
6:08 AM

ReM
(Harakah-Fikrah, Edisi Jumaat, 31 Julai 2009, m/s F14-F15) Pesanan Dr. Abdul Karim Zaidan kepada pejuang Islam Oleh: Imran al-Malizi Beberapa bulan yang lalu, saya diberitahu bahawa beliau sedang sakit tenat dan enggan menerima tetamu. Beliau memerlukan rehat yang secukupnya lantaran faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan. Pada hari Selasa, 21 Julai 2009, kami diberi kesempatan untuk menziarahi guru kami, Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama yang berasal dari Iraq dan sangat dikenali di peringkat antarabangsa. Keluasan ilmunya membuatkan pandangan-pandangan beliau sentiasa diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan semasa yang berkaitan dengan Islam. Kitab-kitab karangannya telah digunakan sebagai teks usrah semenjak sekian lama....

6:07 AM

ReM
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."Pada keesokan harinya, Nabi itu pun...

11:28 PM

ReM
Menelusuri denai-denai serta pepasiran di pantai... Tatkala mentari melabuhkan senja mengikut sunnah Tuhannya. Aku termenung kesepian... Mengenang nasib yang kian dirundung hiba. Mencambah kembali kenangan-kenanganku yang dulu.Dulu.....Aku pernah menjadi orang yang kecil jiwanya. Aku pernah menjadi orang yang sepi diamnya. Aku pernah menjadi badut yang berduka. Aku pernah menjadi orang yang kurang berhati perut. Aku pernah melalui alam kepayahan, kesedihan, kepayahan, kejahilan dan kedukaan.Kemudian, aku dididik untuk menjadi orang penuh keriangan...Aku pernah menjadi orang yang berjaya. Aku pernah menjadi orang yang riang tawanya. Aku pernah menjadi orang yang manis senyumnya. Setiap tawaku itu menyejukkan hati mereka, tiap senyumku itu melegakan jiwa mereka, tiap percakapanku itu...
.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.