I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Saturday, April 4, 2009

PEJUANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG SEJATI...

Aku dah ketandusan idea jugak sebenarnya ni...
Tak tau nak tulis ape... Lama tak update pulak tu... Tapi,tiba-tiba masa usrah kelmarin dapat pulak idea.. Nak cerita pasal tokoh laa... Kali ni aku nak cerita pasal seorang tokoh muhaddith... Ulama, beliau baru je meniggalkan dunia ni pada tahun lepas... Selepas waktu Subuh. Antara perkara yang paling saya kagumi adalah tempoh jangka hayat beliau yang mencecah 98 tahun! Rupa-rupanya kita masih mempunyai ulama di zaman ini yang setaraf dengan ulama-ulama yang terdahulu... Beliau juga merupakan sahabat seperjuangan Ibn Taimiyyah dan Sayyid Qutb... Ikuti perkembangan beliau di bawah...


"PEJUANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEJATI"

Dunia Islam baru-baru ini kehilangan sebutir permata yang selayaknya menjadi role model kepada kita semua. Jasanya terhadap Islam memang tidak terhitung kerana sikapnya yang zuhud dan tidak mahu bermegah-megah dengan tindakannya selain sentiasa mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat.

Lelaki alim kelahiran Harar, Ethiopia ini gigih memerangi begitu banyak dakyah palsu dan ajaran songsang dalam masyarakat. Meskipun paling menonjol dalam usahanya menentang gerakan Wahabi, namun al-Muhaddith Syeikh Abdullah al-Harari sebenarnya memberi sumbangan yang jauh lebih banyak.

Beliau adalah seorang yang alim, pakar dalam ilmu Feqah dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah wal Jamaah. Paling jelas, seorang yang zuhud dan bertaqwa. Ketika lahir, beliau dinamakan Abdullah. Manakala bapanya ialah Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei'. Dilahirkan di bandar Harar pada tahun 1910, bersamaan 1328 Hijrah, dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama.

Beliau diberikan didikan agama yang mendalam sejak kecil dan telah menghafal al-Quran ketika berumur 7 tahun. Beliau membesar dengan menghafal ilmu-ilmu agama selain mendalami ilmu Hadith dengan sanadnya, hinggakan telah berjaya diijazahkan meriwayatkan hadis nabi pada usia yang begitu muda.

Oleh kerana begitu terserlah kepintaran dan kebijaksanaan beliau, serta ilmu agama yang begitu mendalam, beliau telah dilantik menjadi Mufti Harar ketika belum pun mencecah 18 tahun.

Selain sibuk menimba ilmu, zaman muda beliau juga dipenuhi dengan perjuangan untuk membebaskan Somalia daripada penjajahan British dan Itali.

Selepas berjuang membantu membebaskan bumi Somalia, ulama ulung ini mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat serta mengajarnya berteraskan metodologi Ahli Sunnah wal Jamaah.

Al-Muhaddith Syeikh Abdullah al-Harari mempunyai perwatakan dan peribadi yang sangat baik. Justeru, tidak hairan jika ramai yang mengungkapkan kata-kata "Walaupun kulitnya hitam, namun hatinya putih".

Sifatnya yang mulia ini menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Syam tanpa mengira latar belakang mereka.

Satu perkara yang membezakan beliau dengan para pejuang yang lain ialah kebijaksanaannya menyampaikan dakwah serta cara ia ditujukan kepada masyarakat umum.

Walaupun tegas dalam pendirian serta dakwahnya, beliau tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara seperti rakan-rakan seperjuangan. Contohnya Ibn Taimiyah dan Sayyaid Qutb.

Pada tahun 1950 bersamaan 1370 Hijrah, beliau telah pergi ke Beirut, Lubnan serta disambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Kedatangannya di Lubnan juga adalah untuk mengajar dan membetulkan salah faham umat tentang Islam.

Beliau telah pergi meninggalkan kita selepas waktu Subuh, hari kedua umat Islam berpuasa, iaitu 2 Ramadhan 1429 Hijrah, bersamaan 2 September 2008, di Beirut, Lubnan. Jenazah ulama tersohor ini disembahyangkan oleh ribuan umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar, Beirut.

Jasad beliau kemudian disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar.
Takziah kepada keluarga beliau. Kita sesungguhnya telah kehilangan seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah yang terkemuka.

AL-FATIHAH untuk beliau..........


0 comments:

Post a Comment

.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More