I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Saturday, June 20, 2009

10 WASIAT IMAM SYAFIE


10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


KAYA HARTA & KAYA ILMU


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya.

Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya." Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.


ILMU VS HARTA


R E N U N G A N

Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik
daripada orang yang berharta.

Pada satu ketika 10 orang ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing
mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlaina tetapi mencakupi
ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta? Saidina Ali dengan cepat menjawab:

Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul,
sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya,
sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan
sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah
sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.

Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat
panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta
seringkali mendapat panggilan yang rendah.

Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemiliknya tetapi
harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.

Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan
mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang
berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.

Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah,
sedangkan harta lambat laun akan habis.

[Adab-Adab Pergaulan] [Anak Yang Soleh] [Khusyuk Dalam Solat] [Memilih Sahabat]
[Tanggungjawab Suami] [Tanggungjawab Isteri] [Wasiat Tariqat] Ya Habiballah : Subuh]


DIET SEIMBANG

PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.


KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

• Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
• Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.

Scan PIRAMID MAKANAN

Lemak, Minyak dan Gula

Mengandungi kolestrol yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Scan Gambar Makanan memberi tenaga (karbohidrat dan lemak)

Susu, Hasil tenusu, Telur, Ikan, Daging dan Kekacang.

Mengandungi protein dan ia perlu di ambil dalam kuanatiti yang sederhana

Scan gambar Makanan membina badan (protein)

Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak

Scan gambar Makanan mencegah penyakit (vitamin dan mineral)

Bijiran, Nasi, Roti, Mee dan Ubi

Nilai karbohidrat amat penting kepada tubuh. Oleh itu, pengambilan jenis makanan ini perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak.

LANGKAH PENJAGAAN DIET

1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.


10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

a. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
• Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

a. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

• 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

a. Kurangkan kafein

• Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

a. Kurangkan pengambilan garam.

• Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

a. Kurangkan gula

• Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.





a. Berhenti merokok

• Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

a. Berhenti dari pengambilan alkohol

• Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

a. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

• Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

• Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

• Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.


KEDUDUKAN BAHASA ARAB

KEDUDUKAN BAHASA ARAB
Diterjemah oleh : Azmi Ahmad

Teks Asal:
قال تعالى:
مَنْ أَحَبَّ اللهَ تعالى أَحَبَّ رَسُولَهُ مُحَمُّدًا صلّى اللهُ عليهِ وَسَلَّمَ, ومَن أحَبَّ الرَّسولَ العَرَبِيَّ أَحَبَّ العَرَبَ, ومَن أحَبَّ العَرَبَ أحَبَّ العَرَبِيَّةَ الّتِي نَزَلَ بِها أَفْضَلُ الكُتُبِ, عَلىَ أفضلِ العربِ والعَجَمِ, ومَن أحَبَّ العَرَبِيَّةَ عُنِيَ بِهَا, وَثَابَرَ عَلَيها وَصَرَفَ هِمَّتَهُ إِلَيهَا, وَمَن هَدَاهُ اللهُ لِلإِسْلاَمِ, وَشَرَحَ صَدْرَهُ لِلإِيمَانِ, وَآتَاهُ حُسْنَ سَرِيرَةٍ فِيهِ, اعْتَقَدَ أَنَّ محمّدًا صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ خَيرُ الرُّسُلِ, وَالإِسلامَ خَيرُ المِلَلِ, والعَرَبَ خيرُ الأُمَمِ, والعربيَّةَ خيرُ اللُّغَاتِ والأَلْسِنَةِ, والإِقْبَالَ على تَفَهُّمِهَا مِنَ الدِّيَانَةِ, إِذْ هِيَ أَدَاةُ العِلْمِ, ومِفْتَاحُ التَّفَقُّهِ في الدِّينِ, وَسَبَبُ إِصْلاحِ المَعَاشِ والمَعَادِ, ثُمَّ هي لإِحْرَازِ الفَضَائِلِ والإِحْتِوَاءِ عَلَى المُرُوءَةِ وسَائِرِ المَنَاقِبِ كَاليَنبُوعِ لِلمَاءِ والزَّندِ لِلنَّارِ.
(فقه اللغة وسر العربية للثعالبي, ص25-26)

Terjemahan Teks:
Al-Tha’alabi berkata:
“Barangsiapa mencintai Allah, hendaklah dia mencintai Rasul-Nya Muhammad s.a.w…
Barangsiapa mencintai Rasulullah s.a.w yang berbangsa Arab, hendaklah dia mencintai bangsa Arab.
Barangsiapa yang mencintai bangsa Arab, hendaklah dia mencintai bahasa Arab yang menjadi bahasa pilihan untuk sebaik-baik kitab yang diturunkan kepada orang yang paling utama di kalangan bangsa Ajam (bukan Arab) dan Arab.
Barangsiapa mencintai bahasa Arab, hendaklah dia memberi seluruh perhatian dan segenap tumpuan kepadanya.
Barangsiapa diberi hidayah kepada Islam, dilapangkan dada dengan keimanan, dan dikurniakan kejernihan batin oleh Allah, hendaklah dia meyakini bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik Rasul, Islam adalah sebaik-baik agama, bangsa Arab adalah sebaik-baik umat, bahasa Arab adalah sebaik-baik bahasa, berusaha untuk memahaminya adalah tuntutan agama, kerana bahasa Arab adalah alat untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kunci untuk memahami selok-belok agama, dan punca kebaikan di dunia dan di akhirat.
Bahasa Arab juga berperanan untuk memelihara sifat-sifat yang mulia, menjaga maruah dan seluruh riwayat hidup, laksana mata air yang mengalirkan air dan pemetik api yang menyalakan api.”


Monday, June 15, 2009

HATI


SEGUMPAL DARAH BERNAMA HATI


Bismillahirrahmanirrahim...Assalamu'alaikum....alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran,kita masih diberi peluang sehari lagi untuk mengucapkan syukur pada ALLAH...jika sesuatu diberi/ditarik daripada kita...kita still bersyukur,insya-ALLAH...kerana ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik dan apa yang bukan...

siapa pernah dgr lagu Destinasi Cinta oleh Mestica?...menarik senikatanya...ana cuma nak petik sikit jek.."segumpal darah bernama hati.."....ada pepatah arab yg berbunyi:"hati tidak dinamai hati jika bukan kerana sifatnya yang berbolak-balik"....maknanya hati ini sentiasa berbolak-balik...perlu sentiasa ditenangkan...apa rahsia ketenangan hati?...jawapannya hanya satu,tidak ada lain dari yang ini...

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, HANYA dengan mengingati ALLAH-lah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd:28]

walau apa cara sekalipun kita cuba cari alternatif selain daripada yang ini,ia mungkin menjadi tapi hanya untuk sementara sahaja...rasanya semua orang sedia maklum dan tahu keadaan masing-masing mcm mana...dulu,waktu ana dengar terjemahan ayat nih...ana dengar perkataan zikr...so ingatkan kita hanya perlu berzikir utk mengingati ALLAH...tapi lepas dah lama sikit...baru ana dgr yang tak semestinya berzikir...habis tu,camne?...haa..camni...bangun tidur,baca do'a bgn tidur tanda kesyukuran[ingat ALLAH]...lepas tu nak buat apa2 atau mula2 apa,mulakan dengan bacaan basmallah[ingat ALLAH]....solat2 sunat sementara tunggu solat fardhu[ingat ALLAH]...mashaf Qur'an kat rumah yang banyak tu,boleh diambil dan baca[ingat ALLAH]...nak makan,nak masuk tandas,etc baca do'a[ingat ALLAH]...kalau dlm konteks student,sebelum study,do'a dan niatkan kita study tu kerana ALLAH,dan nak bantu agama ALLAH serta umat islam[ingat ALLAH]...so jika kita APPLY in our LIFE[i.e islam ni bukan setakat agama,islam adalah how we live our life],baru kita dpt menikmati ketenangan yang dimaksudkan dlm ayat tadi...insya-ALLAH...

bila ditimpa masalah,kita kadang-kadang cuba lari dari masalah,persekitaran,serta kumpulan-kumpulan manusia di sekeliling.....di sini,ana just nak kongsi sesuatu yg ana dapat dari seorang yg berilmu...katanya,hadith Nabi ada menyebutkan mengenai perangai syaitan yg hanya mudah memperdaya mangsa apabila mereka berseorangan yg diibaratkan seperti serigala yg hanya memakan kambing yg lari keluar/terkeluar dari kumpulan kambing2...jadi apakah langkah awal syaitan utk mendapat seorang tu?...tentulah mengacah atau menanamkan perasaan pada seseorang utk mengeluarkan dirinya dari kumpulan manusia...macam singa nak makan rusa,kan singa tu pergi acah2 kumpulan rusa tu,kasi seekor terkeluar,lepas tu,apa lagi,semua singa pergi baham...sama jek mcm manusia...lepas dah tinggal sorang tu,maknanya syaitan berjaya menghindarkan dia dari kumpulan orang-orang beriman...siapa menang waktu tu?syaitan atau kita?...sebab tu Mu'adz bin Jabal mengatakan bahawa;"orang beriman mewajibkan diri mereka berkumpul untuk ijlis bina nu'min sa'ah[mari kita duduk sebentar,kita beriman sejenak] bagi memeriksa hati masing-masing supaya masih berada di atas jalan kebenaran dan utk cas iman yg sentiasa turun dan naik[i.e bersifat dinamik]...

ana rasa kalau nak kongsi lagi,panjang nampak gayanya...tetiba terasa best berkongsi sesuatu ngan antum semua...tapi takat ni jek kut dulu...

"sampaikan dariku walau satu ayat"-Rasulullah SAW-..."kerana mungkin orang yang selepas kamu lebih memahami ttg apa yang aku katakan daripada kamu yg berada di depanku.."-Rasulullah SAW-.....wALLAHu'alam...semoga kita semua tsabat[teguh dan tetap] di atas satu-satunya diin yang diredhai oleh ALLAH di dunia iaitu islam....


do'a yang diajar oleh ALLAH pada kita supaya insya-ALLAH,ALLAH tetapkan dan teguhkan hati kita:



"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."[Surah Ali 'Imran:8]

coretan:seorang yang hatinya sedang berbolak-balik...ya Muqallibal qulub,thabbit qulubana 'ala diinik wa'ala tha'atik...amiin..


MEM'BALIK AIR' - KEGAGAHAN WANITA, KECANTIKAN LELAKI

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas semulia2 Nabi dan Rasul, begitu juga kepada keluarga dan para sahabatnya sekalian.

Lelaki biasanya dikaitkan dgn kegagahan manakala wanita pula dikaitkan dgn kecantikan. Tp, kali ni ana nk mem 'balik air' dan menyongsangkn kata2 tu.....
KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh
iman. Seluruh kegagahan yang ada pada
Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi
seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah
memperbaiki bagimu amalan-amalanmu
dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-
Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar


MENGAPA AKU PENAT BEKERJA???

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan
terlalu banyak tekanan dalam hidup, tetapi sekarang aku tahu kenapa
ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja (overworked) ... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja
yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara.

Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.

Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,
sekolah, kolej, universiti dll).

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja
kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera
darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana...
tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der
kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university
student, org yg kena buang kerja dll).

Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan
sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh
Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau
hospital kerajaan dan ini termasu klah hospital gila).

Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat
1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti
di seluruh negara.

Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG masih duduk depan komputer,
main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat
dan tak buat kerja langsung...

...jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...
mana aku tak letih!!


Jadi sedarlah skit....

dahhhh..!!! pi buat kerja!!!


P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk
kesahihannya di Pusat2 Bancian,
Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya,
Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat.


Sunday, June 14, 2009

IKHTILAT


Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat
________________________________________
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)


Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

SUMBER:
www.iluvislam.com
http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/6857-ikhtilat-ikhwah-akhawat.html


KONSEP TABARRUJ

KONSEP TABARRUJ
Soalan :
Bolehkah saudara ulaskan maksud Tabbaruj dengan mendalam? Apa yang saya faham wanita yang memakai gincu(lipstik) juga termasuk ke dalam golongan wanita Tabarruj. Tolong huraikan dan bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita

Jawapan :
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Firman Allah Taala:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Di dalam surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."

Di atas adalah di antara nash syar'I yang menjadi dasar berpakaian dalam Islam dan berhias (utk wanita).

Kemudian pada ayat lain Allah berfirman:
"…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Ayat ini pula menceritakan tentang larangan bertabarruj sebagaimana orang jahiliah dahulu.

Baiklah, berdasarkan seluruh nash-nash mengenai aurat dan berhias, di hadapan kita sekarang ini ada beberapa persoalan yang perlu dipecahkan, antaranya ialah:
1) Batasan aurat - Anggota asas yang disepakati oleh para ulamak agar ditutup ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua telapak tangan.

2) Apakah muka termasuk aurat - Muka pula telah diperselisihkan di kalangan mereka, ada yang kata ia adalah aurat dan ada yang kata bukan aurat.

Kalau kita pilih pendapat yang mengatakan bahawa muka adalah aurat… Habis cerita. Soal gincu, bedak, losyen dan celak dsbnya sudah tentu tak timbul. Ia nyata haram dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi.

Tetapi, bagaimana jika kita memilih bahawa muka itu bukan aurat - kebanyakkan kita memilih pendapat ini -, di mana kedudukan celak, gincu, bedak dll. Sekarang ini kita pilihlah bahawa muka itu bukan aurat… Tetapi, sebelum itu lebih baik kita bincangkan dahulu mengenai masalah tabarruj, yang sudah tentu berkaitan dengan soal muka bukan aurat.

Apa itu tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah:
"…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)
Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.
Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.

Selesai mengenai erti tabarruj… Dan, lihat kembali ayat al-Quran: "….orang-orang jahiliyah dahulu."
Tabarruj yang dikaitkan dengan orang-orang jahiliyah dahulu. Siapakah mereka itu? Pada zaman mana orang-orang jahiliyah dahulu berada? Di dalam tafsir al-Qurthubi menyatakan beberapa pendapat mengenainya:
1. Iaitu masa antara Adam dan Nuh a.s., ini adalah pendapat al-Hakam bin Uyainah.
2. Ibnu Abbas berpendapat: Masa di antara Nuh dan Idris a.s.
3. Al-Kalbi: Masa di antara Nuh dan Ibrahim a.s.
4. Jamaah: Masa di antara Musa dan Isa a.s.
5. Abu Aliyah: Masa di antara Daud dan Sulaiman a.s.
6. Al-Sya'bi: Masa di antara Isa a.s. dan Muhamad s.a.w.

Namun semua pendapat itu tidak disandarkan dengan satu sumber yang kukuh dan sahih. Cuma yang pasti, semua mereka di atas bersepakat mengatakan bahawa jarak masa antaranya dan masa Nabi Muhamad dibangkitkan sebagai Rasul adalah jauh (jangkamasa yang begitu lama).

Apabila al-Quran menyebutkan "jahiliyah dahulu" - dahulu/lama/pertama - bermaksud di sana ada yang dikatakan sebagai `jahiliah baru' atau `jahiliyah kedua'.
Bila masa jahiliyah kedua berada? Iaitu selepas jahiliyah pertama dan sedikit masa sebelum kebangkitan Nabi kita Muhamad s.a.w.
Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj? Buruk sangatkah mereka ini? Hodoh sangatkah perangai depa ni? Ya, gambarannya lebih kurang begini:
Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal pakaiannya - memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Era jahiliyah kedua yang akan berhubung dengan era kebangkitan Muhamad sebagai rasul tidaklah sampai ke peringkat begitu teruk. Namun ada juga sedikit sebanyak tabarruj yang berlaku, hingga kadangkala sampai ke peringkat telanjang terus. Ini dapat dibuktikan melalui hadis riwayat Muslim, bagaimana kaum wanita zaman itu bertawaf dalam keadaan telanjang bulat.

Sekarang ini jelaslah sudah mengapa Allah mengaitkan al-jahiliyah al-`Ula (jahiliyah pertama/dahulu) dengan tabarruj. Dan, dengan penjelasan di atas tidaklah bermakna yang terlarang ialah bertabarruj seburuk orang-orang jahiliyah pertama, kalau kurang daripada itu tidak mengapa. Tak apalah kalau tabarruj sikit-sikit. Ini adalah fahaman yang salah, kerana Allah menyebutkan sifat-sifat tabarruj jahiliyah pertama adalah bertujuan memberi penjelasan realiti yang berlaku ketika itu, bukannya mahu mengaitkan pengecualian hukum selain daripada itu. Ia lebih berbentuk penjelasan tentang keji dan berlawanannya perbuatan itu dengan citarasa serta naluri kemanusiaan.

Perlu diingatkan bahawa maksud tabarruj yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat - berdasarkan kepada siapa dia berhadapan. Kalau di hadapan dengan lelaki asing, apa yang perlu ditutup. Jika tidak memenuhi kehendak ini, maka dia sudah tergolong di dalam perempuan yg bertabarruj. Begitulah seterusnya ketika di hadapan mahram, orang gaji dsbnya…

Ya, selesailah sudah penjelasan mengenai tabarruj. Saya harap ia mudah difahami dan tidak membosankan. Dan, kita teruskan lagi ke pembahasan selanjutnya. Kali ini mengenai berhias pula.
Mari kita lihat lagi firman Allah: “Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..” (al-Nur, ayat 31)

Sebagaimana yang telah disinggung di atas, bahawa para ulamak berselisih pendapat mengenai, apakah muka itu aurat atau bukan. Dan ayat di atas telah menjadi hujah kepada kedua-dua kelompok dengan penafsiran yang berbeda.
Kita ambil sedikit petikan ayat: “…..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya.”
Terjemahan ayat : “kecuali yang biasa kelihatan padanya..” dapat juga diterjemahkan: “kecuali apa yang zahir” (illa ma zahara).

Pada ayat ini Allah Taala melarang wanita mempamirkan perhiasan, kecuali apa yang zahir. Persoalannya di sini ialah, apa maksud perhiasan zahir yang boleh dipamirkan? Jadi, dapat difahami bahawa perhiasan ada dua:
1. Yang zahir/nyata
2. Yang tidak zahir/nyata (batin/dalaman/tersembunyi)

Apakah perhiasan zahir? Apakah pula perhiasan yang tidak nyata? Para ulamak yang mengatakan muka itu adalah aurat, mereka menafsirkan bahawa perhiasan yang zahir itu ialah pakaian itu sendiri. Bila wanita berpakaian, bertudung dan menutup muka, maka itulah dia maksud perhiasan yang zahir. Perhiasan yang tidak nyata pula ialah, rantai leher, gelang, anting-anting dsbnya..

Manakala menurut ulamak yang berpendapat muka itu bukan aurat menafsirkan bahawa maksud perhiasan yang zahir yang boleh diperlihatkan di hadapan lelaki ialah celak dan cincin. Ada yang menambah telapak tangan. Ada yang tambah warna telapak tangan, iaitu pewarna yang dibubuh di telapak tangan (termasuk kuku). Dan, macam-macam lagilah.. tetapi di sekitar itulah. Perhiasan yang tersembunyi pula ialah rantai leher, anting-anting dsbnya.

Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi:
Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat’, terdapat tujuh pendapat, iaitu:
1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Mas’ud.
2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
3. Bererti celak dan cincin – Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
4. Bererti gelang, cincin dan celak – Al-Misywar bin Mukhrimah.
5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – Pendapat dari Mujahid.
6. Bererti cincin dan gelang – Dari al-Hasan.
7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – dari al-Dhahhak.

Itulah pendapat mereka tentang maksud perhiasan zahir yang biasa dilihat. Berdasarkan pendapat Ibnu Abbas, Al-Misywar bin Mukhrimah, Mujahid, dan al-Dhahhak dan al-Hasan dapat kita simpulkan bahawa yang boleh dipamerkan ialah perhiasan yang tidak mungkin diselindung yang memang biasa dipakai oleh para wanita. Kalau perhiasan di muka apa lagi kalau bukan celak. Kalau di telapak tangan apa lagi kalau bukan cincin. Cuma ada beberapa ulamak yang mengatakan bahawa muka itu sendiri adalah perhiasan. Dan telapak tangan itu sendiri adalah perhiasan. Jadi, mereka tidak memasukkan celak dan cincin sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan.

Mereka yang memasukkan celak dan pewarna telapak tangan sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi tidaklah dihadkan terhadap dua perkara itu sahaja. Ia disebutkan hanyalah sebagai wakil dari perhiasan-perhiasan lain yang biasa digunakan pada muka atau telapak tangan. Ia berdasarkan adat, tradisi dan kebiasaan satu-satu kelompok masyarakat.

Berikut ini adalah antara perhiasan yang ada dan biasa digunakan oleh para wanita pada zaman Rasulullah s.a.w atau tradisi arab dahulu:
1. Khidhab – Pewarna untuk tangan
2. Shufrah – Pewarna kuning untuk wajah
3. Kalkun – Pewarna untuk memerahkan wajah
4. Isfidaj – Pewarna putih untuk wanita berhias.
5. Celak – Berhias pada mata (Nanti akan disertakan dalil tentang kewujudan perhiasan ini)

Zaman kita ini sudah tentu yang biasa digunakan sebagai perhiasan muka ialah gincu, bedak, losyen dan juga celak. Jadi, bila celak dan segala macam di atas itu boleh, mengapa tidak gincu? Sebab yang dibenarkan bukanlah diri celak itu secara khusus tetapi sesuatu yang lebih umum iaitu – perhiasan yang biasa dilihat, yang biasa digunakan pada muka. Dan gincu serta bedak adalah termasuk di bawah keumuman ini.

Begitu juga dengan perwarna kuku, ia termasuk di bawah perhiasan yang boleh dipamerkan tetapi hendaklah dari bahan yang tidak menghalang air. Kerana jika air terhalang dari sampai ke kuku akan mengakibatkan wuduk tidak sah.

Berikut ini adalah sebahagian dalil kewujudan perhiasan di atas:
Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinnya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari & Muslim)
Wangi-wangian di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan tersembunyi baunya (tidak menyerlah dan menyemarak). Adakalanya ia disapukan di muka untuk memperelok warna muka atau pada telapak tangan.

Wajib berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian, kecuali kematian suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan 10 hari. Berhias di sini adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan.
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbai’ah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak ber –ikhtidab, sehingga baginda tidak mahu membai’ahnya melainkan setelah ber-ikhtidab (HR Abu Daud)
Ikhtidab ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan pada zaman itu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya (HR al-Tarmizi)
Dari Imran bin Husin, bahawa Nabi Allah s.a.w. bersabda: “… ingatlah bahawa wangi-wangian lelaki adalah bau tanpa warna. (HR Abu Daud)
Dari Ummu Athiyah, dia berkata: Adalah kami dilarang untuk berkabung terhadap seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suami, maka empat bulan sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak, berwangi-wangian dan memakai pakaian bercelup. (HR Bukhari & Muslim)

Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara, iaitu :

1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.

2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugah perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah – merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku atau sebagainya.

3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.

Ya, pokoknya bersoleklah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan ciri-ciri wanita yang baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu memikat lelaki atau ciri-ciri wanita fasiq dsbnya. Seperti kita lihat ramai wanita hari ini yang bersolek mengenakan gincu, bedak dan segala macam… Melebihi dari sekadar yang dibenarkan oleh syarak. Mereka ini berhias begini hanya diluar rumah sahaja, sedangkan ketika bersama suami keadaan adalah sebaliknya.

Lebih baik lagi jika diniatkan solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri dari kusut masai, berserabut dan tidak terurus. Berginculah sekadar mahu mengelakkan diri dari kelihatan lesu, tak bermaya dan tidak cergas. Berbedak atau berlosyenlah sekadarnya sahaja dengan tujuan mahu menjaga kesihatan kulit muka dsbnya.

Sudah tentu para wanita muslimah dapat menggambarkan bagaimana cara hendak menghindarkan keadaan di atas. Dan.. Kalau sudah dapat menggambarkannya, itulah dia solekkan yang dibenarkan oleh syarak ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Sekadar mahu mengelakkan diri dari kusut masai dan nampak tidak terurus.


Saudara yang bertanya berkata: Bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita?

Jawapan : Bukan sekadar lipstik, malahan umumnya wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan bersolek. Sebab sudah memang naluri semulajadi mereka sukakan begitu. Syeikh Athiyah Saqar mengatakan: “Memperelok /menghias diri oleh seseorang manusia secara umumnya mempunyai kepentingan/kebaikan. Dan secara khususnya, menghias diri bagi seorang wanita mengandungi mara bahaya. Kecantikan adalah satu perkara yang disukai oleh jiwa/naluri. Ia mempunyai tempat di dalam agama, di mana ia dituntut secara syarak dengan kadar yang dapat membawa kepada tujuan yang baik darinya, serta terhindar dari perkara-perkara yang diharamkan dari sudut cara, tujuan dan maksud.”

Kesimpulan :
1. Sebahagian ulamak mengatakan muka itu adalah aurat. Sebahagiannya mengatakan muka bukan aurat.

2. Tabarruj jahiliyah yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat di hadapan meraka yang haram melihatnya.

3. Kebanyakkan ulamak menyatakan bahawa maksud firman Allah: “…kecuali apa yang biasa dilihat.” Adalah sebagai celak dan cincin. Ada yang menambah dengan gelang tangan dan pewarna tangan.

4. Bersolek pada muka dan telapak tangan (termasuk kuku) adalah dibenarkan tetapi dalam batasan-batasan umum yang telah ditetapkan syarak.

Sekian adanya. Wallhu a’lam

Rujukan
1. Al-Quran
2. Ahsanul Kalam – Syeikh Athiyah Sqar
3. Al-Hijab – Al-Maududi
4. Tahrir al-Mar’ah Fi Ashri al-Risalah – Prof. Abdul Halim Muhamad Abu Syuqqah
5. Fatawa Mu’asharah 1 – AL-Qardhawi
6. Fatawa Mu’asharah 2 – AL-Qardhawi


Thursday, June 11, 2009

ADA APA PADA FILEM???

Kalau anda sebagai seorang pengarah, apakah yang bakal dilakukan? Filem yang bagaimanakah yang akan anda hasilkan? Adaptasi dari sesebuah novel? Atau kisah kehidupan? Ataupun hasil idea sendiri, tetapi diciplak dan diubah sedikit landasan ceritanya...
-Sekadar persoalan-

Persoalan-persoalan ini timbul apabila saya telah banyak menonton filem-filem yang pernah dihasilkan. Seperti filem-filem Melayu, Indonesia, Jepun, Korea, negara-negara barat, Thailand dan Filipina... Oh! Mungkin adanya yang tidak disebut di sini...

Kebanyakan filem-filem Melayu berkisarkan tentang cinta, kisah anak-anak dan ibu bapa... Heh! Seperti yang anda pernah dengar... Ada sesetengah bahagian dalam filem Melayu 'dipasang soket...'. -Teringat dialog Nabil dalam rancangan "Lu Pkir La Sendiri"-

SOKET 17... hehehe...

Bila difikir-fikir, ada betulnya juga. Takpelah... Idea mereka. Sebenarnya saya nak menyatakan bahawa tersangat kurang dari filem-filem Melayu yang berunsurkan Islam... Banyak cerita yang berunsur gejala sosial dan negatif. Apatah lagi, artis di zaman sekarang ini cukup berani menunjukkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya ditonjolkan -mengikut budaya barat-. Lantas di benak fikiran ini mengatakan bahawa, masyarakat Melayu dan beragama Islam sudah hilang malunya. Masih boleh menunjukkan adegan-adegan membuka baju, bercium dan yang seumpamanya... Terkadang saya terfikir, di mana adab dan maruah sebagai seorang muslim?

Malu rasanya sebagai umat Islam, berbangsa Melayu, menghasilkan filem-filem yang kurang 'hebat'. Kalau di negara-negara lain, menghasilkan filem yang menunjukkan kekuatan dan kelebihan mereka sendiri atau negara mereka. Sesuatu yang dapat membanggakan diri dan tanah air. Bukanlah saya bermaksud mengagung-agungkan filem luar negara, tapi kualiti filem dan kualiti akhlak yang ditonjolkan sangat tidak memuaskan. Malah, menjadi satu contoh yang tidak baik kepada para muda-mudi, dan kanak-kanak.

Kalau hendak di sini, saya hanya berpuas hati dengan beberapa filem sahaja. Seperti SYUKUR 21 -penggunaan teknologi yang canggih dan mantap, pergaulan dan akhlak yang sangat cantik...-, serta filem animasi UPIN DAN IPIN - filem ini sudah tentunya diterima ramai, kerana respon yang positif dari kawan-kawan saya. Malah, jalan ceritanya juga menarik. Mungkin ada juga pilihan dari drama-drama di televisyen. Tapi, disebabkan terlampau banyak, saya tidak dapat menyebutnya di sini kerana tidak ingat akan tajuk-tajuk drama tersebut.

Saya tidak tahu untuk mengulas lebih panjang, kerana saya bukanlah ahli perfileman.
Namun, saya mengharapkan agar filem-filem kita dipertingkatkan kualitinya serta ditapis penghasilannya dari adegan-adegan yang tidak sepatutnya menjadi tontonan umum. Malah, filem-filem dari luar negara juga perlu ditapis , agar dapat menghasilkan ummah yang berkualiti dari segi pemikiran dan akhlak.

FIKIRKANLAH... Habuannya di akhirat kelak, yang bakal kita tempuhi entahkan bila tempohnya. Entahkan baik, entahkan tidak. (nauzubillah...)

-camar duka-


Saturday, June 6, 2009

BISMILLAH...

Hari ini aku tidak ke mana-mana.. Bangun dari tidur, terus sahaja aku pulang ke rumah. -Tidur di mana malam tadi? Oh! Rumah aisyah.. Jiran aku..hehe- Sengaja tidur di rumahnya. Aku pun sudah lama tidak ke rumah itu, rumah lamaku. Setelah habis peperiksaan akhir semester dua, aku tak tahu apa yang nak dibuat. Plan nak buat macam-macam. Tapi, entahlah, tengoklah nanti.
Hmm, sampai saja di rumah aku terus main game. Inilah aktiviti aku kalau tiada apa-apa yang hendak dibuat. Bukan setakat hari cuti, dalam tempoh peperiksaan pun aku masih main game! Macam mane nak buat ye? Dah jadi tabiat aku main game. Kalau tiada program atau aktiviti, sehari tak main game tak sah. Hmm, aku sebenarnya nak tulis nukilan hati, tapi aku tak bawa pula buku tersebut. Terpaksalah aku menangguhnya lagi. Kalau sebelum ni, aku terpaksa tangguh sebab dalam tempoh peperiksaan.. Kali ni aku terpaksa tangguh sebab nukilan hati tu aku tulis dalam buku terlebih dahulu, dan aku tertinggalkannya. Terpaksa melupakan hasrat di hati..
Ya Allah! Kenapa ye? Hari cuti ni hari yang membosankan? Walhal, sebenarnya banyak aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan..

-Tepuk dada tanya iman di hati, sekarang ni lu pikir la sendiri!-


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More