I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Friday, July 31, 2009

KENANGAN DAN PENGALAMAN...

BISMILLAH....

Alhamdulillah... Aku masih diberi nafas untuk meneruskan perjuangan di bumi anbiya' ini... Sudah hampir setahun aku berada di sini. Sungguh tak disangka! Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya telah hampir sampai tarikh keramat (20 OGOS 2009) semasa aku menjejakkan kaki ke sini... Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi... Doakan untukku agar dapat meneruskan perjuangan ini...

Kalau sebelum ini, aku mencari dan mengutip pengalaman, mengintai-intai bagaimana pilihan raya kampus di Universiti Mu'tah ini... tiga minggu lepas pula aku mengumpul kenangan bersama rakyat tempatan di Mazar -bermalam di rumah mereka-, menemani seorang rakan... Dua hari lepas pula aku menghadiri satu majlis keraian... Majlis meraikan pengantin... Bangsa Arab... Sungguh mengejutkan! Selama ini hanya menanti-nanti bilakah peluang yang ada untuk menghadiri majlis seperti ini...

Majlis mereka tidak sama seperti di Malaysia. Di sini urufnya tidak menjemput tetamu, datang sahaja kalau mahu... Tidak perlu malu-malu kucing atau malu-malu katak yang di bawah tempurung... Hehe... Kalau segan tak berjalan, kalau malu tak tahu... Begitulah adanya kami di sini... Pada mulanya Aku, k.Niza, k.Aimi, kakak, dan akak malu-malu untuk ke rumah tersebut. Akhirnya, dengan membuat muka yang tak malu kami menebalkan sedikit muka yang tak bertutup ni ke rumah tersebut. Alhamdulillah, bila melihat kedatangan kami, tuan rumah memanggil kami dan mengajak untuk masuk ke rumah tersebut. Maka, alkisahnya kami pun masuklah dengan segan-silunya... Bersalam-salaman dengan tuan rumah, kami dijemput duduk. Kemudian, dihidangkan air kopi arab... Wow! Pekatnya rasa buah pelaga! Uuhh!! Nasib baik bubuh sikit je...

Haa!! Mulanya kami takut-takut nak habiskan kopi tersebut. Bukan ape, risau kalau-kalau tuan rumah tambah lagi kopi. (hihi)

Lepas minum, kami diberi makan kekacang yang dicampur, dengan gula-gula... Juga diberi sebungkus buah tangan yang juga berisi kekacang... Selepas, itu kami menyaksikan persembahan mereka... Persembahan berbentuk tarian... Persembahan ni hanya dibuat di dalam rumah dan disaksikan oleh akhawat (perempuan)sahaja... Kaum lelaki duduk diluar.

Sebenarnya, hari yang kami datang tu belum lagi bermula majlis kenduri. Sekadar meraikan pengantin sahaja. Adat mereka di sini, kenduri kahwin selama 3 hari...

(rasanya cukup dulu setakat ni...kalau ada maklumat lain akan ditambah)


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More