I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Saturday, March 12, 2011

ROAD TO BAQ'AH: CARE FOR REFUGEES 2011

Apa khabar siswa siswi Malaysia di Jordan sekalian?

Hendaknya semua sihat sejahtera Inshaallah.

Kami daripada Unit Zakat dan Sedekah (UZS) bawah naungan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) akan mengadakan satu program kebajikan pada 23 April 2011 di Baq'ah Refugee Camp di utara bandar Amman. Program ini adalah anjuran bersama MPPMJ, Education Malaysia Jordan (EMJ) dan UNRWA (the United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East) dengan kerjasama MPKJ, BKMPJ, BKPJJ, BKASJ, BKMNS dan KMKJ

ROAD TO BAQ'AH: CARE FOR REFUGEES 2011


Justeru itu, kami mengharapkan belas ihsan anda untuk turut mengambil bahagian dalam program ini dengan menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau bantuan fizikal. Sertai kempen 'Satu Dinar Satu Harapan' yang telahpun dilancarkan pada PERTAMA di Mafraq tempoh hari.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagiandari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(3:92)

Dan berikanlah kepada kerabatmu danorang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
(17:26)

Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana AJK UZS seperti berikut:


PERWAKILAN MANTIQAH

1. Muhammad Nur Salam bin Abdullah (Irbid) 0777713662
2. Qudrotullah bin Bijarto (Amman) 0779851139
3. Mohd Ismail bin Hassan (Mafraq) 0777241237
4. Abdul Rahim bin Mohd Ali (Mu'tah) 0786954068
5. Ummi Athiyah bt Asmawi (Irbid) 0779839132
6. Ummi Sa'adah bt Mohd Zain (Mafraq) 0779068926
7. Ramlah binti Amin Abdullah (Mu'tah) 0779665720

AJK BATCH (JUST)
1. Muhd Hafiz Zainudin (tahun 1) 0779773873
2. Muhammad Khidhir Kamil (tahun 1) 0776413111
3. Mohd Ikmal Abdul Hakim (tahun 1) 0777597005
4. Muhammad Nur Izham Khairuddin (tahun1) 0779490679
5. Muhammad Zahran Abdul Razak (tahun1) 0777588272
6. Wan Muhammad Najib Md Daud (tahun 2) 0777713214
7. Muhamad Atiff Muhamad Noordin (tahun 3) 0779669825
8. Mohd Fakrurrozi Mohamed (tahun 4) 0779838959
9. Zul Aizat (tahun 5) 0776916833
10. Nuraisyah Mohd Zamshari (tahun 1) 0775207330
11. Nur Farahin Bakhtar (tahun 2) 0779187249
12. Nur Izzati Sharifudin (tahun 3) 0779974172
13. Haneesah Khairudin (tahun 4) 0779850029
14. Nor Hazimah Saparwan (tahun 5) 0776976991
15. Nur Izzati Sharifudin (tahun 6) 0779974172


AJK BATCH (YARMOUK)

1. Muhamad Faiz Mazlan (tahun 1) 0775286792
2. Muhammad Shahier Sa'min (tahun 1) 0779935756
3. Muhammad Solehhuddin Mohd Suhaimi (tahun 2) 0779433913
4. Muhammad Luqman Nul-Haqq Mohd Saifuddin (tahun 3) 0776991933
5. Muhammad Ain Sapia'i (tahun 4) 0779078738
6. Nurul Najwa Nagmudin (tahun 1) 0775256358
7. Nur Hazwani Mohd Zalazilah (tahun 2) 0779189457
8. Nor `Adilah Afanddi (tahun 3) 0775210470
9. Nur Hazwani Mohd Zalazilah (tahun 4) 0779189457


Klik pada link tersebut untuk lebih maklumat lanjut mengenai Baq'ah Refugee Camp.



BIRO MEDIA DAN PUBLISITI
ROAD TO BAQ'AH: CARE FOR REFUGEES 2011

Zakat Sedekah Mppm Jordan


Friday, March 4, 2011

: : TARIQ ZIYAD : :



Tariq bin Ziyad (670M - 720M / 75H - 125H), seorang anak yatim piatu, yang rajin bekerja dan suka menuntut ilmu. Telah dijual sebagai hamba atau budak suruhan dan dibeli oleh Musa bin Nusair. Musa bin Nusair ini adalah seorang pemerintah Islam di Afrika (wakil khalifah Islam di Afrika), Tariq telah diajar bermain senjata dan menunggang kuda. Akhirnya Musa bin Nusair memberi kepercayaan penuh kepada Tariq bin Ziyad untuk menjadi Ketua Panglima bagi mengetuai sebuah angkatan perang seramai 12 ribu orang Islam bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat dari penindasan Raja Roderiga.

Raja Roderiga ini berbangsa Gotik dan memerintah Sepanyol. Dia dan orang-orangnya hidup penuh kemewahan sedangkan rakyat dibiarkan dalam kesengsaraan. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi. Kaum wanita terutama anak2 gadis yang cantik tidak berasa selamat kerana sering diperkosa oleh Raja Roderiga ataupun konco-konconya. Mereka yang cuba melawan dibunuh hidup2. Akibat penindasan yang tidak berperikemanusiaan itu, rakyat hidup dalam ketakutan. Ramai antara mereka terpaksa melarikan diri ke Afrika, sebuah negara yang aman makmur di bawah pemerintahan Kerajaan Islam.

Disebabkan kekejaman inilah, Musa bin Nusair menghantar tentera-tentera Islam yang diketuai oleh Panglima Tariq Ziyad ke tanah Andalusia. Panglima Tariq Ziyad telah dibantu oleh Panglima Malik, Panglima Amir, Panglima Sufian dan tentera-tentera Islam yang lain. Matlamat mereka hanya satu, Menang ataupun Syahid kerana Allah. Setelah belayar beberapa ketika, mendaratlah tentera Islam di bumi Andalusia di sebuah bukit,yang tidak berpenghuni, lalu diberi nama oleh Tariq Ziyad sebagai "Jabal Tariq", pada masa ini tempat itu dikenali sebagai Gibraltar.

Bermulalah perjuangan Panglima Tariq Ziyad bersama tenteranya. Pada mulanya tujuan mereka untuk meninjau keadaan tempat dan kekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang dipimpin sendiri oleh Musa bin Nusair sahaja. Tetapi Musa bin Nusair telah berpesan kepada Tariq Ziyad, "Apabila terserempak dengan musuh, buatlah apa yang panglima fikirkan terbaik. Keselamatan 12 ribu tentera Islam terletak di tangan kamu. Pimpinlah mereka dengan bijaksana". Maka Tariq Ziyad telah membuat keputusan untuk berhadapan dengan tentera Gotik di atas keadaan yang beliau yakini perlu bertindak ketika itu.

Pada 19 Julai 711 M, terjadilah pertempuran antara tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq Ziyad dengan tentera Gotik yang dipimpin oleh Raja Roderiga. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kecil berbanding musuh ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan namun dengan semangat jihad yang berkobar-kobar mereka berjaya memberi pukulan yang hebat kepada Raja Roderiga. Akhirnya tentera Gotik kalah dan Raja Roderiga mati lemas di dalam sungai Barbar ketika cuba melarikan diri. Kekalahan ini amat memalukan Gotik, lalu mereka mengumpul semula kekuatan bagi mengusir tentera Islam dari tanah air mereka. Kali ini mereka diketuai oleh Panglima Goted.

Kemudian, terjadi lagi satu pertempuran yang paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair, dan sekali lagi tentera Islam menang. Tentera Islam juga pernah dibahagikan kepada 4 pasukan besar iaitu menuju ke Kardoba, Malaga, Granada dan Toledo (ibu kota Andalusia) bagi menakluki kawasan2 tersebut.

Akhirnya seluruh bumi Andalusia berjaya ditakluki oleh pemerintahan Islam, dalam masa yang sama penyebaran Islam terus digiatkan di seluruh kawasan Andalusia. Penaklukan Andalusia oleh orang2 Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar2 diakui. Rakyat tidak lagi tertindas dan harta mereka dipelihara di bawah pemerintahan Islam.

Tariq bin Ziyad bercadang hendak menakluk seluruh Eropah. Ketika persiapan giat dilakukan, tiba2 Tariq bin Ziyad diperintahkan oleh khalifah kembali ke Damsyik. Sebagai panglima tentera yang berdisiplin, beliau mematuhi arahan itu dan terpaksa membatalkan niat untuk menakluki Eropah. Panglima Tariq bin Ziyad meninggal dunia di Damsyik. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

: : TARIQ ZIYAD : :
Antara pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah Tariq bin Ziyad ini ialah:

1) Pergantungan dan pengharapan penuh hanya diletakkan kepada Allah SWT dalam setiap perkara dan setiap masa.

Setiap malam Tariq bin Ziyad menunaikan solat sunat tahajjud, bagi memohon kekuatan, perlindungan dan kemenangan dari Allah SWT. Dirinya sentiasa merasa dekat dengan Allah dan yakin dengan bantuan Allah SWT. Kebergantungannya penuh terhadap Allah SWT.
"Pada siang hari kami lihat panglima bagaikan seekor singa apabila berdepan dengan musuh, tetapi pada malam hari panglima bagaikan abid," puji salah seorang anak buanhnya.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah : 152
"Maka Ingatlah kepadaKu maka Aku akan mengingatimu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

"Berperanglah kerana Allah bukan kerana marah, takutlah kepada Allah jangan takut kepada musuh. Apabila masuk waktu solat, kerjakanlah ia, jangan meninggalkannya. Akhir sekali kita perlu yakin ajal maut kita hanya Tuhan yang menentukan."
"Sesiapa yang mati dalam perjuangan ini dimasukkan ke dalam syurga. Kami yakin dengan janji Tuhan kami."
"Saya berpesan kepada diri saya dan saudara semua supaya sentiasa ingatkan Allah semasa senang atau susah, juga semasa duduk dan berdiri. Hanya Dia tempat kita bergantung harapan." - kata-kata Tariq Ziyad kepada tenteranya.

Surah at-Taubah : 24
"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

2) Perancangan yang teratur amat penting dalam melaksanakan sesuatu terutama sekali dalam merancang gerakerja Islam.

"Sebelum berangkat ke sana, kami perlukan maklumat daripada saudara. Lukiskan peta Andalusia, tandakan pantai, selat, gunung dan bukit serta laluan kapal. Selain itu tandakan jalan2, kawasan perumahan dan bandar. Perkara yang paling penting adalah saudara bagitahu maklumat mengenai tentera Gotik."
"Kita bentuk 4 pasukan dan setiap pasukan seramai 2500 orang tentera yang bergerak serentak menuju ke empat buah bandar itu." -panglima Tariq bin Ziyad.

Kata-kata Saidina Ali :
“Kebenaran tanpa perancangan akan mudah dikalahkan oleh kebatilan yang terancang”

3) Pemimpin Islam atau pendakwah perlu mempunyai kekuatan dalaman (kekuatan ruhani) yang utuh bagi menghadapi segala bentuk cabaran dan ujian.

"Saya mahu memilih yang terbaik antara kamu. Mereka yang bangun sembahyang tahajjud malam tadi diminta berdiri. Merekalah yang saya pilih bagi bersama saya ke kampung Maktum. Tentera yang terbaik, pasti peroleh pertolongan daripada yang maha berkuasa." -panglima Tariq bin Ziyad

Surah Muzzammil : 6
“Sesungguhnya jiwa (org) yang terbentuk di tengah malam itu lebih mantap keperibadiannya dan lebih jitu kata-katanya”

4) Setiap insan yang membawa Islam dan mempunyai matlamat yang tinggi untuk kejayaan Islam, pasti akan diuji dengan pelbagai ujian. Hanya iman yang kuat yang dapat mengatasi segalanya.

"Kita upah perempuan bagi menggoda Tariq bin Ziyad. Kemudian kita suruh perempuan itu beritahu orang ramai dia dirogol. Dengan itu orang ramai pasti membenci tentera Islam" -panglima Goted (pembantu Raja Roderiga)
"Subhanallah, saya datang ke sini bukan bagi memuaskan nafsu, tetapi berjihad dan mencari keredhaan tuhan". -panglima Tariq bin Ziyad

"Kita sambut kedatangan mereka dengan baik, kemudian kita sediakan wanita yang cantik, arak, tuak serta makanan yang haram dimakan oleh mereka. Apabila mereka termakan umpan kita, mereka diambang kebinasaan. Dengan mudah mereka dikalahkan." -paderi Raja Portugal
"Makanan ini tidak halal untuk kita, kita akan dibakar oleh api neraka. Jihad yang paling besar sekali adalah melawan hawa nafsu." -panglima Tariq bin Ziyad

"Terimalah hadiah kami ini. Selain emas dan berlian, ada banyak lagi barang2 berharga. Semuanya kami hadiahkan kepada tuan." -panglima Julian
"Saya dibayar gaji oleh Khalifah Walid bin Malik, saya tidak boleh menerima hadiah2 ini." -Musa bin Nusair

Surah al-Baqarah : 155
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

5) Sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia kepada semua umat manusia termasuk golongan kafir, selagi mereka tidak mengancam Islam itu sendiri. Terutama sekali yang memimpin kepimpinan Islam, sentiasalah bersifat sederhana dalam setiap perkara.

"Panglima hanya tidur beralaskan kain yang nipis. Biarlah kami gantikan dengan hamparan yang tebal ataupun permaidani yang cantik." -panglima Amir (pembantu panglima Tariq Ziyad)

"Masih ada penduduk kampung ini yang sakit tetapi masih tidak diberi rawatan? Penduduk yang kelaparan tetapi masih tidak mendapat makanan? Sekiranya ada penduduk kampung yang diganggu dan disakiti, sila beritahu saya." -panglima Tariq bin Ziyad

Ketika Aisyah Ra ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW :
Maka dia menjawab, "Akhlaknya adalah Al-Quran."

6) Ilmu itu sangat penting dalam kita hendak membawa Islam itu sendiri. Sirah-sirah Rasulullah SAW banyak menunjukkan kisah-kisah atau tindakan-tindakan yang terbaik untuk kita ambil dalam menempuh alam yang semakin mencabar ini. Wajar kita sandarkan segalanya pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

"Adakah kalian lupa sejarah Perang Muktah pada zaman Rasulullah SAW? Panglima Jakfar bin Abi Talib yang menjadi ketua tentera Islam menggantikan Panglima Zaid bin Harithah yang syahid, membunuh kudanya. Kemudian bertempur dengan musuh sambil berjalan kaki sehingga syahid. Walaupun itu nampak bodoh tetapi Nabi Muhammad tidak mencerca tindakan Panglima Jakfar bin Abi Talib." -panglima Tariq bin Ziyad

"Saya lakukan apa yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar. Dia sering berjalan malam bagi mengetahui kehidupan rakyat." -panglima Tariq bin Ziyad

Rasulullah SAW bersabda :
"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Riwayat al-Bazzar)

7) Mati itu pasti, tetapi perjuangan Islam harus diteruskan. Kita adalah mata rantai perjuangan Islam.Perjuangan Islam itu mesti tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku.
"Selamat tinggal sahabat-sahabatku. Teruslah berjihad di jalan Allah. Sebarkan Islam ke seluruh dunia." -panglima Tariq bin Ziyad
"Selamat jalan panglima yang berjasa. Semoga Tuhan pertemukan kita semula. Sekiranya tidak di dunia, kita pasti bertemu di akhirat." -Musa bin Nusair

Surah al-Imran : 185
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "

: : TARIQ ZIYAD : :

Ini adalah antara pengajaran yang perolehi dari buku Tariq (Menang ataupun Syahid) ini. Moga sama-sama kita ambil iktibar dan jadikan panduan dalam kita memikul amanah Allah swt ini, serta menjadi bekalan kita bagi menempuh alam kehidupan yang pasti penuh onak dan cabaran. Apa yang dikongsikan di sini hanyalah antara sedikit tulisan-tulisan dalam novel ini, untuk mengetahui secara penuhnya, bacalah buku tersebut. ;)
Wallahualam.


Thursday, February 24, 2011

Tidak ada sesiapa pun mahu dan meminta untuk memikul amanah itu. Tahu akan kelemahan dan kekurangan diri. Sering menolak dan mengelak adalah perkara yang ingin dilakukan. Namun sering sahaja 'tidak sempat' untuk melarikan diri. Tidak ada alasan atau keizinan diberikan.....

Menjadi seorang pemimpin adalah tidak mudah... Bukan lahirnya kita ke dunia, sudah menjadi pemimpin. Bukan terus mempunyai ilmu untuk menjadi pemimpin. Malah, kita dibimbing serta diberi petunjuk bagaimana untuk menjadi seorang pemikir/pekerja...

PEMIMPIN...

Menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang diimpikan. Malah tidak pernah terfikir mengenainya. Kadang-kadang timbul tanda tanya, kenapa aku dilantik? Kenapa aku dipilih? Sedang orang lain, jauh lebih ramai dan lebih layak untuk dijadikan contoh ikutan, untuk dijadikan sebagai tempat merujuk...

Sering bermain-main dalam fikiran... Sering juga berfikir, apakah jawapan di sebalik semua ini? Adakah aku sedang ditarbiyyah oleh-Nya untuk menjadi sebaik-baik hamba dan pemimpin? Atau DIA mahu aku berubah dari tidak tahu dan tidak mampu agar menjadi tahu dan mampu? Tidak pasti... Namun, apa yang sering difikirkan adalah aku sentiasa berada dalam perhatian dan pemerhatianNya, Dia tahu apa yang terbaik untukku.

Namun, perkara yang paling menggusarkan adalah... Mampukah aku???
Setiap amalan, amanah, dan apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini akan menjadi pertanyaan di akhirat kelak. Dinilai dari pelbagai sudut. Setiap masa yang berlegar-legar dalam fikiran adalah, apa yang aku lakukan??? Apa yang dah aku lakukan??? Betulkah apa yang aku lakukan???

Rasa merendah diri tentu sekali, kerana saya bukan lahir dalam kalangan ahli keluarga yang hebat pemikirannya, yang gah kepimpinannya, yang popular namanya (mungkin di kalangan jiran atau kerabat sahaja), namun mungkin gah (sikit) dari satu sudut lainnya, yang kurang penting untuk masyarakat saya fikir.

Saya hanyalah seorang yang lahir dalam keluarga biasa, pemikirannya biasa, kepimpinannya biasa, tidaklah sepopular mana. Tapi, sayalah yang mula-mula yang menjadi sinar. Cemerlang saya semasa di sekolah, dan aktif saya dengan organisasi. Saya sering bertanya, kenapa dan apa perlunya saya untuk terpilih? Saya sering cuba untuk mengelak dari dilantik menjadi pemimpin, namun semuanya tidak berhasil.. =)

Pertama kalinya ketika ummi menyuruh saya untuk meninggalkan jawatan sebagai pengawas disiplin (pengawas sekolah), kerana sudah dua tahun berturut-turut dilantik. Pada tahun akhir (darjah 6), dengan saranan ummi serta saya yang sebenarnya memang berhajat untuk itu, bertekad untuk melakukannnya. Keesokannya, saya ke sekolah seperti biasa. Kebiasaannya ada perhimpunan sebelum masuk ke kelas. Dalam perhimpunan diselitkan pelbagai perkara termasuklah pengumuman untuk sekian-sekian hal. Hasrat hati ingin bertemu dengan ustazah hari ini, bercakap mengenai hal semalam. Belum pun sempat saya menyampaikannya, pengumuman dibuat, dan saya dilantik sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber (PSS), yang dulunya abang saya.

"Allah..." Hanya itu yang mampu dikatakan. "Baru cadang nak letak jawatan..." Kata saya pada diri...

Lain yang dirancang lain yang jadi... Perancangan Allah itu lebih mendahului. Dia Maha Mengetahui. Tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

Kemudian pulang setelah tamat sesi sekolah. Menceritakan apa yang terjadi, ummi hanya ketawa kecil. Emm...

Ketika di Tingkatan Empat saya diberikan satu amanah. Sesuatu yang tak pernah diduga, yang mendebarkan saya ketika sebelum harinya. Sudah masanya... Namun, saya belum bersedia.

Sebelum tiba hari yang mendebarkan itu, saya agak risau, kerana saya bimbang saya dilantik sekali lagi. Tapi, itulah yang terjadi. Setelah diumumkan itu, saya agak terdiam. Terdiam dan termenung sebentar ketika itu. Memikirkan apa yang berlaku. Sungguh! Berat hati ini untuk menerimanya. Tapi, saya tidak mampu menolak kerana itu telah diputuskan dan disepakati oleh mereka yang melantik saya. Selang beberapa hari dari hari peristiwa tersebut, saya bertemu mata dengan mereka (senior) untuk meluahkan apa yang terbuku. Mohon supaya digantikan dengan orang lain yang lebih layak. Saya menyatakan kepada mereka bahawa saya tidak mampu untuk menjadi pemimpin. Saya tidak mampu untuk memikul amanah itu. Saya menyedari kelemahan dan kekurangan saya. Sambil dalam sendu, saya berkata bahawa agak berat untuk saya menerimanya. Saya tidak mempunyai ciri-ciri yang sepatutnya. Namun, apa yang keluar dari mulut mereka adalah sedikit 'brainwash' serta kata semangat.

"Ini nak kena tarbiyyah lagi ni..." kata seorang senior saya.

Tidak ada kata-kata yang saya dapat keluarkan untuk menolak jawapan mereka. Hanya sedikit sendu dalam kata-kata yang kedengaran. Masa berlalu, saya menerima dengan hati yang agak berat, namun tetap redha untuk menempuhinya. Teman-teman rapat yang sering menjadi penguat. Rapatnya kami sehingga ada yang perasan kebersamaan kami walau ke mana sahaja.

***************************************************

Di tahun seterusnya. Ketika itu, kebiasaannya semua senior (Tingkatan Lima) akan menjadi pengerusi serta timbalan bagi setiap persatuan/kelab-kelab di sekolah. Ketika di Tingkatan Lima, sekali lagi saya diamanahkan untuk sebuah jawatan dalam sebuah kelab. Kelab Usahawan Muda (UM). Semasa pertemuan pertama, untuk menentukan ahli jawatankuasa Kelab UM, saya turut tersenarai. Tapi, saya meminta tidak dipilih sebagai timbalan pengerusi kelab.

Sekali lagi saya cuba lari, saya memilih untuk menjadi setiausaha kelab dari timbalan pengerusi kelab. huhu.... Tindakan itu menyebabkan ustazah (masu'lah bagi kelab tersebut) bertemu dengan saya dan meminta agar saya menukar posisi.

"Tak boleh! Saya nak awak jadi timbalan pengerusi" antara kata-kata ustazah yang paling saya ingat.

"Adehhh... Kena jugakkk..." huhu...

(Memang dah duga apa yang akan berlaku. Juga tahu apa sepatutnya yang perlu dibuat, tapi tetap dengan keputusan... Mana tau kot-kot 'diizinkan' =D )

Saya akan menyerahkan tugas sebagai pengerusi majlis atau 'programmer' setiap kali waktu ko-kurikulum jika saya tidak tahu atau tiada ada idea untuk menjalankan program. Dalam masa yang sama, saya belajar bagaimana mahu menggerakkan kelab atau menjalankan program, atau memikirkan idea-idea untuk mengadakan program.

***************************************************

Entah kenapa saya asyik takut untuk menjadi pemimpin. Hinggakan di peringkat universiti saya masih mempunyai sikap itu. Namun, sekarang saya perlu menghadapi apa yang saya takut itu. Walaupun sebenarnya agak 'ketar lutut', saya tetap akan cuba.

Semester lepas amanah saya terlalu banyak, yang agak mengganggu emosi kerana saya hampir tiada masa untuk belajar. Di sebalik semua itu, saya diberi peluang untuk 'berehat' dari sebarang aktiviti. Kesannya, sangat meruntun jiwa. Lebih tidak keruan dibanding dengan waktu sibuk saya. Insaf saya dengan tempoh yang sangat menyiksa jiwa ini. Rela sibuk dengan pelbagai urusan dari diberi waktu terluang untuk study. Mengapa? Sukar untuk dijelaskan kerana situasi kita berbeza. Ujian dan masalah kita juga berbeza. Tarbiyyah yang diterima dari-Nya juga berbeza.

Kini, sudah hampir sampai masanya untuk saya mengundur diri. Pengalaman keterlibatan saya dalam pelbagai organisasi luar dan dalam kampus serta corak kepimpinannya banyak mengajar saya. Apatah lagi mengenai erti hidup. Semenjak di kolej saya berlatih, berlatih dan terus berlatih. Walaupun kadang-kadang saya agak letih. Letih untuk berdepan dengan masyarakat (peringkat mahasiswa) serta masalah-masalah yang melanda. Namun, di situlah manisnya dan ilmunya. Satu ilmu yang tidak terdapat dalam kelas-kelas harian.

Kebelakangan ini banyak perkara dan masalah yang berlaku. Semuanya dalam sekelip mata. Yang memerlukan keputusan-keputusan yang drastik. Di 'penghujung hayat' peranan saya inilah saya melihat segala perkara: dari sudut fikiran dan cara berfikirnya, dari sudut prioriti serta kesan-kesannya jika sekian-sekian perkara berlaku dan dilakukan, dari sudut kecekapan mengurus organisasi dan ahlinya (AJK), dari sudut pandang positif serta negatif sebagai seorang individu, muslim dan pemimpin, dari sudut interaksi, rujuk-merujuk, pengurusan emosi dan sebagainya. Sesuatu yang sangat-sangat bernilai bagi saya. Mungkin banyak cacat-celanya. Tapi bagi saya, inilah satu-satunya pengalaman yang sangat berharga.

Jutaan kemaafan saya pohonkan atas segala kelemahan serta kekurangan saya sebagai seorang manusia yang bergelar hambaNya. Maafkan jika saya tidak banyak membantu kalian. Maafkan jika saya tidak banyak menyumbang buah fikiran untuk memantapkan organisasi. Maafkan jika kelakuan dan sikap saya tidak menyenangkan selama ini. Maafkan jika saya tidak mengenali kalian dan kalian juga tidak mengenali saya. Maafkan juga atas tersalah tindakan yang menyebabkan 'kelembapan' gerak kerja. Tegurlah saya di mana sahaja. Bimbinglah saya untuk kebaikan. Saya sedia menerima teguran dan kritikan membina.


Doa saya, agar kalian dapat meneruskan tanggungjawab serta menghadapi mehnah dengan sabar, diteguhkan iman dan hati untuk terus istiqamah melaksanakan ibadah.

Jutaan terima kasih juga atas kerjasama serta komitmen yang kalian berikan, tunjuk ajar, bimbingan, perkongsian serta penerimaan kalian terhadap saya. Siapa pun kalian, tetap tidak akan saya lupakan. Walau pun sekali sahaja kita pernah bertemu.


MESTI BELI!!!






Be The First To Own It.
Order NOW! :)

Bahan bacaan menarik untuk minda anda...

**********************************

APA KATA MEREKA
Nik Norkatijah: "Dah tengok journal ni, Best!
Mesti miliki journal ni. Antara kandungannya:

The term 'Hadith Hasan' between Theory and Application - Dr Hamid ibn Hamad Al-Ali

The Maliki School of Fiqh in Andalusia : Between Taqleed (limitation) and Ittiba' (Aware following) - Dr Tawfiq ibn Ahmad Al-Ghalbzouri

Ethics of Electronic Trade According to the Islamic Jurisprudence - Dr Muhammad Mansour Rabie Al-Madkhali

Waivers of Theft Penalty in Islamic Jurisprudence Compared to the Yemeni and Sudanese Crinila Law - Cr Ahmad Yusuf Ali Al-Samaadi..."

**********************************

Untuk tempahan, sila hubungi:
Muhammad Ain (Tahun 4, Iqtisad) ~0779078738
Nur Aqilah (Tahun 4, Iqtisad) ~ 0776977075


ROAD TO BAQ'AH


COMING SOON!
Anjuran JPMJ, MPPMJ & UZS MPPMJ dengan kerjasama MPKJ, BKPJ, BKMPJ, BKSJ, membawakan:

Road To Baq'ah
'Care For Refugees'
*Baq'ah merupakan sebuah kem pelarian Palestin yang terletak di Amman.


23 APRIL 2011
SATURDAY

Justeru itu, pihak penganjur akan melancarkan

TABUNG ROAD TO BAQ'AH

semasa PERTAMA di Mafraq kelak.


Siap sedia dengan sumbangan anda... Menyumbanglah dengan sebanyak yang mungkin...


Untuk sebarang pertanyaan (bagi mantiqah Mu'tah):
Syabab boleh bertanya kepada Ustaz Abdul Rahim
Akhawat melalui Ustazah Ramlah...
Sekian, terima kasih... =)


Sunday, February 20, 2011

Sibuk...Busy...

Sebuah kisah yang ringkas...

Beberapa hari ini saya sempat menziarahi teman-teman termasuk beberapa orang yang saya anggap murabbi... Berbincang sedikit sebanyak mengenai beberapa permasalahan serta resolusinya... Pengalamannya berada di IPTA di Malaysia, dilantik sebagai pimpinan, apa yang berlaku dan dilakukannya sepanjang tempoh itu saya dengari, hayati dan fikirkan.

Pandangan-pandangan yang bernas membuatkan saya kagum dan membuka fikiran untuk berfikir dengan lebih meluas dan lebih kritis... Sungguh, kemampuan saya masih belum setahap itu.. (Itu kelemahan saya). Bukan malas berfikir, cuma tidak terfikir. Saya acap hanya menjadi pemerhati serta pendengar kelakuan, sikap dan pandangan-pandangan orang. Belajar sebenarnya.. =)

Di akhir perbincangan terselit sedikit perbualan mengenai persatuan, yang kebanyakan orang kata sibuk, tak mampu untuk memegang lebih dari dua atau tiga jawatan dan sebagainya...
Ada teman yang mengatakan, si fulan ini tak mampu nak pegang dua, tiga jawatan. Teman yang lain pula kata fulan ini sibuk, tak sempat nak sekian, sekian... "Ye, semua orang sibuk. Cuma kitalah yang kena pandai manage masa dan kerja kita. Jangan jadikan sibuk tu satu alasan. Alasan yang tak kukuh sebenarnya tu", kata murabbi saya. Saya jadi teringat beberapa minggu yang lepas, ketika bermesyuarat. Antara alasan yang saya berikan adalah "saya sibuk dengan kerja lain". Saya tahu itu adalah alasan yang agak tidak relevan untuk diberikan. Namun, hanya itu dan beberapa alasan lain yang mampu saya berikan... Bukan mahu 'lepas diri'...

*****************************************************

Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Namun, untuk menilai sejauh mana sibuknya kita, kita sendiri yang menentukannya. Semoga kita semua diberi keampunan oleh-Nya atas kelalaian kita. Walau ianya hanya kelalaian yang sedikit, namun mampu membawa kita ke jurang neraka... Nauzubillah... Amanahlah dengan tanggungjawab.

~Allah~ ampuni kami....

Semoga tulisan ini mampu menimbulkan rasa takut pada azab-Nya serta menjadi peringatan bagi saya dan kalian...

Wallahua'lam...


Teguhkan jiwamu!

Jalan dakwah itu luas, panjang dan berliku...
Perkasa biasa bila seruan dan kita dianggap seteru...
Jangan terlalu mudah berputus asa dan jemu...
Menjadi insan yang terpilih adalah ketentuan TUAN YANG MAHA TAHU...
Mereka itu harus dididik, dibelai dan dijamu...
Dengan baik, lemah-lembut dan pengisian-pengisian yang jitu...
Agar hati bertaut dan jinak serta kesedaran mahu bertamu...

Dakwah baginda disapa dengan lemparan batu...
Hanya sakit, sedih, pedih serta kecewa yang menjadi teman setia di situ...
Lantas tidak pernah berputus asa dalam menyeru...
Mengenangkan tanggungjawab, bantuan serta janji Allah yang an-Nuuru al-Haadiu (النور, الهادئ)
Sang Isteri menjadi peneman setia di sisi ketika itu...
Para malaikat yang sering mendoakanmu...
Kerana kau kekasih agung al-Maliku (الملك)...

Apalah kiranya ujian-ujian yang bertamu...
Menjadi peneman setia dalam setiap langkah dan hidupmu...
Dibandingkan baginda serta mereka (para nabi dan rasul) yang sering duduk berteleku...
Bertahun-tahun menyampaikan dakwah tanpa jemu...
Diiringi ujian-ujian hebat yang bertandang lalu...
Menahan derita dan sengsara yang menikam qalbu...
Namun hasilnya hanyalah sekelompok mad'u...

Malulah kita pada baginda dan mereka selalu...
Hanya sedikit ujian-ujian yang datang menguji jiwa-jiwamu...
Belum lagi disuruh mengangkat senjata-senjata memerangi musuh-musuhmu...
Namun, kadang-kadang kau tewas dengan nafsu serta sifat amarahmu...
Tidak mampu menampung dan menanggung luka-luka kecil dihatimu...
Begitu kecewa kerana seruan ditolak mentah-mentah begitu...
Sedang pemberi hidayah hanyalah Dia al-Hakamu...

Berdoalah pada-Nya selalu...
Dia pasti mendengar rintihanmu...
Jangan jemu dan ragu...
Kerana ganjaran bernilai menanti di situ...
Andai taqwa menjadi kunci rahsiamu...
Serta usaha-usaha yang menjadi penilai kelak di akhiratmu...
Lianna Huwal Hakimul Haadiul Khabiiru (Maha Mengetahui Rahsia)...




~ReM~
7.30-8.00 a.m
20.2.2011
Imtiyaz


Friday, February 11, 2011

Lagi... Kehilangan seorang ulama' Jordan... Dr Fadhlul Hassan Abbas

Ini adalah terjemahan secara ringkas:

Beliau meninggal dunia pada petang 9/2/2011..Menandakan bahawa umurnya telah genap 79 tahun..Di mana masanya dihabiskan dengan dunia pendidikan,pengajaran, ilmu pengetahuan di masjid-masjid beserta forum-forum ilmiah..

Syeikh Fadlhlul Hassan Abbas (lahir Saffuriyya di Palestin pada tahun 1932 M), salah satu ulama Sunni yang paling menonjol di Jordan, salah satu ilmuwan dalam bidang ilmu tafsir,hadis,ilmu bahasa arab dan balaghah..Beliau dikenali ramai melalui kitab-kitab hasil penulisan beliau,juga memberi kuliah tentang ilmu agama di corong-corong radio,dan juga tv..

Dr Fadl Abbas sebagai salah satu ilmuwan yang paling penting dalam bab tafsir dan tilawah alquran.Ketika pada tahun 70-an beliau ke udara dalam rancangan beliau sendiri di radio-radio Jordan sebanyak 400 episod.Beliau mengajar tentang ilmu Tilawah dan Tafsir..Beliau juga terkenal dengan cara pengajaran yang memudahkan orang ramai belajar..Dari segi penulisan beliau terkenal dengan pandangan yang menarik dan baru dalam ilmu tafsir al-quran..


Latar Belakang ringkas Pengajian:


Belajar di Universiti Azhar,di kuliah Usuludin..Beliau seorang lelaki yang soleh..Tamat menghafaz alquran pada umur 10 tahun.Kemudian menghafal matan-matan dalam fiqh Syafie dan Maliki..Ditambah pula ilmu aqidah,faraidh

Beliau bersekolah Menengah di Mesir selepas lulus,beliau berjaya masuk ke kuliah Usuludin di Universiti Azhar..Tamat pengajian ijazah pada tahun 1952..Beliau merupakan siswa yang paling muda tamat pengajian ketika itu.

Kemudian,beliau mendapat gelaran doktor(phD) di Universti Azhar,Mesir pada tahun 1972 dengan tajuk tesis beliau bertajuk:Arah tuju tafsir di bumi Syam,dan Mesir..

Latar Belakang Kerja:


Menjadi tenaga pengajar di Kuliah Syariah pda tahun 1966 di Jordan..Beliau mengajar dalam bidang Tafsir,Hadis,Tilawah,Tauhid dan juga Bahasa Arab..

Kemudian beliau berpindah dan bekerja di Emirate diantara tahun 1975-1978..Selepas beberapa tahun di sana beliau kembali berkhidmat pada tanah air tercinta di Jordan di Kuliah Syariah Universiti Of Jordan di Amman..Beliau memegang jawatan sebagai dekan kuliah Usuludin pada satu tempoh yang sangat panjang...

............................................................................................................................................................................

Ini adalah terjemah ringkasan dari laman web dalam bahasa arabhttp://www.heilnews.net/article.aspx?articleno=9675

Jika terjemahan terdapat sedikit kekurangan harap maaf dan sangat dikesali..


Kesimpulanya marilah sama-sama kita menghargai Ulamak...Menghormati Ulamak-ulamak...Kerana kata Rasulullah Ulamak adalah pewaris nabi-nabi...Kita dengan Nabi,dan rasul sangatlah jauh..Apatah lagi Ulamak?Jika dalam hidup kita tidak pernah berjumpa dengan Ulamak alangkah ruginya kita....

Apabila ditanya oleh Allah kelak,pernah kah kita menghargai nabi?Pernahkah kita menghargai Ulamak?Dan dijwab tidak!!Dengan rahmat Allah,ditanya lagi pernahkah kita mengikuti pengajian dengan orang alim??Dan masih lagi tidak!!!!..Soalan lago,pernahkah kita berjumpa dengan Ulamak?Masih lagi tidak..Dan soalan last..Pernahkah kita menghargai dan mengingati Ulamak?Jika masih lagi jawapan tidak..Alangkah ruginya anda!!!!!


*Dr Fadhul Hassan Abbas merupakan salah satu Ulamak moden yang terkenal di Bumi Syam, Jordan, Syria, Lubnan, dan Palestin...Beliau banyak menulis kitab-kitab yang mushtalah yang senang dibaca..Terkenal dengan pembaharuan ilmu tafsir...Dan yang paling menarik mata beliau buta!!!


Wallahualam~


Credit to: awe-donde


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More