'Syarikat': ISLAM (syarikat antarabangsa)
Pemilik Mutlak: ALLAH YANG MAHA BESAR
Lokasi: BUMI (SELURUH DUNIA)
Jawatan Khas: 'Pengendali' syarikat-syarikat kecil
(anak-anak syarikat dan cawangan bagi anak-anak syarikat )
(jika mampu dan cukup syarat)
*note: anak-anak syarikat = ~di setiap negara~
cawangan bagi anak-anak syarikat= ~ bagi negeri dan tempat-tempat~
Jawatan Umum: Pekerja syarikat
(spesifikasi jawatan akan diberitahu jika anda sudah mendaftar dan bersedia)
Masa: Setiap masa dan saat
Tarikh dan hari: Setiap tarikh dan setiap hari
'Gaji': Pahala yang berterusan (jika ikhlas dan istiqamah)
Bonus: Syurga yang indah
Tarikh akhir bekerja: Apabila ajal menjemput anda untuk ke proses semakan kelayakan menerima bonus.
Syarat-syarat:
1- Taat pada Allah dan rasul
2- Sanggup berkorban (tadhiyyah) dari sudut masa, tenaga, idea, harta dan segala yang boleh dikorbankan.
3- Memenuhi kritiria seorang muslim
4- Boleh menyumbangkan idea atau tenaga (jika anda seorang pemikir atau jenis yang bekerja)
5- Tidak menindas jika anda dilantik sebagai ketua bagi anak-anak syarikat
**Syarat-syarat bagi seorang ketua kepada anak-anak syarikat dan cawangan-cawangan:
PALING UTAMA: ~ Menunaikan amanah yang diberikan seorang pemimpin dengan sepenuh tanggungjawab.
2 ~ Menjadi pemimpin yang berwibawa dan juga sebagai qudwah hasanah
3 ~ Tidak menyelewang harta syarikat-syarikat.
4 ~ Tidak bertindak sesuka hati.
5 ~ Adil
6 ~ Melaksanakan 'amar makruf nahi munkar'
PERHATIAN: Setiap orang di dunia ini, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, mempunyai 'pemerhati'. Para pemerhati ini berada di mana sahaja kalian berada. Segala perbuatan sama ada baik atau buruk akan dirakam secara langsung dan akanditayangkan ketika proses semakan kelayakan menerima bonus atau tidak.
Oleh hal yang demikian, kalian dinasihatkan untuk melaksanakan amanah dengan sepenuh tanggungjawab. Yang tidak terlibat secara langsung juga perlu ingat, kalian juga dalam perhatian para pemerhati... kerana...
"كلكم راع، وكلكم مسؤول عن رعيته"
"Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya"
**sedikit rasa seram ketika berada di aras 2/3 pada penulisan ini...**
Sunday, June 20, 2010
JAWATAN KOSONG
10:59 PM
ReM
.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.
Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.
0 comments:
Post a Comment