I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Monday, February 8, 2010

SEORANG PEJUANG YANG BERSENDIRIAN

Seorang pejuang yang sendirian
Meniti hari-hari yang berbaki
Mengutip ilmu-ilmu Ilahi
Melalui mehnah-mehnah yang berduri

Seorang pejuang yang sendirian
Dirundung hiba tatkala tak keruan
Mengesat air mata yang mengalir kehangatan
Mengharap bantuan dari-Mu YA TUHAN

Seorang pejuang yang sendirian
Adakala bermonolog di tengah kesepian
Tiada teman bual bicara
Hanya pena serta komputer riba tempat luah bicara

Seorang pejuang yang sendirian
Tertanya-tanya pada diri
Adakah benar memperjuangkan
Apa yang telah diperintah Ilahi

Seorang pejuang yang sendirian
Kulihat dirinya kini kelesuan
Menghitung segala amalan
Yang masih belum kecukupan

Seorang pejuang yang sendirian
Kekadang dirinya keriangan
Menutup segala kekusutan dan kelemahan
Agar jiwanya kembali kekuatan

Seorang pejuang yang sendirian
Kekadang tersenyum yang memaniskan
Mengambus segala kepahitan
Yang sedang diri rasakan

Seorang pejuang yang sendirian
Kekadang menangis keseorangan
Tatkala tiba masa pecahnya empangan
Air mata berlinangan

Seorang pejuang yang sendirian
Apakah yang dirinya fikirkan
Apakah yang dirinya mahukan
Apakah yang dirinya perlukan

Seorang pejuang yang sendirian...

Hanyalah ALLAH yang tahu jawapan....


****************************


KISAH SEORANG SAHABAT...

Suatu hari seorang sahabat (si A) berkata pada dirinya sendiri...

"Ke mana aku suatu hari nanti??? Bagaimanakah aku di sana nanti?"

Dirinya sentiasa memikirkan dan mencari jawapan, namun dirinya agak sedikit untuk beranjak dari kedudukannya yang sekarang. Perlukan perubahan! Berubah ke arah yang lebih baik.


**************************

Di suatu hari, Si A ini meluahkan rasa di hatinya kepada sahabat baiknya Si B.

"B, aku rasa nak menangis je hari ni."

"Kenapa?" soal B.

"Aku tak larat laaa..." jawab A.

"Tak larat?? Tak larat ape ni?? Kau ni kenapa?? Cuba terus-terang dengan aku... Aku rimas la cakap sikit-sikit ni!" soal B yang hampir-hampir gagal mengawal emosi dek kerana tidak selesa dengan kata-kata si A.

"Aku rasa serabut sangat. Macam-macam aku kena buat. Aku rasa aku tak mampu nak buat semua ni. Aku tak mampu nak pegang semua jawatan dan tanggungjawab yang dibagi. Kau boleh tolong aku tak?? Aku rasa lemah sangat, letih sangat ni... Aku rasa dah tak sanggup lagi nak teruskan semua ni... Aku nak letak jawatan..."

"Ya Allah! Ini ke masalahnya??? A, kau dengar aku cakap ni baik-baik. Sekarang ni, satu pahala kau dah hilang. Pahala sabar. Kau tau kenapa? Sebab kau merungut atau kata lainnya mengeluh..."

"Mana ada aku merungut!! Mana ada aku mengeluh!! Mana ada!! Tak ada!!" pintas A dengan segera, meradang.

"Sape kata takde??? Cuba kau fikir baik-baik, kenapa kau diberi semua ni? Cuba kau ingat balik, apa tanggungjawab kau sebagai seorang muslim terhadap masyarakat???? Dan seperkara lagi yang kau kena ingat, Allah sebenarnya sayang kau... Bukan senang kita nak hidup kat dunia ni"

Menitik-nitik air mata Si A keharuan tatkala mendengar peringatan daripada sahabatnya Si B. Tatkala keharuan mengingati kasih sayang TUHAN kepada hamba-hambaNYA yang terpilih. A berkata dalam hati, Ya! Aku tahu semua itu... Tapi.......

"Kita nilah orang-orang yang terpilih untuk diuji... Kita jugaklah yang sedang memikul tanggungjawab yang orang lain tak dapat. Kita jugaklah yang sering kehilangan masa untuk fokus lebih terhadap pelajaran... Kita jugak yang perlu ke sana ke mari untuk melaksanakan tugas sebagai pelajar, pimpinan, dan sebagai penerus perjuangan... Memang tak mudah untuk kita semua lalui semua tu..." terang B dengan panjang lebar. Si A merenung B yang hampir-hampir tersedu-sedu. Mungkin kerana dia juga mengalami perkara yang sama.

Masing-masing diam...

"A,...." Si B menyambung kembali,

"Aku tak nak tengok kau sedih-sedih macam ni lagi... Aku tak nak tengok sahabat aku dalam keadaan murung macam ni. Kalau kau rasa sedih, kau mengadulah kepada ALLAH. Itulah jalan yang terbaik, dan itu jugalah jalan untuk kau supaya tidak menunjukkan wajah sedih kau pada aku lagi..."

A merenung wajah B, namun tak dapat dilihat kerana dia berpaling ke belakang. Namun, A tahu, pastinya B juga mengalami keperitan sepertinya... Masakan dia berpaling ke belakang. Pastinya dia tidak mahu menunjukkan wajah sedihnya kepada orang lain.

"Tidak pernah aku melihat wajahnya bersedih" getus hati kecil A.

Sunyi seketika. Terlintas kembali segala permasalahan yang tadi. Hati hiba tiba-tiba. Rasanya seperti mahu menangis...

"Aku tidak mahu jawatan-jawatan ni, aku tak mampu! Aku tak mahu jadi naqibah! Aku tak reti, tak pandai!.... Aku takut dakwah aku tak sampai... Aku takut tak sampai apa yang sepatutnya disampaikan... Tapi, orang lantik aku, orang pilih aku. Orang yang............. hmmm.... Macam mana ni???????? Aaaaaaaaaaaa (menangis)" bentak A di dalam hati.

"B, boleh tak kau tinggalkan aku kejap? Aku nak sorang-sorang sekarang ni"

"Okay"jawab B.

Sementelah berlalu sahaja Si B, Si A menangis teresak-esak. Tidak tertahan air matanya untuk keluar mengalir. Menangis memikirkan kemampuannya untuk memikul segala amanah yang diberi. Mampukah dia???

***********************

Sahabat-sahabat serta para pembaca yang budiman sekalian, Si A ini adalah sahabat kita...
Apakah kita mahu membiarkan dia keseorangan? Bantulah dia. Dia sangat memerlukan kata-kata semangat, kata-kata nasihat... Nasihatilah Si A... Sekiranya anda (Si B) mengakui Si A adalah sahabat anda, bantulah ia...

Serta, seandainya anda berada di tempat A, apakah yang akan anda lakukan???
Adakah perkara yang sama sepertinya??

Fikir-fikirkanlah...

Sedikit santapan untuk tatapan kalian




***********************


RUKUN IMAN YANG KEENAM

Pastinya sahabat semua maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh Mahfuzh sepertimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi:

‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.’

Tidak saya berniat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai qada’ dan qadar, tetapi sahabat boleh klik di sini untuk penjelasan lanjut mengenai rukun iman ke enam ini. Perkara yang ingin saya bincangkan di sini adalah bagaimana kita beramal dengan rukun iman ini.

Iman dan Amal

Acapkali apabila kita di uji kita disuruh untuk bersabar, selain bersabar Allah swt juga menganjurkan untuk kita bersolat (Al-Baqarah:45). Apabila kita bersabar, ia dikatakan sebagai sebahagian daripada iman,pernahkah sahabat persoalkan apakah kaitannya dengan iman?

Sabar dan Iman

Melalui jalan sabar ia membuka pintu untuk kita menerima dan redha pada ketentuan Allah swt yakni rukun iman yang ke enam.Tanpa sabar pastinya setiap diri yang di uji akan melatah dan tunduk pada pujukan dan hasutan syaitan yang durjana. Ketika diri di ujilah,segala bisikan syaitan akan cuba meracuni minda, pelbagai andaian yang timbul, kalaulah begini, kalaulah bagitu sedangkan Rasulullah saw telah bersabda:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Hati juga mula merasa gelisah, solat tidak dirasakan khusyuk lagi dan kehidupan seluruhnya menjadi tidak menentu hanya kerana ujian yang menimpa. Maka Allah swt tekankan bahawa ‘sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;’ (Al-Baqarah:45) di dalam ayat yang sama.

Ini kerana apabila merasa beban ujian dari Allah swt semakin sukar dirasakan untuk menghadirkan hati dan memperoleh khusyuk ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang semakin rakus cuba untuk melemahkan lagi iman di hati.

Oleh itu, seharusnya kita sentiasa perlu menyedari keperluan untuk beramal dengan rukun iman ke enam ini dan bukan sekadar cukup untuk menghafalnya sahaja dari kecil sehingga dewasa tanpa ada sebarang tambahan nilai kepadanya. Moga dengan itu, apabila kita diduga oleh Allah swt kita sedar dan tidak terjerumus ke lembah yang hina.

Tiada siapa yang dapat lari dari ujian,bezanya adalah bagaimana seseorang hamba itu berdepan dan menghadapi ujian tersebut sepertimana Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)


Berpegang teguh kepada tali Allah swt

Hanya Allah swt yang mampu memberikan kekuatan kepada hati yang sememangnya dimilikiNya. Maka,apabila kita diuji oleh Allah swt seharusnya kita kembali merintih kepada Maha Pengasih dan bermuhasabah keadaan diri. Jangan pernah berputus asa kerana qada’ dan qadar yang ditetapkan pasti ada hikmahnya kerana Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sepertimana janjiNya dalam al-quran(Al-Imran:108).

Walaupun hakikat cubaan amat pahit untuk ditelan namun demi kebahagiaan yang lebih hakiki kita perlu untuk terus berpegang teguh kepada tali Allah swt, telusurilah perjalanan Rasulullah saw dan para sahabat yang hanya bertemankan jalan berduri dan bandingkanlah keadaan diri sendiri. Jangan pernah menipu dan mengaku bahawa ‘akulah orang yang paling malang di dunia’ kerana tiada yang lebih malang dari mereka yang jauh dari rahmat Allah swt yang dijanjikan azab yang kekal dan tidak terperi hebatnya.(Al-Imran:177)

Yakinlah ada pelangi di hujung jalan itu

Oleh itu marilah wahai sahabat semua, kita sematkan dan tambahkan keyakinan kita kepada rukun iman ke enam ini. Ketahuilah bahawa syurga yang penuh nikmat kebahagiaan dan kekal selama-lamanya itu hanya dijanjikan kepada meraka yang benar-benar layak sahaja.Dan jalan untuk melayakkan diri ke sana adalah melalui dugaan-dugaan yang diberikan di sepanjang kehidupan ini.

Walau apa jua dugaan yang kalian hadapi, ketahuilah Allah kan pasti sentiasa di sisimu, tersenyum melihat hambaNya yang sering bersyukur dan redha pada qada dan qadar Nya. Maka, tenanglah wahai jiwa-jiwa yang diuji.

Wallahu’alam





0 comments:

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More