergi program
Bila sambut birthday kawan-kawan, aku bagi hadiah
Bila tiba hari ibu… aku cuma dapat ucap Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat kawan-kawan aku
Selalu… ummi ingat kat aku
Bila-bila aku talipon kawan aku
Entah bila… aku nak talipon ummi
Acapkali aku rindukan sangat kawan-kawanku
Jarang sekali aku terlalu rindu sangat pada ummi

HINGGA SAAT INI….
UMMI TAK PERNAH MERUNGUT PADA AKU
UMMI TAK PERNAH MINTAK PADA AKU…
UMMI… KAULAH RATU HATIKU
SUSAH SENANG KAU SENTIASA BERSAMA-SAMA KU
NAMUN, JARANG SEKALI AKU MENGAMBIL BERAT TENTANGMU
[TAPI, APA YANG PASTI… AKU SEBENARNYA SAYANG UMMI…]



HAYATI LIRIK LAGU NI....


Untuk Mu Ibu
Artist: Exist


Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Di saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...



KISAH SEORANG BUDAK DENGAN SEPOHON EPAL


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok, memetik dan memakan epal sepuas hatinya. Adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pokok epal.

“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain denganmu” jawab budak remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu…
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

“Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pokok epal itu.

“Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan buat keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” tanya budak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi, kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira, tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

“Marilah bermain-main di sekitarku” ajak pokok epal itu.

“Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

“Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya tungguk dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu.

“Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat, ” jawab lelaki tua itu.

“Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu.

Lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

PENGAJARAN
Sebenarnya, pokok epal itu adalah seperti ibu bapa kita…
1- Ketika masih kanak-kanak, kita suka bermain dengan mereka
2- Ketika meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup
3- Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita dalam kesusahan
4- Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.
**Hargailah mereka selagi masih diberi peluang. Jangan menyesal di kemudian hari…



Jasa Bonda
ARTIST: WARISAN

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


PIMPINLAH TANGAN IBU SEMASA IBU MASIH BOLEH BERJALAN BERSAMA-SAMA
RENUNGLAH MATA IBU SEMASA IBU MASIH LAGI BOLEH MELIHAT
BERBUALLAH DENGAN IBU SEMASA IBU MASIH LAGI BOLEH MENDENGAR
BERILAH UCAP SAYANG KEPADA IBU SEMASA IBU MASIH LAGI BOLEH MEMAHAMINYA...


0 comments:

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More