
BISMILLAH....Alhamdulillah... Aku masih diberi nafas untuk meneruskan perjuangan di bumi anbiya' ini... Sudah hampir setahun aku berada di sini. Sungguh tak disangka! Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya telah hampir sampai tarikh keramat (20 OGOS 2009) semasa aku menjejakkan kaki ke sini... Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi... Doakan untukku agar dapat meneruskan perjuangan ini...Kalau sebelum ini, aku mencari dan mengutip pengalaman, mengintai-intai bagaimana pilihan raya kampus di Universiti Mu'tah ini... tiga minggu lepas pula aku mengumpul kenangan bersama rakyat tempatan di Mazar -bermalam di rumah mereka-, menemani seorang rakan......