I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Monday, March 29, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH :: 2 APRIL 2010 ::

Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah mempekenalkan Key Performace Indexs(KPI) bagi mengukur sejauh mana keberkesanan pentadbiran di bawah beliau. Gagasan bagi menilai sejauh mana prestasi menteri-menteri serta organisasi di bawah pentadbiran beliau hendaklah diterapkan dalam semua organisasi. Oleh itu, PERMATA ingin mengorak langkah mengikuti gagasan yang dibawa YAB Perdana Menteri dalam mengukur sejauh mana keberkesanan sesebuah organisasi atau individu dalam menyempurna dan melaksana tugasan, matlamat serta objektif yang diberikan kepadanya.

Jika dalam perniagaan, penilaian dibuat keatas keuntungan sesebuah syarikat dan kepuasan pelanggannya. Maka begitulah harapan yang ingin dicapai dalam program ini, di samping pengurusan yang telah berjalan semenjak bermulanya sesi 09/10 maka program ini bertujuan untuk mendapat pandangan serta kritikan yang membina untuk dijadikan panduan kepada barisan kepimpinan 09/10 untuk menghabiskan sesi kepimpinan dengan jayanya.

PERMATA telah mencapai usianya ke-10, program ini juga ingin meraikan kematangan PERMATA dalam menjaga kebajikan serta membantu ahlinya dalam mengharungi pengajian di bumi Mu’tah ini. Mudah-mudahan program yang ingin diadakan ini dapat memberi satu impak yang besar kepada ahli PERMATA agar dapat mempersiapkan diri untuk menjadi generasi pelapis yang berdedikasi untuk negara.




OBJEKTIF

Menyediakan peluang untuk ahli memberi kritikan dan pandangan kepada persatuan.

Meraikan ulang tahun penubuhan PERMATA 09/10.

Memastikan objektif yang telah digariskan pada permulaan sesi tercapai atau dapat diperkemaskan perjalanannya hasil daripada pandangan serta kritikan ahli.

Memastikan persatuan bergerak seiring dengan penerimaan ahli.

Memberi penghargaan kepada Kedutaan, MSD dan BKAN yang memberi sumbangan kepada PERMATA dalam menjalankan program.


Monday, March 22, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN BIAH SOLEHAH


"MAJLIS PENUTUP BULAN BIAH SOLEHAH & PELANCARAN UNIT AMANAH"
18 Ogos 2010, Khamis – Biro Bimbingan dan Rohani (BBR) di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah (PERMATA) telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Biah Solehah pada tarikh 18 Ogos 2010 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1431H. Program ini telah diadakan di Wisma Negeri Sembilan dan PUSkMA. Program yang bermula pada jam 7.00 malam ini begitu mendapat sambutan dari kalangan ahli PERMATA, kerana para hadirin memenuhi ruang di Wisma dan sebahagian hadirin yang lain berada di PUSkMA.

antara yang hadir

Di sepanjang program, hadirin dihidangkan dengan pengisian-pengisian menarik. Bermula dengan tayangan sedutan filem Ketika Cinta Bertasbih, diikuti dengan diskusi, tayangan slide, ucapan pengarah dan ketua biro, seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz dan busana muslimah bagi akhawat, dan diakhiri dengan sedikit jamuan yang dibawa oleh hadirin dari setiap rumah.

khusyuk mendengar isi yang disampaikan

Diskusi cinta yang bertajuk “Bercinta Hingga ke Syurga” ini digamatkan dengan dua orang ahli panel jemputan, iaitu Ustaz Othman bin Hamzah, yang berada dalam bidang Fiqh wa Usul (MA), dan Ustazah Siti Hasliza bt Md Yusoff, berasal dari negeri Kelantan, yang sedang menyambung pengajian dalam bidang Bahasa Arab di Universiti of Jordan (PhD). Diskusi ini dipengerusikan oleh saudara Mohd Ihsan bin Pajarruddin. Kedua-duanya saling ‘berperang’ dan saling mempertahankan hujah masing-masing mengenai diskusi tersebut, sekaligus menjadikan diskusi ini menarik dan membuat para hadirin tidak kering gusi.

barisan panel dan pengerusi

Diskusi “Bercinta Hingga ke Syurga” ini diakhiri dengan sesi soal jawab dari mahasiswa yang turut hadir pada malam tersebut.


Selesai dari berdiskusi, para hadirin dan ahli panel berehat sebentar dengan sedikit tayangan slide yang disediakan oleh pihak penganjur. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengarah program dan ketua Biro Bimbingan dan Rohani, beserta pelancaran Unit AMANAH dan penyerahan fail sebagai simbolik.


Majlis diakhiri dengan satu sesi penyampaian hadiah pertandingan kuiz dan busana muslimah yang diadakan pada 14 Mac 2010 anjuran Biro Bimbingan dan Rohani (BBR) dengan kerjasama Biro Kebudayaan Dan Sukan (BKDS). Kumpulan pertandingan telah diadakan mengikut biro-biro yang berada di bawah PERMATA. Program busana ini turut mendapat sambutan dari ahli PERMATA atas kerjasama yang diberikan dan penyertaan yang sangat menggalakkan.


Di samping itu, pihak penganjur juga telah membuka ruang dan peluang bagi mahasiswa Mu’tah untuk menambah duit poket dengan mengadakan jualan bagi sesiapa yang berminat. Di penghujung program pula, sebelum masing-masing pulang ke rumah, para hadirin, ahli panel dan pihak penganjur sama-sama menikmati hidangan yang telah disediakan.


Semakin hari semakin kesuntukan masa...
Ruang dan peluang untuk mengeratkan silaturrahmi bersama ahlul bayt juga agak terbatas...
Mutakhir ini, aku sekali lagi seringkali berada di luar rumah (merantau ke rumah orang), atas sebab-sebab tertentu (urusan program, internet, dll)...

Alhamdulillah, hari ini kembali seperti biasa... kerana program telah tamat... Namun, di satu sudut ketika berakhirnya program Bulan Biah Solehah, aku telah menerima sekeping surat rasmi - atas nama pengarah program- untuk menghadiri mesyuarat perlantikan AJK... (masa terima surat tu... "Oo...oo... ade lagi...")

Beginilah kehidupan seharian... Penuh dengan tanggungjawab yang tidak putus-putus dan tidak jemu-jemu untuk menguji aku sebagai seorang hamba... sebagai seorang pejuang... sebagai seorang penuntut ilmu... Acapkali hati ini meruntun kesedihan kerana terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul... Namun, taqdir YANG MAHA ESA lebih berhak ke atas hamba-hambaNYA... DIA YANG LEBIH MENGETAHUI...

Bukan mengeluh atas apa yang terjadi... Tapi, hati ini sangat bimbang... kerana semua ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... Bimbang tidak dapat menunaikan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan sesempurnanya...

Apa yang terbenak dalam fikiran aku???
"Masa semakin suntuk dan singkat"
"Tanggungjawab masih banyak dan belum diselesaikan dengan sempurna"
"Berpeluangkah aku untuk menghadapi hidup tanpa 'hutang'???"
"Dunia sudah semakin tua, namun ibadah yang aku lakukan masih belum sampai ke tahap yang sepatutnya... selaras dengan umurku kini..."

"YA ALLAH, BANTULAH HAMBA-MU INI, BERILAH AKU RUANG DAN PELUANG UNTUK MENYELESAIKAN SEGALA TANGGUNGJAWAB YANG ENGKAU BERIKAN"

*********************************

Tiada kata-kata indah nan mempesona yang dapat kuukirkan...
Hanyalah sekadar rintihan hati yang meminta kepada YA MAHA BERKUASA agar diberi peluang untuk menjadi hambaNYA yang bertaqwa, segala amanah dapat dipertanggungjawabkan oleh setiap kita sebagai insan... serta memohon agar segala urusan dipermudahkan dalam menghadapi hidup ini...

~...AMPUNILAH HAMBA-MU INI YA ALLAH...~


Thursday, March 18, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN BIAH SOLEHAH


BBR - DENGAN PENUH TA’ZIM MENJEMPUT UNTUK BERSAMA MEMERIAHKAN

SAMBUTAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
“BULAN BIAH SOLEHAH”


ANJURAN: BIRO BIMBINGAN DAN ROHANI (PERMATA) 2010

ATURCARA MAJLIS SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 18 MAC 2010

HARI: KHAMIS (MALAM INI)


MASA: 7.00-11.00 MALAM

TEMPAT: PUSKMA DAN WISMA

APA YANG MENARIK?

• DISKUSI BERCINTA HINGGA KE SYURGA

• PELANCARAN “AMANAH”

• TAYANGAN SEDUTAN DARI FILEM “KETIKA CINTA BERTASBIH”

• TAYANGAN SLIDESHOW

• PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ DAN BUSANA MUSLIMAH

*PELUANG TERBUKA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJUAL MAKANAN, ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERNIAGA PADA MALAM TERSEBUT PELANCARAN BAITUL MUSLIM DIGANTIKAN DENGAN PELANCARAN AMANAH, ATAS SEBAB2 TERTENTU. MOHON MAAF KEPADA SEMUA, SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI..


Thursday, March 11, 2010

JOM!!!! PAKAT-PAKAT BUAT....

JOM JAGA SOLAT!!!


BULAN SENYUM & SALAM

senyum!!!!


SENANG JE KAN??? JADI, APE LAGI... JOM LA SAMA2 KITA RAIKAN BULAN BIAH SOLEHAH NI...

... SATU TAMRIN (LATIHAN) KE ARAH KEBAIKAN...

--> jadikan diri sebagai QUDWAH HASANAH <--

~AGAR DAPAT MEMBINA SYAKHSIYYAH MUSLIM, MUSLIMAH YANG SOLEH & SOLEHAH~


<<<>>>

1- SOLAT BERJEMAAH

2- SENYUM & SALAM

3- IKUTI KELAS TAFAQQUH

4- PELIHARA ANGGOTA

5- QIAMULLAIL

“KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA”...


PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & PELANCARAN BULAN BIAH SOLEHAH

05 Ogos 2010, Khamis - Biro Bimbingan dan Rohani (BBR) di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu'tah (PERMATA) telah mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul dan Pelancaran Bulan Biah Solehah. Program yang bertarikh 5 Ogos 2010 bersamaan 19 Rabiul Awwal 1431H telah berlangsung di Masjid Abdullah bin Baz.

Program ini diadakan bersempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w bagi memperingati kelahiran, perjuangan, serta mengambil pengajaran dari sirah perjuangan baginda s.a.w melalui forum yang disampaikan.

ahli panel dan moderator forum


"You Are My One True Love, Ya Rasulallah", merupakan tajuk bagi forum yang disampaikan oleh empat orang ahli panel, iaitu Ustaz Miqdad bin Zakaria, Ustaz Muhammad Hussin bin Mohd Fauzi, Ustazah Shahidah bt Ab Hamid, dan Ustazah Syahadah bt Misawal, serta dipengerusikan oleh saudara Mohd Faiz Tanzizi bin Abdullah.

Bertemakan "Kerana Dirimu Begitu Berharga", Bulan Biah Solehah ini juga telah dilancarkan oleh Presiden PERMATA, Ustaz Ahmad Amiruddin bin Ibrahim.

ucapan dan perasmian oleh Presiden PERMATA


Di samping itu, penganjur turut mengadakan pertandingan mencipta sepanduk yang disertai dari setiap tahun pengajian. Keputusan pertandingan ini telah diumumkan oleh pengarah program. Johan pertandingan bagi peserta lelaki disandang oleh perwakilan Tahun 1 (KAMI), manakala johan bagi peserta perempuan disandang oleh perwakilan Tahun 2 (GGMI).

antara peserta syabab yang hadir


antara peserta akhawat yang turut hadir

Di sepanjang program, para hadirin dihidangkan dengan pengisian-pengisian seperti forum, video dan dokumentari oleh pihak penganjur. Di akhir program, hadirin dihidangkan dengan sedikit makanan yang disediakan.

persembahan qasidah



Disediakan oleh,

(Ramlah binti Amin Abdullah)

Setiausaha,

Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Bulan Biah Solehah

Biro Bimbingan & Rohani 2009/2010


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More