I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Wednesday, May 18, 2011

Aku Ini Muallaf

Aku adalah seorang muallaf
Yang dijinakkan hatinya
Oleh Tuhan, juga kepada Tuhan
Hati yang dijinakkan oleh Allah
Hati yang dijinakkan kepada Allah

~Bermula dari 2002 hingga ke hari ini~
Sudah berusia sembilan tahun aku bertatih
Kini sedang membesar sebagai kanak-kanak
Yang hampir matang
Tapi....
Matangkah aku???

Sembilan tahun bukan sekejap
Juga bukan tempoh yang lama
Seperti tadi
Usia sembilan tahun adalah usia kanak-kanak
Sedang dalam alam persekolahan..
Sekolah rendah
Namun, tidak mustahil untuk jadi matang bukan?

Tapi..
Itu semua atas kehendak Allah
Jika dia mahu..
Aku akan matang dalam tempoh yang segera
Jika tidak..
Beginilah aku adanya..
=)

Hari demi hari
Tahun demi tahun
Ujian demi ujian
Dugaan demi dugaan..
Semua itu..
Cabaran untuk aku
Menghadapi hidup
Melatih aku
Menjadi insan
Yang berguna
Untuk masyarakat juga ummat

Namun
Sebagai hamba
Aku tetap tewas
Dalam dunia-Nya
Tidak mampu
Tidak berdaya
Adakalanya

Dosa-dosa itu
Kembali terpalit dengan megahnya
Sungguh membimbangkan..
Sungguh menakutkan..
Bimbang dan takut
Kerana hati ini kembali ke asalnya
Sebelum dijinakkan-Nya
~Nauzubillah~

Dunia ini fana..
Diri masih terleka..
Terlalu banyak dosa..

ALLAHU AKBAR!!!!

Moga Allah memegang serta memelihara hati ini dan hati-hati kalian juga mereka yang diberikan hidayah.. Allahumma ameenn...

"Ya Allah.. Aku ini hamba.. Jua makhluk.. Yang sentiasa memerlukan-Mu.. Terlalu banyak dosa, kesilapan serta kemungkaran yang kami lakukan di dunia ini.. Ampunilah kami..
Jangan kerana kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang kami lakukan, menghijab bantuan-Mu kepada mereka.. Ya Allah.. Yang Maha Mendengar..
Jangan engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami.. Ya Allah, jangan Engkau biarkan kami dengan tindakan kami sendiri walau hanya sekedip mata, walau kurang dari itu.. Wahai Tuhan yang mengabulkan doa.."


******************************************

Menimba pengalaman juga ilmu dari semua teman-teman, sahabat-sahabat juga masyarakat sekeliling sangat membantu dan mengajar erti kehidupan.
Aku yang dulu cukup terkenal dengan sikap tegar kini menerima seadanya.. ~Belajar dari kehidupan.. Aku yang dulu cukup terkenal dengan bengis dan pemarah kini merendah.. ~Menyedari hakikat kehambaan.. Aku yang dulu cukup terkenal dengan tegas tidak bertempat kini berubah.. ~Itu semua kuasa dan kehendak Tuhan..
Bersyukur.. Bersyukur .. dan bersyukur.. Kerana menjadi insan terpilih.. Terima kasih Ya Allah.. kerana-Mu aku masih teguh berdiri dan menyedari hakikat kejadian sebagai hamba-Mu..

Moga Allah memegang serta memelihara hati ini dan hati-hati kalian juga mereka yang diberikan hidayah.. Allahumma ameenn... [peganglah dan pimpinlah diri ini Ya Rabb]

******************************************


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More