I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Sunday, January 31, 2010

AGAK SUKAR UNTUK MEMAHAMI SESUATU APABILA KITA TIDAK FAHAM, KAN?
Di sini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian, beberapa laman sawang yang boleh dibuka. Laman-laman yang saya ketengahkan ini semua mengenai bahasa, iaitu belajar bahasa.
Bahasa ibrani ini saya ambil daripada link di sini
Banyak bahasa-bahasa lain selain bahasa Ibrani yang terdapat dalam link ni.
Semoga bermanfaat.


Saturday, January 30, 2010

BAHANA CINTA


Tentu saja melihat tajuknya pun sudah berfikir, "Wah! Macam best je bunyinya..."

Ayuh! Kita lihat!

Semenjak usia menjengah ke alam 22 tahun ke atas, acapkali telinga ini mendengar tentang cinta, pertunangan, perkahwinan... Kelihatan juga di blog teman-teman seperjuangan di alam IPT asyik membicarakan tentang perkahwinan... (wahhh!)

Namun, bukan cinta insani yang ingin aku ketengahkan di sini, akan tetapi cinta kepada bahasa dan dunia sastera...

Dulu, berfikir agak berkali-kali untuk membuat keputusan, mahu memilih bidang apa. Dengan minat yang mendalam, ditekadkan hati untuk memilih bidang bahasa dan kesusasteraan arab.
Agak mengecewakan ketika itu (di kolej dulu) dengan kadar bilangan ahli yang sangat sedikit berbanding bidang pengajian yang lain...

Walaupun hati ini yakin dengan apa yang dibuat, kadang-kadang timbul persoalan, "Untuk apa aku mengambil bidang ni????"

"Kenapalah aku 'masuk' Lughah??? Rasa macam ape je... Ade ke gunanya nanti???"

Kerap benar pensyarah-pensyarah Lughah ini memberikan kata-kata semangat agar tidak kecewa dan menyesal dengan bidang yang dipilih. Seolah-olah sangat mengerti isi hati para pelajar mereka walau tidak pernah aku luah. - Bersemangat kembali.

Baru-baru ini, diadakan program daurah matan fi nahw wa sorf. Dapat juga mengenali dengan lebih mendalam tentang bahasa dan sastera. Dapat mengetahui bagaimana yang dikatakan cinta dengan bahasa. Sangat menarik kupasannya. Pengisian demi pengisian. Muqaddimahnya yang sangat menarik, hingga memberi semangat kembali kepada aku untuk meneruskan perjuangan dalam bidang bahasa ini... Malah, semua persoalan aku yang dulu berlegar-legar di fikiran terjawab akhirnya...


*****************************


Bila diteliti, rupa-rupanya aku telah terkena 'panahan cinta bahasa...'
Kata penceramah, kalau kita ada rasa bila melihat mana-mana penggunaan perkataan dan ayat yang salah, maknanya kita cintakan bahasa.

Bila menyentuh soal bahasa, saya sebenarnya agak 'getik' mendengar orang menambah-nambah dalam penulisan, dan agak tidak gemar apabila menggunakan shortform yang sangat short sehingga menyukarkan saya untuk membaca.

Contoh penambah: ke, jadi ker atau kew? Orang (org, jadi owg); sombong --> sombunk; Sori (jadi sowi. *tak maksud kat sape2 ye)
*Hanya dalam penulisan je... Kalau dalam percakapan dimaafkan, kerana memahami ada yang tidak boleh menyebut sesuatu huruf dengan sempurna.

Pernah satu ketika (masa tu tak tau lagi), perkataan 4JJ1 (saya terima melalui sms), kalau dibaca pada pertama kali melihatnya mungkin tidak meneka apakah ia. Malah bila ditanya kepada pengirim, tidak berbalas pula. Akhirnya, setelah dalam tempoh yang agak lama, setelah membelek-belek mesej, akhirnya terjawab sendiri,

"Oh! Perkataan ALLAH rupanya!"

Perkataan Allah yang ditulis dalam bahasa arab.



*************************


Boleh kalau nak guna singkatan untuk perkataan, tapi agak-agaklah supaya orang tidak tersalah baca atau tidak tertanya-tanya:

"Apa yang dia tulis???"

"Apa dia cakap ni???"

Ini adalah pendapat saya. Terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak. Saya juga mengambil kira tentang kesalahan ejaan dan penggunaan ayat yang tidak tersusun sehingga menyukarkan saya untuk memahami bahan bacaan tersebut.

Satu konsep yang anda perlu faham, penulisan yang jelas, terang dan tersusun ayatnya bukan sekadar tulisan biasa, ianya juga adalah untuk memudahkan pemahaman serta penyampaian ilmu daripada kita kepada orang lain. Makna kata, dakwah kita kepada orang lain tidak sampai, sekiranya tidak diperbetul.

Saya pernah menegur tentang satu artikel yang disampaikan melalui e-mail, mengenai gaya bahasa dan penulisan yang disampaikan. Perkataan yang digunakan bukanlah berbentuk 'bombastik', tetapi disebabkan olahan ayat yang sangat memeningkan, agak menyukarkan saya untuk memahami, bukan sekali dua saya ulang ayat tersebut, berkali-kali. Pun begitu, tidak juga dapat difahami...

Alhamdulillah, kalau tidak silap artikel tersebut dihantar sekali lagi ke YG (yahoo!group) berkenaan. Saya kira mungkin setelah pembetulan dilakukan.

Wallahu a'lam....

sebarang komentar dan cadangan sangat dialu-alukan.


Thursday, January 28, 2010

~TERSALAH MASUK~

:: HARAP MAAF KEPADA PEMBACA::

ENTRI KALI INI BERADA DI LAMAN http://nurraudhatussafwa.blogspot.com/


KESILAPAN BERLAKU GARA-GARA SAYA TERPAKSA HANDLE DUA BLOG
NI SEMUA KEJE SAFWA KHALEEDAH
(dia yang gatal nak berblog aku plak yang jadi mangsa... ceh!)


Monday, January 25, 2010

NISA' GAMES

Setiap kali selesai dari program, akan kurakamkan di dalam blog ini... sebagai satu kenangan...

Kali ini, program Nisa' Games...


Banner yang baharu siap & diambil pada 21 Januari 2010


Alhamdulillah, Nisa' Games yang dirancang dari awal akhirnya dapat berjalan lancar setelah melalui beberapa halangan dan ujian bagi kami para ajk...

Berlangsung pada 22 dan 23 Januari 2010... Di tengah-tengah musim sejuk... Di penghabisan imtihan nihaie.

Program yang bermula agak kelewatan kerana menanti ketibaan pengangkutan untuk ke tempat program.

Acara sukan yang berlangsung pada 22 Januari 2010:

1) Perlawanan bola tampar
(agak sengit)

2) Perlawanan ping pong dan badminton
(serentak, selepas solat zohor dan makan tengah hari)

Perlawanan terpaksa dihentikan sedikit awal atas 'gangguan' para askar yang menyebok je! nak main situ jugak...

Keesokan harinya... (23 Januari 2010)

Tak tahu apa yang berlaku secara langsung, kerana aku ada urusan yang lebih penting untuk aku uruskan (setelah berfikir-fikir dan mencari pengganti). Mudah-mudahan pilihan dan keputusan yang 'kami' buat mendapat keredhaan Allah.


Team Nisa' Games & Team BA


Tapi, apa yang aku pasti, BBR menang untuk perarakan; di bawah kelolaan Aishah Harun... Cayalah BBR!!!!!! Sayang korang!! Terima kasih kerana memberi kerjasama...

Team BBR



Walaupun tidak dapat menghadiri program akhir dan majlis penutup, sekurang-kurangnya kami gembira dengan pencapaian dan kejayaan BBR dalam Nisa Games... hehehe
(bukan senang ooo... persiapan last-last minit, latih kawad dan gaya tak sampai tiga jam)


Tahniah juga diucapkan kepada Team Nisa' Games atas kerjasama dan kejayaan kalian dalam mengendalikan program yang julung-julung kali diadakan di Mu'tah.


Maaf atas ketidak hadiran saya pada hari akhir program.


Kepada pengarah program, terima kasih atas keizinan untuk tidak menghadiri program akhir.


Semoga ukhuwwah dan kerjasama yang terbina ini sentiasa berterusan walau di mana kita berada.




Salam ukhuwwah,

Acara Program dan Logistik Sukan


Wednesday, January 20, 2010

BILA BAHASA ARAB DI'TERENGGANU'KAN...

Minat aku terhadap loghat atau lahjah luar (luar dari Perak) ni dah lame timbul... Masa zaman remaja dulu kerap jugak la ikut rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu... Bukan apa, dalam tu boleh tengok gaya dan ragam masing-masing, mengikut negeri dan bangsa...

Seingat aku itulah rancangan TV yang paling aku minat, dan salah satu sebab ada macam-macam loghat yang boleh aku tahu. Paling cepat kenal, Kelantan dan Penang. Loghat utara rasanya biasa dah dengar...

Masa dulu tak tau loghat Terengganu tu macam mana walaupun selalu tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Tapi, sekarang hari-hari dengar sejak aku ada di Jordan ni... Boleh faham... Tapi, bila didengar-dengar, ade jugak persamaan dengan loghat negeri Perak. Bukanlah semua, sekadar beberapa perkataan sahaja... Nak kata banyak, bolehlah juga dikira-kira...


***********************************


WARNA-WARNI KEHIDUPAN



Cerita....

Kadang-kadang agak melucukan bila kawan-kawan Terengganu ni duk bercakap Bahasa Arab, tapi berbunyi Terengganu.

Satu hari, di Syuqqah Jadid (nama ni aku bubuh sendiri)... Kami sedang sembang-sembang pagi. Acara beramah mesra bersama-sama ahli syuqqah selepas solat Subuh berjemaah. Majoriti dalam kalangan kami ni berasal dari Kedah... Dalam duk sembang-sembang, tiba-tiba terdengar seseorang meminta beberapa biji cawan untuk mengisi air teh. Biasa la bila cakap sekali, kadang-kadang tak dengar.



cawang

Jadi, diulanglah sekali lagi "Cawang, cawang", ada yang tolong menyampuk "Cawan!" Dita'kidkan lagi dengan perkataan Arab, "Ka'song!"

Mujur secawan air yang dipegang belum menjengah ke mulut, kalau tak.... bersembur! Aku ni pulak jenis yang susah nak berhenti ketawa bila dengar sesuatu yang membuatkan aku rasa gelihati... Tiga, empat kali la aku cuba untuk minum, tapi tak boleh nak minum! Sebab menahan rasa gelihati... :D Roti di tangan pun takut-takut nak masuk ke mulut, disebabkan tangan aku yang angkat-turun, angkat-turun (nak makan roti)...
(maaf kepada yang terbabit, bukan niat nak mempersenda, sekadar ingin memahatkan kenangan kita di sini...)


*********************

ka'sung


Mulanya aku tak berapa nak dengar 'kaksong' tu, tapi bila diulang oleh seorang teman yang lain, spontan kami tergelak... Ada yang belum memahami tertanya-tanya, "Ka'song? (Kak Som)" "Cawan, cawan". "Ooooo....!!! Ingat Kak Som... Tu pelik, Kak Som mane la pulak..." "Kot ye pun, jangan la sampai 'kaksong'..." Seloroh aku kepada beliau. Tersenyum beliau...


*********************


Satu kisah lagi, ni masa mula-mula terdengar perkataan arab diterengganukan... Tengah makan-makan kat Bayt tuutttt................. , adela orang datang ke rumah tu... Tekan loceng.

Salah seorang ahli rumah pun bertanya, "Minngggg????" "Weihh, kot ye pun jangan le sampai macam tu!!" kata aku kepada sahabatku itu. Mereka yang berada diruang tamu sama-sama ketawa mendengar aku berkata begitu...

Adoii... Macam-macam orang, macam ragam... Macam-macam negeri, macam-macam loghat... Apapun, semua ni menjadi rencah dalam kehidupan yang menambah rasa manis, masin, pahit dalam sesebuah hubungan dan perjalanan kehidupan kita yang berada di perantauan.

Kita ditakdirkan untuk bertemu, bertemu untuk bersatu, bersatu untuk berpadu, berpadu dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa, berpadu dalam membentuk pemikiran kita sebagai mahasiswa, yang menjadi harapan ayah bonda nun jauh di sana.



Semoga ukhuwwah yang terjalin ini dapat membentuk kita menjadi muslim mukmin yang muttaqin... aminn


Sunday, January 17, 2010

NISA' GAMES

NISA’ GAMES 01

Buat julung-julung kalinya di Mu’tah SESI 2009 / 2010. Butiran-butiran adalah seperti berikut:

TARIKH : 22 dan 23 Januari

TEMPAT : Solah Askari & Solah Riadhi

TEMA : “Ukhuwwah Terjalin, Kesihatan Terjamin ”

ANJURAN : Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah Jordan (PERMATA)

APA TUNGGU LAGI??!! JOM!! MACAM-MACAM PERMAINAN ADA...

ANTARANYA:





BOLA TAMPAR





PING PONG






BOLA JARING





BADMINTON




*BORANG BOLEH DIDAPATI DI BAYT NAILOFAR* *DARIPADA SAUDARI IRNA MULIANA, ATAU NAMA GLAMOUR BELIAU ~CHENG2~*
SETIAP PENYERTAAN DIKENAKAN BAYARAN DENGAN HARGA YANG SANGAT ISTIMEWA ---> JD 1


ANTARA LAIN-LAIN PERKARA MENARIK YANG MENANTI ANDA:

SUKANEKA JUALAN BAZAR HADIAH MEDAL ANUGERAH OLAHRAGAWATI TERBAIK NISA' GAMES
~SEBARANG PERMASALAH BOLEHLAH MERUJUK KEPADA:~ IDA DAYANA (077-9363909) ATAU IRNA MULIANA (077-982 4334) SEMARAKKAN BUDAYA BERSUKAN... DEMI KESIHATAN DAN MASA DEPAN...







???? ~demam?? kurang sihat??? kenalah beriadah untuk menyihatkan badan~






~tido??? ni apa kes??? buku kat tepi, tapi tak berbaca jugak... baikla bersenam... dapat segarkan badan~


Saturday, January 16, 2010

~TAKDIR-NYA, AKU KE SINI~

~KISAH SEBELUM KE IPT~

Dulu, masa tingkat 4, sebelum aku menjejak kaki ke alam IPT, aku menyimpan hasrat untuk ke bumi Jordan.
Semua ni gara-gara aku terdengar seorang senior aku di Madrasah Idrisiah yang bakal menjejakkan kakinya ke sini (Jordan)...

Alhamdulillah, setelah tamat SPM, tanpa terfikir dan teringatkan semula hasrat dan impian aku tu, aku telah ditakdirkan untuk ke Kolej Islam Darul Ridzuan... Biarpun bersampul-sampul surat tawaran dari pelbagai kolej yang aku terima... Biarpun aku aku memohon untuk ke tingkatan 6, biarpun aku memohon untuk ke Jaipetra, Maahad Tahfiz (Kuala Kubu), Kusza dan IPTA lain, hakikatnya aku tetap akan berada di Kolej Islam Darul Ridzuan... (masa tu sebenarnya dah dapat tawaran untuk temuduga ke Maahad Tahfiz)...

~TAKDIRNYA......~

Namun, demi jawapan ummi yang seakan tidak mengizinkan untuk ke maahad tahfiz, aku pun membatalkan niat untuk ke sana... Beratnya di hati... kerana aku juga menyimpan impian untuk menjadi seorang hafizah... Apakan daya, takdir ALLAH mengatasi segalanya... Sangat banyak perkara yang aku 'nampak' setelah keluar dari KIDR... DIA MAHA MENGETAHUI....

Masa berlalu begitu pantas. Begitu cepat aku membesar dan bergelar remaja. Kini aku semakin menjengah dewasa... Dipendekkan cerita; setelah tamatnya aku dari KIDR, aku bekerja sementara di sekolah lama; Idrisiah tercinta... atau lebih glamournya MADID. Demi mengumpul wang buat pembiayaan aku untuk ke luar negara... Hasrat yang disimpan senyap-senyap dalam hati, walau tidak tahu akan kepastiannya sama ada aku boleh atau tidak, sama ada aku akan atau tidak akan ke luar negara. Kenapa??? Sebab, ketika aku mengisi borang untuk ke IPTA, ditolak mentah-mentah. Salah aku jugak, sebab tak bertanya dulu sebelum beli borang... hehehe...

Adalah dalam lebih kurang empat bulan cukup-cukup aku bekerja di MADID. Bolehlah lepas untuk perbelanjaan permulaan, ditampung hasil derma dari beberapa orang hamba Allah serta pemberian ikhlas dari ummi dan abah.

~TEMPOH SEMAKIN DEKAT~

Tidak lama, tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Aku masih belum bertanyakan ummi dengan abah tentang ni... Padahal sebenarnya rasa serba salah nak bertanya, bimbang tak diizinkan juga. Antara lain sebabnya, aku ni pemalu sebenarnya nak menyatakan hasrat di hati. Seorang yang sangat susah untuk meluahkan apa yang ada di hati, dan cuba untuk buat apa yang orang lain mahu. Tapi, tak bagus sebenarnya... Sebab rasa macam menyeksa diri. Aku tak suka.

Sebab tulah, aku pun fikir macam mana nak tanya... Akhirnya dapat idea, aku cuba buat trick dengan bertanya kepada ummi, "Ummi, antara Jordan dengan Mesir mana lagi baik?"
Ummi tak terus bagi jawapan. "Nanti ummi tanya abah". Aku agak mesti dalam hati ummi sebenarnya tak nak bagi jugak... hehehe.... (pandai-pandai je)

~PENANTIAN, JAWAPAN & TAKDIRNYA~

Dua tiga hari lepas tu, ummi balik dari kedai; berniaga. Masuk-masuk ummi terus bagitau, "Pergi Jordan la... Mesir sekarang bahaya, banyak kes-kes orang masuk Kristian"
(Hati berbunga-bunga masa tu...) Yes! Aku berjaya... Berjaya jugak bagi hint... Aku tahu mesti ummi risau. Tambah-tambah aku yang mula pecah tradisi keluarga, jauh ke luar negara; anak perempuan sulung pulak tu...

*******************************************

Asalnya memang nak ke Jordan sahaja, tapi rasa macam taraddud pulak nak ke Mesir... So, bila tanya ummi, jawapannya ke Jordan. Takdirnya aku ke sini... Dalam masa yang sama, aku rasa agak teruja kerana hasrat yang disimpan selama ni tercapai. Walau masih ada rasa sedikit kecewa kerana tak dapat menjadi seorang hafizah. Apapun bersyukur kepada Allah, kerana dari KIDR itulah yang dapat membuatkan aku berada di sini, sekaligus menunaikan hasrat yang tersimpan selama ini...

Namun, hingga kini, walau apa pun yang terjadi, aku masih cuba untuk positifkan diri dan cuba untuk redha dengan takdir.
KERANA DIA YANG MAHA MENGETAHUI...

"Ya Allah, ampunilah hambaMU ini atas segala kesilapan yang telah aku lakukan....."

"............. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(AL-BAQARAH : 216)



******************************************************************************************************

~ILMU TANPA AMAL; DULU dan SEKARANG~

Pagi tadi sempat sembang-sembang ilmiah dengan abang. Ada dia menyatakan hasrat untuk menyambung kembali pembelajaran beliau yang terganggu dan tertangguh. Tapi, agak kemalasan akhir-akhir ini, katanya... Penyakit malas...

"Macam mana nak atasi? Mujahadah nafs?"

"Ye..." aku jawab... Kita yang kena rajinkan diri. Kalau terus-menerus biarkan rasa malas menguasai diri, sampai bila-bila pun kita tak ke mana. Aku jawab pertanyaan abang, "Tak susah pun belajar ni... Kalau kita betul-betul, confirm dapat A."

"Oooo... Kena jihad... Jihad ilmu..."
"Semangat yang dah luntur" katanya lagi.

Aku pun cuba la bagi semangat kat dia... Bla...bla...bla...

Dia kata, "Cita-cita abang masa Form 3 ke Madinah, dekat dengan rasul, ilmu amal"

Dia pun bagitau balik kat aku lepas aku cuba-cuba untuk menyuntik semangatnya...

"Sebenarnya, tinggi camana pun ilmu tapi kalau amal tak diterima Allah tak guna"

"Ye la..." aku jawab.

"Ramai pelajar luar negara bila ditanya guru, tak dapat jawab. Nak tahqiq ilmu amal. Usaha kaji semampu boleh" Pap! Amik kau... Kena ke tak kat aku??... Kena kot... (*_*)

Dia sambung lagi, "Orang dulu mengaji sampai Allah terima deme sebagai hambanya. Kita sekarang macam mana? Macam buih di laut. Betul?"

"Betul" aku jawab lagi, kena lagi...

Beliau menyambung lagi, "Setiap ilmu ada amalnya. Bukan setakat teori saja, mesti ada praktikal. Orang sekarang banyak guna akal sendiri, falsafah... Sebab tu tak ada pertolongan dari langit... Nak dapat maunah dari Allah ada peraturannya... Bukan semata-mata tawakkal."

"Zikrullah daiman abada, jangan tinggal walau sesaat. Tingkatkan ilmu amal, ikhlas untuk Dia... Itulah sepatutnya seorang insan lakukan..."


~sama-sama fikirkan~
______________________________

Setakat itu sahaja sembang-sembang ilmiah kami... Selebihnya, sembang-sembang kosong. Ada jugak sentuh isu yang terbaru, insiden gereja dibakar......

*deme= (*mereka=loghat perak bagi yang tak tau la...)....

(mujur entri ni tak hilang semalam... komputer restart sendiri!!)


Friday, January 15, 2010

AKU DI SINI...

Kebelakangan ini, fikiran aku sering menerjah ke ruang-ruang lalu. Sering sahaja bertamu perkara-perkara lepas.
Dewasa ini juga kerap berlaku perkara-perkara yang aku kira tidak patut berlaku...

*********************************************

Mengapa kebelakangan ini, aku lihat 'kita' sudah tidak serasi?
Kau kusedari dari awal... Dia, puncanya dari aku sendiri... Mereka, entah mengapa terasa makin berjauhan...

Aku di sini, di hadapanmu... Acapkali kau membisukan diri dari berkata-kata denganku...
Membuatkan aku bingung....
Aku di sini, berjauhan dengan dia... Hilang punca mengapa aku kerap mengguriskan hatinya...
Membuatkan aku gundah-gulana...
Aku di sini, tidak melihat mereka... Hampir-hampir terlupa untuk bertanya khabar tentang mereka... Bagaimana mereka agaknya...

Hanya harapan dan doa yang kukirimkan untuk kalian; Kau, dia dan mereka...
Kuharap agar ukhuwwah yang tersemai ini akan tetap utuh walau dilanda badai, walau di mana kita tersadai... Walau acapkali kita ikatan terlerai...

Mudah-mudahan mehnah-mehnah yang melalui kita, membuatkan kita semakin matang dan dewasa dengannya...Menjadikan kita gagah perkasa... Menjadikan kita kuat pegangannya...

****************************************

Tiada kata-kata indah yang dapat kucoretkan...
Hanya sekadar luahan hati yang menjadi hiasan...
Agar ianya menjadi hiasan yang bisa memadamkan gelora dan kelam di jiwa...

YA RABB... HIASILAH KAMI DENGAN AKHLAK YANG MULIA...
JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG MULIA...
KURNIAKANLAH KAMI PERIBADI YANG MULIA...
TEGUHKANLAH KAMI DENGAN AQIDAH YANG BENAR...
MATANGKANLAH KAMI DENGAN AKAL YANG SEMPURNA...
HIDUPKANLAH KAMI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG MULIA...
MATIKANLAH KAMI DENGAN KESUDAHAN YANG SEMPURNA...
AKHIRKANLAH UCAPAN KAMI DENGAN "LAA ILAHA ILLALLAH"


KISAH KAMI DI SITU dan DI SINI....


gambar ni aku cilok

Hari ni 14 Januari 2010...
Ada exam madah Nahu 4... Berdebor-debor rasenye...
Semalam dah bersengkang mata... Dua hari lepas pun begitu....
Hmm, tapi dalam duk bersengkang mata tu, tertewas jugak aku... Huh!
Takpela... Kurang-kurang takde la terlepas masa untuk mengulangkaji semula madah ni....

Tik! Tok! Tik! Tok.... Masa berlalu... jam menunjukkan pukul 7.45 pagi.
Aku keluar dari rumah, menunggu koster di tepi jalan...

Tik! Tok! Tik! Tok.... Jam menunjukkan 8.00 pagi... Aihhh!! Lambat le pulak rasenye nak sampai jamiah ni. Pakcik koster mencari pelanggan untuk memenuhkan koster. Hati aku ni duk berkata-kata "Cepat la sampai..."

KISAH DI JAMIAH...
Sesampai sahaja dijamiah, aku berdiri menunggu giliran untuk membayar tambang. Masa berjalan...
Selesai bayar. Turun dari koster, aku pun berjalan dengan megah sambil menggalas beg di sisi.
Waktu exam dah dekat, boleh lagi jalan-jalan. Hmm...

KISAH DI BILIK KULIAH...
Jalan punya jalan punya jalan punya jalan... Sampailah di bilik kuliah 243... Aku pun masuk dengan sedikit tenang, serta sedikit gemuruh di hati. Ahh, dah ramai rupenya..
Mencari tempat kosong... Agak kebelakang jugak... Kemudian duduk, sambil membaca...
Detik demi detik, saat demi saat... Kejap-kejap aku mengerling ke muka pintu, bimbang doktor sampai. Sebab banyak lagi yang belum diselak semula...

AKHIRNYA....
Waktu untuk menjawab soalan peperiksaan pun tiba. Sambil doktor membacakan nama-nama pelajar, aku masih lagi membelek-belek nota. "Ishh!! Camane ni??" Getus hati kecilku.
Selak-selak, tutup. Bukak balik. Selak-selak... Tutup je laa!! Haishh...

TERKESIMA...
Soalan mula diedarkan... Hah! Rasa macam nak terbeliak bijik mata! Sesak nafas je rasanya... Adusss... Tu baru tengok soalan. Hmm, tengok lagi soalan betul-betul, hamik kau!!Berderet je soalannya... (banyak le tu)...

Soalan satu sahaja dah ada sepuluh. Soalan ada berapa ek? Tak ingat le plak.
Soalan-soalan yang berikutnya, ada yang dua belas, ada yang empat belas... Wow! Semua bab...
Tak pernah aku terfikir akan keluar soalan-soalan yang macam tu...
Budak-budak arab yang aku anggap up sikit tu pun paling last jugak la keluar...
Siap meniru lagi, nak kata dia memang tak leh jawab (aku rasa dia tak pernah lagi buat macam tu, sebab soalan memang susah)... Budak-budak malizi jangan cakap la, semua keluar lambat.
Sampai habis masa kami duduk dalam bilik kuliah tu...Dengan aku-aku sekali...
Sebenarnya dah tak tau nak jawab ape, tapi digagahkan jugak untuk 'memikior'kan jawapan-jawapan untuk ruang-ruang kosong.

Last-last, keluar jugak dengan lompong-lompong pada kertas jawapan. Tak lalu aku nak terus bertegang urat dengan otak...
Dalam duk jenuh memikior jawapan tu, aku sempat lagi 'tangkap lentoq' time exam tuh! Huh!
Malu betul... Tak tau la doktor nampak ke tak... huahuahua... Harap-harap tak nampak...
Bukan ape, pasal 'juhud' sangat aku malam tadi dengan madah nahu ni, tu yang sampai boleh lelap jugak time exam... (kononnye juhud)

Hmm, tak tau laa aku ape nasib dengan Nahu 4 ni... Skill soalan yang rasa macam 'kill'...

SESAK NAFAS...
Keluar dewan peperiksaan, yang sorang ni dah surrender awal-awal... "Kompom failed!"katanya.
Uik!! Begitu sekali... Huhu... Aku pun sebenarnya rasa macam tak ade harapan je kat madah nahu ni. Naluri aku sangat kuat mengatakan, rasa-rasa macam fail... Uhh... Tak boleh, tak boleh... Kena doa dulu...
Nyot-nyet, nyot-nyet kami sembang...

Dalam sembang-sembang, terkeluar keluhan dari seorang senior yang bakal menamatkan pembelajarannya di bumi barakah ini... "Aku nak khirij ni! Macam mane ni??" Gulp! Ye tak ye jugak... Macam mane eh??
Kasihan pada yang nak khirij. Didoakan agar kalian lulus & cemerlang, mudah-mudahan dapat la balik jugak sem ni... aminn...

On the way nak ke koster, kami sembang-sembang pasal doktor-doktor adab...
Ramai lagi yang aku tak kenal, ramai lagi yang aku tak tau sebenarnya...
Macam-macam gaya, peel, dan style pensyarah-pensyarah adab ni...
Apa yang pasti, sukar untuk berteka-teki tentang mereka... Aku hanya mendengar, mana tahu di masa-masa mendatang lain pula halnya doktor-doktor adab ni...

Hampir sampai ke rumah. Turun saja dari koster, terasa macam sesak nafas. Aik! Pelik...Tak pernah pulak jadi macam ni... Nak kata asma, takde pun... Huu... Mungkin terlalu memikirkan soalan doktor tadi, sampai rasa macam nak sesak nafas...
Haduyaii...

*************************************************

Beberapa hari sebelum ni, pelajar-pelajar yang mengambil madah istisyraq ada membuat sedikit perbincangan, sebagai persiapan menghadapi hari esok. Aku pun tidak ketinggalan untuk turut serta. Alhamdulillah, hasil perbincangan tersebut, sedikit sebanyak melegakan hati aku...
Manakan tidak, dalam saat-saat akhir doktor kata ini itu semua masuk... Banyak pulak time nihaie ni... Bukan mengeluh, cuma pelik, sebabnya yang belajar dalam kelas sikit je... Setakat terjemah dan berlatih membaca dalam bahasa inggeris.

Selesai berbincang, masing-masing menunggu... Ada yang menyalin nota, ada yang menyembang-nyembang sementara menunggu mereka menghabiskan proses penyalinan tu...
Almaklum sajalah, duduk study dengan senior-senior, banyaklah cerita-cerita seram dan pengalaman pahit yang didengar...
Bercerita tentang doktor sekian, sekian... Tentang bagaimana gaya dan pembawakan seseorang pensyarah kuliah adab. Agak gerun dan sedikit seram bila mendengar keluhan-keluhan senior-senior. Yelah, mereka lebih dulu berada di sini, lebih dulu merasai pengalaman, lebih dulu mengenali pensyarah-pensyarah adab...

Kasihannya... Aku dapat melihat raut wajah yang sangat terpancar padanya rasa gusar dalam hati. Benar-benar simpati. Tapi, apakan daya, aku tidak dapat menolong. Hanya rasa simpati yang menerjah ke dalam jiwa.

Bimbang pula dengan diri sendiri. Bagaimana pula nasib aku nanti.
Termenung seketika...

*******************************************

Aku mendoakan mereka berjaya pulang ke Malaysia dengan segulung ijazah dalam genggaman.
Mudah-mudahan segala jerit-perih berada di bumi anbiyak ini membuat mereka lebih tabah di hari-hari mendatang.
Semoga kalian dipermudahkan segala urusan...

Doakan kami yang masih lagi di sini...


Saturday, January 2, 2010

....KIWI....

KIWI ~ Terbahagi kepada dua, iaitu:

buah kiwi dan burung kiwi (^_^) ....
Kamu suka yang mana??? Saya suka buah kiwi... Hehehe...
Mestilah jawapan kamu pun buah kiwi jugakkan?

Oklah, kalau di Malaysia mungkin kita susah nak jumpa buah ni, kan?
Tapi, di bumi Jordan ada banyak buah kiwi... Boleh beli bila-bila masa. Harganya pun... boleh la....

Kat bawah ni ada serba-sedikit tentang kelebihan atau kata lainnya khasiat buah kiwi...

Selamat membaca!



POKOK buah kiwi mampu bertahan sehingga berusia 50 tahun.

KHASIAT buah kiwi amat kurang diperkatakan, berbanding buah epal dan oren, ini mungkin kerana ia tidak begitu popular di negara ini apatah lagi promosi mengenainya amat kurang dilakukan sehingga penggunaannya juga tidak berkembang pesat.

Bagaimanapun sebenarnya buah kiwi berkhasiat tinggi malah ia mengandungi lebih vitamin dan mineral berbanding buah lain. Berdasarkan kajian yang dijalankan, dua biji buah kiwi khasiatnya bersamaan dengan semangkuk bijirin campur dua biji oren dan sebiji pisang.

Menurut kajian yang dijalankan syarikat Zespri International Limited, New Zealand, buah kiwi juga amat kaya dengan kandungan Lutein, iaitu anti oksidan yang penting dalam mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Kandungan vitamin C nya yang tinggi juga menjadikan cukup bagus untuk menghapuskan bahan sampingan yang boleh menjejaskan tubuh di samping meningkatkan daya ketahanan
badan dalam mengatasi serangan demam selesema.

Ia mengandungi kadar lemak yang amat rendah menjadikan ia makanan paling sesuai dalam menjaga kesihatan jantung, sekaligus pengambilannya dalam sistem pemakanan akan melahirkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Kandungan vitamin E yang tinggi pada buah kiwi juga membantu me
ngurangkan kadar kolesterol yang menyekat saluran darah ke jantung.

Selain itu, kandungan serat (fibre) memberikan tenaga yang membolehkan anda melakukan kerja harian dengan lebih cergas di samping itu kandungan potasium yang tinggi juga amat baik bagi anda yang mengalami kekurangan bahan itu akibat pengambilan pelbagai jenis ubat.

Bagi wanita mahupun lelaki yang amat prihatin akan kandungan kalori yang diambil setiap hari pula tidak perlu risau kerana kandungan kalori yang rendah pada buah kiwi menjadikan anda boleh menikmati keenakan rasanya pada bila-bila masa.

Bagi wanita mengandung dan mereka yang mahukan kulit bersih dan cantik, kandungan folate di dalam buah kiwi pastinya boleh membantu.

Begitu juga kandungan magnesiumnya yang membantu memberi tenaga di samping menguatkan tulang dan gigi.

Manakala kandungan zinc pula penting untuk kanak-kanak lelaki bagi meningkatkan jumlah hormon testosterone serta menjadikan rambut sihat, kuku, mata dan kulit cantik.


Kesimpulannya, buah kiwi memang ‘baik secara semulajadi untuk jasmani dan rohani’ seperti slogan Zespri Kiwifruit, syarikat pengeksport buah kiwi terbesar New Zealand.

Menurut Chef Connie Clarkson, buah kiwi boleh dipelbagaikan penggunaannya bukan sekadar dimakan secara mentah.


Contohnya dijadikan ais krim, pai, jus, sushi, salad, sos dan enak dimasak bersama ikan salmon atau dijadikan serbet.

“Buah kiwi kuning yang lembut dan manis contohnya, amat sesuai dijadikan makanan pencuci mulut manakala kiwi hijau sesuai untuk dibuat jus, ais krim juga makan begitu sahaja walaupun rasanya kurang manis,” katanya.

Beliau turut mengadakan demonstrasi memasak buah kiwi kepada rombongan media dari Malaysia dan Singapura yang berada di negara itu atas jemputan Zespri selama seminggu.

Selain itu buah kiwi juga dijadikan biskut, kek, barangan penjagaan kulit seperti sabun, losyen badan dan krim pencuci muka.

Kreativiti penduduk New Zealand dalam mempelbagaikan hasil keluaran buah kiwi menjadikan buah kebanggaan negara itu yang juga salah sebuah negara pengeksport terbesar dunia.

sumber: http://www.mesra.net/forum/index.php?act=ST&f=18&t=34225&st=30



Penyelidikan pemakanan yg dijlnkan oleh ahli sains dunia telah membongkar rahsia buah kiwi.

Kebenaran yg mereka temui ialah :

1. Kiwi mengandungi 2 kali ganda vitamin C berbanding oren & lebih tinggi dpd jambu batu & tomato.

2. Buah kiwi adalah buah tunggal yg mengandungi Vitamin E


3. Buah kiwi hanya ada 40 peratus kalori


4. Buah kiwi mempunyai kandungan kadar potassium yg tinggi, kedua selepas pisang

5. Buah kiwi mempunyai serabut yg tinggi. Kandungan serabutnya lebih byk berbanding oren, pisang & betik

6. Buah kiwi melancarkan sistem pencernaan

7. Buah kiwi boleh menjadi bhn pelembut daging


8. Buah kiwi bagus utk tujuan kecantikan



Penyental
************

Rasa dingin & iranya yg berbiji2 serta khasiatnya yg tinggi membuatkan buah kiwi sesuai utk dijadikan penyental. 'Nectar body scrub' mengandungi
evening primrose, protin buah badam & buah kiwi. Baunya sebagus kesannya. Gunakan utk pengelupasan sel kulit.


Buat Sendiri
**************

1. Hiris halus2 & tepekkan ke muka. Rasanya dingin menenangkan. Vitamin E melenyap & mengurangkan parut. Kenapa tidak anda tepekkan pd parut jerawat? Ia juga mengurangkan kesan parut hitam di pipi.

2. Gonyoh2kannya pd muka terutama hidung. Buah kiwi penyental yg bagus. Ia melembutkan kulit yg kasap & elok utk noda2 hitam. Menurut mereka yg rajin menenyehnya pd muka, buah kiwi boleh mengurangkan rasa perit pd kulit muka kerana selaran matahari (sunburn) & mempercepatkan pemulihannya.

3. Letakkan hirisan atau puri buah kiwi (buat sendiri dgn mengisarnya) pd daging. Biarkan selama 30 minit. Anda akan dapati daging cepat empuk apabila dimasak.

4. Simpan buah kiwi dlm peti sejuk pd suhu 4 darjah Celcius (39 darjah Farenheit). Terlalu sejuk atau dlm keadaan beku akan merosakkan
khasiatnya.


Salad
******
Buah kiwi boleh juga dibuat salad & punch buah2an. Ia juga boleh dimayang atau digubah menghiasi & melazatkan lagi hidangan. Pastikan anda memasukkannya apabila menyediakan salad sejuk & jgn lupa memotong dadu apabila mencipta punch buah2an ataupun pembasuh mulut.
Jom cuba!!!

sumber: http://www.hanan.com.my/viewtopic.php?topic=942&forum=15&

boleh juga lihat pada link-link di bawah tentang khasiat-khasiat buah kiwi....

http://petua-anie.blogspot.com/2007/01/kiwi-kaya-khasiat.html

http://rifafreedom.wordpress.com/2008/09/24/buah-kiwi-kecil-kaya-manfaat/

Pautan lain: ~KHASIAT STRAWBERRY~


Misi Rahsia Yahudi Dalam Walt Disney

** Artikel ini telah lama disiarkan di internet. Mungkin ada sebahagian daripada kita yang masih belum mengetahui tentangnya**



Pengasas Walt Disney Picture, Mr. Walt Disney
Seperti yang diketahui, pengasas Walt Disney Picture dan Disneyland adalah seorang Yahudi Zionist yang sejati. Bukan itu sahaja, malah Walt Disney juga seorang gay atau homoseksual. Jadi tidak hairanlah semua filem-filem kartunnya menerapkan ciri-ciri homoseksual dan pornografi tanpa disedari oleh ibu bapa tetapi disedari oleh anak-anak mereka.



Pastor Josue Yrion

Di bawah ini saya pamerkan suatu pembentangan umum oleh saudara Pastor Josue Yrion yang membongkar matlamat rahsia kartun-kartun terbitan Walt Disney itu.

http://www.youtube.com/v/fWZYiADYtHE


Pada gambar di bawah, dapat dilihat bahawa pereka kartun Roger Rabbit sengaja membuatkan watak perempuan tersebut berada dalam keadaan mengghairahkan. Kita mungkin tidak perasan perkara-perkara seperti ini kerana kita tidak menunggu gambar kartun berputar sehingga tamat bersama anak kita. Kita hanya membiarkan mereka melihat seorang diri.



Kekejian Yahudi Walt Disney ini tidak sahaja ditonjolkan dalam kartun tetapi diberikan penerapan di luar pawagam terutamanya di taman tema Disneyland. Lihat gambar budak perempuan di bawah yang menaiki patung mainan elektrik. Lihat pada gaya kedudukan Donald Duck tersebut. Dalam banyak-banyak kedudukan, kenapa pereka patung tersebut membuat gaya kedudukan sedemikian? Mungkin anda boleh jawab…



Kita biasanya tidak melihat design mesin elektrik tersebut kerana sibuk melihat telatah anak kita menaikinya. Tetapi lain bagi kanak-kanak, apabila mereka duduk di atas patung seperti itu atau mana-mana patung lain, mereka akan menghafal bentuk kedudukan patung dan rupa parasnya sekali.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak atau abang / kakak yang mempunyai adik-adik kecil, diharap agar lebih teliti dan sensitif dalam ruang persekitaran. Janganlah semata-mata untuk membuatkan anak-anak kita tida menganggu di dapur maka kita menyajikan mereka dengan kartun-kartun di Astro tanpa berfikir panjang.

PS: mudah-mudahan kita menjadi umat Islam yang sentiasa mengkaji dan memerhati bukannya menelan ludah Yahudi barat.


Wassalam..

Karektor kartun POOH atau Winnie The Pooh memang tidak asing lagi bagi kanak-kanak dan orang dewasa sekarang ini. Kartun ini sudah lama bertapak di kaca-kaca televisyen semenjak 15 tahun lalu melalui penerbit kartun terkenal Walt Disney Picture. Kemasyuran watak Pooh ini lebih dirasai apabila ramai pengeluar-pengeluar barangan mainan mengeluarkan patung-patung comel karektor Pooh.

http://www.youtube.com/v/PW2GhoItKkw

Pada sedutan filem di atas menunjukkan Winnie sedang mempamerkan aksi-aksi pemujaan Syaitan dengan menyebut Satan! Satan! berulang-ulang kali. Winnie juga berdialog sendirian mengatakan dia harus meminta pertolongan dari Syaitan. Dalam video di atas, suara Winnie diperlahankan kelajuannya supaya perkataan yang disebut lebih jelas.

Kaitan Antara Pemujaan Syaitan dan Walt Disney ialah masyarakat Yahudi sejak dari zaman Nabi Ibrahim memang terkenal dengan pemujaan Syaitan dalam amal ibadat mereka. Upacara pemujaan dalam agama Yahudi didokong oleh fahaman Kabbalah. Amalan Kabbalah masih diamalkan oleh masyarakat Yahudi sekarang terutamanya pada hari Pesta Purim.

Kartun Winnie the Pooh mula diperkenalkan pada 1926 oleh A.A Milne dan E.H. Shepard manakala filem kartun ini diterbitkan pertama kalinya oleh Walt Disney Company. Pada 1950-an, Winnie The Pooh menduduki carta kartun paling popular di seluruh dunia. Pooh juga dianugerahkan Hollywood Walk of Fame pada 11 April 2006.

__________________________________

sumber tambahan: http://mediabilhikmah.multiply.com/journal/item/94


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More